Want your
own Fotopage?
























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 5-Jul-2008 01:15 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan Balik Cuti Jun 2008

Pemandangan sekitar terminal Labuan
Pemandangan sekitar terminal Labuan
kapal penumpang dan kenderaan
Pemandangan jeti Labuan
feri penumpang ke Labuan
lagi gambar jeti
Terminal feri Labuan
pemandangan kg air Labuan
sebahagian gambar bandar Labuan
View all 23 photos...
Masa balik bercuti tempoh hari kami sekeluarga ikut laluan Brunei-Labuan-Kuala Lumpur. Masa balik ke maripun kami ikut Labuan. Dari Brunei kami menaiki feri di Muara, Brunei ke Labuan yg mengambil masa selama 1 jam. Jarak rumah ke Muara terminal hanya 25 min. Cuma yg lecehnya di terminal Muara tidak disediakan trolley barang....huiiiiiii lenguh tangan kami anak beranak memikul bag2 dari feri ke luar terminal ..... terutama semasa balik semula ke sini sbb bag pun dah bertambah.

Dari jeti Labuan ke Airport dekat sahaja dlm 7-10 min perjalanan dgn taxi. Tiada gambar sekitar Labuan sempat diambil sbb kami sekeluarga tak ronda2 Labuan kali ini. Masa sampai tempoh hari kami terus ke terminal feri utk balik ke sini sbb badanpun dah penat.....maklumlah bangun awal pagi bersiap2 utk naik flight jam 7 lebih dari KL . Tapi kalau nak tengok gambar2 sekitar Labuan, boleh tengok di sini,gambar percutian thn lepas.
Sebahagian gambar semasa perjalanan pergi dan balik cuti tempoh hari yg sempat diambil.....


Feri yg dinaiki dr terminal Labuan ke Muara


Keadaan dalam feri yg dinaiki....oklah lapang dan tak ramai penumpang. Anak2 taklah boring sgt sbb dpt menonton citer kungfu yg ditayangkan sepjg perjalanan...


Pemandangan sebahagian bandar Labuan dr terminal Feri


Kapal bawa penumpang dan kenderaan dr Labuan ke Menumbok, Sabah. Suka tengok gambar ni sbb nampak air laut yg biru dgn awan putih yg berkepul2...


Pemandangan berhampiran terminal Muara,Brunei


Berhampiran terminal di Muara


Di balai berlepas airport Labuan ...


Hero2 mama posing dgn hero&heroin Aima , kami terserempak di LCCT...
Abaikan budak kecik baju merah di belakang, entah anak sapa yg tumpang menyelit sama....


salam mama, cepat updates gambar, aima tak habis lagi nie dok edit... cantik permandangan kat feri tuh...dgn laut yang membiru. Si comel syazrin yang menemukan kita mama, kalu idak mungkin tak perasan kan coz he's so cute... Sat 5-Jul-2008 16:41
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
Mama Sya, cantik lah view kat situ...nmapk caria je budak2 tu mesti hd a good time kat kampung, Nnti raya balik lagi tak ? Sat 5-Jul-2008 19:46
Posted by:Niza et Sofia a Londres  - [Link]
tu dia sedondong merah tu...nih sure tak hilang...tp takut terbwak yg kat belakang tu... Sun 6-Jul-2008 00:46
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 2-Jul-2008 00:47 Email | Share | | Bookmark
Class Deco bersama K.Zati 21-22.Jun.08

basket weave
bunga2 penuh dlm bakul
speciality cake
baru mula buat bunga
praktis atas board dulu
Patrick dlm versi black and white
View all 12 photos...
Sebelum pulang cuti tempoh hari dah plan kalau ada kesempatan nak ikuti kelas deco kek ....sambil bercuti bolehlah belajar deko. Bukan selalu ada peluang sebegini sbb biasanya kalau balik cuti macam2 aktiviti nak dibuat. Tambahan pula husben bagi green light, lagilah semangat nak belajar....

