Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Thursday, 28-May-2009 23:17 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan ke Miri Lagi

 
 
 
View all 6 photos...
Kita rehat jap dari entry makan-makan...... Nak kongsi citer jalan-jalan ke Miri pada April yg lepas......pergi Miri lagi... ..nak ke tempat lain spt KK jauh sgt, kena cuti pjg baru puas jln....nak ke Limbang pekan kecil,pusing kejap dah selesai......tu yg gi Miri biarpun dah selalu pergi.Lagipun tak jauh...2 jam lebih dah sampai bandar Miri.
Pergi balik hari....pagi bertolak, lewat ptg balik semula. Plan nak tidur sana tp tak jadi sbb anak2 tak cuti sekolah pada masa tu.....kalau cuti mingguan biasa susah nak bermalam sbb cuti mingguan sek dan pejabat di sini ialah hari Jumaat dan Ahad...hari sabtu sekolah cam biasa.



Masa di imigresen tak ramai sgt org....sekejap aja dah selesai cop passport. Then terus menuju bandar Miri...ke pameran ICT di stadium tertutup....sempatlah ambil beberapa keping gambar dlm perjalanan.



Di pameran komputer tak ambil byk gambarpun sbb org ramai sgt. Lepas tu pergi lunch di restoren dpn Imperial hotel....tak ambilpun gambar makan2...sibuk2 melayan anak2 mkn...ramai pula org dlm restoren..tu malas nak ambil gambar. Selesai lunch ke shopping centre sebelah Imperial Hotel......kebetulan ada pameran pet...leka kejap anak2 tengok pet kat situ. ....Syazrin sampai muncung mulut posing....





Mandi Manda Taman Awam Miri

Tempat seterusnya yg dituju adalah Taman Awam Miri....dari mula sampai Miri anak2 dah tanya bila nak pergi mandi....mmg tak sabar mereka nak main air. Taman Awam Miri dah pernah pergi sebelum ni ada di entry yang lepas...jadi kali ni tak ambilpun gambar pemandangan sekitar.
Rupa2nya pergi hari minggupun tak ramai org kat situ....bebas anak2 nak mandi-manda. Cuma kali ni mak-mak...bapak2....tak boleh main sama dlm air sbb ramai pengawal yg bertugas yg akan bunyikan wisel...kalau nampak org dewasa sama2 mandi manda.





Monday, 25-May-2009 07:01 Email | Share | | Bookmark
Swiss Roll & Kari Kepala Ikan

 
 
 
Swiss Roll Batik Coklat

Swiss roll ni ramai yang dah buat... dah habispun musim demam swiss roll.....kita baru aje berjangkit..... Masa ramai kawan2 buat tempoh hari....hati berkenan tp tak yakin nak cuba...nampak cam susah. Satu lagi malas nak godek bc....kalau inti lain tu kurang laku kat rumah ni, tu yg bertangguh wpun resepinya dah lama print....copy dr FP Mamafami..tq mama..
Swiss roll ni buat bulan lepas.....iaitu selepas birthday anak2...ada lebihan bc tu yg nak cuba juga...dah cakap kalau tak jadi kira tak buat dah lepas ni....nasib baik elok jadinya. Anak2 tanya mama beli kek ni kat kedai ke......alahai mama penat2 godek di dapur, cakap mama beli pulak.......



Quote:
SWISS ROLL BATIK COKLAT
Sumber ;Mamafami Fotopages
(loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :
3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
*1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
1 1/2 sudu besar serbuk koko
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
**- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
***- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.



Swiss Roll Marble

Bila swiss roll yg pertama menjadi semangatlah pulak nak buat lagi.... Kali ni buat warna-warni...ala2 kek marble. Guna resepi yg sama dgn swiss roll coklat sbb suka keknya lembut , cuma ubah suai sikit resepi di atas;
Quote:
*utk kek swiss roll marble tak perlu keluarkan tpg. tak guna serbuk koko
**adunan selepas dicampur dgn butter cair dibahagikan 3....letak warna yg disuka ke dlm adunan
***letak selang seli dgn senduk yg sama saiz bagi setiap lapisan.Gerakkan sedikit loyang agar adunan sekata. barulah dipaip dgn adunan putih dan lorek.barulah dibakar.




