Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Nov-2009 02:39 Email | Share | | Bookmark
Syakirah Dah 5 bulan

 
 
 
View all 8 photos...
Hari ni 20 hb genap usia Syakirah 5 bulan. Baru je ada entry Syakirah umur 4 bulan dah entry 5 bulan. Entry sebelum ni lewat sbb tunggu monthly check-up dulu barulah update perkembangan Syakirah di Fp. Sbb 5 bulan tak da check up jadi update awal2.Lagipun takut ada yg boring entry masak-masak je yg byk. Layan aje gambar anak dara mama yg sorang ni.....



Pagi tadi timbang Syakirah guna penimbang di rumah....timbang sambil dukung Syakirah...berat Syakirah hampir 8 kg...ada kenaikan berat. Syakirah belum mula mkn lagi...tunggu 6 bulan macam abg2nya baru nak bagi makan. Tapi kalau kita makan atau minum depannya, dia akan perhati...kdg2 mulut kumat-kumit macam nak mkn sama.Sabar ya Syakirah, sebulan lagi...



Skrg kalau meniarap Syakirah dah putar2 keliling 360'..... Tapi belum pandai terbalik sendiri...kena tolong terbalikkan. Syakirah kalau dibawa dukung keluar rumah tengok2 pemandangan diluar...suka dia...leka tengok sekeliling.


Leka Syakirah tengok PSP abgnya,nantilah besar berebut dgn abg2....

Syakirah bersama abg-abg....

Syakirah bila dipanggil namanya dia balas dgn senyuman. Bila abg2 tak tegur dia...dia pandang je abgnya sampai abgnya tegur atau panggil namanya...dia akan senyum... Dah pandai diajak bergurau.... kdg terkekek-kekek dia ketawa......sampai abg2nyapun ikut ketawa sama...lucu dengar ketawa Syakirah.



Abg jom niarap sama dgn Syakirah........

**Antara keempat2 abg Syakirah, abg yg mana paling seiras dgn Syakirah..


Abg Syazrin pegang Syakirah kuat-kuat tau...takut jatuhlah... ...

**Abg Syazrin dan abg Syafiq yg rajin meriba Syakirah...kdg2 berebut mrk berdua nak riba Syakirah....tp mama kena jaga jugak sbb bukan kuatpun mrk pegang....pegang kejap dah lenguh....


Abg Syafiq cayang Syakirah tak...

***Gambar masa Syakirah 2 bulan....lupa nak masuk n3 sebelum ni....


Tuesday, 17-Nov-2009 22:48 Email | Share | | Bookmark
Rojak Bandung,Mee Ladna & Kayu Keramat

 
 
 
View all 6 photos...
Rojak Bandung

Lepas ke Palembang mkn nasi ayam penyet terus ke Bandung pula...mkn rojak Bandung.... Tapi rojak bandung...air bandung dan mee bandung...rasanya tak da pun di Bandung....masa pergi Bandung Dec lepas tak jumpapun menu2 ni..... Rojak Bandung ni sebenarnya rojak sotong/kangkung sama spt yg pernah buat sebelum ni....cuma kali ni nak cuba resepi lain pula.
Rojak bandung dan lain2 rojak mmg favorit...sedap,sepinggan tak cukup..nak lagi..


Quote:

Rojak Bandung
Sumber; Blog Bro Rozzan

Bahan-Bahan
600 gm sotong kering yg sudah dikembangkan (potong kecil -saiz ikut suka)
200 gm sayur kangkung (dibersihkan, potong seperti memasak sayur)
150 gm kacang tanah (sangai dan tumbuk separuh halus) atau beli yg dah siap jer
beberapa keping tahu kering (“tahu pok”) atau tahu basah
1 batang timun, **tambah sekuang,daun salad

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Bubuhkan sedikit garam dan minyak.
2. Celurkan kangkung sebentar dan toskan.
3. Celurkan pula sotong kembang tadi dan agkat lalu toskan.
4. Tahu kering/ tahu basah digoreng hingga garing lalu dipotong/hiris.
5. Timun dibelah dua dan dihiris memanjang.

Bahan-Bahan Sambal
25-30 tangkai cili kering (rendam dan kisar dgn sedikit air)
240 gm gula melaka - tambah 1 sb madu
2 sudu makan gula pasir
250 ml air
5 sudu makan (penuh) petis
½ botol sos tomato (kira-kira 220-250 gm)
1 sudu makan cuka atau air limau kasturi (boleh dikurangkan)
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dgn 2 sudu makan air)

Cara:
1. Masak gula melaka bersama air hingga gulanya larut. Tapis dan tuang ke dalam periuk.
2. Masukkan pula semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendidih.
3. Akhir sekali, tuangkan bancuhan tepung jagung tadi utk memekatkan sambalnya. Matikan api.