Sehari sebelum bertolak iaitu tgh hari 20 Jun, kami sekeluarga baru tiba di K.Trg dari bercuti di Kelantan. Sebelah ptgnya pergi jln2 Masjid Kristal dan cari stok kerpok utk di bawa ke sini. Malam sibuk mengemas semua brg yg akan dibawa husben nanti.

Paginya pukul 10 bertolak dgn bas ekpress ke Kuantan (ni bas paling awal...ada bas terus ke Rompin singgah Pekan jam 4 am..takut pulak sorang2 tiba awal pagi). Jam 2 ptg tiba di Kuantan, ambil taxi ke station bas tempatan. Bas ke Pekan bertolak dlm pukul 3 ptg...bas ni bas henti2..nasib baik bas ada air cond. Kalau tidak mahu mandi peluh dlm bas..... Sampai station bas Pekan, sms k.Zati, husben dan anak k.Zati dtg ambil.
Lewat petang baru kelas dpt bermula . Walaupun terasa penat tapi bila mula kelas...terus hilang rasa penat, mampu bertahan sampai jam 3 pagi.Kek pertama yg dideco ialah artwork cartoon cake dengan lain2 tips mendeco. Diikuti dgn buat basketweave. Pagi esoknya sambung buat bunga2 atas kek. Tgh hari mula hias kek speciality.

Sepanjang kelas macam2 yg dipelajari....bila dah siap satu2 deko tu,minta k.Zati komen..ok ke tak. Kalau kata ok seronoknya tp bila kata tak...jawapnya kena buat semula. Tp tak kisahlah kena buat balik ..... biasalah orang baru belajar kena perbaiki mana2 yg tak elok bagi mendapatkan hasil yg molek. Macam hiasan tepi speciality kek, hampir 1/3 dah siap tepinya...bukan main seronok menekan nozzles, tak sedar deconya itu dah semakin senget benget...... apa lagi kena sapu dan buat semula.... Tapi yg paling mencabar ialah nak siapkan bunga ros, kekok betul nak dptkan sekuntum bunga ros yg cantik, byk kali mencuba baru menjadi.

Kek basketweave yg penuh dgn bunga2 sememang dah lama dok angan2 nak buat sendiri. Akhirnya tercapai juga di kelas k.Zati.....suka sgt tengok kek ni... Anak2 sudah pasti suka dengan kek Patrick...tak sabar2 mereka nak potong kek Patrick...

Masa husben dan anak2 sampai keesokkannya dari K.Trg dlm pukul 4 lebih...dah hampir siap deko kek. Lepas siap2 semuanya kami bertolak dlm pukul 6 terus ke Melaka...sampai ke Melaka dlm 10 mlm...penattnya..terus zzzzzz. Lusanya kami bertolak pula ke KL.

Buat k.Zati, terimakasih atas segala tunjuk ajar yg diberikan dan berkongsi ilmu sehingga berjaya menghasilkan ketiga2 kek yg memuaskan hati.... Terimakasih juga buat keluarga K.Zati atas layanan mesra yg diberikan sepanjang berada di Pekan.

Inilah kek-kek yg telah berjaya dideco sepanjang kelas K.Zati di Pekan, Pahang 21-22.Jun.08. Jemput jamu mata.....













Selain kelas K.Zati ada jugak kelas lain yg sempat dihadiri. Kelas apa tu....tunggu....

wah... dasat la sekarnag... dah pandai deko... tahniah! tahniah... Fri 4-Jul-2008 16:45
Posted by:Penyulawa penyulawa@gmail.com  - [Link]
Akak....terer la akak ni,ingatkan masuk fp jual kek tadi!Fulamak...kelasss gitu! Sempat gak akak masuk kelas deco d :->cake ni kan,balik semput2 pun ada masa gak... Fri 4-Jul-2008 20:02
Posted by:aimah rafidah_aimah@yahoo.com  - [Link]
cantik nya kek tu, nak mkan pun sayang Sat 5-Jul-2008 19:47
Posted by:Niza et Sofia a Londres  - [Link]
View all 45 comments Add comment


Sunday, 29-Jun-2008 23:56 Email | Share | | Bookmark
Happy Belated Birthday To Me and My Fp!

