Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 13-Mar-2010 02:30 Email | Share | | Bookmark
Bertemu Kembali

 
 
 
View all 8 photos...
Quote:
Assalammualaikum semua........lama sungguh Fp ni tak terusik....dah penuh bersawang ..tak sempat nak sapu... Sibuk memanjang dgn macam2 xtvt sejak balik M'sia...hari minggu pun kadang2 tak lekat rumah, tambahan bila dah mula kerja skrg. Ditambah lagi kena uruskan keluarga sendiri sbb Mr husben masih bekerja di Brunei till Jun tp sesekali hari minggu bila kesempatan Mr husben pulang.
Terimakasih buat semua yg masih sudi berkunjung Fp Mamasya wpun dah lama tak berupdate.....terutama buat teman2 FP/Fb/blog yang sudi bertanya kabar.Maaf belum sempat buat kunjungan balas lagi sejak balik... rindu dgn celoteh dan masakan teman-teman.....
Alhamdullilah kami sekeluarga sihat walafiat....anak2 pun ceria. Masa mula2 balik selalu gak anak-anak tanya bila nak ke Brunei semula....maklumlah sebelum ini balik bercuti kali ni balik terus..................
Ok tak nak celoteh pjg...mari kita tengok gambar .... . Byk gambar yg diambil sejak balik ..byk cerita nak dikongsi tp update sikit2 dulu buat kali ini....




Gambar kenangan di Airport Bandar Seri Begawan dan di KLIA pada 12 Dec 2009.Terimakasih buat famili keluarga Kapten Amran yg sudi menghantar kami di airport. Di KLIA, SIL yg sdg sarat mengandung dtg bersama anak2 dari S.Alam, t.kasih Da sudi dtg bertemu kami sekeluarga. BIL juga dtg dari Trg menghantar kereta kami ke airport. Di samping itu abg yg kerja di airportpun ada dtg tlg ambilkan brg2 kami dan bawa ke rumah. Terimakasih buat ayah Su dan abg Nuar yg bersusah payah membantu kami. Terimakasih juga byk2 buat Tok Su yg tolong tengokkan rumah kami sepjg kami berada di Brunei.




Gambar anak-anak di rumah, home sweet home.....



Hari pertama anak2 memulakan persekolahan thn baru 2010. Sekolah baru....kawan baru...suasana baru. Kebetulan guru kelas abg Syamil masa djh satu 2005 sama guru kelas Syafiq thn ini. Anak-anak masih menyesuaikan diri dgn sekolah baru...ambil masa nak sesuaikan diri...mrk masih teringat sekolah lama...kawan2 lama......
Syazrinpun dah mula sekolah tadika,sama tadika dgn abg no 1 dan 2 dulu. Cikgu2pun masih cikgu sama,pergi balik Syazrin dihantar oleh pihak tadika...senang sikit mama,tak payah kelam kabut nak hantar dan ambil.

Quote:


Perkembangan Syakirah Aeda 6 bulan - 8 Bulan

Kalau sebelum ini tiap bulan berkesempatan update citer anak dara mama yg sorang ini.....skrg ni update sekali harung......janji ada gambar Syakirah kat sini...



Gambar Syakirah 6 bulan masa hujung Dec 2009, gambar masa balik kg di Trg.



Syakirah 7 bulan, masa ni dah pandai panggil abah.... mama...



Syakirah terkini dah 8 1/2 bulan. Dah boleh duduk tp tak nak merangkak...mengesot ke mana2...pantang nampak pintu luar terbuka laju je nak keluar...... Syakirah suka kacau buku dan barang abg2nya.....selalu abg2nya bising bila Syakirah tarik brg2 mrk. Gigi dah ada 2 di bawah, satu di atas. Dah pandai bye-bye kat mama dan abg2nya. Satu lagi suka gerak2kan tangan...menari bila dengar lagu twinkle2 little star...... Kalau abg2 nya main bola diluar rumah, dia mula tak senang duduk....nak keluar rumah jugak..... Bila bangun tidur suka cari pintu...tak kira pintu bilik atau pintu almari...dia akan ketuk2...tanda dia dah bangun nak keluar bilik....... Yang paling dia susah nak berenggang kalau nak tidur atau dia nak rehat, kena ada kain lapnya.... dia akan pegang sampai tertidur, bantal busuk ke..bantal baru ke dia tak layan...



