Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Monday, 17-Aug-2009 00:42 Email | Share | | Bookmark
American Cho Cake,Tahu Sumbat&Tempoyak Daun

 
 
 
View all 4 photos...
Enjin dah laju sikit...mula aktiviti baking pulak...... ni projek minggu lepas. Teringin nak cuba resepi American Cho cake sbb bahan2nya sukat guna cawan dan mudah buatnya....godek sekali harung saja... Mulanya ragu jugak nak buat sbb caranya mudah sgt...takut kek bantat..tp bila kek dah masak ok naiknya. Rasanyapun moist...tak rugi mencuba. Sesuai kek ni utk yg nak mkn kek tp kurang rajin nak mengodek lama-lama di dapur...... .
Malas nak deco....campak2 aje cho rice.macam biasa kalau kek coklat mmg laju......anak-anak suka..mamanya lagi suka...



Quote:
American Chocolate Cake
Sumber;Ninie copy dr FP Zahara - tq k.Zara kongsi resepi...

BAHAN
2 cups flour*
2 cups granulated sugar-guna caster sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder*
2 tsp baking soda*
2 eggs
1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt
1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;
Mix all together in a bowl.
and bake for 45 minutes.. suhunya sya guna suhu bakar
cake biasa tu.. 170C sebab masa cousin sya beri
recipe, tk dak tercatat suhu, sya hentam je.

ni yg kita buat;
1.Ayak bahan * sekaligus
2.Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air
3.Masukkan bahan yg diayak,air dan susu.kacau kejap dgn senduk kayu.
4.Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.


Selain dari kek ptg tu juga buat tauhu sumbat. Tauhu byk dlm peti ais...sayang takut rosak ...goreng tauhu,sumbat sayur.....mkn dgn sos pedas + manis....sedap......



Sambal Tempoyak Daun Dan Sambal Ikan Bilis Petai

Kedua2 lauk di bawah ni dah lama buat beberapa bulan sebelum bersalin lagi....tangguh2 baru update dlm FP. Masak sambal tempoyak sbb kepingin nak mkn......mengidampun ada jugak.....


Quote:

Sambal Tempoyak Daun
Sumber; Majalah Rasa

Bahan A - semua hiris halus
1 Ikat pucuk ubi
1 ikat daun kadok-tak letak
5 helai daun kunyit
3 btg serai
3 btg bunga kantan

bahan B
20 biji cili padi - cili merah + cili padi - kisar
1 inci kunyit hidup - kisar
1 kg terung pipit-tak letak
1 papan petai- belah 2
250 gm ikan bilis-kopek
10 sm tempoyak
4 biji bawang besar-hiris
250 ml santan
250 ml air
garam dan gula secukupnya

Cara
1.Masukkan bahan A kedlm kuali yg berisi air
2.Masukkan petai,terung pipit dan ikan bilis
3.Bila mendidih masukkan santan dan tempoyak
4.Akhir sekali masukkan bawang besar,garam dan gula

***Buat hanya 1/2 dr resepi
Utk cara ubah sikit,masak spt sayur lemak
1.Masukkan santan, air , ikan bilis dan bahan kisar dlm periuk
2.Bila mendidih masukkan bahan A,tempoyak, bawang besar&petai
3. Rasakan garam dan gula.


Ada lebihan petai masak sambal ikan bilis petai beberapa hari kemudiannya....tp sambal tak lah pedas sgt sbb tah tahan pedas...



Thursday, 13-Aug-2009 04:23 Email | Share | | Bookmark
Ayam Bakar,Spaghetti Ala Kyros & Septg Di Pantai Muara

 
 
 
View all 6 photos...
Bila enjin dah panas..mulalah bagi oven kerja semula, maklumlah ovenpun dah lama rehat sama berpantang dgn tuannya ......
Bakar ayam seekor hari Jumaat lepas utk lunch sekaligus dg dinner...bahan2 ringkas saja...letak lada hitam..biar panas sikit badan. Ayam terhangit sikit....itulah mentang2 dah lama tak bakar ayam...lupa nak intai ayam masa bakar..