 
 
Quote:
Alhamdullillah kami sekeluarga selamat tiba pada hari sabtu setelah 2 minggu bercuti di Malaysia. Rasa sekejap pulak cuti....tak puas jalan2 dan makan2... .

Cuti kali ni tak byk tempat dpt dikunjungi , hanya sempat balik kg Kel dan Trg, ke Pekan Pahang, Melaka dan Kuala Lumpur. Gambar2 cuti akan update dlm entry2 akan dtg.
Sepanjang cuti selain bertemu keluarga sempat jumpa beberapa orang kawan siber iaitu Rinzura sefamili di Labuan, K.Jie Jie di Melaka, Dyg kek Lapis,http://dayangkek.blogspot.com/ sekeluarga di KL dan terserempak dgn Aima sekeluarga di airport, juga jumpa K.Zati di Pekan Pahang semasa pergi belajar deco kek.
Mula2 ingatkan tak dpt jumpa k.Jie sbb beliau sibuk dan kamipun sekejap aja di Melaka...tp akhirnya dpt jugak bersua muka. Sempatlah bagi kek besday yg di deco kepada K.Jie, K.jie yg rasmi keknya..... Tq K.Jie ada buat entry khas pertemuan kita...terharu pulak rasa.... . Buat Rinz, sorry tak sempat singgah rumah Rinz...akan dtg kalau ke Labuan, InsyaAllah sampai rumah Rinz. Utk Dyg terimakasih kerana sudi dtg jumpa wpun sibuk dgn baking. Pertemuan dgn Aima secara kebetulan sama2 dok tunggu luggage kat airport. Nasib baik Aima dpt cam bila tengok Syazrin masa di airport. Mmg tak cam Aima malam tu. Wpun sekejap sempat jugak beramah mesra....

Seronok dpt jumpa kawan2 siber, maklumlah selalu berborak dlm Fp ....ni dpt bersua muka, rasa tak puas pulak sembang wpun baru jumpa. Selain itu terimasih buat K.Liza, MaDiHa dan Azue yg sudi call...wpun tak dpt bersua, dpt dengar suarapun jadilah....jua buat kawan2 yg sempat bersms...
Cuti kali ni sempat juga mengunjungi kawan2 di pejabat sambil bawa kek sebagai buah tangan. Semuanya masih mesra dan ceria seperti dulu....aduhai rindu pulak dgn suasana pejabat....




Tak dapat tulis panjang ttg pertemuan2 masa cuti, nanti sambung entry akan dtg sbb nak bagi laluan kepada belated birthday buat mama sendiri yg dah lepas pada 22 Jun lalu dan happy 1 st besday buat Fp mama pada 27 Jun yg lalu. Masa besday 22 Jun tu, tgh ada kelas deco kek dgn K.Zati...jadi asalnya design utk kek wedding ditukar kpd kek birthday... Lain2 citer ttg kelas deco tunggu dlm entry akan dtg ya...



Fp Mamasya pun kebetulan sambut besday dlm minggu yg sama dgn tuannya...kira sambut sekaligus.... Niat asal buka Fp adalah utk kumpul hasil masakan dan resepi utk mudahkan rujukan bila2 masa dan kumpul gambar2 yg ada. Tak sangka pula bila dah aktif berFp ni dpt tambah kenalan yg berada di merata tempat dan dapat berkongsi cerita dan resepi.



Buat keluarga, teman dan semua pengunjung Fp ...terimakasih kerana sudi berkunjung dan menceriakan lagi Fp ini.....


Bila ada kesempatan akan marathon ke FP/blog kawan2....buat kunjugan balas...