Friday, 11-Dec-2009 01:04 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tinggal Brunei Darussalam

 
 
 
View all 7 photos...
Quote:
Esok 12 Dec.... 11.40 am, kami sekeluarga akan berangkat pulang dgn pesawat RBA ke KLIA meninggalkan Brunei Darussalam. Genaplah 3 1/2 thn kami di bumi Brunei Darussalam....dtg berenam...pulang bertujuh...
Seronok dpt kembali...pulang ke rumah sendiri ...dpt bersua sanak saudara dan sahabat handai setelah sethn kami sekeluarga tidak pulang. Namun terasa sedih juga nak meninggalkan Brunei...byk pengalaman dan kenangan manis yg dilalui...ramai kenalan yg dpt dikenali...tp adat merantau,sampai masa pulang jua..segalanya akan kekal dlm ingatan .




Inilah rumah kami sekeluarga tinggal selama di sini. Wpun ada pilihan rumah lain yg lebih besar...banglo 2 tkt tp pertama kali tengok gambar rumah ni dah berkenan sbb mmg nak cari rumah setingkat sbb senang dgn anak2 kecik..tak payah turun naik, juga suka kws dpn rumah yg lapang menghijau.



Padang depan rumah , tempat 4 hero mama bermain di waktu ptg.....main bola..badminton...kejar-kejaran..tergolek2. Sebelah ptg redup depan rumah.....mama pula suka duduk di balkoni tengok anak2 bermain tp kdg2 ikut sama main dgn mrk..... .



Kws depan...rumah jiran....anak2 selalu pusing dgn basikal di sini....jarang ada kereta lalu sbb dah penghujung simpang.

Lunch Perpisahan dgn Tuanrumah

Tgh hari khamis semalam, tuanrumah Haji Daud dgn isteri menjemput kami sekeluarga dan jiran baru kami lunch di restoren M'sia di sini semperna meraikan kepulangan kami ke Malaysia.
Tuan rumah selalu juga menjemput kami makan-makan kalau ada acara di rumahnya ataupun dibuat di luar. Mmg kenal baik dgn mrk sekeluarga.



Masa kami sampai restoren agak penuh dgn pelanggan...tuan rumahpun sudah ada. Hidangan lunch buffet dgn nasi putih,nasi goreng cili dan pelbagai lauk.



Nasib baik Syakirah good girl...dok diam2 masa mama mkn....



Sebelum pulang, anak-anak dpt sampul hijau sorang satu.. Mamapun dpt juga ....kain pasang dari isteri tuan rumah.Ingatkan sepasang kain....balik rumah buka...rupa2nya 2 pasang kain . Terimakasih byk-byk....
Quote:



Fotopages Mamasya akan berehat seketika....kalau ada kelapangan akan bersambung dgn kisah baru di M'sia pula. Tapi selepas ini Fp mungkin tak sekerap skrg dpt dikemaskini.....sibuk dgn macam2 urusan . Maaf buat teman2 krn tak sempat kunjungan balas....juga maaf jika ada tersalah bicara selama ni.Moga hubungan silaturahim tetap terjalin.
Terimakasih jua buat semua yg sudi mengunjugi Fp Mamasya.
Selamat tinggal Brunei Darussalam......




Tuesday, 8-Dec-2009 02:27 Email | Share | | Bookmark
Kenangan Di Sek Yayasan SHHB & Xtvt Rabu Lepas

 
 
 
View all 15 photos...
Quote:
Dah lebih separuh packing...tinggal brg dapur dan brg lain yg masih guna.Lega sikit, bolehlah ambil masa ngadap PC.. . Cuma yg boringnya Fp buat hal....lembab betul upload gambar, Fbpun ada problem...
Syakirah pula bila mama buat kerja, mama biarkan dia golek2 atas tilam depan tv...penat golek2 dia meniarap, dah boleh pusing balik...merata2 bergolek...dah dpt lesen L meniarap... . Abg2nyapun suka main dan melayan Syakirah..tu yg leka Syakirah... Tp kdg2 kepit jugak Syakirah dok dpn PC...cuma tak boleh lama sbb dia suka tarik mouse...pastu nak ketuk keyboard.......