Cara Menghidangkan Rojak Bandung
1. Susun kangkung, sotong, timun dan tahu di dalam pinggan.
2. Tuangkan sambalnya rata-rata.
3. Akhir sekali, taburkan kacang tanah tumbuk tadi.



Mee Ladna

Ada mee kuning dlm peti ais.....nak masak mee goreng baru je buat. Teringin nak mencuba mee yg tak pernah makan lagi....ronda2 dapur siber..jumpa resepi Mee Ladna di dapur K.Liza. Tengok bahan2nya byk yg ada di dapur....boleh terus masak.
Mr husben cakap sedap jugak mee ni...kembang kempis tukang masak kena puji......

Quote:

Mee Ladna
Sumber; Fp K.Liza, tk K.Liza kongsi resepi.
Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning [500 gram]
100 gm udang [buangkan kulitnya]
100 gm sotong [dipotong]
100 gm isi ayam [dipotong]
kacang sepat-tak letak
bunga kobis-ganti brokoli
carrot
capsicum merah dan hijau [potong panjang]-tak letak
1 s/k lada hitam
1 biji telur - letak 2 biji
air secukupnya , sos tomato ,sos tiram
Minyak masak
daun bawang & daun sup [racik]' bawang goreng

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong
3. Masukkan air, sos tiram, tomato sos, lada hitam dan carrot.
4. Bila mendideh masukkana telur dan kacau supaya hancur.
5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dan sos tomato dah ada garam]
6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng.



Kuih Kayu Keramat

Kuih kayu keramat ni mmg dah lama nak cuba.....salah satu kuih yg selalu beli kalau balik Ganu...biasa makan gitu saja. Tengok MaDihaa buat elok jadinya terus copy resepi tp tertangguh jugak nak buatnya.....
Rancang awalnya nak buat satu adunan tp masa bancuh yis dgn air tunggu beberapa minit ... yis tak kembang2..padahal yis baru beli... Ni kotak kedua yg baru beli,lambat lagi expired....kotak sebelum ni pun gitu juga adunan tak naik tp jenama lain.Ni yg buat majuk sbb macam kuih tak akan menjadi.... .
Tp nak jugak cuba buat...adun 1/2 adunan dulu..tengok jadi ke tidak..bila goreng elok pula naiknya wpun yis tak kembang. Lega....menjadi jugak kayu keramat. Oleh kerana ada 1/2 lagi yis yg dah dibancuh....terus adun 1/2 lagi adunan dan masuk dlm peti ais macam MaDiha buat. Esoknya baru goreng....adunan ke2 ni lagi naik elok....montel2.......
Abg yg sulong mmg suka kuih kayu keramat ni....dia panggil kuih panjang.....
Terimakasih MaDiha dan Mariah tuan asal resepi sbb sudi kongsi resepi ni.....

Citer ttg yis ni......hari tu ada buat donut...ikut sebijik2 spt resepi tp adunan tak naik....rasanya yis yg digunakan ada masalah....pandai2 salahkan yis...nak salahkan sapa lagi.... Sayang adunan dari membazir....adunan digelek2 tipis...letak inti sardin...goreng....jadilah karipap ... Mr husben komen sedap karipap ni tp rupanya kenapa lain....camna tak lain, tepinya tak boleh klim tak terbentuk maklumlah adunan donut....... Anak2 suka pula mkn.....nasib baik..kalau tidak dah hadiahkan ke cik tong.......
Kawan2 ada tips tak kalau yis tak nak kembang ni nak buat macamana
....


Quote:

Kayu Keramat
Sumber ; Fp MaDihaa

Bahan2
500 gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan planta
300ml air suam

Cara2 Menyediakan
1.Yis segera dibancuh dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata.
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td.
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah)
5. Gorenglah spt dlm gambar tu hingga kuih bertukar warna coklat & hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan lebihan kuah gulai semalam


*semua menu kat atas dimasak hari berbeza,saja masuk dlm satu n3...update sekali harung...

***Sbb ada kawan2 yg bertanya sama tak Kayu keramat dgn cakoi....jawapannya tak sama wpun rupa agak sama....
Kayu keramat ni lebih padat dan tak berongga macam cakoi. Macam komen MaDiha di Fpnya...kayu keramak cepat kenyang bila mkn sbb padat.....


