Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  46  47  48  49  50  51  52  53  54  55  56  57  58  59  [60]  >  >>]    [Archive]
Friday, 1-Jun-2007 23:51 Email | Share | | Bookmark
Cuti Bali

Kintamani
Kintamani
Tanah Lot
View all 18 photos...


Baru sempat upload gambar . Bersama keluarga bercuti di Bali pd Dis 2006.Travel dari Surabaya ke Bali dgn van selama lebih kurang 5-6 jam.Kami sewa van dan dibawa melawat merata2 tempat oleh kenalan Indonesia. Naik feri yg boleh muat kenderaan dari Banyuwangi ke Pulau Bali dlm 1/2 jam jauhnya.Sempat ke Pantai Kuta,Denpasar, Kintamani,Tanah Lot dan Pasar Kunbasari. Pemandangan di Bali mmg menarik sekali....


Friday, 1-Jun-2007 22:59 Email | Share | | Bookmark
Cuti Surabaya

Pemandangan sawah padi
kanak di sek agama dkt Masjid Ampel
landmark Zoo Surabaya
View all 9 photos...
Melawat Surabaya pada akhir Dis 2006 tp baru berkesempatan upload gambar kat FP.Disana kami menginap di rumah kenalan di sebuah kg. tak jauh dr Candi Pari.Sempat melawat Zoo Surabaya,Masjid Ampel (terdpt kubur2 lama alim ulama di sini),Pasar Turi (byk pilihan telekung dan blouse yg murah dan cantik2),Selecta (ala2 Cameron Highland..terdpt epal2 segar dijual di sini) dan Tunjungan Shopping Centre..byk juga shopping centre yg besar kat sini. Sibuk berjalan2 hingga terlupa nak ambil byk gambar .......


Friday, 1-Jun-2007 08:43 Email | Share | | Bookmark
Ayam Kicap Masam Manis

 


Bila hari2 masak ,kekadang buntu jugak nak masak apa..so cuba masak ayam macam ni...

Bahan2
1/2 kor ayam
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
2 sudu makan cili kering yg telah ditumbuk
1 sudu besar sos tiram
2 1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1/3 labu bawang besar dipotong
1 biji cili merah hidup dipotong
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula / secukup rasa
1 sudu kecil kunyit
sedikit lada sulah
Minyak masak
1 biji tomato dipotong
sedikit daun bawang (pilihan)

Cara-cara
1.Ayam diperap sekejab dgn sedikit garam dan kunyit.Goreng separuh masak.
2.Tumis bawang putih,halia dan cili tumbuk.
3.Masukkan kicap pekat dan sos tomato.masukkan bawang besar.
4.Masukkan ayam dan dikacau rata.masukkan sos tiram,garam,gula dan lada sulah.
5.Apabila hampir masak, masukkan cili potong dan buah tomato.
6.kalau suka boleh tabur daun bawang .



[<<  <  46  47  48  49  50  51  52  53  54  55  56  57  58  59  [60]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net