Kari Kepala Ikan Tenggiri

Kari kepala ikan tenggiri nipun dah lama buat....dah beberapa kali gak masak cuma kali ni baru nak posing dlm Fp.... Ikan yg dibeli nipun ada telur....terus masuk sekali dlm kari... Kalau masak kari anak2 suka....tak kira kari ikan atau kari ayam. Resepi kari ikan ada di link sebelah.......




Thursday, 21-May-2009 00:27 Email | Share | | Bookmark
Menu Lunch Hari Minggu

 
 
 
Ni masak-masak 2 minggu lepas..... cuti mingguan hari Jumaat,teringin nak makan yg bakar-bakar...lauk ikan dan ayam...serta masakan ala kg. Buatlah ikan cencaru sumbat, ayam bakar lada hitam dgn madu,masak lemak pucuk paku dgn ubi keledek dan kerabu perut dgn mangga.
Ikan cencaru sumbat dan Ayam bakar lada hitam dgn madu ni menu ulangan...resepi ada di link sebelah.



Kerabu Perut Dgn Mangga

Oleh kerana ada lebihan kelapa...teringin nak buat kerabu....kalau buat kerabu suka letak kelapa goreng sikit. Pada mulanya nak buat kerabu pucuk paku dgn perut tp tak jadi sbb tak ada masakan yg berkuah... tukar masak lemak pucuk paku.
Dlm peti ais pula ada lagi baki mangga muda yg beli di pasar mlm.....campurlah dgn perut. Kalau kerabu ni tak kira kerabu apa mmg favorit,apatah lagi campur dgn mangga muda.....sedap ratah.....



Quote:
Kerabu Perut Dgn Mangga

Bahan
250 gm perut
2 biji mangga muda - racik/potong tipis
1/ 2 cawan kelapa digoreng hingga kuning dan tumbuk kasar
(boleh guna kelapa kering utk kuih-campurkan kelapa dgn sedikit air panas...anggaran kelapa cukup basah,kacau dan panaskan 1-2 minit dlm microvawe (high).keluarkan dan kacau.....dah jadi spt kelapa muda. then boleh goreng
1/3 labu bawang besar-potong
2 biji cili merah/hijau dibuang biji dan potong tipis
2 biji tomato-potong
garam dan gula secukup rasa.
***cuka atau limau tak payah sbb mangga dah masam
**boleh guna kelapa kering utk kuih -campurkan kelapa dgn sedikit air panas...anggaran kelapa cukup basah,kacau dan panaskan 1-2 minit dlm microvawe (high).keluarkan dan kacau.....dah jadi spt kelapa muda. then boleh goreng

Cara-cara
1.Perut bersih , potong dan rebus dgn sikit garam sampai empuk
2.Campurkan semua bahan .


Acar Ikan

Acar ikan ni dimasak pada hari minggu juga tp bukan hari yg sama dgn menu di atas. Mood rajin sikit hari ni terus sekaligus update utk entry kali ni..
Masakan acar ikan sesuai utk yg suka masam dan nak jimat masa tak yah masak sayur lain.......


Quote:
Acar Ikan
Sumber; Sajian Di Perantauan Edisi 2

Bahan
300 gm ikan yg disukai - guna ikan bawal
1/4 st serbuk kunyit
*3 biji bawang merah - hiris
*2 ulas bawang putih-hiris
*1 in halia-mayang
*2 biji cili merah/hijau - belah memanjang
1 in kunyit hidup
70 ml cuka - tambah kurang ikut selera masing2
1 sm gula- tambah kurang ikut selera masing2
1sm bijan- lupa nak letak
minyak utk mengoreng, garam secukup rasa
air secukupnya
sayur; bahan * dan 1 btg timun,1 btg karot,2 biji buah tomato, 1/3 labu bawang besar - potong panjang (sayur2 ni ikut suka pilihan kita nak letak apa yg sesuai utk acar)

Cara
1.Keringkan semua sayur.gaul ikan dgn kunyit serbuk dan goreng hingga keemasan.
2.Goreng bijan hingga keemasan
3.Panaskan 3 sm minyak dlm kuali yg bersih,goreng kunyit hidup beberapa minit utk mendptkan bau dan warna.Masukkan cuka,garam,gula dan air secukupnya.Biarkan mereneh selama kira-kira 5 minit.Sejukkan.
4. Setelah kuah sejuk,masukkan ikan,bijan dan sayur-sayuran..kacau.
5.Biarkan 1/2 hari supaya masakan 'mesra' sebelum dihidagkan..