Saturday, 14-Nov-2009 00:26 Email | Share | | Bookmark
Nasi Ayam Penyet Palembang

 
 
 
View all 8 photos...
Lepas ke Tanah Arab makan nasi Mandhi terasa nak ke negara jiran...Indonesia pulak, makan nasi ayam penyet .... Napa nama ayam penyek...sbb sebelum hidang mkn... ayam kena penyet ...lenyek..ketuk dulu...barulah dimakan........
Nasi ayam penyet pertama kali makan pada bulan Ramadhan yg lalu.... adalah beli 2-3 kali di bazaar Ramadhan....tu yg terasa nak makan lagi.
Sebelum masak nasi ni dah tengok dulu beberapa resepi....ada pelbagai versi rupa2nya. Tapi berkenan nak cuba Nasi Ayam Penyet Palembang sbb bahan2nya lebih ringkas dan ada resepi lengkap nasi dan sambal.
Nasi ayam penyet ni masak semalam utk lunch kami sekeluarga. Kena dgn selera....nasinya macam nasi ayam cuma berminyak sikit...kalau tak suka berminyak boleh kurangkan sukatan minyak..mkn dgn kuah sup. Ayam pula bahagian luar rangup tp isinya lembut...ada ulam dicicah dgn sambal bilis tumbuk, sedap tak pedas sgt.......



Quote:
NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Copy dr Blog Bro Rozzan resepi asal Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekor ayam (belah empat) - guna 4 chicken leg
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.**ayam letak dlm freezer sbb tak ada air batu.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.
TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.




Ayam posing sebelum di penyet......

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras - letak 150 gm
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka) -cuci, toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk) - nak cepat blender kering
1 sudu teh serbuk kunyit- letak 2 sk
1 sudu teh rempah kari daging - letak 2 sk
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

Cara-caranya

1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.



Nota:
Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.



Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
*150 gram mentega - campur mentega + marjerin
*1 cawan minyak masak
*½ cawan minyak bijan - tak letak
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya
*(kalau tak suka nasi terlalu berminyak boleh kurangkan bahan*)

Cara-caranya

1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.



Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis- goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)


Cara-caranya

1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bilis goreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.



Nota:
Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan.
Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)- tak buat sos hitam
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya

1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.



Ayam dah siap dipenyet dan potong...kawan-kawan jemput makan.....


Wednesday, 11-Nov-2009 02:25 Email | Share | | Bookmark
Bihun Sup Utara,Puding Roti Sos Coklat & Serunding Ikan Bilis

 
 
 
View all 6 photos...
Masalah internet di rumah yg kejap ok kejap tidak dah selesai....call syt dtg tengok...rupa2nya ada wayar diluar rumah rosak...kena tukar. bila tukar ni dah ok line internet tp masih ada sesekali gangguan tp tak kerap sgt.

PUDING ROTI SOS COKLAT

Puding roti nipun dah lama buat.....nak habiskan roti. Kelainan sikit puding ni mkn dgn sos coklat. Nak mudah guna sos coklat dlm botol je....tuang atas puding. Kejap aja licin....anak2 suka.....


Quote:
PUDING ROTI SOS COKLAT
Sumber; forum Melayu.com resepi K.Liza

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang yg telah disapukan majerin dan taburkan tepung.
4.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Sejukkan dan potong dan hidangkan dengan sos coklat.

SOS COKLAT
Bahan
250 coklat masakan
1/2 cawan susu cair
1 s/b majerin

Cara.
1. Masukkan coklat dan butter dalam mangkuk tahan panas.
2. Masakkan dalam kuali yg ada air dan biarkan sehingga coklat cair.
3. Bila telah cair, tutup api dan angkat coklat dari kuali.
4. Campurkan susu cair dan kacaui rata.
5. Hidangkan bersama puding roti yg telah dipotong.



BIHUN SUP UTARA

Dah lama nak buat bihun sup utara tp selalu dok tangguh-tangguh.... sbb utamanya malas nak merebus tulang. Mmg lama merebus tulang nak bagi empuk....rebus dlm periuk biasa,dkt 3 jam jugak baru empuk. Resepi copy dr dapur Ida....tima kasih Ida kongsi resepi... Macam biasa kalau makanan bersup ni mmg kegemaran...tambah2 mkn perah limau biar masam sikit tp sambalnya tak buat....dah tak sabar nak mkn....


Quote:
BIHUN SUP UTARA
Sumber; Fp Ida

Bahan2 utk sup
Minyak utk tumis(klu guna cara menumis)
rempah tumis seperti bunga lawang/pekkat,kulit kayu manis,ketumbar,lada hitam,lada putih - rempah ni blh di mesin atau tumis kasar
2 labu bawang besar-mesin
6 ulas bawang putih-mesin
2 inci halia-di titik atau mesin
2 batang serai-di titik
1 peket kecil rempah sup adabi(serbuk)
1 kg daging - daging letak tak byk
1/2 kg tulang
1/2 kg perut(jika suka)- tak letak
air utk merebus dan kuah secukupnya
garam, perasa , serbuk lada hitam

Cara
1.Jika dibuat cara menumis-panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan rempah sup kacau lagi 2.masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak 3.kemudian masukkan daging dan perut.Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit.Masak sehingga daging empuk.Biasanya ambil masa lebih kurang 2jam 1/2 sehingga 3 jam baru kuahnya sedap.
Jika dibuat cara merebus-masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk(cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan)
Utk bihun
1.1 bungkus mee hoon direndam bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon agak2 ajelah air tu sehingga boleh tenggelam.bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
2.Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang.tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi tergumpal dan mudah utk di ambil diceraikan bila nak makan.

