Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 3-Nov-2009 00:03 Email | Share | | Bookmark
Syakirah Aeda Dah 4 Bulan Lebih

 
 
 
View all 4 photos...
Lepas n3 yg lalu...mama bukan saja selsema tp kena batuk dan demam juga....badan kdg sejuk kdg panas...tekak pula perit...tak ada selera mkn langsung. Tp Alhamdullilah bila dah habiskan ubat demam yg doktor bagi, demam dah elok....tp selsema dan batuk masih ada hingga hari ni....biasanya batuk lambat semboh.. .
Selain mama....baby Syakirahpun baru semboh dari selsema dan batuk.. syukurlah tak berpjgan. Abg no 3 pun selsema dan batuk tp dah semakin elok...minggu lepas ada juga hari dia tak ke sek tp minggu ni dah kena pergi sekolah sbb dia mula exam.



Entry kali ni nak citer ttg perkembangan baby Syakirah...dah 4 bulan lebih skrg. Mula boleh meniarap masa masuk umur 4 bulan....skrg ni pantang letak atas tilam... suka betul dia nak meniarap, lepas tu mula bising minta tolong sbb dah penat meniarap.... tak pandai nak pusing balik semula... Biasanya kalau bangun tidur dia suka main dulu dgn bantal peluk dan bantal dia buat tidur....dipeluknya bantal...cuba hisap hujung bantal....dah boring baru jerit2 panggil orang... Nak bagi Syakirah leka sikit...baringkan dia atas kerusinya, letak dpn tv......ralit dia tonton tv dgn abg2nya......


Quote:

Semalam bawa Syakirah utk pemeriksaan bulanan dan injek. Kali ni pergi dgn Syakirah saja....nasib baik dia ok dlm kereta....langsung tak merengek. Di klinikpun tak lama sbb tak ramai kanak2. Pemeriksaan Syakirah semuanya baik;

Berat; 7.47 kg (naik 600 gm)
Tinggi; 69 cm



Baru sekali dpt ambil gambar Syakirah tersenyum......... Gambar diambil sebelum keluar beraya masa Syawal yg baru lalu.


Gambar 2 hari lepas....aksi Syakirah meniarap...


Tuesday, 27-Oct-2009 00:16 Email | Share | | Bookmark
Chocolate Banana Cake & Air Longan

sponge cake sebelum belah
tgh filing dg pisang&cho mouse
kek dah siap letak pisang
View all 9 photos...
Chocolate Banana Cake



Kek cho pisang antara kek yg dah lama dok idam2 nak buat....terliur sungguh tengok taukeh kek..K.Amal...Meen..Yati menayang kek ni...rasa nak tarik je kek mrk dari skrin PC...kalaulah boleh buat gitu..kan senang....
Oleh kerana tak puas jamu mata...buat telan air liur aje maka week end yg baru lepas buat kek cho ni. Pada mulanya semua ok...kek sponge naik elok...cho mousepun jadi... tp bila part coating kek....coklat meleleh keliling kek....salah teknik...tak cukup pekat masa double boil coklat. Rupa luar kek tak cun langsung....sememeh.. itulah tak sabar nak siapkan kek...nak potong..mkn...
Tak cun pun tak apalah...yg penting rasanya mmg sedapppp...sapu licin.... Tak percaya kena cuba dulu....wpun resepinya panjang berjela-jela tp memang tak rugi mencuba.... Anak pula heran betul, pisang diorg suka tp bila kek ni ada pisang mrk tak nak,nak mkn kek saja...jadi mama korek keluar pisang..kek bagi mrk mkn....pisang mama tlg habiskan...



Quote:

Chocolate Banana Cake
Sumber; Fp Yati Damira, tk byk2 Yati kongsi resepi dan siap translate resepi asal dari Blog auntyyochana serta bagi penerangan jelas utk resepi ni...tima kasih sekali lagi Yati..

Chocolate Sponge cake:
Bahan A
3 biji kuning telur size A ( atau 4 biji kuning telur size sederhana)
100 gm. gula kastor
120 gm. tepung naik sendiri
1/2 tsp. Baking powder
1/2 tsp. Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak jagung - guna minyak masak biasa
1 teasp. vanilla essence

Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.

