Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Thursday, 3-Sep-2009 12:21 Email | Share | | Bookmark
Menu Iftar 3 & 4 Ramadhan

 
 
 
View all 5 photos...
Sedar tak sedar kita nak menghampiri separuh Ramadhan..sekejap masa berlalu. Sepjg bulan puasa spt thn2 lepas ...waktu persekolahan anak2 singkat, dari 7.40 hingga 12 tgh hari. Kelas tadika 6 thn hanya setakat 11.40. Anak yg sekolah tadika akan mula bercuti mula sabtu ni...abg2 nya ada lagi seminggu kelas....lepas ni mrk cuti sampai seminggu lepas raya...pjg juga cuti sbb cuti sekolah disatukan dgn cuti raya.
Bulan puasa spt biasa waktu kerja sampai pukul 2 ptg.....termasuklah klinik,pejabat pos dan semua pejabat Kerajaan. Kalau nak berurusan kena selesaikan sebelum tgh hari.

Menu Iftar 3 Ramadhan

Puasa dah 12 hari baru tayang juadah berbuka hari ke 3&4.....tak sempat nak update cepat Fp...mana nak ronda rumah kawan2 lagi.... Juadah berbuka ni kalau masak ikut resepi barulah rajin nak ambil gambar...kalau nak cepat masak versi campak2... gambarpun tak ambil... Utk iftar hari ke3, masak ayam goreng mamak,kerabu cekur,udang masam manis, apam balik dan masak lemak telur ikan. Telur ikan dah lama tak masak sbb sesekali saja ada jual kat pasar....bila jumpa tu terus beli.Beli tak bykpun 1/2 kg.....masa penjual ikan isi telur ikan dlm plastik tengok byknya letak...cakap kat dia nak 1/2 kg je. Penjual tu cakap...saja nak bagi lebih...sedekah bulan puasa....Alhamdullilah rezki kami sekeluarga.... Bila dah masak....hero no 3 dan 4 cukup suka..diorg ingatkan ayam.....nak ayam yg masak lemak ni...tak nak ayam goreng......




Dah beberapa kali masak ayam goreng mamak ni....serba ringkas dan sedap..

Quote:
Ayam Goreng Mamak
Sumber; Fp k.Liza...tq k.Liza

bahan
1 ekor ayam [dipotong ikut suka dan bersihkan]
1 s/b rempah kari
1 s/b lada sulah
1 s/k kunyit serbuk
daun kari ,garam ,minyak

bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
1 inci halia
** tambah 2sb tepung gorengan serbaguna

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam.
4. Bila nampak kuning keemasan dan masak angkat dan toskan minyak.


Cekur bagus utk kesihatan terutama wanita yg lepas bersalin...mengeluarkan angin dari dalam badan.Daun ini juga boleh menghilangkan jerawat dan mengekalkan awet muda......
Quote:
Kerabu Cekur
Bahan
1 ikat daun cekur - potong tipis
1 genggam ikan bilis digoreng
1 genggam kelapa parut - goreng sampai merah dan tumbuk sikit.boleh guna kelapa kering yg dilembabkan dlm microwave dan goreng(pilihan)
1/2 labu bawang besar - potong tipis
1 biji cili merah -potong serong
1/2 btg karot- ricik/potong halus
2 biji tomato-potong
garam,gula,cuka

Cara
campur semua bahan.senang dah boleh makan....


Menu Iftar 4 Ramadhan

Iftar hari ke 4...hanya ambil gambar ikan dan bubur.....buburpun tak sempat hidang dlm mangkuk ,posing dlm periuk aje.......


Kalau sebelum ni pernah masak ayam tandoori...kali ni nak masak ikan tandoori pula. Kebetulan bahan2pun cukup. Ikan merah menyala sikit...dahlah guna warna merah terang...terlebih sukatan pulak....
Quote:
Tandoori Ikan
Sumber; www.resepi4u.com

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal (anggaran 1 kg) — Buang kepala dan ekor- guna ikan siakap saiz 1/2 kg
6 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
½ sudu teh serbuk kunyit
Perahan jus dari sebiji lemon
4 sudu makan yogurt biasa
2 titik pewarna merah
Sedikit minyak sapi, buah pelaga dan serbuk cili -ganti cili kering blender

Cara penyediaan:
1. Kelar kedua-dua belah ikan, lumur keselurhan ikan dengan jus lemon, dan perap selama 10 minit.
2. Tumbuk jintan putih dan bawang putih. Satukan bahan yang telah ditumbuk dengan yoghurt, serbuk kunyit, garam dan pewarna.
3. Lumur ikan dengan bahan-bahan tadi dan perap lagi selama ½ jam.
4. Bakar atau salai ikan atas dapur arang. Lumur minyak sapi dan taburkan buah pelaga yang telah ditumbuk dan serbuk cili.

