Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 26-Jul-2010 08:29 Email | Share | | Bookmark
Pulut kuning buat harijadi mr husben& Lempuk Durian

 
 
 
View all 7 photos...


Hari sabtu minggu yang baru lepas, masak pulut kuning semperna birthday mr husben.... makan-makan kami sekeluarga aje.Pulut kuning makan dengan ayam masak kerutuk dan telur dadar. Syafiq tanya mana kek birthday abah.....abah tak potong kek tahun ni...potong pulut kuning..... .
Quote:



Mula-mula ingat nak masak rendang ayam makan dgn pulut tp tukar masak kerutuk sbb nak habiskan rempah kerutuk yang dah lama beli.Malas nak buka resepi, ikut resepi belakang plastik rempah je... .

AYAM MASAK KERUTUP
Sumber; Adabi

Bahan2
1/2 kg ayam
50 gm kerisik
300 ml minyak masak
5 gm air asam jawa dibancuh dgn sedikit air
garam dan gula
1 peket rempah kerutuk

Bahan A - tumbuk
10 biji bawang merah
5 ulas bwg putih

Bahan B - tumbuk
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

2 btg serai - ketuk

Cara2 Menyediakan
1. Bancuh rempah kerutuk dan bahan A dgn sedikit air utk dijadikan pes
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar B dgn serai sehingga wangi.
3. Masukkan pes rempah kerutup dan tumis hingg pecah minyak.
4. Masukkan ayam, kerisik, garam, gula , santan dan air asam jawa.
5. Masak hingga kuah pekat dan ayam lembut.



Quote:




Ada durian lebih....mr husben minta buatkan lempuk.Durian dari dusun pejabat dan jiran Cina bagi....rezki.... Biasanya mkn lempuk yg mak kirim dr kg....mak selalu juga buat bila musim durian.Ingatkan susah membuatnya...rupa2nya tak lah susah sgt , cuma kena kacau lama...boleh exercise tangan.....

Lempuk Durian
Sumber; mak

Bahan-bahan ;
Isi durian ( 1/2 kuali saiz sederhana)
1/2 cawan gula
sedikit garam

Cara:

1. Masukkan isi durian dan gula dalam kuali.Seeloknya guna kuali yg tebal sikit.
2. Masak atas dapur dengan api sederhana. kacau rata hingga mendidih dan gulanya hancur.
3.Kacau tanpa henti hingga bertukar warna perang serta jadi seketul bergolek dan tidak melekat di kuali, lebih kurang satu jam.
**Lagi lama kacau lagi tahan lama.Utk tahan lama juga, bila dah sejuk simpan dlm peti ais.



Quote:

Xtvt menyusun bunga......dibantu oleh Syakirah dan abg2....



Masa nak ke Brunei dulu semua bunga disimpan dalam plastik...nak elak dari habuk. Bila dah selesai mengemas kotak, mula xtvt kemas bunga pula... susun semula bunga dalam bekas. Syakirahpun ikut sama sibuk nak nyusun bunga...... .



Monday, 5-Jul-2010 08:43 Email | Share | | Bookmark
Kek Milo Nestum, Puff Sardin Dan Kunjungan Tetamu

 
 
 
View all 7 photos...
Dah lama tak tayang gambar makanan. Ni xtvt baking masa di Brunei......minggu2 terakhir semasa di Brunei...nak habiskan stok brg dapur yang masih ada. Jumpa resepi kek coklat nestum di dapur lama Hajar, dimana resepi asal guna milo. Tk Hajar kongsi resepi...anak2 suka kek ni.....

Quote:


Kek Milo Nestum

Sumber; FP Hajar (asal dari majalah Saji Mei 2007)

bahan;
125 g butter
125 g gula kastor
150 g tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu teh vanilla ekstrak
3 sudu besar drinking chocolate/milo
3 sudu besar nestum

Cara
1. Pukul gula dan butter sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
3. Masukkan esen, diikuti tepung sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan
4. Bahagikan adunan kpd 2 bhgn. Satu adunan dicampurkan drinking chocolate, satu lagi dicampurkan nestum
5. Tuangkan adunan berselang seli atau ikut kreativiti masing2 ke dalam acuan
6. Bakar pada suhu 180 C selama 35-40 minit.


