Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Monday, 15-Jun-2009 02:47 Email | Share | | Bookmark
Dadih, Minum Ptg & Swiss Roll Lagi....

 
 
 
View all 5 photos...
Minum Petang

Jika entry di bawah menu dinner utk tetamu,Dr H.....kali ni minum petang ringkas sebelum beliau bertolak pulang ke sem. Mmg ringkas minum ptg sbb hanya sediakan mushroom & potato soup, garlic bread dan swissroll.....ni semua menu ulangan dan resepinya di link sebelah.... Tak ada idea nak masak benda lain.... Harap tak ada yg bosan jamu mata........
Sup tu ikut resepi mushroom soup tp dicampur dgn sedikit potato yg diblender dg susu. Anak-anak tak begitu suka pula mushroom soup campur dgn potato ni.....lain kali tak boleh campurlah dgn potato.



Swiss Roll lagi.............

Baru aje tayang swissroll....tayang swissroll lagi....nampaknya demam swissroll masih belum kebah..... . Baking 2 biji.... satu swissroll strawberry utk minum ptg dan mkn di rumah....satu lagi swissroll pandan utk buah tangan Dr H bawa pulang. Swissroll nipun guna resepi yg sama spt swissroll coklat cuma ubah perisi dan warna.



Untuk swissroll strawberry ni letak 1 st perisa strawberry dan 1 1/2 st pewarna pink. Manakala swissroll pandan letak 1 st perisa pandan dan 1 1/2 st pewarna hijau...mudah aje....



Syazrin Posing...

Masa tgh ambil gambar swissroll tu...Syazrin dtg minta mama ambil gambarnya....maklumlah mamanya asyik ambil gambar makanan....dah jarang2 ambil gambarnya. Sorry ya sayang mama...ok mama snap gambar Syazrin............



Dadih

Buat dadih ni bukan pada pada hari yg sama dgn swissroll tp sekalikan update dlm entry kali ni. Teringin nak mkn dadih selepas jamu mata di dapur seorg teman. Dengan cuaca panas skrg....sedapnya dadih yg sejuk.....
Mula2 buat dadih coklat.....abg sulong cukup suka . 2-3 hari kemudian buat lagi tp kali ni guna susu strawberry. Banding strawberry dgn coklat.....sedap lagi coklat komen abg.....


Quote:
Dadih
Sumber ; FP Haniss, tq Haniss kongsi resepi..

Bahan;
10gm agar² strip - *rendam agar dulu biar lembut
1 liter susu (fresh milk atau full cream)-guna susu perisa coklat & strawberry
5 cawan air
3/4 cawan gula
2-3 helai daun pandan

Caranya pula:
1. Masak agar² dengan air dan daun pandan sehingga mendidih, masukkan gula ..kacau dan kemudian masukkan susu tadi.
2. Biar hingga mendidih sekali lagi, buang daun pandan dan tuang kedalam bekas kecil.
3. Suamkan dulu pastu baru sejukkan lam peti ais.
4. Siap dimakan.

Nota: boleh tambah apa² perasa jika suka.
Boleh jugak guna susu perasa strawberry atau coklat jika nak dadih perasa² tersebut.


Thursday, 11-Jun-2009 03:19 Email | Share | | Bookmark
Menu Dinner Utk Tetamu

 
 
 
View all 4 photos...
Hari ni anak2 dah mula cuti sek.......cuti selama 2 minggu. Cuti kali ni kami tak pulang ke sem, cuti di sini saja kebetulan abg yg sulongpun ada extra kelas sepjg cuti ni. Tak rancang lagi apa aktiviti mereka sepjg cuti ni, rasanya aktiviti bebas aja kut.....
Bila cuti ni aktiviti memasak di dapur bertambah sikit... sbb bila anak2 bercuti, kejap-kejap mereka masuk ke dapur...cari apa yg boleh di ngap..



Berbalik pada entry kali ni.....kira-kira 3 minggu lepas, kawan mr husben iaitu Dr H dtg dr sem dan bermlm di rumah kami semalaman. Beliau dtg krn ada urusan di sini. Jadi masaklah extra sikit utk dinner....iaitu nasi beriani warna-warni, daging dendeng, kurma ayam,udang masam manis, acar dan utk cuci mulut puding kastad. Resepi nasi beriani warna-warni dan puding kastad ada di link sebelah.



