Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 2-Sep-2010 11:57 Email | Share | | Bookmark
Masak-masak bulan Ramadhan

 
 
 
View all 7 photos...
Quote:


Buat rojak sotong minggu lepas....resepi ni pernah ada di sini. Sotong tu pada mulanya beli nak buat sambal sotong....tak jadi sambal..tukar buat rojak. Rojak antara makanan kegemaran...kalau beli kdg2 tak menepati selera..terlalu pedas..tawar. Buat sendiri...letak kacang byk-byk...puas hati mkn...





Quote:


Rupa ayam sos tiram ni macam ayam masak merah pulak tp bahannya tak letak sos tomato....sebaliknya letak sos tiram...merah sbb letak cili kering. Masak buat lauk berbuka minggu lepas. Ayam nipun tak pedas…sesuai untuk anak-anak…

Ayam Sos Tiram
Sumber; Sajian Perantauan

Bahan
½ ekor ayam – potong kecil
5 sm sos tiram
¼ st serbuk kunyit
1 labu bawang besar – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
3 biji cili merah – kisar (ganti cili kering)
1 cm halia – kisar
1 btg serai – ketuk
2 sudu makan serbuk kari
Minyak utk menumis
1 cwn air
2 biji tomato – ptg 4
Garam secukup rasa

Cara
1. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit dan sos tiram – mamasya gaul dgn serbuk kunyit saja, goreng separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar dengan serbuk kari.Tumiskan hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan serai,goreng selama 5 minit .Tambahkan sos tiram dan air biarkan menggelegak.
3. Kecilkan api , renehkan hingga kuah pekat. Masukkan tomato dan rasalah garamnya.Kacau sebentar ,angkat.


Quote:


Anak-anak suka kalau hidang lauk kurma ayam. Biasanya masak kurma versi campak2. Kali ni nak masak ikut resepi.. letak kerisik...

Kurma Ayam (Kerisik)
Sumber; MYR

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

* 500 gm ayam di potong sederhana besar
* 1000ml santan
* 2 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 3cm halia
* 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
* 2 biji kentang besar
* 2 biji cili hijau
* 1 biji bawang besar dibelah empat
* 1 biji tomato dibelah dua
* 1 sudu makan kerisik
* garam, ajinomoto (tak letak)


Cara-cara

1. Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.
2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.
3. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.
4. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.
5. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

Quote:





Selain kurma buat juga kerabu untuk lauk berbuka. Pada mulanya nak buat somtam sbb ada kacang lebih buat rojak sotong...tp mangga yang dibeli..hanya sebiji saja yg muda...yang lain dah masak. Jadi campurkan karot dan ikan bilis utk bykkan bahan. Sebut je kerabu...tak kira kerabu apa mmg menyelerakan...ratahpun sedap.

Kerabu Campur Berkacang

Bahan
2 biji Mangga muda - kupas kulit racik halus
1 btg karot - racik
2 cili merah-tumbuk kasar/nak pedas guna cili padi
2 sb udang kering- rendam dan tumbuk kasar
sos ikan/garam
1 genggam kacang tanah- goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis - goreng
sedikit gula

Cara
1. Gaulkan semua bahan...campurkan.
2. Siap utk dimkn.



Jemput ke dapur baru Mamasya,klik di bawah.....
Dapur Mamasya



Sunday, 29-Aug-2010 00:58 Email | Share | | Bookmark
Syabas Abg Syamil!

 
 
 
View all 6 photos...


Hari ni nak citer ttg ayam...tp bukan lauk ayam...kisahnya tgh hari khamis lepas abg Syamil bawa balik 'ayam montel berkasut merah' dan hamper.Abg Syamil dpt kedua-dua hadiah ni kerana memenangi pertandingan menulis esei B.I anjuran KFC.Cikgu dan kawan-kawan sekolahnyapun geram tengok ayam ni.Syabas buat abg Syamil...



Selain itu abg Syamil juga dpt voucher utk sebucket ayam KFC....ptg semlm juga mama dgn abah pergi ambil....mama,abah dan adik2 semua tumpang mkn sama...tk juga buat KFC.





Manakala hari Isnin lepas abg Syamil juga dapat hadiah dari pihak sekolah semperna keputusan percubaan UPSR..dapat duit,sijil dan buku...hadiah galakan dari pihak sekolah.Moga abg Syamil dapat kekalkan keputusan yang baik dalam UPSR nanti...