***Terimakasih buat semua atas ucapan itu.......
Utk Nur di S'pore jgn lama2 kunci pintu rumah ya....rindu nak bertandang dan berceloteh di rumah Nur....

salam..mamasya..mekaseh tips tuk buat kek marble tu yer..wah cantik bangat ler...deco..susah tak nak buat cartoon art tu? Fri 4-Jul-2008 13:34
Posted by:zuhri
Akak....Selamat Hari Jadi!(Sorry lambat wish!Kes tak tau n takde connection kat hotel tuh)
p/s:Doakan akak pnjg umur,murah rezki,berkat rumahtangga...amiiinnn!
Fri 4-Jul-2008 19:59
Posted by:aimah rafidah_aimah@yahoo.com  - [Link]
salam mamasya...happy belated.. semoaga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki.sempat gak gi belajar deco yea....baru sempat nak merayap ke umah kawan...balik trg kat mana?husband akak kat kg laut x jauh dr bandar.
Sat 5-Jul-2008 05:25
Posted by:kak rozi shafinasrazak@yahoo.com.my
View all 40 comments Add comment


Thursday, 12-Jun-2008 00:55 Email | Share | | Bookmark
Entry sebelum Cuti Balik Kg

belum masak
baru keluar oven
dah potong
View all 27 photos...



Hari ni di sekolah anak2 ada jamuan kelas sebelum cuti sekolah bermula. Setiap pelajar digalakkan bawa apa2 makanan/minuman. Dalam dok fikir2 nak buat apa teringat nak mencuba Kek Marble Pandan... .Lagipun tengok bahan2nya ringkas dan semua bahan ada di rumah.
Kek ni masak semalam tp pagi tadi baru potong dan posing....
Betul kata Mak Lang dan CMG kek ni sedap dan lembut..tambahan pula letak perasa pandan dan santan. Selain kek anak2 juga bawa kerpok bawang....ni abg Syamil request sbb masa birthday dia hari tu kawan2nya semua suka kerpok bawang. Kerpok bawang beli yg dah siap....balik rumah tinggal goreng aje..

Kek Pandan Marble
Sumber : R-lin & matgebu&Mak Lang, Tq semua...

Bahan-Bahannya
4 biji telur gred A
100 g gula pasir
1 camca besar ovallate
25 ml pati santan (mat guna susu segar)- guna santan debu yg pandan + sikit air
50 g minyak jagung - guna minyak sayur
100 g tepung gandum*
1/2 camca teh garam halus*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 camca teh pandan paste-guna perisa pandan + 1st pewarna hijau
1 camca teh serbuk koko
1 /2 camca teh esen vanilla(sendiri letak)
1 camca teh coklat emulco (sendiri letak)

Cara membuatnya
Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan baulu).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuang minyak jagung dan pati santan. Gaul hingga sebati.
Adunan dibahagi 2, satu bahagian dia campur dengan esen vanilla, serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata. Dan satu bahagian dicampur dengan pandan paste. Gaul rata.
Masukkan adunan koko dan pandan secara berselang-seli ke dalam tin kek yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidang. *tak pusingpun dgn chopstick.



Sukaneka semperna Hari Keputeraan Agong
Sukaneka yg diadakan di Suruhanjaya Tinggi M'sia pada ptg 6 Jun yg lalu adalah salah satu aktiviti semperna Hari Keputeraan Agong. Selain sukaneka turut diadakan acara makan malam. Tapi utk mkn malam ni tak ada gambar sbb tak bawa kamera.
Pelbagai acara sukaneka yg diadakan untuk kanak2 dan org dewasa antaranya tarik tali,sepakraga berkain batik, bawa bole pingpong, pertandingan melukis, rebut gula2 dan lain2. Seronok juga sesekali dapat berkumpul dengan kawan2 M'sia di sini di samping melihat pelbagai telatah melucukan di sepanjang sukaneka...


Sepakraga berkain batik....


Pertandingan tarik tali....


Acara tiup belon sampai pecah, tp sampai sudah belon Syakim dan Syafiq tak pecahpun...


Pertandingan yg ditunggu rebut gula2....