Quote:
Dendeng Daging

Daging dendeng sebelum ni dahpun masak tp tertangguh utk masuk dlm Fp...bila tetamu dtg masak sekali lagi utk hidangan. Sebelum masak daging ni ada juga tengok lain2 resepi daging dendeng dari internet....di dapur kawan2pun intai jugak..... ...ada pelbagai versi rupa2nya..mungkin diubahsuai ikut citarasa masing2... Tapi utk kali ni nak cuba resepi dr buku masakan yg dah lama tersimpan.
Menurut komen pelanggan utama di rumah...sedap rasa daging masak gini........ Kalau sedap boleh masak lagi...... .



Dendeng Daging
Sumber; Sajian Perantauan Edisi 2

Bahan;
1/2 kg Daging
5 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
4 sb cili boh - 4 sm lada kering yg dah blender
2 st gula merah-nak guna gula melakapun boleh
2 sb kicap pkt
6 sb air asam jawa
1 st lada sulah/lada hitam
sedikit kunyit
garam, minyak utk mengoreng
**yg ditambah; 1/2 labu bawang besar potong, 2 biji cili hijau-potong, 1 sb sos tiram

Cara
1. Daging dipotong nipis-nipis, gaulkan dgn garam,kunyit serta lada sulah. Perapkan sebentar. Goreng sampai garing. Ketepikan
**daging yg dimasak ni lambat empuk...jadi rebus dulu selepas diperap biar betul2 empuk,barulah digoreng...kalau tidak daging liat.
2.Tumis bawang merah,bawang putih dan cili boh hingga wangi.
3.Masukkan gula merah, kicap,sos tiram dan kacau selama 2 minit-lebih sikitpun tak apa
4.Masukkan daging dan air asam jawa.Biarkan agak kering dan pekat . masukkan bawang besar dan cili hijau.kacau boleh diangkat.


Kuih-muih dari Tetamu

Kuih-muih ni dr tetamu, Dr H yg bawak dari sem....iaitu kuih lapis,kuih bom dan kuih serimuka sbg buah tangan...macam tahu2 aja tuan umah jarang betul buat kuih tapi rajin membeli.... . Utk anak2 ada juga dibawakan coklat. Puas jugak makan sbb byk kuih-muih yg dibawa oleh beliau......




Monday, 8-Jun-2009 00:51 Email | Share | | Bookmark
Rich Cho Pudding & Sarapan Roti Dgn Telur

 
 
 
Lepas buat kek rich cho moist utk besday abg Syamil minggu lepas terasa nak makan yg ada cho lagi tp nak yg sejuk.....Rich Choc jugak tp Rich Cho Pudding.....
Dah lama teringin nak buat pudding choc ni tp tertangguh2 padahal mudah saja. Yummy pudding ni kaya dgn rasa coklat mmg sesuai dgn namanya....apatah lagi kalau simpan dlm peti ais...mkn sejuk2 gitu....nyaman tekak......



Quote:
Rich Choc Pudding
Sumber; Myresepi @ junjs11

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
* 1/2 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula
* 1/2 cawan susu tepung
* 1/2 sudu teh garam
* 4 1/4 cawan air
* 4 sudu besar tepung jagung
* 1/2 sudu teh esen vanilla
* 3 sudu besar butter
* 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
***lupa nak bagitau...bahan2 di atas mama kacau dlm bekas lain dulu hingga bercampur dan tapis ke dlm periuk.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. Untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.


Sarapan Dgn Roti&Telur

Egg in Toast

2-3 minggu lepas tukar citarasa sikit....nak sarapan dgn roti dan telur serta baked bean. Kebetulan masa pergi bakery sehari sebelumnya tengok egg in toast ni ada dijual di bakery .......alahai mudah aja ni boleh buat sendiri...yg jual tu nampak rotinya dah tak rangup...sejuk. Ada gak kawan2 yg dah buat roti ni....senangkan.
Roti ni enak mkn masa masih panas....selepas keluar oven terus ngap.....rangup dgn telur cair-cair sikit....


** roti warna-warni ni bukan nguli sendiri....beli aja kat bakery....

Quote:
Egg in Toast (or as some may call Egg in the Basket)
Jumpa resepi ni dlm blog mummy jam dan bakingmum...

