Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Monday, 12-Oct-2009 05:32 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 1430 (Pt 3) & Nasi Dagang Raya Puasa 6

 
 
 
View all 7 photos...
Hari ni komputer buat hal...kejap2 kena restart macam mogok pulak....buat rasa malas nak edit gambar2......tp sabarrrrr edit jugak plan2 sbb byk gambar dlm memory card nak update dlm Fp.



Sebelum tengok gambar open house.....tengok gambar ni dulu.....menarik sebuah showroom kereta di sini menghias dpn galeri mrk patung2 berbaju melayu dan rumah traditional dgn tema hari raya.......cute je......



Masih kisah raya.....iaitu open house yg kami pergi. Tak byk sgt gambar diambil masa open house di rumah-rumah yg kami kunjungi sbb kdg2 lupa nak ambil gambar bila dah sibuk makan-makan dan berborak wpun kamera dibawa......
Gambar di atas beraya di rumah teman pejabat husben merangkap tuan rumah kami dan rumah student husben.



Gambar anak2 posing sebelum keluar beraya....5 orang 5 gaya.....



Mlm sabtu minggu lepas beraya di rumah k.Mon....pd ptgnya K.Mon hantar msg jemput beraya...kebetulan mlm tu ada satu open house...terus ajelah ke rumah k.Mon selepas itu. Macam-macam hidangan dihidangkan di rumah k.Mon spt nasi nasi minyak, rendang daging, ayam bakar madu, makaroni bakar, acar rampai dan soto daging...semuanya sedap belaka..... Pelbagai jenis kek yg cantik-cantik turut terhidang. Anak-anak pula seronok bermain dgn anak k.Mon. Tengok tu dok kerumun anak dara k.mon yg tengah bagi duit raya......



Tengok tu serius Syazrin posing sebelah anak dara k.Mon yg comel berkebaya biru dgn kain batik dan tudung hitam......bagai pinang dibelah dua ke tak......



Oleh kerana abg2 pakai baju oren sedondon Syakirah pun pakai baju bunga oren sikit biar nampak sama...cari juga baju macam abg tp tak ada saiz baby...kalau tidak mmg dah beli...biar nampak boria...... Sbb keluar beraya mlm, pakaikan Syakirah baju tidur aje....senang balik tak payah salin.... Masa nak ke rumah k.Mon bajunya kotor kena tukar baju lain......nasib baik bawa baju extra.
Syakirah seminggu lagi masuk 4 bulan...dah beberapa kali dia berjaya meniarap....

Quote:

Nasi Dagang Raya Puasa 6

Untuk juadah raya puasa 6 kami sekeluarga pada mlm sabtu lalu masak nasi dagang. Sebenarnya awal Syawal lagi rancang nak masak nasi dagang..lagipun ikan tongkolpun dah ada dlm peti ais tp tangguh hinggalah sabtu lepas.
Kukus nasi dan masak kuah belah ptg sbb nak buat berbuka. Nasib baik dah siap masak awal sbb abg no 3 dan 4 minta mkn nasi dagang......hidang utk mrk berdua dulu....





Wednesday, 7-Oct-2009 22:36 Email | Share | | Bookmark
Nasi Mandhi@Mandy & Ayam Bakar

Ayam belum bakar
bungkus&ready masuk oven
dah masak
View all 7 photos...
Sebenarnya dah lama teringin nak cuba Nasi Mandhi @ Mandy ...tengok di blog/FP kawan2 yg dok kat Arab juga kawan2 yg mkn nasi Mandy di restoren Arab nampak sedapnya. Masa mengandungkan Syakirah cari juga di yellow pages restoren Arab disini...bila tengok menu tak ada nasi Mandy tp tahulah kut ada tp tak perasan. Nasib baik bukan kes mengidam sgt...saja2 nak mkn.......kalau tidak dah kempunan dibuatnya....
Citer pasal mengidam ni teringat masa mengandungkan abg2 dulu paling suka roti capati, nan dan roti tempayan cicah kuah kari..selalu beli, roti canai tak nak......nasib baik senang cari kedai yg jual. Masa mengandungkan Syakirah tak pula mengidam nak roti ni...lain selera mengandungkan girl rupanya....

Dah melalut kisah mengidam pulak.....ok balik semula kisah nasi Mandhi..... Bulan Ramadhan lepas masa ronda2 dapur siber cari idea apa nak masak buat berbuka...terjumpa resepi nasi Mandhi di blog Resepiraidah. Bila tengok bahan2nya byk yg ada di rumah cuma beras basmathi aja yg tak ada,nak keluar malas wpun kedai dkt aja. Tapi Mr Husben rajin nak ke kedai belikan beras....jadi ptg tu terhidanglah set nasi Mandy buat kami sekeluarga berbuka. Anak-anak dok gelak bila sebut nama nasi ni nasi mandy... nasipun kena mandi.....



Sebab nak rasa ala2 makan macam di restoren Arab...hidangkan nasi dalam talam...tp talam ni saiz sederhana aja..mkn berdua bolehlah...talam ni biasa guna buat kukus laksam. Anak2 heran apalah mama ni mkn dlm talam.....mrk dok senyum2 kat mama...
Nampak byk tp mama berjaya habiskan nasi dalam talam ni sorang2, mula2 nak mkn separuh aja..bila dah berselera habis semuanya..... hu..hu...byknya mkn...baru je turun berat masa pantang hari tu....ni byk mkn naik balik...skrg ni byk open house..lagi naik.. . Memang sedap nasi Mandhi dgn ayam bakar ...kena dgn selera...org lain tak tahulah. Kelainan nasi ni sbb tak letak susu. Ayamnya pula rasa masam2 sikit sbb jus lemon meresap dlm ayam masa bakar.....