Monday, 18-May-2009 23:10 Email | Share | | Bookmark
Mee Udang&Ketam Dan Bubur Kacang Hijau

 
 
Tak pernah mkn mee udang sebelum ni.....tp bila tengok ramai kawan-kawan dok tayang mee udang yg tengah femes skrg ni...kat tvpun ada tayang...bikin hati tergoda utk mencuba.....
Mee ni masak awal bulan April lepas utk sarapan di hari minggu...nak habiskan baki ketam yg beli utk masak ketam serai kat bawah tu....udangpun ada sikit dlm peti ais. Nak masak utk buat lauk cam tak padan sbb sikit...jadi campur kedua2nya utk buat mee udang&ketam.
Macam biasa kalau masak resepi baru...tukang masak pasti nak tau reaksi pelanggan utama ....sapa lagi kalau tak anak2 dan mr husben...ok tak rasanya..... ...kalau tak ok...kenalah masak menu lain utk anak2 sbg ganti....
Bila anak2 tanya ni mee apa...cakap ; ni mee resepi baru yg mama masak... cuba dulu ok ke tak..ni aje dialog yg selalu guna...tak ada dialog lain.... Semua rasa mee udang ni.... hasilnya memuaskan.....sedap mee ni...tak rugi mencuba....
Tgh hari tu anak no 2 dan Syazrin minta lagi mkn mee tak nak mkn nasi tp mee dah habis... kuah masih ada. Jadi belah ptg beli lagi mee kuning...dptlah mrk berdua mkn mee waktu dinner....



Quote:
MeeUdang
Sumber : Che Iza @ Myresepi
(Resepi asal guna udang saja)

Bahan-bahan ( 3-4 org )
* 1/kg mee kuning - lebih 1 kg
* 300 gm udang saiz L@apa2 saiz-campur udang dgn ketam dlm 500 gm
* 4 sb lada boh / lada giling
* *4 ulas bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *1 sb udang kering- letak 2 sb
* *1/2 inci halia
* 1 sb petis
* 3 sb sos tomato-lebihkan sos
* 1 sb sos cili
* keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)-letak 1 ketul ubi keledek
* gula n garam
* taugeh n sawi
* daun bawang n bawang goreng,
**tambah telur rebus,tauhu goreng & limau nipis

Cara-cara
1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
**ketam direbus juga dan asingkan air rebusan.
2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
3. Masukkan air rebusan udang&ketam biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos.
6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....
**tambah sikit step 5; bila dah letak ubi keledek rebus lagi kuah till mendidih. perlahankan api masukkan terus udang dan ketam...biar rasa kuah lagi mesra dgn rasa udang dan ketam...reneh sekejap aja.boleh dihidang.



Bubur Kacang Hijau

Bubur Kacang Hijau ni dah lama masak....utk minum ptg.... antara bubur yg diminati. Kalau mkn suka yg sejuk2 sikit...biasa buat kuah agak manis dan letak ais atau simpan dlm peti ais. Cuma sebelum ni malas nak buat sbb lama nak merebus kacangnya.
Bila sembang dgn mak di tel citer ttg bubur kacang...mak cakap kalau nak cepat rendam dulu beberapa jam kacangnya,jadi rebusnya sekejap. Alahai napalah tak terfikir sebelum ni..... Jadi cuba rendam kacang belah pagi......ptg masa rebus kejap aja. Resepi tak yah kut...senang aja ramai tau buat bubur...



Thursday, 14-May-2009 23:50 Email | Share | | Bookmark
Masak-masak Masa Mak Dtg

 
 
 
View all 5 photos...
Ni entry tertangguh juga....masak2 masa mak dan famili abg dtg berkunjung hujung March lalu. Masak yang simple2 aja ...famili dtg sekejap dan masa byk bawa mereka jalan2. Mulanya plan nak masak macam-macam tp bila tiba masa mmg tak sempat....disamping itu ada yg beli biar famili rasa masakan kat sini pula.
Gambar2 di bawah antara yg dimasak utk famili yg belum ada dlm entry......yg lain2 tu menu ulangan jadi tak ambil gambar antaranya ayam bakar, mee kari,udang lemak nenas dan lain-lain.