Minggu sebelum raya , mlm 23 Nov hari Konvo abg Syamil semperna tamat Djh 6&PSR.Manakala pada 25 Nov konvo tadika Syafiq. Kedua2 majlis diadakan di dewan sekolah mrk...ada penyampaian sijil tamat sekolah dll.
Minggu itu juga merupakan minggu terakhir anak2 bersekolah. Masa mula-mula beritahu anak-anak yg mrk akan pindah sekolah.....abg yg sulong, Syamil paling sedih....maklumlah dah 3 thn lebih dia dgn rakan2 sekelas..belajar bersama..main bersama. Skrg ni abg Syamil dah ok, boleh terima kenapa kena pindah sekolah...lagipun ramai kwn2nya yg akan pindah sek ke pelbagai sek men next yr. Abg no 2 pula ok je dia...tp dok tanya thn bila nak dtg lagi sek sini...tak tahu bila lagi dpt peluang tinggal di sini.Syafiq bila cakap thn dpn dia akan sekolah di tempat baru , dia cakap tak nak pergi sekolah baru...nak sekolah tempat skrg..ramai kawan2..... Entahlah camana nanti..harap2 dia cepat sesuaikan diri di sekolah baru kelak.
Mama pula....tamatlah rutin harian menghantar dan ambil anak2 dari sekolah,semua belajar satu sekolah. Jarak rumah ke sekolah Yayasan dlm 10-15 min driving. Biasa pagi mr husben yg hantar anak2 sambil ke office. Mama pergi sek before 12 noon bawak lunch utk abg no 1 dan 2, serta ambil Syafiq dr tadika yg tamat kelas jam 12. Cari meja kosong di kantin sambil hidangkan bekal lunch. Kalau lewat meja kantin penuh sbb waktu lunch di kantin ramai ibu bapa yg temankan anak2 makan, ada yg dtg dari office dan ada dtg dari rumah bawak bekal...mkn sama2 sekeluarga macam berkelah. Selain itu ada jugak murid2 yg ditemani oleh maid atau driver mrk waktu mkn. Jarang sgt budak2 makan sorang tanpa teman...kebykkan mmg ada yg temankan.
Di kantin ada jual makanan tp anak2 suka mkn yg mama bawak....sesekali adalah beli tukar selera. Pukul 12.30 abg2 keluar kelas dan lunch...layan mrk makan barulah balik rumah. Anak2 lepas tu mrk terus siap2 solat zohor jemaah di dewan sekolah..pakaian sama kelas pagi kecuali jika pagi pakaian sukan, barulah mama bawakan baju sekolah utk mrk tukar.Kelas agama bermula jam 2 ptg. Jam 3.40 pergi lagi sekolah ambil abg no 2 yg tamat kelas agama....kalau dia ada xtvt tambahan atau extra kelas dia akan balik pukul 5 ptg dgn abg no 1. Biasa mr husben yg ambil pukul 5 ptg. Tp kalau mr husben busy..mama pergi sekali lagi sekolah pukul 5 ambil abg no 1.
Gitulah rutin harian mama selama di sini...dpt pula kawan2 yg sama hantar anak ke sekolah dan kawan yg sama2 temankan anak2 lunch di sekolah. Semuanya akan jadi kenangan manis... .
Lepas ni dah berubah rutin harian...tiada lagi tugas kena hantar anak2 ke sekolah sbb sekolah keb dpn rumah, anak2 balik lunch di rumah. Ptg sekolah agama, yg terletak belakang rumah aje....dkt sgt...dari rumah nampak sek...


Konvo Djh 6 Abg Syamil Pada 23 Nov 2009

Seramai lebih kurang 90 org pelajar menerima sijil pada mlm berkenaan. Semua pelajar ceria ...dpt pakai jubah dan dah tamat djh 6..thn dpn sek men. Tapi abg Syamil balik M'sia masuk djh 6 semula sbb thn dpn dia baru umur 12 thn....kat sini dia belajar cepat sethn.