Bahan C

3 1/2 biji putih telur size A(atau 4 1/2 biji putih telur size sed)-guna 4 biji putih telur saiz sed
1/4 tsp Cream of Tartar - ganti dgn 1/2 biji perahan limau kasturi;tapis
60 gm. gula kastor

Cara-caranya:
(1) Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau dengan senduk kayu hingga sekata.
(2) Campurkan Bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sekata.
(3) Kemudian pukul putih telur dan cream of tartar dari Bahan C selama 2 min. Selepas itu, tuangkan gula sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan pukullah sehingga kembang dan gebu.( Perhatian: Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan kuning telur tidak pecah dan tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit. Pemukul telur juga kena pastikan ianya kering dan tidak berminyak).
(4) Campurkan campuran kuning telur ke dalam campuran putih telur. Kaup balikkan adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.Selepas itu tuangkan ke dalam acuan kek yang bulat 9" dan bakar.
(5) Bakar pada suhu 175C lebih kurang 50 mins atau sehingga masak-bakar 175 'C selama 40 min
(6) Sejukkan kek di wire rack dan belah kepada 3 lapisan.

Chocolate mousse:

*250 gm. Non-Dairy Whip Cream
*150 gm. Dairy whip cream
1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal.Campurkan bersama 4 sudu makan air dan microwavekan untuk 20 saat.(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan sekiranya tidak mempunyai microwave, double boilkan gelatin sehingga hancur) - guna 1 sb serbuk agar2
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising } - hanya letak 50 gm sbb whip cream dah manis
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu makan "Kahlua" atau "Tia Maria" coffee liquer - gunakan 1 st chocolate emulco
**2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal -

ni yg mama buat
*guna 400gm whip topping cream, cukup utk layer dan coating
**setiap layer letak 3 biji hirisan pisang berangan

Cara-cara membuat chocolate mousse:

(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.) *utk whip topping cream pukul till 3x ganda.
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)
(3) Sapukan 1/3 dari chocolate mousse ke atas lapisan pertama sponge kek. Susunkan hirisan pisang di atas chocolate mousse dan letakkan lapisan kedua dia atas susunan pisang tadi. Lakukan perkara yang sama untuk lapisan kedua. Kemudian letakkan pula lapisan kek yang ketiga.
(4)Tutupkan keseluruhan kek tadi dengan chocolate mousse dan simpan di dalam peti sejuk sehingga chocolate mousse keras.
(5) Selepas itu tuangkan pula chocolate coating yang dah sejuk ke atas kek ayng disalut chocolate mousse tadi. Biarkan campuran chocolate tadi mengalir ke bawah secara perlahan.
(6) Hiaslah kek tersebut mengikut citarasa dikehendaki dan simpan dalam peti sejuk hingga coating keras.
(7) Potonglah menggunakan pisau yang telah direndam dengan air panas untuk dihidangkan.

Chocolate Coating
35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm. Dairy whipping cream - gunakan whip topping cream
80 gm. chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm. Butter

Cara membuat Coating untuk kek
Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek.

Quote:

Air Longan

Air longan dah lama buat...masukkan sekaligus dlm n3 kali ni. Buah longan pemberian kawan mr husben...anak2 tak pandai mkn...jadi kupas buat air. Tapi minum tak letak ais sekadar simpan kejap dlm peti ais.Minum masa hari panas...nyaman tekak.......



Sumber ; Blog K.Ina KL ,tk k.Ina....
Bahan
Buah longan - kupas buang biji
Gula putih & gula melaka
daun pandan
air
Cara;
Kopek buah pastu masuk periuk.masuk kan air (agak-agak)& gula putih.Gula nisan/gula kabung/gula merah (pun agak-agak aje) dan daun pandan yang disiat dan diikat. pastu masak sampai pekat sikit....tapis..tapi sebelum tu keluar isi longan ni dulu dan bolehlah di buat air...bubuh pulak air batu.

Nanti ada kesempatan akan jalan rumah kawan-kawan......tgh selsema skrg.... hatchummmm...


Saturday, 24-Oct-2009 12:58 Email | Share | | Bookmark
Musim buah ; Muffin Durian & Kek Durian Coklat Chip

Tokeh buah posing dg rambutan
buah dlm plastik org dah booking
Durian buah kecik
View all 14 photos...
Musim buah-buahan

Di sini musim buah baru bermula Syawal lalu. Dlm sibuk mkn2 ketupat.. rendang.. macam-macam nasi, sibuk juga makan rambutan...makan durian.......