Quote:

Ayam Bakar
Bahan
1 ekor ayam - potong 4
4-5 sb bbq sos
1 sb madu
2 sb lada hitam-tumbuk kasar
garam secukupnya

Cara
1. Perap ayam 2-3 jam dgn semua bahan
2.Bakar selama sejam dgn suhu 200' C atau sampai masak.Jgn lupa ayam dibalik2 masa bakar.Boleh mkn cicah sos.

Fried Spaghett Ala Kyros @ Black Pepper Spaghetti
Masak spaghetti keesokkan harinya. Spaghetti blackpepper ni sesuai jugak utk org berpantang sbb letak lada sulah dgn ayam bakarpun ada lada sulah. Hanya buat 1/2 sahaja dr resepi ...tupun dah byk tp lebihkan ayam....guna 1/4 ekor ayam bahagian dada yg dimasak sehari sebelumnya spt resepi di atas. Lagi byk ayam lagi sedap....


Quote:

Fried Spaghett Ala Kyros @ Black Pepper Spaghetti
Sumber; Copy dr Fp Zahara; resepi asal Mas RNet

Bahan
500gm spaghetti- rebus seperti biasa+letak sikit minyak
400gm ayam debone-marinate dgn bbq sos dan coarse black pepper selama 3 jam
***ayam dibakar ikut resepi di atas

3 Tb olive oil-guna corn oil
3 Tb butter
1 bawang besar-potong 4,hiris
4 bawang putih- hiris
2 Tb coarse black pepper
6 Tb black pepper sos
garam,air sikit
1/2 red capsicum - hiris memanjang ) - letak brokoli,karot,tomato
1/2 green capsicum - hiris memanjang )
**kita tambah 2 sb sos tiram

Cara
1. Ayam yang telah diperap digrill dalam 160C dalam 40 minit, selepas 20 minit balikkan ayam tersebut. Biar garing sikit.
2. Lepas, masak hiris ayam memanjang dan tepikan.
3. Panaskan olive oil dan butter, tumis bawang besar dan bawang putih sekejap.
4. Masukkan black pepper kasar dan sos black pepper&sos tiram
5. Masukkan capsicum, spaghetti dan ayam tadi dan gaul hingga sebati. Kalau kering sangat tambah air sikit. 6. Hidangkan.
Nota: nak lagi pedas tambahlah lagi black pepper.


Sepetang Di Pantai Muara

Baru-baru ni bawa anak ke Pantai Muara...tak jauhpun dari rumah...dlm 20 min driving. Bila sebut nak ke Pantai Muara anak2 cukup seronok sbb dah lama tak pergi. Yg menarik di situ, jika anak2 bosan main di taman boleh ke pantai main pasir....pantai terletak betul-betul depan taman .
Biasa kalau hujung minggu ada org camping dan picnik di situ...ada tempat khas utk didirikan khemah. Selain itu ada laluan berbasikal,main skateboard, gelanggang bola sepak pantai,bola tampar,wakaf dll kemudahan....sesuai sgt utk beriadah.
Baby Syakirah dari mula sampai di Pantai Muara hingga balik.... tidur saja..angkat dukungpun tak sedar.....nyenyak betul dia tidur diulit angin pantai yg sepoi2 itu......










Tuesday, 11-Aug-2009 13:37 Email | Share | | Bookmark
Lauk masa pantang...

 
 
 
View all 4 photos...
Sekadar berkongsi lauk yg dimakan masa pantang tempoh hari......lauk ringkas saja. Tak bolehlah lauk yg special ...nanti bertambah lepas sepinggan..sepinggan lagi..... susah berat nak turun... kut lagi naik ada....
Makanan dlm pantang yg mana boleh dan tak boleh mkn bergantung pada individu jugak kan....ada yg kita mkn..ok aje tp org lain tak boleh..jadi ikut kesesuaian badan masing-masing....