Quote:

'Ayam montel berkasut merah' ni setinggi Syakirah ...tembam...tu yg buat Syakirah tak sabar-sabar nak peluk ayam ni...




Napa nganga mulut..nanti masuk lalatlah...



Mari Syakirah tolong tutup mulut...



Heiii..geramnyaaaaaa..............



Malam nanti kita tidur sama2 ya.. .

Quote:
Selamat Menyambuat Hari Kemerdekaan buat semua...semoga Malaysia terus aman makmur. Mari kita kibarkan jalur gemilang...kebanggaan kita...!



Wednesday, 25-Aug-2010 22:38 Email | Share | | Bookmark
Laksa Nyonya Melaka

 
 
 
View all 4 photos...


Laksa Penang...laksa Kelantan.. laksa Johor..laksa Sarawak..Laksa Siam..semua jenis laksa mmg suka. Kali ni giliran Laksa Nyonya Melaka pula. Masak sebelum Ramadan lagi....suka laksa ni sejak diperkenalkan oleh rakan sepejabat bila makan di Wisma Negeri...tp di Wisma Negeri Laksa Nyonya dimakan dgn bihun. Masak tempoh hari makan dengan laksa basah yang dibeli di pasar...untuk anak2 mrk mkn dgn mee kuning.Anak2pun suka wpun terpedas sikit...lain kali kena kurangkan cili.

Utk bahan, sukatannya agak aja... tak timbangpun.tp resepi penuh spt di bawah.

Laksa Nyonya Melaka
Sumber; SajiOnline

BAHAN A:

200 gm bawang besar
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering - boleh kurangkan ,letak 6 tangkaipun dah pedas..
60 gm udang kering

BAHAN LAIN:

Minyak masak
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
10 ekor udang sederhana besar * tambah kerang,fishball
1 liter santan
250 ml air - boleh tambah
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN HIASAN:

Timun (potong nipis dan memanjang)
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
Telur rebus * tambah tauhu goreng

CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar semua bahan A dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah hidangkan dengan pilihan mi ataupun mihun.








Jemput ke dapur baru Mamasya,klik di bawah.....
Dapur Mamasya



Tuesday, 24-Aug-2010 21:42 Email | Share | | Bookmark
Daging Masak Ungkep,Tapai Pulut & Kuewtiaw Kung Fu

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
Daging Masak Ungkep



Menu 8 Ramadan adalah daging masak ungkep. Dah lama simpan resepi masak ungkep ni.Mula-mula sekali tengok di dapur Zaiy...kemudian Dapur MaDihaa...nampak sedap dan bahan2pun ringkas tak letak santanpun,tu yg terus copy tp tertangguh nak buat.
Ubahsuai resepi tambah kerisik sikit..rasanya macam rendang dagingpun ada....sesuai mkn dgn nasi impit di lebaran nanti.

Daging Masak Ungkep Kering
Sumber: Mesra.net copy dari Blog Zaiy

Bahan-Bahan -

Daging/1 ekor ayam kg/ayam pencen(tua)(resepi asal guna ayam)
Bahan-bahan bumbu/rempah

Bahan Kisar:
6 batang serai
1 cm kunyit hidup
Ketumbar 50gm
Jintan manis 50gm
halia 2 ibu jari
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
-----------------------
½ cawan minyak masak
garam / gula secukup rasa
** tambah 1 sb kerisik

Cara:
Daging/Ayam potong ikut suka.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan daging/ayam, air (anggaran untuk kadar melembutkan daging/ayam) ke dalam kuali,
masak secara perlahan utk lembutkan ayam/daging dan tutup kuali tersebut.letak kerisik.
Masak hingga kering...seperti digoreng

Tambahan:
kalau gemar berasa pedas...boleh tambah cili padi.

***Nota dari Zaiy; Untuk pengetahuan, ini bukan cara masak ungkep yg ori sbb saya dah ubah kepeda tumis, kalau yg ori tu tak perlu tumis, harap maklum.

Quote:
Tapai Pulut

Ada peminat tapai tak?..entry kali ni nak tayang tapai yg dibeli beberapa hari lepas...beli bukan buat...belum pernah buat tapai. Selalu beli tapai ni sbb suka tengok bungkusan tapai ni...dah dimodenkan.. dari jauh mcm daun pisang tp rupanya kertas..kemas elok dibungkus,tak berairpun...siap sudu.






