Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 17-Aug-2010 10:42 Email | Share | | Bookmark
Sup Tulang Aidiladha

 
 
Quote:


Ni bukan salah taip atau salah copy ...puasa baru masuk seminggu dah masak lauk raya...bukan raya puasa pulak tu tp raya Aidiladha yg lama lagi.Tapi betul tuan rumah tak salah..nama sup tulang ni Sup Tulang Aidiladha. Bahan-bahannya mudah dan Mesra.Net bagi 5 bintang utk resepi ni...itu yang nak cuba.Masak masa hari ke 2 Ramadan...waktu rehat tgh hari balik rumah,rebus tulang dalam slow cooker dulu.Balik ptg dari office baru masukkan semua bahan2 lain. Pelanggan di rumah cakap sedap...anak tanya sahur nanti ada lagi tak sup tulang ni mama..ada..cukup utk sahur.Dapur Mamasya juga bagi 5 bintang.Tak rugi mencuba....

Sup Tulang Aidiladha
Sumber; Mesra.Net

Bahan-Bahan:

1 kg tulang lembu
4 batang serai- diketuk
1 inci lengkuas- diketuk
1 inci halia- diketuk
2 bungkus sup bunjut daging
1 sd besar lada hitam
1 sd teh sebuk lada putih
4 ulus bawang putih- diketuk
1½ sd besar garam kasar
3 sudu gula
sedikit ajinomoto-ganti serbuk pati ayam

bahan untuk tumis:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
½ halia

Bahan-bahan lain:

Daun sup
Daun bawang
bawang goreng

Cara:
1.Tumis bahan tumis sehingga naik bau atau masak.

2.Masukan air dan tulang dan rebus tulang selama 1 jam.

3.masukan sup bunjut, halia, lengkuas, serai, bawang putih yang diketuk, sebuk lada putih, lada hitam, ajinomoto, gula dan garam secukup rasa

4.rebus sup tadi selama 1 jam lagi atau lebih...lagi lama masak lagi sedap...
Cadangan Hidangan:
5.Sup ini sesuai untuk dimakan dengan mihun yang dicelur...
6.taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang
Tambahan:
Jika sup ini tidak dimakan dengan mihun celur boleh ditambah dengan ubi kentang dan lobak merah



Jemput dapur baru Mamasya,klik di bawah.....
Dapur Mamasya


Sunday, 15-Aug-2010 01:10 Email | Share | | Bookmark
Dapur Baru Mamasya

Quote:
Assalammualaikum semua.....
Mama baru siap kelentang..kelentung bertukang dapur baru tp belum habis kemas sepenuhnya... Kalau ada kelapangan jemput singgah dapur satu lagi ;

Dapur Baru Mamasya



Walaubagaimanapun dapur FP tak akan ditutup...banyak kenangan dan masakan yang terkumpul...sayang sgtttt...dapur Fplah yg byk bagi inspirasi utk rajin ke dapur.... Fp ni tetap akan update bila ada kesempatan...

Terimakasih buat semua yang sudi mengunjungi Fp Mamasya....


Friday, 13-Aug-2010 21:35 Email | Share | | Bookmark
Menu Iftar 1 Ramadhan

 
 
 
Selamat berpuasa semua..... Hari pertama Ramadhan ..... bangun sahur kejutkan hero2 mama...3 org yg berpuasa thn ni. Syafiq no 3 baru pertama kali pertama.... yg susah sikit nak bangun tp setelah dipujuk bangun juga , abg berdua ok .
Hari pertama tak ke mana-mana wpun hari cuti...hanya meronda dapur siber kawan2..... Masak 2-3 jenis juadah untuk berbuka...ditambah dengan baki lauk-pauk semalam yang masih ada...sayang dari membazir.

Quote:


Sekeluarga suka ikan masak masam manis gini...selalu juga masak ikan 3 rasa sebelum ini tp kali ni cuba resepi dari blog Teratak Dayang .....sedap...terimakasih tuan resepi....minta izin c&p di sini...

Ikan Bawal Tiga Rasa
Sumber ; Blog Teratak Dayang

Bahan-bahan :

* 1 ekor ikan bawal hitam (digoreng hingga masak)
* 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
* 3 biji bawang merah (dihiris)
* 2 ulas bawang putih (dihiris)
* 1/2 inci halia (dihiris)
* 1 batang serai (diketuk)
* 3 helai daun limau purut
* 10 biji cili padi (dihiris)
* sos cili secukupnya
* sos plum @ sos tomato
* sedikit sos ikan
* 1 sb sos tiram
* 2-3 sb sos cili thai
* sedikit bancuhan tepung jagung
* hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala dsb

Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi.
2. Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh tambah garam dan gula jika suka.
3. Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.
4. Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng.
5. Hidangkan.