Buah durian ni dijual depan pasar ikan Jerudong.....harga setompok Bnd8(4-5 biji)...beli dua tompok dpt Bnd15.


On the way balik beraya singgah beli durian tepi jln.....ada juga buah rambutan dan buah naga di gerai ni.



Dah musim buah...mangga tepi rumah turut berbuah. Minta model mama posing dgn buah mangga ... Tak padan pokoknya kecik dan rendah..tak payah pakai galahpun nak petik tp buahnya lebat....buahnyapun lemak2 manis gitu.Sejak dok sini mmg tiap thn pokok mangga ni berbuah tp thn ni paling lebat....dok tunggu buah mangga ni masak...

Quote:

Muffins Durian
Durian selalu mkn gitu...kdg2 mkn dgn pulut santan tp kali ni nak cuba baking letak durian.
Minggu lepas sehari sebelum ke Miri buat muffin durian. Jumpa resepi cupcake terus berkenan nak cuba...resepi ni byk guna durian. Tengok gambar elok je naik rata dlm bekas. Tapi bila masak cupcakesnya ada yg merekah...ada yg merimbun......dah jadi rupa muffin pulak... Muffinpun muffinlah....asalkan anak2 suka...baru lepas keluar dari oven..bau semerbak durian anak2 suka tul makan....yg paling suka abg yg sulong sbb durian mmg favorit dia....
Bawa juga muffin durian utk Along rasa....Along cakap sedap.Bagi Along muffin saiz mini....biar nampak muffin kiut cam baby Liana..... Nak bawa utk Za tp sbb jumpa hari Ahad takut dah tak begitu lembut. Nanti Za dtg Brunei...boleh buat lagi....


Durian Cupcakes/Muffins
source; FP Rossyabakes

Ingredients
250g Self-raising flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
a pinch salt
200g castor sugar-letak 170g
240g butter
240g durian pulp
70ml low-fat milk - guna 2tbs susu tpg+air suam jadikan 70 ml
2 eggs

Method:
Sift self-raising flour, baking powder and baking soda together. Place sifted ingredients and salt into yr mixer and stir in sugar. Add slightly cold butter and blend until mixture is crumbly. Place durian pulp in a bowl , add milk and blend into fine puree. Pour puree into butter mixture. Add beaten egg and blend until well combined.

Spoon mixture evenly into paper cups up to two-thirds full. Sprinkle with almonds. Bake in preheated oven at 170deg.C for 20-25minutes or until golden brown in colour.



Muffin Tuala



Masih ttg muffin...baru-baru ni mr husben bawa balik sekotak kecik kek hadiah saguhati semperna jamuan raya...nampak dlm kotak cam ada muffin dan sepotong kek....tp bila buka...rupa2nyaaaa ada tuala dlm bekas muffin dan satu lagi tuala dilipat cam slice kek.... Menarik pula tuala dipack gini...boleh jadikan door gift atau buah tangan org kahwin.....

Quote:

Kek Durian Coklat Chip
Masa belek2 majalah lama jumpa resepi kek ni....baca resepi ada campur coklat chip tentu anak2 suka.Kek ni buat seminggu sebelum muffin durian. Baking hanya 1/2 adunan...nak buat experiment dulu laku ke tidak..... Masa bawak keluar dr oven elok rata je keknya tp bila dah sejuk turun sikit. Buat minum ptg....ptg tu jugak licin... Kek ni moist tp manis sikit sbb ada durian tambah lagi coklat chip...lain kali kena kurangkan gula.


Kek Durian Coklat Chip
Sumber; Majalah Mingguan Wanita 2005

Bahan
250 gm butter
180 gm gula kastor - kurangkan tak nak manis
2 sb susu pekat
4 biji telur
250 gm tpg naik sendiri-ayak
200 gm isi durian
200 gm coklat chip
1 st soda bikarbonat-ayak

Cara
1.Ayak tpg dan soda bikarbonat.
2.Pukul mentega,susu pekat dan gula hingga gebu. Masukkan isi durian
3.Masukkan telur satu persatu dan pukul rata
4.Masukkan tpg dan coklat chip dan gaul rata
5.Tuang dlm loyang dan bakar suhu 180'C selama 45 min
(**bakar 175'C selama 40 min)

Tat Nenas

XTVT mengetat ni....buat minggu lepas... juga sebelum ke Miri. Tat yg buat sebelum raya dah habis...anak2 mmg suka tat. Inti masih berbaki...dari inti membazir.......jadi buat tat lagi dan boleh jadikan sbg buah tangan masa ke rumah Along dan Za.
Nak cepat siap inti dah gentel2kan dulu....cam biasalah sambil mama gulungkan tat sambil abg berdua no 3 da no 4 dok tarik seketul seketul inti tat masuk mulut..... Bila bagitau tak boleh mkn inti nak buat tat....diorg cakap mkn sikit aje mama....