Kek Coklat Tanpa Butter



Baking kek utk anak dan anak buah makan......baking guna loyang lebar sbb nak potong macam brownies....senang sikit budak2 nak mkn.
Nampak kek ni di dapur K.Ummi..terus berkenan nak cuba sbb resepinya lain sikit tak letak butter....guna minyak dan susu coklat.
Kat rumah kalau baking kek coklat mmg laju aje anak2 makan......

Quote:
Kek Coklat Tanpa Butter
Sumber; Fendi 75 @ My resepi

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

* 2 biji telur
* 1 cawan minyak masak
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan gula perang
* Bahan A
* 1 sudu kecil vanila
* 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
* 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
* Bahan B
* 2 sudu kecil sodium bicarbonate
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 cawan serbuk koko
* 2 cawan tepung gandum
* ==============================
* ** Topping **
* 1/2 cawan koko van hauten
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 sudu besar minyak masak-tambah beberapa sudu minyak masak sbb topping pkt sgt

Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Ikan Tiga Rasa

Resepinya ikan 3 rasa copy dari dapur lama Hajar....intai resepinya ada letak serai dan daun limau purut....tak sama dgn resepi yg lain, kebetulan kedua2 bahan ini ada di rumah....itu yg nak cuba. Tk Hajar kongsi resepi..... Hajar pun dah pulang ke tanah air tentu sibuk skrg...moga sihat dan semuanya selamat .

Yg silapnya sbb buat sikit aja bahan2nya jadi ikan tu tak berenang2 dlm kuahnya..... Lain kali kena lebihkan bahan2nya........



Quote:
Ikan Masak Tiga Rasa
Sumber; Fp Hajar

Bahan2 ( sukatan bhn agak2 le ye)
ikan seabass/siakap-garam kunyitkan, gaulkan ngan tepung jagung...goreng-guna ikan bawal
bawang merah-mayang
bawang putih-mayang
halia-hiris halus
serai-hiris
daun limau purut
cili padi-ganti ngan cili merah hiris nipis
tomato-potong dadu
sos tiram
sos manis cili thai
sos ikan-tak letak sbb habis stok

Cara

1. Tumis bawang, halia, serai hingga berbau wangi
2. Masukkan sos tiram dan sos cili thai, kacau sebati
3. Masukkan daun limau purut, cili padi dan tomato
4. Tambahkan sos ikan, gaul mesra
5. Angkat tuangkan keatas ikan yg telah digoreng tadi


Ikan Tenggiri Singgang

Ikan tenggiri singgang ni request dari mak......mak geram tengok ikan2 segar yg dijual di pasar Pantai Jerudong. Mak cakap beli kepala ikan tenggiri sbb mak terasa nak mkn singgang kepala ikan. Cakap kat mak...tak pa kita beli sekor sbb bah isinya nanti boleh masak kemudian....yg bestnya ada telur ikan...besar pulak tu....



Ketam Rebus Serai

Ketam ni request dari SIL....juga beli di Pasar Jerudong. SIL nak makan masak yg simple aja....ratah gitu. Sebelum ni mmg tak pernah rebus ketam letak serai jadi tanya SIL dan mak letak apa...caranya sama dgn buat singgang ikan. Wpun simple bahan2nya sedap jugak ketam masak gini bila ratah... terasa betul isi ketam sbb tak byk bahan2 sampingan.....


Quote:

Ketam Rebus Serai.

Bahan2
1 kg Ketam
2 btg serai- ketuk
4-5 ulas bwg putih dihiris tipis
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara
Rebus semua bahan kecuali ketam sampai mendidih.
Bila mendidih masukkan ketam. Rebus hingga ketam masak...

Singgang ikan di atas mak yg masak ....mama masak ketam sbb nak cepat...maklumlah balik dari jln2 dah dkt pukul 11.30 tgh hari....nak ambil anak sek lagi dan famili nak ke airport jam 2 ptg. Nasib baik sempat famili lunch dgn ikan dan ketam sebelum bertolak pulang ke M'sia....


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net