Sumber; Fp Mummyjam@ Jama Hameed
2 slices of bread
1 piece of cheese
1 egg
a little knob of butter/margarine-tak letak

Method:
1) Using a knife or scissors, cut a square from 1 slice of bread or use a mould to cut away the bread.
2) Divide the 1 piece of cheese into 4 strips.
3) Place the (uncut) slice of bread on toaster tray. Line the strips of cheese on top the 4 sides of bread. Stack the other slice of bread (the one with the cut-out square) on top. Press the sides a little.
4) Gently, break the egg into the centre cut square. Put a little butter on the yolk.
5) Toast for about 6 minutes, done! Add some white or black pepper if you like.

Sumber ; blog baking mum

1.Cut a slice of cheese into 4 strips. Place one at each side on a piece of bread.
2.Use a pair of scissors to cut a square on another piece of bread and place it to top of the one with cheese. Crack an egg into the hole.
3.Toast it in an oven until bread is brown and egg is semi cooked. For me, I used 180C and bake for about 10 mins (I have changed the timing to just 10 mins because different type of oven/toaster oven the temp is different. Add or minus the timing according to your own oven). You can adjust this to you own liking whether the egg should be more or less cooked. Take it out and sprinkle some black pepper on the egg.
**roti ni bakar 10 min dgn suhu 180"C


Roti Telur Dgn Cheese

Lepas sarapan dgn eggs in toast...beberapa hari kemudian buat roti telur pula, bahan2 sama dgn egg in toast cuma kali ni versi goreng pula... Roti telur ni letak cheese ditgh sebelum dicelup dlm telur dan goreng. Makan masa cheese masih cair.....



Wednesday, 3-Jun-2009 00:22 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti Hari Jumaat....Besday Abg Syamil

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
Terimasih buat semua yg sudi wish birthday utk abg Syamil.....

Masak-masak Utk Lunch Birthday Abg Syamil

Masih citer birthday abg Syamil.....utk lunch hari Jumaat.... masak special sikit meraikan besday abg Syamil, buat sup ekor lembu, ayam percik dan salad. Untuk salad kali ni campur udang kecil yg direbus dulu + brokoli celur dan karot + mayo.
Masakan sup dan ayam bakar favorit abg Syamil....sbb itu masak semperna birthdaynya.....tapi adik2nyapun suka jugak masakan gini.....



Sup Ekor Lembu Chef Wan

Teringin nak buat sup ekor Chef Wan bila tengok Zaiy hidang di dapurnya sup ekor.... Tertangguh nak masak sbb tak jumpa ekor lembu yg fresh. Tapi masa gi pasar last week nampak ada org jual....murah gak harganya sebtg dlm bnd5.5 (RM13).
Sup ekor ni campur sikit dgn baki tulang yg ada dlm peti ais. Sedap rasa sup ni.....ada kelainan sikit sbb letak tomato puri,serai selain rempah2.....
Tq Zaiy kongsi resepi.....



Quote:
Sup Ekor Lembu Chef Wan
Sumber; Blog Zaiy@Kenangan Terindah

Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2-tak letak
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.


Ayam Percik

Mula-mula nak buat ayam bakar biasa.....tp tukar plan sbb rasa dah lama tak makan ayam percik.....dok terbayang2 keenakan ayam percik bila bulan puasa di bazar Ramadhan.... Jadi masak ayam percik..kali ni ikut resepi K.Liza.Masak sekor ayam, puas sekeluarga makan..


Quote:
Ayam Percik
Sumber; Fp K.Liza, tq K.Liza

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]-guna 2 pkt santan debu dan santan dilebihkan
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering-letak 5 sb cili kering yg dah mesin
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu] -
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.
***ayam dipanggang sekejap dan kemudian diletakkan di bawah grill biar ayam nampak garing sikit.baki kuah percik di masak hingga betul2 pkt dan disiram atas ayam selepas ayam masak.


Riadah Waktu Ptg


Ni pulak aktiviti anak2 belah ptg...bermain di laman rumah. Mereka suka main basikal.... bola dan badminton sesama mereka...nak main dgn anak2 jiranpun...tak ada yg sebaya dgn mrk. Biasanya pukul 5 ptg...redup sikit baru bagi mereka main di laman...abg Syamil biasa ikut main sama lewat sikit sbb kelasnya habis jam 5 ptg...5.30 baru sampai rumah.
Tengok aksi Syazrin main badminton....nak mulakan pukulan...ada gaya tak......



Monday, 1-Jun-2009 13:26 Email | Share | | Bookmark
Happy 11 th B'day Syamil !