Quote:

Puff segera ni ramai dah cuba sbb senang dan sedap.Mama juga tertinggal LRT...lambat mencuba.... Buat masa di Brunei jugak....beberapa kali buat...anak2 suka. Balik sini belum buat lagi......bila nak buat ni...padahal senang sgt.....



Puff Sardin - Sumber:Ida copy dari Fp Hajar

Bahan

Roti canai segera-jenama kawan
Sardin tin
Sedikit lada hitam
Mayonis
Telur
Susu cair
Pewarna kuning

Cara
1. Roti canai dikerat 2 utk saiz ni, utk saiz mini kerat 4
2. Keluarkan sos sardin, campurkan sardin tsb bersama mayonis dan sedikit lada hitam
3. Letakkan atas roti canai, gulung
4. Sapukan telur yg tlh bercampur dgn susu cair dan pewarna kuning di atasnya
5. Bakar sehingga warna kekuningan/ nampak garing - kira2 20 minit

Quote:

Kunjungan Tetamu

Tetamu dari Brunei



Masa cuti sekolah baru-baru ini kami menjemput kawan mr husben utk dinner di rumah kami, Kapten Amran yang kebetulan dtg berkunjung dari Brunei . Disamping itu jemput K.Fadillah&suami sekeluarga. K.Fadillah&suami merupakan kwn kami semasa di Brunei, kebetulan mrkpun pulang for good Dec lepas dan menetap di Melaka.Jemput dinner 8.30 mlm jumaat, 5.30 ptg baru habis meeting...balik rumah kelam kabut bersiap. Terimakasih sudi dtg rumah, tahniah juga buat Kapten Amran yang baru mendapat cahaya mata.

Kunjungan abg sekeluarga



Manakala hari sabtu keesokkannya kami menerima kunjungan keluarga...abang dari Sg Buloh dan abg dari Kelantan. Abg sulong dtg dari Kelantan bercuti di rumah abg di Sg Buloh. Seronok menerima kunjungan keluarga begini..dah lama tak berkumpul sama-sama...anak-anak dapat berjumpa sepupu-sepupu mrk. Sekejap saja abg dtg rumah sbb lepas lunch mrk nak pusing-pusing bandar Melaka dan balik. Buat abg Ha&K.Zah serta abg Nuar&Dah....nanti dtg rumah lagi..tidur sini..boleh kita sembang panjang...makan-makan. InsyaAllah berjumpa kita hari raya nanti........

Quote:

SYAKIRAH VS BOO

Suka nengok watak Boo yg cute dgn tocang dua dalam citer Monster Inc. Bila rambut Syakirah dah boleh ikat....memanjang Syakirah kena tocang....



Dah malam...tocangpun dah hilang... Ni aksi Syakirah bila dapat buku...tak dpt pen...tutup penpun jadi jugak... mulalah dia nak menulis....kadang berebut buku abg2nya....



Tuesday, 22-Jun-2010 11:33 Email | Share | | Bookmark
Happy 1st Birthday Syakirah Aeda!

 
 
 
View all 7 photos...
Quote:
Assalammualaikum semua......apa kabar? moga semuanya sihat walafiat.. .Lama betul rumah tak berkemas..penuh sawang dan debu.... Rumah kawan2pun tak sempat nak jengah... Tuan rumah dok busy sokmo... macam2 xtvt dan alasan... yg utama kemalasan melanda....