Quote:
Ini merupakan entry terakhir sebelum kami sekeluarga balik cuti ke Sem M'sia pada 14-28 Jun ni semperna cuti sekolah di sini. So entry baru akan disambung lepas balik cuti nanti. Rasanya masa cuti ini tak sempat nak update Fp dan lawat Fp/blog kawan2.... sibuk dgn macam2 aktiviti dan yg pastinya paling seronok dpt balik kg; Trg dan Kelantan... Kita jumpa Julai nanti.... .

LAMANYE AKAK DEN NI TAK APDET

PONEK TUNGGU MASAKAN AKAK YANG

BEST2 NIHHH..

COPEK LEEE SKETTT

MUAHAHAHA!!!
Sat 28-Jun-2008 09:27
Posted by:FazaRina shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
KALO SESAPA LOM MENCUBE RESIPI NASI LEMAK

PANDAN SILA AMEK RES-P KAT FP RINNA

MEMANG MABBELESSS ....!

ATAU ADA CADANGAN LAIN UNTUK MENYEDAPKAN LAGI

MASAKAN TU..SILA KASI IDEA KAT FP RINNA

MUAHAHAHA!!!
Sat 28-Jun-2008 11:12
Posted by:FazaRina shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
ZAI COMMENTOR KE69....MMG PRO ARR MAMASYA MASAK.... Sun 29-Jun-2008 21:00
Posted by:Zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 69 comments Add comment


Monday, 9-Jun-2008 12:29 Email | Share | | Bookmark
Happy Belated Birthday Syamil !

Abg Syamil posing dgn pulut kuning .
posing dgn adik; no 2 tu masam sbb bad mood
kari rendang...
View all 21 photos...


Birthday abg Syamil yg ke 10 sepatutnya disambut pada 28 Mei yang lalu tapi kena tangguhkan kerana pada tarikh berkenaan pelajar2 sedang exam. Bila cari masa yg sesuai.. baru hari ni dpt diraikan dgn kawan2 di sekolah.
Sebelum itu di rumah dah buat pulut kuning makan dgn kari rendang. Napa panggil kari rendang sbbnya bahan2 dan rempah adalah utk rendang tp buat berkuah...jadilah kari rendang...


Dah 10 thn umur abg Syamil, semoga menjadi insan yg berjaya kelak...


Pulut kuning untuk birthday abg Syamil di rumah...



Untuk sambutan hari jadi di kelas, abg Syamil request kek yg besar....tak nak kek kecik macam birthday adik2nya. Bila tanya abg Syamil nak kek apa, sudah pasti kek spongebob, favourite kartun dia. Tapi mama kena tukar warna muka spongebob sbb warna kuning tak da. Dah cari kat kedai tp tak jumpa,ni guna warna kuning telur...ke kena bancuh sendiri warna kuning ni... Warna seluarpun jadi kelabu padahal di botol pewarna tulis warna coklat.... Tompok2 kat muka Spongebobpun dah tukar warna dr hijau ke biru.... Bila anak2 tengok kek, sorang2 tanya napa spongebob tak warna kuning...kenalah explain kat mereka warna kuning tak ada... Anyway abg Syamil suka kek spongebob ni wpun dah bertukar warna.....

Utk kek spongebob ni, buat 1 1/2 adunan kek marble susu, manakala 1/2 adunan bakar dlm cc dan tabur coklat rice utk makan di rumah...lupa nak ambil gambar. Buat juga cc utk cikgu2 yg mengajar kelas abg Syamil. Manakala utk buah tangan kawan2 abg Syamil...buat cho chips muffin sebijik seorang, wrap dlm plastik. Disamping tu goreng bihun dan kerpok sayur utk dijamu dalam kelas.
To Ms Loo, I do appreaciate the assistance offered during the event and also tq to Ms Daisy....
Juga terimakasih banyak2 buat Ana kerna sudi berkongsi ilmu menghias kek.. Nanti kalau ada soalan boleh tanya kat Ana lagi ya...