Sebelum tu nak kongsi info ttg;
Quote:

Pemakanan Seimbang Semasa Dalam Pantang.
# Nasi panas sederhana lembut / lembut, bubur nasi, spagetti, pasta dan makaroni.
# Sayur-sayuran yang boleh dimakan ialah bebawang merah, putih, besar, karet, ulaman pegaga, lemuni, daun dan bunga kunyit, brokoli, dedaun pudina dan kari.
# Ikan yang segar iaitu ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
# Makanan bijirin iaitu gandum (oats), empingan jagung (corn flakes), bran, muesli, beras merah, beras perang, beras, kismis kuning dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam, walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal / wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
# Buah-buahan yang boleh dimakan ialah epal merah, oren manis (limau manis), kurma, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, lai, pic, aprikot, strawberi, anggur (jangan berlebihan boleh sebabkan batuk), jus epal, ribena dan sirap.
#Minuman berkhasiat iaitu, susu, kacang soya, horlicks, milo
#Gunakan gula merah, gula perang, raw sugar dan madu lebah.
# Banyakkan minum air.
(sumber; blog nonaku.com )


Masa berpantang org tua-tua cakap elok mkn halia utk buang angin dan lada hitam....elok utk segar dan panaskan badan. jadi lauk yg dimkn ada kedua2 bahan ni dan letak juga kunyit....cuma beza cara masak saja.
Wpun tak pantang boleh mkn juga mkn lauk yg letak byk halia dan lada hitam sbb ada khasiatnya selain menyedapkan masakan. Utk kebaikan halia,kunyit& bawang putih boleh klik sini.

Nilah lauk yg diulang2 mkn sepjg pantang...



Quote:
Daging Halia

Bahan
300 gm daging-potong tipis..seelok2nya guna bhg daging yg tak berlemak
-boleh ganti dgn hati ayam jika suka
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
garam, minyak

Cara
1.Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan daging biarkan air daging kering dulu. bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. biarkan air kering.
2. Tuangkan minyak,kacau daging rata2. masukkan kicap,sos lada hitam dan lada hitam.kacau rata.
3.Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam. goreng sampai bawang besar layu.siap utk dimkn.




Quote:
Ikan Bawal Kukus Halia

Bahan
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Cara
1.Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.perap seketika.
2.letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil,siram baki perapan kicap atas ikan
3.tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
4.kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.
**senang sekali masak ada lauk dan sayur jimat tenaga dan gas....




Quote:
Ikan Pindang Kicap
Sumber;Resepi Makanan Ketika Berpantang

Bahan
2-3 ekor ikan (ikan merah/jenahak/selar kuning/kerisi/siakap)-selalu masak dgn ikan merah atau kerisi.boleh juga ganti dgn daging
*1 ulas bawang putih --tumbuk-lebihkan letak 3 ulas
5 ulas bwg merah
1-2 btg cili merah-tak letak
*5 cm kunyit- tumbuk
*5 cm halia muda-mayang
*5 cm lengkuas-ketuk
1 btg serai-ketuk
1-2 helai daun salam-tak letak
3-4 kpg asam gelugur
1-2 sudu teh kicap manis
4 cwn air, garam
semua bahan * potong tipis aja

Cara
1.Panaskan minyak sikit tumis bawang dan halia.
2.Masukkan air.biarkan mendidih dan masukkan bahan lain dan ikan.rasakan garam.
**nak mudah mama masukkan air dan semua bahan kecuali ikan buat stail singgang. Bila mendidih baru masukkan ikan.




Quote:
Ikan bilis Lada Hitam
Bahan
1 gengam ikan bilis
1 1/2 inci halia-potong bulat tipis2
1 sudu mkn lada hitam-tumbuk kasar
sedikit minyak

Cara
1.Goreng ikan bilis dlm minyak yg sikit. bila hampir garing masukkan halia.
2.Kacau sekejap dan angkat. Gaulkan ikan bilis halia tadi dgn lada hitam.Siap utk dimkn.
**kalau nak tumbuk ikan bilis dan haliapun boleh.