Tuesday, 20-Oct-2009 08:21 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 1430 (Pt 4)Minggu Terakhir Syawal & Beraya di Miri

 
 
 
View all 10 photos...
Syawal telahpun berlalu....maka tamatlah kisah open house...makan-makan.... Maka entry kali ni citer penutup raya Aidilfitri 1430 H....Aidilfitri terakhir kami sambut di Brunei setelah 3 thn berturut-turut beraya di sini...hanya thn pertama kami pulang beraya di kg. Thn depan InsyaAllah panjang umur sambut raya bersama sanak saudara dan sahabat handai di semenanjung pula.

Minggu Terakhir Beraya di Brunei

Bermula hari Jumaat kami mendapat undangan beraya di rumah K.Umi pegawai kedutaan M'sia di sini...sayang lupa nak ambil gambar beraya di rumah K.Umi.


**Syakirah didukung oleh isteri tuanrumah di open house yg kami beraya pada hari sabtu.Tetamu turut disajikan dgn alunan musik secara live .....

Open house hari sabtu pula adalah di rumah pemilik restoren M'sia di sini...Restoren Amanah Harith yg terkenal dgn laksa Johor. Jadi laksa Johor antara juadah yg turut dihidangkan disamping lain2 hidangan....segan nak ambil gambar makanan.
Sebelah malam dan hari Ahad ada lagi jemputan open house tp kami tak dapat pergi sebab nak ke Miri.

Beraya dgn Along kawan siber di Miri

Selesai beraya di Brunei kami terus menuju ke sempadan Brunei Sarawak.. iaitu ke Miri....jam 5 ptg dah melepasi sempadan. Sambil tu bersms dgn Along kami dah on the way ke rumahnya, nak call tak dpt sbb guna talian Brunei. 2-3 kali pusing melepasi spg masuk ke perumahan Along tinggal....hampir nak sesat akhirnya dpt juga jumpa Along.....



Walaupun sebelum ini hanya kenal Along di blog sahaja tetapi pertama kali jumpa dah mesra....terimakasih Along sekeluarga sudi melayan kunjungan kami. Along hidangkan spaghetti,bandung jeli, sardin roll dan kek lapis. Cantik kek lapis Along...sedap pulak tu terutama kek lapis coklat cheese tu....



Anak2 posing dgn 2 org hero Along..hero Along yg sulong study di KL...


**Mama kena kejutkan Syakirah yg tidur kepenatan utk posing dgn baby Liana.....suka tengok mrk posing berdua.....

Bukan saja mama dpt jumpa kawan....baby Syakirahpun dapat jumpa kawan baru.. Baby Liana yg comel...hampir sebaya dg Syakirah..beza baby Liana awal beberapa minggu saja. Baby Lianapun baby girl pertama Along sama spt mama.



Along bagi face towel yg berjahit nama baby Syakirah Aeda...cute betuiii....tima kasih byk2 Along..... Moga silaturahim kita berpanjangan dan dpt bersua lagi.....

Beraya dgn Za di Miri

Tgh hari keesokkannya selepas check out dr hotel kami menuju ke Lutong Baru...ke rumah Za...kawan siber juga. Za dah call tanya bila kami nak sampai...sebenarnya lambat sikit check out. Kali nipun sesat juga.. Tapi akhirnya dpt juga jumpa rumah Za setelah beberapa kali pusing.



Ini juga merupakan kali pertama bertemu Za ....tak sangka dpt juga bertemu Za setelah beberapa kali berbual di ruang siber. Zapun mesra orangnya wpun baru jumpa....macam kawan lama pula.
Oleh krn sampai di rumah Za belum lagi lunch....perutpun dah keroncong apalagi terus makan... Za masak nasi dgn pelbagai lauk dan mee kari....sempat Za masak sorang-sorang.Sibuk Za melayan kami dan tetamu lain. Terimakasih Za sudi jemput kami mkn-mkn di open house rumah Za.