Quote:


Tempoyak daun ni rancangnya nak masak week end sebelumnya sbb ada stok tempoyak yang buat sendiri tp tak jadi tertangguh hingga hari puasa. Resepi jumpa di dapur MaDiha. Masak 1/2 dari resepi dan tambah tempe sikit. Menu sesuai kepada penggemar tempoyak.....

SAMBAL DAUN a.k.a TEMPOYAK DAUN KAYU
Sumber;copy dari Fp Madiha@Ratna, resepi asal Blog Mat Gebu...t.kasih kedua2nya....

BAHAN-BAHANNYA
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus - letak beberapa helai..ada sepokok dpn rumah
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus - tak letak
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus - tak letak
7 helai daun kunyit, buang tulang tengahnya & dimayang halus
3/4 cawan isi petai
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 cawan air - tambah

Bahan2 Kisar
5 batang serai, dihiris halus
2 inci kunyit hidup
3 camca besar tempoyak - lebihkan lagi sedap
1/2 cawan cili padi - campur dgn cili hijau

**tambah sekeping tempe

CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan,tempe dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus serta 2 cawan air, gaul rata dan tambah garam secukup rasa.
3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....



Quote:


Utk juadah manis berbuka...masak pengat pisang..ni juadah yang tak pernah miss kalau bulan puasa. Untuk pekat kan kuah tambah sikit biji sagu....



Selamat berbuka puasa...kalau rajin akan update menu lain pula.....


Monday, 9-Aug-2010 15:40 Email | Share | | Bookmark
Masak-masak hujung Minggu Dan Selamat Menyambut Ramadhan 1431H

 
 
 
View all 9 photos...


Ptg Jumaat...balik dari office dok fikir nak mkn apa untuk dinner....terasa nak makan mee goreng tp tak da stok mee kuning, jadi goreng spaghetti. Spaghetti goreng versi campak2....... Campak fish cake,udang,telur,cendawan,bunga kubis dan tomato...siap......



Semangkuk cukup untuk kami anak-beranak.....



Sarapan pagi sabtu masak soto tp soto tak tak cukup bahan sampingan...malas nak ambil gambar. Manakala untuk sarapan pagi ahad masak mee kari. Pucat pula mee kari kali ni......... ..tp pelanggan setia tak komplen, kira oklah..... Mee kari kali ni letak ayam,udang,fish cake dan fish ball. Anak2 menambah sampai 3 kali seorang...mee kari mmg favorit mrk..... Lunch tak masak.....makan nasi ayam di Restoren Nasi Ayam di Bachang....jemput sekali sepupu yang belajar di maktab makan. tak da gambar..malas nak kelek kamera.....

Quote:


Balik rumah dah lewat petang.....untuk dinner masak nasi goreng.....nasi goreng Cina. Tp ni nasi goreng cina campur melayu sbb campur ikan bilis..makan pulak dengan keropok.... Resepi asal spt di bawah...

Nasi Goreng Cina
Sumber asal ; K.Amal , copy dari Dapur k.Zai, terimakasih....minta izin copy di sini.

Bahan-bahannya:
3 cawan nasi
isi ayam, udang, sotong-( ikut suka nak letak banyak mana..ikut budget)-letak ayam&fishcake
Telur 2 biji
1 sb sos tiram
1 sb kicap cair
Lada putih ikut pedas - 1sk je- ganti lada hitam
Bwg Putih, minyak (utk tumis)
Sayur-sayuran (ikut tok guru guna mix vege. je) - letak karot dgn cendawan
*semua bahan diatas ni..sukatan lebih kurang je...masak jenis campak2..jadi gunalah kretiviti masing2 ya..

Caranya:
Panas minyak..tumis bwg putih..masukkan isi ayam, udang, sotong--
masa ni api kena besar, masak cepat2 mcm kat kedai duk masak tu...
gaul sebati..pecahkan telur dan digaul lagi..slow sikit api masukkan nasi
yg telah dileraikan terlebih dahulu...masukkan sos tiram, kicap cair,
lada putih dan garam secukup rasa..last sekali masukkan sayur..siap.