****Resepi ikan bilis ni sumbangan arwah mak bidan yg mengurut sepjg pantang baru-baru ini. Beliau yg dikenali dgn panggilan Mak Dara telah kembali ke Rahmatullah pada pagi selasa minggu lepas setelah seminggu koma. Terkejut juga dgn berita pemergian arwah sbb kali akhir dtg rumah semasa minggu ke 5 pantang beliau sihat walafiat. Semoga roh arwah dicucuri rahmat . Al fatihah......****

Quote:
Utk Jassnani & Zuelia yg bertanyakan ttg netbook@laptop mini;
Netbook mmg senang nak bawa kecik molek sebesar handbag... semua fungsi sama dgn laptop biasa.model yg digunakan ni ada built-in camera. Cuma kelemahannya perlahan...tak selaju laptop biasa...kena tunggu bila buka satu2 page.


Friday, 7-Aug-2009 01:36 Email | Share | | Bookmark
Scone Enak Berperisa & Riang Ria Di Utama Bowling,Bt 1 BSB

 
 
 
View all 5 photos...
Untuk minum ptg 2 hari lepas buat scone cicah sos, ni kira edisi memanas enjin di dapur...cuba resepi mudah dulu...... Tak tahulah panas sampai tahap mana lepas ni...kut-kut takat suam-suam kuku...masakpun pakai versi campak-campak....
Resepi intai dari dapur k.Zai dgn sikit ubahsuai ikut stok yg ada kat dapur...tq k.Zai...



Quote:
Scone Enak Berperisa
Sumber; K.Zai@Dapur Impian

Bahan-bahan:
A
150 gm tepung naik sendiri
25 gm bijirin nestum- guna minuman nestum 3 in 1
2 camca teh serbuk pati ayam maggi

B
100 gm daging ayam yg dikisar - ganti 3 keping daging burger ayam - goreng dulu sekaligus daging burger dgn minyak yg sikit dlm kuali sambil dilenyek/cincang daging
25 gm lobak merah disagat halus
25 gm kucai,diotong sepanjang 1 cm- ganti daun bawang
25gm cendawan butang dihiris
1 labu kecil bawang besar diiris - letak 1/2 saja
4 camca besar jagung manis berkrim - x letak

1 cawan susu rendah lemak NESTLE
sos cili maggi-guna sos manis Thai
**tambah sikit garam

Cara:
1. Gaul ramuan A dalam mangkuk hingga sebati
2. Masukkan ramuan B dalam susu NESTLE dan kacau perlaha-lahan.Gaul sehingga menjadi adunan pekat.
3. Panaskan kuali tidak melekat dan masukkan 1 camca besar adnan tersebut.-sy lenserkan sedikit minyak.
4. Masak atas api sederhana sehingga gelembung diatas permukaannya pecah.
5. Terbalikkan dan masak bahagianyang sebelah lagi
6. Hidang panas dengan sos cili jika mahu


Riang Ria Di Utama Bowling

Kisah bawa anak2 pergi tengok bowling ni dah lama.....beberapa minggu sebelum bersalin. Ada perlawanan persahabatan antara persatuan Malaysia di sini iaitu PKMS,PWM dan HICOM(Kedutaan M'sia).... mr husben pun join sama main.



Mama pergi sekadar temankan anak2 dan jadi tukang ambil gambar...mana boleh main tgh sarat.....nanti bukan bola yg tergolek, mama yg tergolek kat lantai... . Anak2 pula ceria...main tolak2 bola dan tengok org main. Mrk nak mainpun mana larat nak bawa bola yg berat itu.