**buat hanya separuh bahan sbb guna ikan saiz 1/2 kg
nak lebih perisa seeloknya perap lebih lama sikit
bakar jgn terlalu garing


Juadah manis berbuka buat bubur jagung....selain bubur kacang hijau,bubur jagung jadi favorit. Sesuai juga buat kawan2 yg tak ada idea nak masak juadah manis...nak cepat...guna jagung dlm tin buat bubur.....
Quote:
Bubur Jagung
bahan
1 tin jagung dlm tin – jenis yg biji2- whole kernel corn
2 sb sagu-siram air & toskan
1 cawan air
1 ½ cwn santan sed pekat – ½ pkt santan debu + air
Gula Melaka secukupnya
Daun pandan
Cara
1. Rebus air, mendidih masukkkan sagu . Kacau sagu
2.Sagu kembang masukkan gula melaka,daun pandan dan santan
3. Bila mendidih masukkan jagung.kacau seketika.siap


Monday, 31-Aug-2009 08:15 Email | Share | | Bookmark
Baby Syakirah 2 bulan & Baby Bread Pudding

 
 
 
View all 5 photos...
Baby Syakirah dah 2 bulan lebih skrg...semlm bawa pergi klinik utk monthly check-up dan injek...semua ok...menurut nurse beratnya elok ikut carta.Sejak bulan puasa ni Syakirah sebelah mlm dah tak berjaga spt sebelum ni...lega mama...bangun 1-2 kali saja utk minum susu...nasib baik waktu sahur dia tak bangun nak bersahur sama..... Cuma waktu berbuka dia nak berbuka juga...org sibuk nak mkn, dia tak nak ketinggalan.. nak join ..... Kenalah riba Syakirah di meja makan...kalau tidak dia 'bising-bising' kena tinggal sorang kat ruang tamu. Lagipun sebelum ni bila waktu Maghrib kalau dia tidurpun mmg kejutkan..main-main dgn dia..tu yg dah terbiasa masa Maghrib dia tak tidur.
Syakirah skrg dah pandai senyum-senyum ajak 'sembang' ... abg2nyapun suka nak melayan.... Kalau Syakirah lama tidur dlm bilik ,abg2nya tanya bila nak bangun Syakirah ni...nak main-main. Yg paling suka layan Syakirah adalah abg Syazrin sbb dia yg seharian di rumah...pantang mulut adiknya berair...cepat2 tlg lap....sampai dlm mulutpun nak lap jugak..dia suruh Syakirah buka mulut... Skrg ni abg Syamil pula rajin kdg2 berebut dgn Syazrin nak mengelap mulut adiknya... Syazrin bila cakap nak salin diaper Syakirah...dia yg cepat2 tolong bentangkan plastik alas....letak diaper...tlg susun diaper dlm laci tp bila minta tlg buangkan diaper kotor dlm tong sampah dia akan bagi alasan tak pandai........
Quote:
Baby Syakirah check-up 2 bulan
berat ; 6 kg (naik lebih kurang 1 kg dr bulan lepas)
tinggi; 65 cm



Rambut baby Syakirah dicukur beberapa minggu lepas...jadi skrg tak boleh buat tocang lagi...... Bila Syakirah dipakaikan gown...abg Syafiq yg tadika cakap..."Syakirah macam barbie tp mama kalau nak bagi lagi comel Syakirah, pakaikan yg warna-warna atas mata Syakirah.".... Syafiq hero no 3 ni concern sikit bab2 kecantikan pompuan...kalau ada iklan produk kecantikan kat tv mulalah cakap..."mama belilah tu...mama pakai tu..mama makan ni...nanti mama nampak cantik".......saborrrr aja kecik2..budak lelaki pulak tu dah jadi penasihat kecantikan wanita.....