Bahan utk tabur
daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2
lobak hancur atau lobak masin , bawang goreng,
daun sup dan daun bawang di mayang
sambal - tak buat


Serunding Ikan Bilis

Serunding ikan bilis ni buat masa bulan puasa lalu. Nak buat serunding daging macam remeh je jadi buat serunding ikan bilis. Bahan2nya tak lah susah sgt...boleh cuba utk pelbagaikan lauk .....



Quote:
Serunding Ikan Bilis
Sumber; Majalah Rasa Sept 2008

Bahan
1 cwn ikan bilis - goreng dan tumbuk
1 cwn kacang tanah-goreng rangup
10 biji bawang merah-hiris goreng ; guna bawang goreng yg beli
125 ml cili boh - guna cili kering blender
2 sudu mkn sos tiram
4 biji bawang merah kisar
3 biji bawang putih kisar
75 ml air asam jawa
garam , gula secukupnya
**tambah sekeping tempe yg dipotong kecil dan goreng.

Cara
1.Tumis bawang putih dan merah yg dikisar garing
2.Masukkan cili boh dan biarkan hingga pecah minyak
3.Masukkan sos tiram, air asam jawa,ikan bilis,garam dan gula
4.setelah kering masukkan kacang tanah,tempe dan bawang goreng.angkat dan hidangkan.


Sunday, 8-Nov-2009 06:36 Email | Share | | Bookmark
Rendang Hitam Daging & Lepat Pisang

 
 
 
View all 4 photos...
Dah beberapa hari cuba update Fpages tp internet di rumah buat hal...kejap ok kejap tak....cuma hari ni baru tak da masalah tp masih tak dpt upload gambar di Fbucket ...di picnikpun tak dpt....tak tahu kenapa......

Rendang Hitam Daging

Citer kali ni ttg Rendang Hitam Daging....tp tak hitam sgt dagingnya sbb di rumah kehabisan kicap pekat. Rendang ni pernah buat masa awal aktif Fp tp gambar yg diambil blurr jadi tak masukkan dlm Fp. Masa bulan syawal hari tu terasa nak makan rendang...tp rendang yg tak pakai santan ......teringat rendang hitam daging yg pernah buat. Kebetulan puasa 6, jadi masaklah buat berbuka puasa . Masa tengah menumis .....mr husben yg baru balik office masuk dapur tanya apa yg bau sedap sgt ni.....cakap tgh masak rendang.... Bila makan bukan saja bau sedap tp rasanyapun mmg sedap..... Kalau tak percaya boleh tanya tuan resepinya...MaDihaa betul tak..MaDihaa.... Terimakasih MaDiha sudi kongsi resepi....



Quote:
RENDANG HITAM DAGING
Sumber; FP Madihaa

Bahan2
500g daging
20 tangkai cili kering *dikisar
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai di tindik
4 sudu besar kicap pekat - ganti 6 sb kicap cair
sedikit minyak untuk menumis
1 tsb cuka
2 s/b kerisik
sedikit garam dan gula.
daun pandan untuk wangi ( jika suka )

Bahan tumis:
4 ulas bawang kecil di hiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaannya

Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili,masukan daging yang telah di potong kecil dan serai.
Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera.
Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan.



Lepat Pisang



Entry lepas kek pisangcoklat ....kali ni masih ttg pisang tp lepat pisang pula.... Lepat pisang ni antara kuih yg digemari....kalau jumpa pasti beli tp di sini tak da org jual... nak mkn kena buat sendiri. Lepat pisang dah lama buat tp baru update dlm entry kali ni. Terimakasih K.Liza kongsi resepi...
Quote:

Lepat Pisang
Sumber;FP K.Liza

Bahan
2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung susu
2 s/b gula
garam
daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan.
3. Kukuskan selama 15 minit.
4. Sejukkan dan hidangkan.


Kuih cek mek molek nipun dah lama buat....kira ulangtayang di Fp. Suka kuih ni...mudah buatnya tp kena hati2 masa makan tunggu sejuk sikit..nanti meletup lidah kena air gula panas......


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net