Tip dari kak amal - nak lagi cepat masak dan jimat masa, masa leraikan nasi
yg baru masak tu...gaulkan siap2 dgn garam dan lada putih..nanti campak je
nasi tu...siap..

Quote:

Disamping nasi goreng, buat juga mushroom soup, abg yg sulong dah byk kali tanya bila nak buat mushroom soup. Sejak balik ni baru buat. Makan dgn garlic bread.... Syakirahpun suka ......



Quote:
Syakirah....13 1/2 bulan



Hai tengoklah rambut Syakirah..dah mula panjang....mama suka buat tocang...tocang satu...tocang dua...... kalau bab posing,boleh tahan Syakirah...layan jugak bila mama suruh... Syakirah bila dok diam..suka goyang kaki..hobi baru.. Dah boleh tunjuk gigi, kaki, rambut, mulut, tangan, telinga dan perut bila ditanya. Panjat kerusi..turun naik kerusi dia suka....cuma Syakirah tak nak jalan lagi....kalau tolak kereta mainan...kerusi...laju je.... Suka mengemas laci kabinet di dapur....bila jumpa kain lap pinggan dalam laci...dia buat lap mulut.....

Selamat Berpuasa



Syakirah dan mama nak ucapkan selamat berpuasa buat kaum keluarga, sahabat handai, teman-teman semua tidak kira di mana berada..moga Ramadhan kali ni lebih bererti. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. ......


credit to kampung-sesok blogspot.com


Monday, 2-Aug-2010 11:12 Email | Share | | Bookmark
Sua Rasa TV 9 di Ayer Keroh,Melaka Dan Pulut Dakap

 
 
 
View all 7 photos...
Quote:




Pulut dakap ni tak da kena mengena dgn Sua Rasa...... saja update sekaligus dlm entry ni. Masak minggu lepas, nak habiskan baki beras pulut. Cari resepi pulut yang paling ringkas....jumpa resepi pulut dakap dari dapur Fp Mariamsayutiy... terimakasih tuan resepi,minta izin copy kat sini......
Pulut Dakap
Sumber; Fp Mariamsayutiy

Bahan2
-Pulut 500g (rendam)
-Santan pekat 1 1/2 cawan
-Pisang raja- guna pisang nangka
-Garam
-Gula
-Daun pisang (layurkan)

Cara-cara

-Kukus pulut hingga masak.
-Santan dicampur dengan sedikit garam,kemudian digaul bersama pulut.
-Letakkan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan.Pulut ditekan supaya rata.
-Pisang yang sudah dibelah dua disalutkan dengan gula.Kemudian letakkan di atas pulut.
-Balut pulut,kemudian ambil 2 biji pulut yang sudah dibalut,ikatkan dengan tali.
-Kukus selama 30-40 minit dengan api yang serdahana.Alih-alihkan pulut itu.
-(Kalau nak gaul terus gula bersama pulut pun boleh,jadi pisang tu tak perlulah disalut gula lagi )


Ni xtvt hujung minggu lepas, setelah seminggu sibuk dgn 2 hari berkursus , kemudian bengkel di Shah Alam selama 2 hari juga...jadi hari minggu ajak anak2 jln. Kami sekeluarga ke Sua Rasa TV 9 pd tgh hari Ahad....kebetulan cuacapun tidak begitu panas. Anak2 nak pergi sbb tengok promo dalam tv ada maskot Upin Ipin.....tp rupa2nya Upin Ipin hanya ada pd pukul 3 ptg. Jom layan gambar yg sempat diambil....



Ramai jugak pengunjung dengan pelbagai gerai jualan.



Di gerai ni beberapa artis tengah adakan kuiz....Aidit dan beberapa orang artis...lupa nama yang lain ....



Singgah gerai urusetia....nampak Celebriti Chef Jaafar Onn tgh rehat sementara menunggu demo masakan, sporting gak dia bila minta ambil gambar terus saja setuju. Masa bergambar dengan Syakirah....Syakirah langsung tak pandang kamera...masa ni Syakirah dah kepenatan..tak da mood nak posing.Kemudian giliran abg2 pula posing dgn Jaafar Onn. Anak2 cakap tu ayah Ryz dalam citer Hotel Mania....



Setentang dgn gerai urusetia ada kambing golek....boleh cuba kambing golek ni.Sebekas dijual dengan harga RM10.00.
Tamat sudah xtvt jelajah gerai...kakipun mula lenguh...anak-anak dah merengek kepenatan... mari balik rumah......


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net