 
 
Pada 28 Mei..khamis baru lepas cukup 11 thn umur abg Syamil....buah hati mama yg pertama. Kelahirannya 11 thn lepas dinantikan setelah 3 thn lebih berkahwin. Lahir abg Syamil bukan saja sbg anak sulong tp cucu sulong kedua2 belah keluarga.
Masih ingat lagi sepjg mengandung bila setiap kali scan doktor kata bakal dpt baby girl. Wbp dari segi persiapan mmg tak beli warna pink atau baju girl...takut juga kut2 scan doktor tak betul..... Tapi nama mmg siapkan nama utk girl....nama utk boy mmg tak ada dlm senarai lagi pada masa tu....
Sakit bersalin tak lama....mulai sakit sikit-sikit pukul 12 mlm...terus pergi hops K.Trg. Dalam pukul 8-9 pagi dah selamat bersalin...... doktor cakap dapat baby boy... Alhamdullilah, wpun bukan baby girl yg penting baby selamat dan sihat. Abg Syamil masa lahir agak berat jugak...4 kg...antara big baby pada hari tu...syukur dpt bersalin normal.



Berbalik kisah birthday abg Syamil...dah cakap abg Syamil yg mama nak buat kek coklat utk birthdaynya...dia cakap ok. Sebenarnya tak larat nak hias kek guna bc...lama ambil masa nak deco, maklumlah sesekali aja mengodek bc. Kek birthday hanya buat hari Jumaat sbb hari khamis baru pergi beli brg2.
Masa buat kek ni...Syazrin tanya ni kek baby ke...Syazrin bahasakan dirinya baby..... Taklah ni kek besday abg Syamil, Syazrin sejak buat kek birthday nemonya hari tu....tiap kali nampak mama baking...dia akan tanya tu kek dia ke...
Syafiq pulak tanya napa kek besday abg Syamil tak ada kartun ke...gambar ke....cakap kat dia, abg Syamil dah besar tak letak kartunpun tak apa......
Adik-adik tumpang seronok sambut birthday abg mereka.....dan yg utamanya mereka tak sabar nak makan kek coklat tu....



Resepi kek coklat moist ni dah lama print tapi asyik tertangguh nak mencuba. Kebetulan masa jln2 Fp Yati@Damira beliau ada buat kek coklat ni utk tempahan,tq Yati kongsi resepi. Jadi terlintas nak cuba resepi ni utk sambut birthday abg Syamil....letak topping ganache dgn hiasan coklat dan buah ceri. Kek ni mmg moist dan yummy......kejap aja dah tinggal separuh.....

Quote:
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber; Bro Rozzan, copy dr Fp Yati@Damira

Bahan-Bahan
6 oz butter
14 oz gula castor - boleh kurangkan kpd 12 oz
3 biji telur ayam

Bahan-Bahan Yg DiBancuh Bersama:
1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco/paste atau oil-tak letak

Bahan-Bahan Yg Diayak Bersama:
8 oz tepung high protein (tpg roti) - boleh juga guna tepung gandum
2¼ oz serbuk koko - guna yg non branded untuk warna kek yg kehitaman
½ sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1½ sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais

Cara membuatnya:
1. Dgn menggunakan mixer (high speed), pukul mentega dengan gula sehingga kembang (kira-kira 15 minit)
2. Masukkan pula telur satu persatu. (medium speed). Pukul lagi hingga kembang dan sebati lalu masukkan campuran Nescafe, esen vanilla & chocolate emulco. Setelah proses ini, jangan gunakan mixer lagi.
3. Kemudian, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dgn kaedah "fold-in method". Kacau pelan2 – satu arah jer.
4. Selanjutnya, masukkan air sejuk sedikit-sedikit sambil di gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang 9" persegi yg telah dialas dan di gris dgn mentega pada dasar dan keliling loyang. Bakar dengan suhu 170C selama 50-60 minit ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1½ jam. -bakar 1 jam

CREAM COKLAT / GANACHE
-resepi asal
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar mentega
½ cawan fresh cream/whipping cream

Cara:

1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.

**** oleh krn coklat yg digunakan jenis cepat beku maka ubah suai sikit resepi di atas;
250 gm cooking chocolate
1 1/2 sudu besar mentega
1 ½ cawan whipping cream
1 sb madu
cara; cairkan coklat double-boil.campurkan semua bahan...kacau rata.Tuangkan atas kek.


Selesailah sambutan birthday ke empat-empat buah hati mama.....tunggu thn depan pula... Buat abg Syamil...happy birthday dari mama & abah...rajin2 belajar ya.....


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net