Abg Syamil dgn guru kelas dan kawan2....


Abg Syamil bersama guru kelas (paling kiri) dan Ms Daisy& kawan; tumpang sama bergambar Syafiq dan Syakim...






Terimakasih buat semua atas ucapan harijadi utk Syamil...

mari...mari...mari...kita singgah di bawah ini:-
http://ezankn.fotopages.com/
Sat 21-Jun-2008 03:04
Posted by:ezankn
tak tahan dengan renungan abang Syamil tu...manis sekali...mamasya makin cantek-cantek hasil kerja mu la...rasa sudah pasti nak cikit .. Thu 26-Jun-2008 01:17
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
aduii geramnye aku tngokk..kek ni gebu btull....syabas.....happy belated birthdayyy

pls visit me
Wed 2-Jul-2008 07:58
Posted by:ija shariza  - [Link]
View all 42 comments Add comment


Saturday, 7-Jun-2008 01:05 Email | Share | | Bookmark
Kari Ayam Kapitan&Capati

 
 
 


Sebelum masak ayam kapitan ni dah search kat internet ttg resepi ni...rupa2nya ada pelbagai versi resepinya. Tapi kali ni nak cuba resepi Ayam Kapitan dari majalah yg ada di rumah.
Kalau ikut resepi dari majalah, ayamnya dimasak agak pekat macam rendang dan merah warnanya. Tapi ayam yg dimasak ni buat agak berkuah sbb nak cicah dgn capati dan tidak merah sgt sbb kurangkan cili,maklumlah kami sekeluarga tak tahan pedas...

Kari Ayam Kapitan
Sumber; Jelita (Sept 2007)

bahan-bahan

3 sb minyak masak
1.5 kg ayam, potong 8
500 ml pati santan- buat santan sederhana pkt sbb nak ada kuah sikit
1 cawan air
1 sb serbuk pati ayam
10 helai daun limau purut-hiris
1 biji limau nipis diperah
sedikit garam,gula
3 biji bawang merha digoreng - guna bawang goreng siap je
1 tangkai daun pudina- tak letakpun
bahan kisar
*30 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 btg serai
20 gm lengkuas
20 gm kunyit
*10 biji buah keras
*15 biji cili kering
*20 tangkai cili kering , rendam air panas
* bahan2 ni letak separuh saja
Cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi
2.Masukkan ayam dan biarkan selama 10 min
3.Tuangkan santan, air,serbuk pati ayam,daun limau purut dan bairkan renih sehingga ayam empuk
4.Perahkan limau,garam,gula dan bawang goreng
5.Angkat dan hidangkan dgn daun pudina





Capati nipun dah lama buat...iaitu selepas jamu mata di Fp Auntie Umi Kal. Tak puas hati jamu mata...kenalah jamu perut jugak.... Lagipun tepung capati dah lama tersimpan dlm kabinet dapur...asyik tertangguh nak buat. Jika dibandingkan dgn roti canai, lebih suka capati tp anak2 tak berapa suka capati lebih suka roti canai....
Sedikit tips utk capati tahan panas dan tak mudah keras...ni lihat bekas tuan rumah org Pakistan buat capati; selepas masak tutup dan lapik/bungkus dgn kain, simpan dlm bekas agar tetap panas rotinya.

CHAPATI
Sumber ; Fp Mamafami; Tq MamaFami...

Ingredients :
2 cups Atta flour
1 tablespoon Ghee/Butter/Margarine - guna ghee
1 tablespoon cooking oil
Enough water
Salt ~ optional
Extra margarine
Method :

1. Place Atta flour in a bowl.
2. Rub in a tablespoon of Ghee/Butter/Margarine
3. Add water bit by bit until it becomes a soft dough and doesn't stick to the hand.
4. Add the cooking oil into the dough and knead till well combined.
5. The bread taste better if made few hours ahead. Make as many small balls as you can, as big as golf ball, flatten it and roll out.
6. Heat a non stick flat pan till really hot.
7. Before placing the bread on the pan, remove access flour, if any.
8. When you see the color of the bread changes to slightly darker color, turn over the other side. Gently, press the sides of the bread with a kitchen paper or a clean towel. Let the bread puffs up, then flip over, back to the first side.
9. Once cooked, remove from heat and brush a bit of margarine on top - lupa nak brush capati