Abg Syamil turut menerima hadiah most presentable buat kali kedua.Kali pertama masa beliau djh 4.Hadiah utk pelajar paling kemas bagi keseluruhan pelajar djh 6.......



Alahai susahnya Abg Syamil nak senyum bila posing sorang2.....



Bergambar bersama 2 org guru yg byk membantu abg Syamil berjaya memperolehi A dlm subjek sains dan math masa exam PSR. Mr Tan...guru sains. Serta Miss Loo, guru kelas & guru math yg begitu mengambil berat ttg Syamil ...kdg2 Miss Loo call mama kalau ada hal berkaitan dgn abg Syamil. Tq Miss Loo dan Mr Tan...



Abg Syamil dgn kawan2, abg no 2,3 dan 4 turut sama tengok abg Syamil konvo.



Konvo Tadika Syafiq pada 25 Nov 2009

Konvo Syafiq berlangsung sebelah pagi. Syafiq tak sabar nak hadiri majlis konvonya...dok tanya bila dia nak pakai macam abg Syamil.....



Syafiq turut dpt hadiah pelajar kedatangan paling baik,jarang ponteng kelas...



Bergambar bersama kawan2 rapatnya; Ahmad,Aniq,Puteri dan Teacher Dee. Teacher Dee cakap sedihnya next yr dah tak dpt jumpa Syafiq.Syafiq akan ingat jasa teacher sampai bila-bila...



Syakim Dgn Classmates

Letak juga gambar Syakim dgn kawan2 dan guru kelas, teacher Umi sbg kenangan. 3 thn Syakim bersama rakan2 sekelasnya..bermain..gurau senda...belajar sama2. Syakim thn ni djh 3 tp next yr djh 3 semula sbb thn dpn baru dia 9 thn.



Syakim berdiri no 4 dari belah kiri.

Xtvt Hari Rabu Lepas

Tgh hari Rabu lepas officemates mr husben...Pn Asiah dan rakan2 dtg ke Brunei atas urusan kerja, jadi bawa mrk lunch di rumah. Masak lauk ringkas aja.. ...tak sempat ke pasar.Utk cuci mulut buat puding cocktail. Pn Asiah dgn rakan2 singgah kejap saja sbb mrk nak segera check out dr hotel sebelum berlepas ke Thailand pula.



Sebelah ptg bawa anak2 ke rumah kawan kami Dr Rahman&Neng.Anak2 seronok sbb dpt jumpa kawan dan swimming di pool apt kediaman Neng. Dah beberapa kali Neng pelawa bawa anak2 swimming tp asyik bertangguh.Sampailah dah dkt nak balik baru berkesempatan wpun dah beberapa kali ke rumah Neng.



Biasalah anak2 bila jumpa air...berendam...susah nak naik....



Ada orang dah boring....tak boleh nak ikut main air....menguap-nguap....



Syakirah pula satu-satunya heroin hari tu, keempat2 anak Neng semuanya hero .
Selepas swimming...naik ke rumah Neng.Neng jamu mee ayam dan kuih. Kuih ni macam kulit karipap dgn inti pisang dgn coklat + keju di dalam, pernah beli masa ke Indonesia thn lepas tp lupa lak nama apa kuih ni.. ...sedap. Abg yg sulong bertambah makan mee ayam...
Terimakasih Neng & suami....pjg umur InsyaAllah ketemu lagi kita..jika tidak di Brunei..mungkin di M'sia.. atau di Indonesia satu hari nanti....


Monday, 30-Nov-2009 23:11 Email | Share | | Bookmark
Sambutan AidilAdha 1430 H Di HICOM

 
 
 
View all 15 photos...
Sibukkkkk.....dah mula packing brg....disamping tu sibuk gak melayan hero2 mama yg dah mula cuti sekolah.Biasalah kalau anak2 dok rumah sekejap2 ke dapur cari makan.Masakpun ringkas2 aja...nak perabih apa yg ada di dapur...kena kosongkan kabinet&peti ais...
Curi masa ngadap PC sbb byk sgt gambar2 raya Aidiladha yg diambil oleh Mr husben&kawan2 husben. Sayang kalau tak masukkan dlm entry... boleh dijadikan kenangan terakhir beraya Aidiladha di Brunei.