Ingatkan week end nak update fp...tak sempat juga..antara sebabnya rumah dalam proses ubahsuai sepjg April-Mei...ruang tamu dan bilik utama tak boleh guna langsung....tak selesa dan berdebu dgn pekerja dok keluar masuk rumah...nak mengadap PC pun tak tenang. Xtvt office pun byk...hujung minggu 3 minggu berturut sepjg Mei ada program sihat, bengkel ISO dan program di PD 3 hari 2 malam.Minggu lepas berbengkel KIK selama 2 hari....minggu ni kursus Kewangan 3 hari.
Bila rumah siap awal Jun lalu, busy kemas semula ruang dan kebetulan ada lagi sebahagian barang tiba dari Brunei. Minggu ni brg2 terakhir sampai bersama dgn kereta kami dari Brunei....xtvt mengemas lagi.......


Tapi nak jugak update entry kali ni, semperna birthday buah hati sikecik mama....Syakirah Aeda yang dah genap 1 thn..pada 20 Jun 2010 yg kebetulan jatuh pada hari bapa....Happy birthday Syakirah sayang....



Mama tukang tiup lilin......kongsi potong kek dgn Syakirah.....


Quote:

Perkembangan Syakirah pula.. Syakirah kalau makan mmg berselera ...breakfast,lunch dan dinner mkn bubur nasi. Suka makan biskut marie. Kalau nampak org makan, diapun sibuk nak makan sama..nak.. nak.. . Pesan dgn abg2nya jgn bagi sebrg makanan pd Syakirah.
Syakirah dah mula boleh sebut beberapa patah pktn antaranya nak, bye-bye, apa , abg, kakak, dak (bedak), tak ,mama , abah . Citer ttg panggil kakak, minggu lepas jemput kawan sekeluarga dinner di rumah..Syakirah panggil anak gadis kawan mama kakak , kawan mamapun Syakirah panggil kakak, gelak kami dengar bila Syakirah panggil kakak. Kawan mama cakap, Syakirah ni aciklah....bukan kakak.....

Syakirah kalau dapat sikat , suka sikat rambutnya..wpun sikat pegang terbalik..... . Kdg2 berebut sikat tak bagi org sikat rambutnya.....rambut mamapun dia nak sikat juga...... Selalunya bila balik office...dukung Syakirah...Syakirah sibuk membelek brooch...tudung mama...butang baju....kecik2 dah pandai membelek hiasan ni.......

Satu lagi Syakirah ni....kalau abg2nya buat apa yang menarik perhatiannya, diapun nak buat sama......bila abg2nya ngadap komputer..diapun sibuk ngadap sama..ketuk2 keyboard.... Abgnya ngadap buku...dia pergi kacau sepahkan buku.....abg2nya bising cakap Syakirah kacaulah.....! Syakirah juga suka kacau kalau abg2nya tidur, dia akan intai abgnya pejam mata ke tidak..kalau pejam mata...dia akan tepuk kepala abgnya..kejut suruh bangun..tak bagi tidur.... Pantang dpt remote...mulalah tekan butang remote....konon nak tekan channel, kalau tak dpt mulalah diketuk2nya remote..bila kena marah ...dia akan tanya apa..pa.pa...
Dan kalau abg2nya bising diapun turut jerit sama..... Biasa mulutnya mmg bising..entah apa diceloteh...... menghiburkan kami sekeluarga....




Gambar week end lepas..bersiap2 bawa anak2 ke KL.Cuti sekolah kali ni...tak bercuti kemana2pun ...hanya ziarah sepupu2 mrk. Tengok abg2 berdua tu bukan main posing dgn Syakirah....



Syakirah dari 9 bulan hingga 11 bulan.Syakirah skrg semakin aktif..tak boleh duduk diam.. nasib baik bila nak suruh dia posing, dia boleh diam sekejap.... Suka tunjuk jari 1...bila tanya Syakirah 1 atau 2 tahun......

Quote:

Happy belated birthday buat abg Syamil, Syakim dan Syazrin....



Entry tertunda besday abg2 Syakirah, Syakim dan Syazrin bulan April. Abg Syamil hujung bulan 5. Tahun ni semua kek besday anak2 mama beli....bagi oven berehat secukupnya..
Abg Syamil pula cakap dia nak potong pizza aja utk besday dia...tak payah kek.....