Baby Syakirah Umur Sebulan Lebih

Masa ni baby Syakirah rambut belum cukur.... suka mama sikat rambutnya yg lebat itu.Mood baik bagi kenyang2 dulu barulah dia dok diam2 bolehlah klik2 gambar .....



Ni gambar yg sama entry pantai Muara tempoh hari....tengok tu lena tidur kena kembusan angin pantai..sampai rambutpun tegak...diangkatpun tak bangun dia.....



Quote:


Masih kisah baby...tp baby bread pudding..saiz kecik comeii.. Dah 2x buat sbb anak2 suka...lagipun mudah sgt. Boleh dijadikan pemanis buat berbuka kalau tak ada idea nak masak apa dan nak cepat....sbb ringkas buatnya. Buat 2 versi...ada yg letak kismis dan ada yg tak sbb anak2 tak suka sgt kismis. Buat 2 adunan...kalau satu tak cukup...

Baby Bread Pudding
Sumber; Tengok di dapur Suzi...asal Myresepi.
Bahan-bahan ( 6 keping )
* 2 keping roti putih
* 2 sb tepung jagung
* 3 sb gula halus- kurang sikit gula
* 100 ml susu cair
* 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)- ***guna semua 3 biji telur utk 2 adunan
* 1-2 titik esen vanilla
* sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
* sedikit gula icing untuk tabur atas puding - tak letak
* mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara
1.Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
2.Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
3.Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
4.Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
5.Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
6.Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
7.Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

Kebab mudah guna burger ni kira ulangan sbb dlm entry yg lepas dah tayang kebab mudah jugak guna roti pitta yg digulung. Puasa thn lepas beli juga beberapa kali kebab...harga sekeping bnd2, beli 3 dpt bnd5.Ada yg ok....ada yg ko...letak byk sayur tp daging kebabnya sikit sgt...tak terasapun. Jadi puasa ni bila nak mkn kebab buat sendiri kebab mudah...



Thursday, 27-Aug-2009 05:20 Email | Share | | Bookmark
Masak-masak sebelum Ramadhan...

 
 
 
View all 4 photos...
Ada lagi menu yg dimasak sebelum Ramadhan yg belum sempat posing dlm Fp... Jadi tangguh dulu entry bulan Ramadhan....nak habiskan dulu gambar masak2 sebelum Ramadhan....lagi tangguh lagi basi gambar2nya... Tapi bulan Ramadhanpun boleh masak menu di bawah kalau nak tukar selera...

Lasagna


Anak2 kalau tonton citer Garfield mulalah tanya bila mama nak masak lasagna... selalunya jawap nanti dulu bila mama rajin... Tengok dlm lemari ada lagi baki lasagna sheet yg buat dulu....nasib baik masih elok.Bila bahan2 lain dah cukup masak lasagna utk dinner...saja tak nak mkn nasi.....
Resepi copy dari dapur Suzi...tima kacih Suzi......
Quote:

Lasagna
sumber; c&p dari blog Suzi..resepi asal Ros Tokyo

Bahan.
* 6 keping pasta Lasagna - masak lebih dr 6 kpg nak habiskan stok. guna yang instant tp rebus sekejap biar lembut.

-bahagian inti daging-
* 3/4 cawan daging cincang
* 1 biji bawang putih (dicincang)
* 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
* 2 biji tomato ( potong dadu)
* 1/2 biji carrot ( potong dadu)
* 6 ketul cendawan ( potong dadu)
* 3 sudu besar tomato ketchup
* 2 sudu besar olive oil-letak minyak masak biasa

Bahagian white sauce
* 1 cawan susu segar
* 1/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar cheese powder-letak 1 kpg slice cheese
* 2 sudu besar butter
* 1 sudu kecil garam
* sedikit lada sulah
* Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna-tambah slice cheese
***white sauce ni kita doublekan bahan2nya sbb sauce tak cukup utk cover semua lasagna.***

untuk hiasan
* sedikit hirisan daun pasley kering-tak letak

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White sauce
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.


Ni pula menu ulangan....

Laksam

Dah beberapa kali tayang laksam..maklumlah makanan kegemaran kami sekeluarga, harap tak ada yg jemu... Laksam ni buat pagi minggu sebelum Ramadhan... terasa nak mkn laksam, apalagi keluarkan kukusan...ngukus laksam. Dkt sejam jugak baru siap kukus.Utk kuah macam biasa suka guna ikan selayang sbb lagi sedap berbanding ikan lain. Tgh haripun lunch dgn laksam. Kali ni tak buat sambal sbb cili merah habis...lagipun masih pantang mkn pedas-pedas.Utk resepi laksam tengok di sini .