Lepas main seketika anak2 mengadu lapar....maklumlah keluar rumah awal...tak sempat dinner di rumah....jadi bawa anak2 makan di fast food Jolibee yg terletak tempat bowling itu. Jolibee ni byk juga cawangan di Brunei....menunya lebih kurang macam KFC tp ada makanan lain spt spaghetti dll.Order set ayam&nasi dan cheesy fries. Sambil mkn anak2 main gelungsur yg ada kat situ.



Waktu di bowling tu tak nampak kat mana maskot Jolibee. Kebetulan masa jln2 beberapa hari kemudian sambil tunggu Syafiq habis sambut birthday kawannya lalu dkt Jolibee....ternampak maskot Jolibee...minta Syazrin posing kat situ.....


Monday, 3-Aug-2009 06:59 Email | Share | | Bookmark
Pulut Durian & Puding Sagu Dan Makanan Yg Dibeli

 
 
 
Alhamdullilah dah selesaipun tempoh berpantang....hari yg ditunggu-tunggu.... Rasa sekejap pula berpantang kali ni...tak terasa setiap hari yg berlalu....... tentang makan tu ada makanan yg belum berani lagi mkn... makanan..minuman sejukpun pantang lagi....tunggu dulu.....

Dah lama tak citer ttg makan2...kali ni nak kongsi sebahagian yg dimakan seminggu sebelum bersalin....antara yg sempat posing....

Pulut Durian

Wpun dah ada entry pulut durian...ulangtayang sekali lagi sbb jeles nengok kawan2 tayang mkn durian.... tp tak boleh lawan kawan2...tayang durian berbiji2, kita tayang durian sebijik aja... nipun durian Thai beli kat supermarket....jual timbang sekali dgn kulit...bnd3.90 sekg(RM10 kg)...yg berat kulit dan bijinya... Kat pasar mlm ada jual tp buah yg kecik... kat sini belum musim buah durian.



Kalau pulut durian suka mkn yg simple gini...pulut,kuah santan+gula melaka (letak sikit) .
Anak2 makan seulas sorang saja....kecuali abg yg sulong cukup suka durian...1/2 dr isi durian dia yg mkn.

Puding Sagu

Ada lebihan kuah santan pulut durian, dr membazir esoknya masak sagu buat puding sagu. Masak sikit aja sagu...1 cwn. Lama tak mkn puding sagu ni.Bulan puasa nanti ingat nak buat lagi...sedap buat berbuka..manis berkuah... .


Quote:

Puding Sagu

bahan
1 cwn sagu - basuh...siram dgn air paip dan sejatkan
2 1/2 cwn air
5 cwn santan sederhana pkt @ secukupnya-nak kuah lebih tambah santan
gula melaka secukupnya
secubit garam, sehelai daun pandan

Cara
1. Rebus air hingga mendidih, masukkan sagu dan kacau sagu hingga sagu masak...sebhg putih2 sagu hampir hilang.
2.Sapu bekas dg sikit minyak.masukkan sagu dlm bekas..boleh guna bekas kecik2.biarkan sejuk
3.Rebus santan,gula,pandan dan garam...kacau hingga mendidih sekejap.
4.Keluarkan sagu dr bekas,letak dlm mangkuk....tuangkan kuah santan yg direbus tadi.siap.

Makanan yg dibeli

Ni pula yg sempat dibeli beberapa hari sebelum bersalin. Pulut letak sambal ikan bilis ni kegemaran anak2.....6 bungkus kecil bnd1(rm2.40)...kalau yg besar dijual 4 bungkus bnd1. Kuih cara berlauk tu 4 ketuii bnd1.
Terliur tengok kawan2 tayang kek karot....mengidampun ada gak, nak buat rasa malas... Tambah pula minggu2 terakhir tu rasa nak baring aje....tak berapa larat. Nak mkn juga sebelum bersalin...jadi beli ajalah. Nasib baik sempat mkn....2 hari lepas tu bersalinkan Syakirah....... Anak2 tak begitu suka kek karot....mrk mkn juga tp sikit saja.




[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net