Quote:
Homework dari mamaaina. Sorry lambat siap....peram lama...
1.1 minit yang lalu, ape anda buat?
Layan Syazrin

2. 1 jam yang lalu, ape anda buat?
Sarapan

3. 1 hari yang lalu, apa anda buat?
Ptg semalam ke sukaneka

4. 1 jam lagi, apa anda akan buat?
Masak

5. 1 hari lagi, apa anda akan buat?
baking cake

6. 1 orang yang terakhir sms kamu?
berbalas sms dgn k.mOn semalam

7. 1 orang yang terakhir menelefon kamu?
husben

8. 1 makanan yang baru dibeli?
pagi tadi beli nasi bungkus utk sarapan, saja tukar selera..malas pun ada...

9. 1 barang yang baru hilang?
seingatnya tiada...Alhamdullilah

10. 1 cerita yang baru ditonton?
Lupa pulak tajuk; horror movie kat HBO channel

11. 1 hal yang terakhir digosipkan?
kisah org baru kahwin dah bercerai-berai; anak yg jadi mangsa...

12. 1 kata yang ingin diluahkan..?
Tak sabar nak balik M'sia....bercuti

13. 1 buku yang sudah dibaca?
dah lama tak baca buku. lebih suka baca majalah dan buku2 resepi..

14. 1 penyakit yang sering datang?
Alhamdullilah tak ada..kecuali anak2 sering kena batuk dan selsema

15. 1 keinginan?
sekeluarga pergi holiday ke ovc...bila lah.. kena kumpul pitis dulu...

Nak tag sapa...tak adalah sapa2, semua selamat ...
Selamat berhujung minggu buat semua serta selamat kembali semula ke sekolah...

Capati cicah kari ayam kapitan...enaknya . Penah mkn tp tk penah buat, cari kt kedai je Mon 9-Jun-2008 15:03
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
Sedapnyeeeeeeeeeeeeee.... Thu 12-Jun-2008 08:33
Posted by:Mummy Hana  - [Link]
nak try lah nampak sedap lah selamat berkenalan mama sya Wed 18-Jun-2008 15:43
Posted by:putrimlm colections  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Tuesday, 3-Jun-2008 22:28 Email | Share | | Bookmark
Rojak Sotong & Perlawanan Badminton

Antara penonton yg hadir
pasukan wanita PWM&PKMS
pasukan wanita STM
View all 22 photos...


Dalam 3-4 hari ni sibuk sikit sbb itu tak dpt berkunjung rumah kawan2 dan update Fp. Antara sebabnya ada latihan dan perlawanan badminton , anak2 masih exam dan baru tamat kelmarin....ditambah pula anak no 3 dan 4 batuk selsema...

Citer ttg badminton ada sambungan di bawah...skrg kita jamu mata dengan rojak sotong yg dibuat minggu lepas... Rojak sotong ni antara favorit makanan yg akan dicari bila pergi pasar malam di sini. Cuma bila beli kdg2 tak menepati selera...tawarlah....terlampau pedaslah...pastu yg byk dlm rojak tu kangkong,bahan2 lain ciput aja...
Bila buat sendiri ni....sedapnya dpt makan sepuas-puasnya...habis 2 mangkuk sorang2....