Mee Sizzling

Sebelah mlmnya pula masak mee sizzling...tp versi campak2... Kali ini guna stick noodles....pertama kali guna mee macam lidi ni....selalu tengok org beli berpeket2 kat kedai....tu yg nak cuba. Bila dah rebus stick noodles ...rupa dan rasanya lebih kurang macam mee kuning. Boleh beli buat stok ......senang sikit kalau anak2 nak mkn mee bila2 masa, tak payah nak pergi beli mee basah. Satu peket dpt sebekas spt di bawah. Mee goreng basah kat bawahpun guna stick noodles .
Anak-anak pula semasa tgh menumis masuk dapur tanya mama masak apa bau sedap....cakap masak mee.Bila mkn hero no 3 cakap macam mkn kat restorenlah mama....betullah tu kita makan di restoren mama..... tak payah susah-susah nak pergi mkn mee kat restoren lain....


Dah lama tak ambil gambar model masakan mama....sapa lagi modelnya kalau tak Syazrin yg cukup suka bila diminta posing......senyum melebar dia...

Olio Spaghetti

Masak waktu lunch sama hari dgn entry cuci kereta di bawah....sbb breakfast dah berat jadi lunch goreng spaghetti. Masak separuh saja....selain dari itu buat juga mushroom sup dan garlic bread.Teman-teman yg lainpun ada yg dah masak spaghetti ni....tk k.Amal kongsi resepi....


Quote:
Olio Spaghetti
Sumber; Fp K.Amal.
Bahannya:
1 paket spaggeti -
direbus dgn sikit minyak dan garam kemudian ditos dan digaul dgn minyak zaiton atau minyak sayur supaya x melekat.
*1 cawan daging kisar - buat spt n3 kat bawah ye.
3 biji cili yg sedang je, warna merah, kuning dan hijau - dipotong dadu
2 batang salery- dipotong dadu-tak letak ganti dgn sayur2
3 ulas bawang putih..dadu halus utk menumis
1 1/2 sudu kecil serbuk cili(letak ikut kepedasan)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam dan minyak zaiton/sayur-guna minyak biasa
* utk daging guna conned beef yg dah siap masak. jadi goreng kejap aja...rasanya kalau guna daging kisar lagi sedap...sbb conned beef kurang rasa dagingnya.

Caranya:
Panas minyak zaiton..tumis bwg putih hingga layu..masukkan 3 jenis cili capc dan salery, kacau hingga layu sikit kemudian masukkan daging kisar tadi..kacau lagi..masukkan spaggeti, serbuk cili dan serbuk lada hitam..rasakan garam..siap tak sampai 10 minit.
Olio ni sekejap je sebab daging tu dah dimasak spt n3 kat bawah.



Tuesday, 25-Aug-2009 02:59 Email | Share | | Bookmark
Menjamu Tetamu dari Jakarta & Daging Patayya

 
 
 
View all 5 photos...
Menjamu tetamu dari Jakarta

Pada petang khamis beberapa hari lepas kami menjemput kenalan kami keluarga Dr Rahman& Neng serta ibu@ummi dan famili adiknya utk minum ptg di rumah. Ibunya yg tinggal di Bogor,Jakarta dan famili adiknya yg pulang bercuti dari Yaman dtg bercuti di Brunei beberapa hari...sebelum ini mrk bercuti di KL.
Sebenarnya kami sudahpun mengenali ummi.....anak-anak panggil jaddah semasa bercuti ke Bogor,Jakarta hujung thn lepas. Ummi yg melayan kami dengan mesra sekali semasa kami menginap beberapa hari di rumah Dr Rahman di sana. Memang tak sangka dpt bersua lagi.
Anak-anak mmg suka bila ada kawan-kawan dtg..tambahan mmg dah kenal mesra dg anak2 Dr Rahman yg kebetulan satu sekolah dgn mrk....lepas main di luar rumah... sambung main dlm rumah pula...