Quote:



Hari ni 22 Jun besday mama pula...beza 2 hari dgn Syakirah...
Alhamdullilah masih dipanjangkan umur.....sihat walafiat dan dpt meraikan bersama suami dan anak-anak tersayang.....




Thursday, 15-Apr-2010 04:31 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Langkawi (Pt 2)&Happy Belated Birthday Syafiq!

 
 
 
View all 9 photos...
Sambung pt 2.....hari ni cuti.. lapang sikit sbb tak kemana2..dptlah sambung citer cuti2 Langkawi....



Xtvt hari kedua bermula dgn swimming....anak2 lepas sarapan terus ajak turun kolam. Sarapan beli di warong tak jauh dari apt....nasi lemak dgn roti canai.Bila dah masuk dlm kolam....lama pulak tu...tak nak naik...sampai kecut tangan.....seronok betul main air.Tapi tak boleh lama-lama sgt dlm air....pagi ni plan nak jalan-jalan lagi........


Petronas Quay, Telaga Habour



Destinasi pagi ni ke Oriental Village dan Cable car, tp on the way tu kami singgah tepi laut Telaga Harbour .. Petronas Quay....cantik pemandangan di situ...ada jeti dgn kapal-kapal berlabuh....

Oriental Village & Cable Car



Lepas posing di Petronas Quay, terus ke Oriental Village..masa sampai cuaca dah mula panas...pelancongpun ramai.Jalan-jalan kws kedai sambil ambil gambar...cantik bangunan kat kws ni.



Sapa2 berani boleh posing dgn ular sawa tu....RM5 sekali posing.... Tp budak pompuan pakai baju kurung biru yg jaga ular tu macam tak takut langsung dgn ular...dibiar aja ular melingkar di bahunya....berani betul dia.



Mula-mula takut juga nak naik cable car tp bila tanya anak...mrk nak naik...mamapun ikut sama naik......anak2 ok dan ceria dpt naik cable car..mamanya yg rasa gayat sikit bila dah kat atas tu... Kami berhenti di station pertama utk ambil gambar....cantik view dari atas.tp station ke 2 malas dah nak turun. Ramai betul pelancong dlm dan luar negara beratur naik cable car.





On the way balik ke apt dari cable car..kami meninjau tempat makan..maklumlah perutpun dah berkeroncong..panas pulak tu.Kedai pertama yg kami singgah...kedai ikan bakar, ramai org....laukpun dah habis licin. Then berhenti tepi laut tak jauh dari Petronas Quay...ada gerai makanan...makan tepi pantai...tp jual laksa dan rojak..tak jadi sbb nak cari nasi jugak. Cari lagi tempat makan....nampak restoren yg penuh dgn org ramai...ada 2 bas pelancong masa tu. Tp berhenti jugak sbb nampak ada tempat kosong...lagipun berkenan dgn wakaf2 yg disediakan dpn restoren...anak2 pun suka nak mkn di wakaf. Intai makananpun....byk lagi lauk.Restoren ni terletak tak jauh dari Beras Terbakar...menyediakan pelbagai lauk...dan pelbagai jenis ikan bakar.
Yg syoknya air minum, pelanggan tuang sendiri...dah siap jug2 air dgn pelbagai perisa...harga air cukup murah...gelas saiz biasa baru 50sen...anak2 suka betul tuang macam2 air ada... Harga nasi campur tak mahal sgt..ada masakan kg..patutlah ramai org singgah. Satu lagi pinggan makanpun kita kena lap sendiri....patutlah murah harga nasi...

Lepas perut kenyang balik apt..rehat..zzzzzz...ptg keluar lagi......nanti citer dlm pt 3....

Quote:



Baru kutip award mengelip dari umah nenek yg pandai sulam menyulam, t.kasih byk2 nenek .Gantung kat dinding, biar berseri sikit rumah yg jarang bersapu skrg ni....

Quote:

Happy belated Birthday Syafiq....