Hari raya Aidiladha disambut pada hari Sabtu di sini....lewat sehari dari M'sia, raya puasa hari tupun lewat sehari juga. Sembahyang raya bermula 7.30 pg di Kedutaan M'sia (HICOM)....ramai juga rakyat M'sia di sini yg hadir. Abg2 dan Syakirah dibawa sama beraya tp lupa nak ambil gambar mrk.

Acara makan-makan selepas solat

Selepas solat ada acara makan-makan....pot luck...masing2 bawa pelabagai hidangan. Macam2 juadah ada...ketupat, pulut durian, kek, kuih-muih, nasi , buah,rendang dll yg dibawa oleh hadirin yg hadir. Manakala menu utama mee dan minuman disumbangkan oleh restoren M'sia di sini. Mmg byk makanan....sampai tgh haripun masih ada makanan lagi.







Majlis Korban

Selepas makan-makan, barulah majlis penyembelihan korban. 3 ekor lembu yg dikorbankan dan ada yg buat akikah.....bahagian korban dan akikah adalah dari org2 M'sia di sini.
Kerja2 melapah dan memotong daging dibuat secara gotong royong beramai2....terasa spt beraya korban di kg pula sbb pakat kerja sama-sama...meriah sekali....... Sebelum pukul 12 tgh hari selesai semua kerja2 potong dan pembahagian daging utk yg buat korban dan yg hadir .













Sementara masa kerja potong-potong daging dan tulang, ada juga xtvt masak2 daging korban utk makan waktu lunch pula. Sup tulang dan daging salai dimasak secara sukarela oleh chef Kayu Nasi Kandar...caw restoren M'sia di sini. Manakala daging rendang dimasak sendiri oleh Datin Zakiah, isteri TYT Pesuruhjaya M'sia ke Brunei.
Selain itu ada nasi putih,sayur lemak,minuman dll yg disumbangkan oleh individu. Sup tulang pula dimasak tambahan kali ke 2pun habis licin....sedap mkn cicah roti. Semua hidangan sedap-sedap belaka...

Anak2pun pula dok ulang-alik makan... main.. makan dgn kawan2 mrk....seronok sekali...dah tak kira penat. Bila balik rumah tanya apa perasaan mrk bila tengok majlis korban, Syafiq yg tadika cakap...dia tak suka sbb ada bunuh-bunuh...kesian kat lembu. Yg abg2 dah faham sbb sudah jelaskan apa makna korban. Cakap pd Syafiq... tu bukan bunuh tp acara korban....harap dia faham....

Juadah Ringkas di Hari Raya

Utk pagi raya masak ringkas saja...pulut kuning dgn rendang. Sejak raya puasa lagi nak buat pulut kuning, raya Haji baru buat. Masak sikit aja utk kami anak beranak.....anak2 mmg suka pulut kuning.Pulut dan rendang dimasak mlm lagi sbb pagi2 dah nak ke HICOM.



Baking kek coklat utk pot luck. Baking tgh hari sebelum, topping coklat dibuat belah pagi. Selain itu bawa jugak cempedak goreng...kebetulan kawan bagi buah cempedak.



Buat juga fudge brownies utk anak-anak makan di rumah.



Balik tgh hari dari majlis korban....terus masak sup tulang , pemberian dari agihan korban. Masuk semua dlm slow cooker...biarkan mereneh...3 jam lebih baru empuk. Anak2 minta makan pulut kuning dgn rendang...bertambah mrk mkn. Pastu semua tidur penat dan kenyang......
Ptgnya ke rumah kwn sampaikan daging korban sbb mrk balik sebelum sempat pembahagian daging dan turut sama membantu. Kami dijamu dgn set nasi kambing..sedap. Belah mlm mkn roti cicah sup tulang...tak puas mkn masa siang. Utk sarapan esoknya, rendam bihun..mkn dgn sup tulang, lunchpun dgn sup tulang....senang kerja....