Bila tetamu setuju nak dtg, mula fikirkan menu minum ptg yg sesuai...utk org dewasa dan kanak2 dan tak renyah sgt penyediaanya. Wpun minum ptg rancang sediakan makanan berat....jadi masak nasi....nasi karot....nasi dimkn dgn ayam bakar,sup dan salad....sekaligus mkn utk dinner. Ayam diperap belah pagi....bakar lepas lunch, sup dimasak tgh hari sekaligus utk lunch dan nasi dimasak belah ptg.
Selain itu masak mee goreng basah, roti john,American coklat kek,puding kastad dan cream puff jagung....semua menu pernah masak sebelum ini....ada resepi di sebelah.





Hari Pertama Puasa


Terasa nak mkn masakan Thai...cari-cari resepi jumpa daging patayya.Kebetulan bahan2nya kebykan ada ...jadi terus masak. Resepi ni sesuai utk org yg suka pedas sbb letak cili padi....tp tak berani nak letak cili padi sbb tak tahan pedas...nanti berasap telinga..... Nak padankan dgn daging patayya ...masak juga tomyam campur.


Quote:

DAGING GORENG PATAYYA
Sumber; Restoren Pak Amir

Bahan-bahan:
500 gram daging "Top Side" bahagian peha dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang halus
10 batang cili padi dan 2 batang cili merah ditumbuk halus- campur cili hijau dgn cili kering
1 labu bawang besar dihiris nipis
4 helai daun limau purut
Beberapa helai daun selasih (Thai Basil)-tak letak
Segenggam daun ketumbar dicincang kasar
1 batang serai dititik-letak 2 btg
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 camca besar sos tiram-letak 2 sb
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya
# Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili padi dan cili merah sampai wangi.
# Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula, dan bawang besar.
# Goreng sebelum dimasukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar Sajikan segera 1


Puding Kastad

Ada sikit puding kastad yg belum letak kuah ....lebihan jamuan ptg khamis tu, jadi buat kuahnya utk mkn moreh...atur buah strawberry dan tabur cho rice atasnya biar nampak berseri.....




Wednesday, 19-Aug-2009 02:05 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti Hujung Minggu Dan Selamat Berpuasa

 
 
 
View all 6 photos...
Aktiviti Hujung Minggu

Pagi....sarapan di Axtivo Cafe


2 minggu lepas kami sekeluarga bersarapan di luar...saja nak tukar selera.Pertama kali kami makan di cafe Axtivo yg dibuka sejak thn lepas....itupun kebetulan ternampak banner iklan cafe ni.
Tengok menu pelbagai pilihan ada.....jadi minta anak2 pilih nak makan apa. Abg Syamil order bubur nasi dgn fish&chips, abg2 bertiga semuanya order kolo mee. Tak adalah order bykpun makanan sbb sarapan biasanya anak2 tak byk mkn.....mama dgn abah jugak yg tolong perabihkan....




Syakirah masa mula tiba tidur nyenyak.....bila makanan dah sampai terjaga pula...

Ptg...xtvt cuci kereta dan main air.....

Ni pula aktiviti sebelah ptg....dah beberapa hari anak2 minta nak cuci kereta..cakap tunggu week end saja....sebenarnya mrk nak main air..... tp tak apalah sesekali bagi peluang main air sambil cuci kereta.....



Mula-mula bersihkan keter abah....sampai panjat tayar...naik kerusi nak cuci.Tayarpun sental jugak...semua tekun buat kerja..rajin betul hero-hero mama..



Selesai cuci keter abah...cuci basikal masing2 pula..masa ni semua dah lencun...



Mana aci cuci keter abah saja...kena cuci jugak keter mama yg antik tu...... Abg cuci sampai kilat ya keter mama......

Quote:
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1430 H
Buat semua diucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat menjalani ibadat puasa dari kami sekeluarga. Semoga kita sama-sama dikurniakan Allah kesihatan yg baik dan dapat menjalani ibadat puasa di bulan yg penuh berkat ini. Mohan maaf juga jika ada salah dan silap dari kami.

Ptg semalam masa tgh siapkan minum ptg, Tok penghulu tempat kami tinggal dtg menghulurkan beberapa kotak kurma ....kurma pemberian dari Sultan Brunei. Alhamdullilah rezki.....setiap thn kami serta penduduk Islam di sini dpt kurma percuma...satu kotak cukup utk seorg buat berbuka sepjg bulan Ramadhan.



Kad Ramadhan dari kawan-kawan....Tk semua......

Kad dari Azue


Kad dari MaDiha


Kad dari Ezza


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net