Birthday Syafiq yg ke 7 sepatutnya 8.4 yg lepas... tp hujung minggu hari tu baru sempat belikan kek. Nak buat sendiri mmg tak sempat......busy sokmo le ni.... malaspun ada skrg ni.... Hari besdaynya Syafiq tanya mana kek....mama tak masak2 ke untuk kawan2 di sekolah....aduhai mana mama sempat Syafiq....... ..lagipun di sini.... di sek mana ada org sambut birthday.....nanti mama belikan kek. Nasib baik dia ok...boleh terima...asalkan ada kek birthday utknya....mama belikan kek blackforest ..
Happy birthday Syafiq dari mama dan abah.....jgn malas-malas...rajin belajar..dengar cakap cikgu...


Sunday, 28-Mar-2010 07:35 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Langkawi 18- 20 Mac 2010 (Pt 1)

 
 
 
View all 8 photos...


Quote:
Wpun byk gambar dan citer selepas kami balik yg belum sempat update di Fp tp nak bagi laluan percutian terbaru kami sekeluarga... iaitu cuti2 Langkawi masa cuti sekolah baru-baru ini.Percutian Langkawi selama 3 hari 2 malam dari 18-20 Mac. Sejak dari Brunei lagi teringin nak bercuti sekeluarga ke Langkawi tp baru kali ini berpeluang ke sana. Kami naik flight jam 11.00 pg dari KLIA dan tiba jam 11.55 di Langkawi.





Gambar-gambar di KLIA sebelum bertolak dan dlm flight. Anak2pun ceria termasuk Syakirah wpun awal pagi lagi semua dah kena bersiap untuk ke KLIA. Anak2 macam biasa kalau lama tunggu flight mrk minta dibawa ke tempat mainan dkt pesawat olok2 berdekatan dgn KFC ...



Untuk memudahkan percutian di sana kami ambil pakej ; penginapan sekali dgn mpv melalui travel agen One Team Holiday yg ditempah sejak awal Feb lagi sbb takut penuh maklumlah musim cuti sekolah. Masa kami tiba di airport, kak Ros, pemilik travel agen dahpun menunggu kami utk menyerahkan kereta Avanza yg kami sewa dan membawa kami ke apt yg akan kami menginap iaitu Sri Lagenda Apt di Kuah.Sri Lagenda Apt ni ada 3 bilik dgn 2 bilik air...selesa...dapurpun ada kalau nak masak2..tp sempat masak air aje.... . Balkoni mengadap swimming pool....anak2 mula sampai dah tak sabar nak main air. Berdekatan apt ni byk tempat penginapan yg lain...senang nak cari tempat mkn.K.Ros pun tak berkira sgt wpun kami check out lambat jam 4 ptg sbb flight balik jam 7.30 mlm,kebetulan mmg tak ada org booking apt hari kami balik.



Selepas lunch....beli nasi bungkus aja... rehat kejap, kami keluar ke Underwaterworld. On the way kami singgah kejap di tepi pantai....lupa pulak apa nama tempatnya utk ambil gambar....



Anak-anak seronok dpt lihat pelbagai jenis ikan...kecik..besar..dan pelbagai jenis...







A. Dpn kedai duty free shop sebelah Underwaterworld
B. Pasar Malam Temoyong,Pantai Cenang

Selepas keluar underwaterworld kami singgah duty free shop.Lepas tu jln2 ke gerai2 tepi jalan yg tak jauh dari situ. Byk gerai2 yang menjual pelbagai pakaian dan cenderamata sepjg jalan ini tp tak ramai pengunjung. Habis ronda gerai singgah pasar malam Temoyong yg ada pd setiap mlm khamis....kecik aja pasar mlm ini tp ada pebagai pilihan makanan. Ramai pelancong omputih membeli makanan di sini sbb dkt dgn Pantai Cenang.
Tamat hari pertama...belah malam tak kemana-mana...rehat aja...anak2pun penat dah kepenatan.

**Nanti ada masa bersambung cuti2 Langkawi pd hari ke 2. Maaf belum sempat ronda semua rumah kawan2......


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net