Jemput makan...manissss..
Quote:



Kuewtiaw Kungfu
Kuewtiaw Kungfu dah lama masak dan bukan dlm bulan puasa ni.Tak pernah makanpun Kuewtiaw Kungfu sebelum ni...berkungfu jauh sekali...tp citer2 kungfu Jackie Chan suka gak tengok.Agak2 camna dapat nama Kuewtiaw kungfu tu...ke tukang masak asalnya mmg pakar berkungfu...sapa tau sejarah asalnya...

Kuewtiaw Kungfu
Sumber; Hanis My Resepi

Bahan-bahan ( 1 orang )

* kueh teow
* 2 biji telur
* lada hitam / lada putih
* mix seafood
* lobak
* 1~1setengah sudu besar tepung jagung
* 1 cawan air
* sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)
* 1 ulas bawang putih
* 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
* sos tiram

Cara-cara

1.pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
2.masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
3.tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
4.balikkan supaya kedua-dua belah masak.
5.masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
# [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
# tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
# masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)




Jemput ke dapur baru Mamasya,klik di bawah.....
Dapur Mamasya



Friday, 20-Aug-2010 14:33 Email | Share | | Bookmark
Menu Iftar 5 Ramadhan

 
 
 
View all 6 photos...
Menu 5 Ramadan....nasi tomato digandingkan dengan ayam masak merah madu....sbb tengok resepi kedua2nya guna tomato puri..senang sekali masak habiskan terus tomato puri.Kalau dah simpan baki tomato entah bila nak guna...silap2 berkulat dalam peti ais.
Anak-anak suka sos ayam masak merah ni...wpun ayam dah habis...sosnya disimpan, mrk makan dengan nasi buat macam kuah...ayam ni tak pedas..manis sikit tu yg anak-anak suka.
Quote:



AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Majalah SAJI , copy ummizahaidi..terimakasih K.Ummi kongsi resepi ayam ni.

Bahan:-
• 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
• 2 sb. rempah kari ayam
• 1 sb. serbuk kunyit
• 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 2 inci halia (ditumbuk)
• 2 labu bawang besar (dikisar)
• 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
• 5 sb. madu
• 1 sudu besar gula merah
• 2 sb. puri tomato (akak letak 4 sb.)
• garam secukup rasa
• 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-

1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam
2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

nota; tak pasti bawang besar kisar letak masa bila,jadi bawang besar tu ditumis. Manakala bawang potong letak selepas ayam dimasukkan dlm kuali.
Quote:



Nasi Tomato
Sumber ;My resepi

Bahan-bahan ( 4~5org )
• 4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
• 190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)
• 2 kuntum bunga cengkih
• 1/2 kuntum bunga lawang
• 3 biji buah pelaga
• 5 cm kulit kayu manis
• 1 biji bawang besar dicincang
• 160g tomato puree (dlm tin)
• 1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)
• daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
• bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Cara-cara
1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
3. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
4. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.



Quote:



Sejak puasa baru kali ni buat kuih.Suka kuih yg bersalut kelapa gini.Buat 1/2 dr resepi di bawah...dpt sebekas.Resepi copy dr Fp MadiHaa...tk.

Sumber ; Fp MadiHaa @ Ratna

Bahan2
3 pot sagu halus (guna pot rice cooker)
15 sudu besar gula pasir
6 ½ pot air
2 helai daun pandan (kalau suka)
Sedikit ibu sirap ros (utk dptkan baunya yg wangi & juga kaler)
Pewarna merah secukupnya (kalau nak guna warna lain.. takyah ler masukkan sirap tadi)
½ biji kelapa parut ~ digaulkan dengan sedikit garam lalu dikukus sebentar -

Cara Membuatnya

1. Jerang air bersama daun pandan dalam kuali (yg agak besar) hingga mendidih.
2. Basuh sagu & toskan lalu masukkan sedikit demi sedikit ke dalam air mendidih tadi. Masa masukkan tu lerai2kan sagu agar masaknya nanti sekata & tak berketul2.
3. Kacau sagu dengan api sederhana hingga nampak jernih. Buangkan daun pandan.
4. Tambahkan sirap & pewarna merah secukupnya serta gula pasir tadi.
5. Kacau lagi hingga rata & gula larut.
6. Tuangkan ke dalam loyang & biarkan hingga kuih sejuk.
7. Potong kuih dan golek2kan dalam kelapa parut bergaram tadi.
8. Sedia dihidangkan. Senang jerkan

TIPS : Jangan masukkan gula awal2.. nanti sagu susah nak masak.



Jemput ke dapur baru Mamasya,klik di bawah.....
Dapur Mamasya



[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net