Za juga ada 4 hero tp hanya bongsu ada di rumah...yg kebetulan pakai baju oren sama dgn hero mama..... Panjang umur, InsyaAllah kita berjumpa lagi......jemput dtg ke Brunei pula....

Bandar Miri

Dah lama tak ke Miri...ambil peluang bawa anak2 jln-jalan sambil beraya di rumah kawan siber. Miri terletak 2 1/2 jam dari rumah.



View bandar Miri dari tkt 22 Imperial Hotel Apt .....apt tempat kami selalu menginap kalau ke Miri. Gambar tak begitu terang sbb ambil dari tingkap kaca bilik.



Biasa kalau ke Miri yg tak pernah miss order laksa Sarawak dan Mee Kolok.....kali ni tapau aja laksa S'wak dan Mee Kolok balik mkn di rumah. Mee kolok ni favorit anak2.Selain itu yg kami selalu beli kalau pergi Miri ialah ikan terubuk masin...goreng garing sampai tulangnya rapuh sedap mkn dgn nasi......


Thursday, 15-Oct-2009 01:51 Email | Share | | Bookmark
Kenangan Iftar di HICOM & Acar Buah

 
 
 
View all 5 photos...
Masih kisah makan2 tp bukan open house sebaliknya kisah majlis berbuka Ramadhan lalu. Open house masih ada...dah dpt beberapa jemputan minggu ni wpun dah penghujung Syawal.... xtvt makan....makan lagi....
Citer berbuka bulan posa tertangguh sbb nak bagi laluan entry raya terlebih dahulu.Lagipun kisah berbuka ni masa minggu terakhir Ramadhan..... masa tu tgh sibuk tayang biskut raya dan gantung kad raya...tak sempat nak update citer ni....
Wpun Ramadhan dah berlalu nak kongsi juga dgn kawan2 dan sbg kenangan buat kami semperna Ramadhan terakhir dpt berbuka di HICOM/Kedutaan, InsyaAllah Ramadhan thn depan berpuasa di sem.



Seperti thn2 lepas....setiap hujung minggu sepjg bulan Ramadhan ada majlis berbuka yg diadakan di HICOM. Sumbangan majlis berbuka dtg dari HICOM sendiri, PKMS dan org perseorangan. Selepas berbuka diikuti solat jemaah dan terawikh dan tazkirah.



Semasa berbuka minggu terakhir tempoh hari turut diadakan juga majlis penyampaian sumbangan utk anak2 yatim dan berbuka dgn anak2 yatim. Dato duta dan datin telah dijemput utk menyampaikan sumbangan kepada anak2 yatim.



Setiap minggu pelbagai lauk pauk dihidangkan utk para hadirin menjamu selera...bertukar2 menu. Biasa berbuka dulu dgn buah kurma,bubur....solat jemaah Maghrib. Lepas tu baru makan. Anak-anak mmg suka kalau bagitau nak berbuka di HICOM sbb dpt jumpa kawan2.....



Tk utk Mr husben tolong ambil semua gambar2 ni.....mama segan sbb ramai org.... lagi satu sibuk nak makan-makan......

Quote:
Acar Buah

Acar buah nipun buat masa posa tempoh hari. Suka mkn acar buah ni terutama bila bulan puasa.Kebetulan masih byk buah kurma yg dpt sebelum puasa.....habis Ramadhanpun jangka berlebih, jadi campurkan dlm acar buah dgn lain2 buah.


Acar Buah
sumber; Majalah Rasa 2008

Bahan
10 biji jeruk belimbing
10 biji buah prun
10 buah bidara
10 biji jeruk limau
240 gm jeruk buah pala
240 gm kismis
125 gm gula
125 gm cuka
125 gm cili boh - guna cili kering dah blender
15 ulas bawang putih-belah 2
20 biji bawang merah - belah 2
1.2 cm halia - belah dua
garam
**buah yg digunakan; 340 gm dried cherry apple - potong kecil
300 gm kurma - buang biji potong kecil
200 gm kismis campuran
10 biji limau kasturi - belah 2

Cara
1.Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga pecah minyak
2.Selepas itu masukkan cuka,gula dan garam.kacau rata
3.Kemudian masukkan bawang merha,bawang putih dan halia.kacau perlahan2
4.Masukkan semua buah2an tadi dan kacau rata
5.Sudah masak , boleh angkat dr api.
**sebelum mkn tabur bijan yg dah disagai


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net