Tuesday, 24-Nov-2009 22:51 Email | Share | | Bookmark
Tiramisu,Butter Prawn&Onde Keledek& S'mat Hari Raya AidilAdha

 
 
 
View all 10 photos...
Quote:
Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya AidilAdha.....di kesempatan ni kami sekeluarga ingin ucapkan selamat Hari Raya AidilAdha buat semua teman, sanak saudara dan pengunjung Fp ni. Bagi yg menjalani ibadah korban selamat menunaikan ibadah korban. Juga selamat balik kg utk semua yg akan bercuti raya dan cuti sekolah di kg.

Raya ni kami beraya di sini....tak balik kg sbb hanya 2 minggu selepas raya....12 Dec, kami akan terbang pulang ke semenanjung.....kali ni balik terus menetap di sem. Anak-anak esok/Rabu hari akhir sekolah. Tapi brg baru nak mula packing..kotak2 dah terhimpun....nunggu masa rajin..bila lah tu...malas tul bab packing ni....


Kek Tiramisu Simple

Sambung kisah masak.....dah lama print resepi tiramisu ni sbb nampak ringkas bahan2nya....tp macam biasa print resepi ....simpan dulu... Nak mudah utk sponge kek beli tpg kek yg siap... tambah telur je. Cari sponge coklat tak da....yg ada vanilla jadi tambah serbuk koko dan coklat emulco...jadilah sponge coklat.....
Kek sponge ni cam besar sikit jadi tak dpt buat 2 layer hanya satu layer saja.... lain kali nak buat kek sponge kecik sikit..atau doublekan bahan2nya..barulah puas mkn terasa cheesenya. Satu lagi tak perasan yg serbuk coklat kena tabur hanya masa nak hidang. Dah silap tabur awal2 terus masuk peti....tu yg nampak tak berapa cun atas kek..serbuk coklat dah lembap. Wbpun anak2 suka....sekali hadap dah tinggal separuh..esoknya tanya ada lagi ke tak......
Terimakasih k.Zai..juga Haniss yg menayangkan resepi ni dan Umi e empunya resepi yg sudi kongsi resepi.....



Quote:

Kek Keju Tiramisu Simple
Sumber: Copy dari Blog K.Zai@ Teratak Impian , resepi asal umi_e (myresepi.com).

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian - belah 2 aje
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...





' Mama ambillah gambar Syafiq dgn kek...pastu mama letak dlm internet mama.......' Senang mama ada model sukarela ni...tak payah suruh...asalkan gambarnya masuk internet........

Butter Prawn

Dah lama teringin nak buat butter prawn yg ada ada byk rambu-rambu telur macam jual kat restoren. Masa jln2 ke dapur Suzi nampak Suzi hidang butter prawn...tengok resepi dan caranya mudah aja.
Kebetulan di rumahpun ada udang...terus mencuba....suka pulak nengok rambu2 telur tu...berselirat di celah2 udang......
Terimakasih Suzi kongsi resepi , resepi dpt dari Hana dan resepi asal dari Nita @ Sudipkayu.Terimakasih semua.....


Quote:

Butter Prawn
Sumber ; Copy dari Blog Suzi@ Resepi&Cerita Perantau

Bahan-bahan
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara-cara
1.Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
2.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah msak,ketepikan.
3.Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
4.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.- guna botol sos plastik
5.Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. - tak padamkan api tp guna api yg paling perlahan
6.Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dan buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. - nak cepat tekan2 telur tu dlm penapis...minyak cepat keluar.




Onde-Onde keledek

Onde-onde keledek buat beberapa minggu yg lepas buat minum ptg....nak buat bulan puasa tempoh hari,tak jadi..tangguh2 baru buat. Dah ramai yg buat onde-onde keledek ni.....mmg femes.....



Quote:
Onde-Onde keledek ~
Sumber; Copy dari Fp Nur resipi asal Roylazim. Terimakasih Nur dan k.Roy......

Bahan-Bahan
350 gm tepung pulut
250 gm keledek
3 sudu makan air pandan
secukup air
200 gm gula melaka
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan

Cara-Cara

1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Keledek direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan keledek dan air pandan.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.




Mee Udang Lagi.....

Mee udang masak sama hari dgn onde2 keledek...sekaligus rebus ubi utk mee udang dan onde2. Dah beberapa kali juga masak mee udang sbb anak2pun suka....lagipun mudah bahan2nya dan sedap...... Resepi sama sebelum ini .




[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net