Rojak Sotong
Sumber ; Resepi.Net
Bahan-Bahan
2 ekor sotong yang telah kembang
1 biji timun
1 ikat kangkung
½ mangkuk kecil kacang tanah yang telah ditumbuk halus
½ mangkuk sos tomato
2 sudu besar petis- ganti dgn 2 sudu kuah rojak buah
2 sudu besar bijan goreng
2 keping tauhu
½ mangkuk cili boh-guna cili kering kisar
1 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
*saya tambah sebiji mangga muda yg diracik
Cara
1. Sotong dan kangkung dicelur hingga empuk.
2. Kemudian diangkat, toskan airnya dan dipotong-potong.
3. Tauhu digoreng kemudian dipotong kecil.
4. Tomato sos, cili boh dan petis disatukan dalam periuk kemudian tambah air 1 cawan dan biarkan mendidih.
5. Bila mendidih masukkan separuh dari kacang tumbuk dan bijan kemudian dikacau hingga rata dan mendidih.
6. Masukkan sotong, kangkung, tauhu dan timun di dalam pinggan sesudah itu tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.





Jamu Anak-anak

Oleh kerana anak2 exam maka mama layanlah mereka dgn baking Cho Moist Cake lagi. Kali ni buat dlm bekas cc dan tak deco pun keknya hanya letak topping dan tabur coklat rice. Anak2 ni kalau coklat cake tak hias cunpun tak apa asalkan letak topping mmg laju diorg mkn..
Selain itu buat jugak Fish N Chips kesukaan anak2 juga. Lega diorg dah habis periksa...bolehlah mama ngadap internet lama2 sikit...





Perlawanan Persahabatan Badminton

Perlawanan Persahabatan Badminton antara Persatuan Kebajikan Melayu SeMalaysia (PKMS), Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) dan Persatuan Warga Malaysia (PWM) yg berlangsung awal minggu ini dan tamat semalam diadakan dewan utama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei.
Perlawanan yg julung kali diadakan ini melibatkan 5 regu lelaki dan 3 regu perempuan. Mama dan abah turut sama bermain mewakili PKMS....dimana keputusan keseluruhan PKMS dpt tempat kedua,juara PWM. Adatkan dlm perlawanan ada kalah dan menang.... tapi yg penting dpt mengeratkan silaturahim sesama rakyat M'sia di sini dan dapatlah juga exercise sikit...buang lemak2 yg berkumpul tu....

Bulan lepaspun mama dan abah ada perlawanan badminton mewakili gabungan PKMS&STM melawan staf&keluarga kakitangan Istana Nurul Izzah. Perlawanan inipun melibatkan 3 regu wanita dan 5 regu lelaki. Selain bermain utk pertandingan...seronok juga dpt kenalan baru.


Pasukan lelaki PKMS ( biru) dan PWM (Putih) bersama TYT Dato' Ku Jaafar Ku Shaari, Malaysian High Commissioner (baju hitam duduk di tgh)


Pasukan wanita PKMS (biru) dan PWM (Putih) bersama TYT- team wanita ni muka semua merah2 sbb baru lepas bertanding,nasib baik larat lagi posing...


Sebahagian pasukan lelaki STM (biru muda) dan PWM (Putih) bersama TYT


Pasukan Wanita STM bersama TYT


Salah satu pasukan wanita yg sedang beraksi...



mmmmmmmmmmmmmmmmmm Fri 6-Jun-2008 14:59
Posted by:korok  - [Link]
ramainya yg terliur dgn rojak sotong mama tu, apa lg cuaca ptg ni yg mendung2 dan hujan td. pulak ni...mmg mengancam betul la. dah tu tgk mcm2 resipi pulak mama buat, ya Allah, sabar je lah. kena pulak gas masak dah habis. rasanya, kena cari rresipi yg main sumbat dlm oven jawbnya...
fyi, mamasya, kalau nk tshirt muslimah tu, may be i can arrange for d delivery.,(at lower caj)if u really nak cuba la . tringin nk bawa ke sana tp may b blm ada peluang lg. so far, alhamdulillah, ramai org suka.
Sat 7-Jun-2008 09:28
Posted by:suraiya.z suraiyaz@yahoo.com
akak husband akak org brunei ker Sun 8-Jun-2008 00:14
Posted by:unnamed  - [Link]
View all 43 comments Add comment


Saturday, 31-May-2008 06:06 Email | Share | | Bookmark