Terimakasih Raidah sudi kongsi resepi...
Quote:


Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam....


Quote:


Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.

Quote:


Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.


Monday, 5-Oct-2009 23:37 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 1430 & Juadah Raya (Pt 2)- Mee Rebus

 
 
 
View all 4 photos...
Lepas raya pertama.....masak gitu2 je kat rumah kecuali sup tulang kat bawah tu...sbb memenuhi undangan open house. Hari raya ke 5 beraya di 4 buah rumah...semua bermula lepas Jumaat....kenyang betul...... Hanya pada raya ke 6 masak lebih sikit sbb jemput 2 famili kenalan kami dtg beraya.... kenalan kami nak dtg awal2 raya lagi tp sbb kamipun sibuk beraya jadi hanya raya ke 6 baru dpt jemput ke rumah.



Sekali tengok macam juadah raya pertama sbb guna bekas sama....... Tp juadah kali ni berbeza....masih citarasa Arab tp bukan nasi Arab....kali ni set nasi Mandhi yg juga terkenal kat Tanah Arab...... Set nasi Mandhi ada nasi, ayam bakar Mandhi,ulam2 dan sambal. Resepi set nasi Mandhi nanti ya dlm next entry.......



Selain itu masak juga nasi putih,ayam blackpepper, dalca, daging dendeng...masak berkuah sikit, mee rebus, roti John....ni yg budak2 suka sekali..yg habis dulu, bubur kacang hijau dan rich coklat puding.
Oleh krn jemput makan2 sebelah mlm jadi pjg sikit masa nak masak. Malam sebelumnya dah rendam kacang hijau, belah pagi buat coklat puding,perap ayam dan rebus ubi utk mee rebus. Tgh hari masak dalca sekaligus utk kami lunch. Ptg baru bakar ayam.....ayam bakar 2 ekor aje...satu utk ayam Mandhi dan satu blackpapper...senang bakar sekaligus...tp rupa ayam tak cun sgt sbb dah siap potong baru posing.... Yang lain2 masak belah ptg juga.

Quote:


Mee rebus utk raya ni copy resepi dari dapur UmieAishah. Masa bulan puasa hari tu dah buat tp tak sempat posing dlm FP, jadi sekalikan dgn entry raya ni. Terliur tengok Umie tayang mee dan cakap sedap...mmg sedappun..... tk Umie kongsi resepi mee rebus yg ringkas ni.

Mee Rebus
Sumber; FP Aisyah

Bahan-bahan (utk 5 org)
50 gm udang kering(dikisar)
**100 gm daging (dipotong halus)
30 gm rempah kari
80 gm cili kering blender
40 gm lada putih (i used serbuk )
3 bj bawang besar (dikisar)
200 gm ubi keledek (dipotong dadu halus )- teman rebus dan blend
1 liter air
minyak
garam dan gula batu- teman boh gula merah

Bahan hidangan
mi kuning,celur
telur rebus
tauhu goreng,bawang goreng,daun sup
keropok udang

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan air,kacau hingga mendidih dan masukkan gula.garam, lada putih,**daging.
3. Masukkan ubi,kacau dgn api kecil sehingga pekat..
**utk daging mama rebus dulu dgn sikit air nak bagi cepat empuk.bila empuk, masukkan sekali dgn air daging dlm periuk. sukatan tak timbangpun pakai agak2 je....


Thursday, 1-Oct-2009 08:53 Email | Share | | Bookmark
Syakirah dah 3 bulan & Sup Tulang Siam

 
 
 
View all 5 photos...
Citer raya belum habis lagi tp tangguh dulu ....hari nipun ada pergi open house,jiran dpn rumah yg juga officemate husben..menu nasi campur . Esokpun belah ptg ada jemputan rumah terbuka...lusapun ada.Nampaknya mama gantung periuk kuali 2-3 hari ni...

Syakirah dah 3 bulan



Entry kali ni kisah buah hati mama yg paling bongsu Syakirah Aeda...dah 3 bulan usianya. Semlm ptg bawa ke klinik utk check-up...nasib baik tak ramai...hanya beberapa baby termasuk sepsg bayi kembar perempuan dlm usia 5-6 bulan...suka tengok pakai baju sama....comeii. Nurse di klinikpun kenal mesra sbb masa check up mengandungkan Syakirahpun dgn mrk. Masa kena injek Syakirah menjerit ...terkejut tp nangis sekejap saja. Balik terus bagi ubat demam....hari ni dia ceria..syukur tak demam.
Quote:

Perkembangan 3 bulan;
Berat; 6.87 kg
Tinggi; 68 cm


**Abg Syazrin nak posing juga dgn Syakirah..masa ni bersiap2 nak keluar beraya...

Syakirah sejak umur 2 1/2 bulan dah suka 'cakap'....macam2 bunyi ada...... Kalau dilayan sembang lagilah byk dia 'cakap'....kdg2 sampai termuncung-muncung mulutnya..sungguh-sungguh 'bercakap'...peramah betul... Wpun tak faham......abg2 nya kalau dengar Syakirah cakap cukup suka...... Syakirah kalau dok diam2 dia suka angkat bajunya hingga nampak perut...ditarik hujung baju cuba dimasukkan dlm mulut...abg Syazrin cakap cekci baby Kirah nampak perut..... Baju2 raya ada beli saiz 3-6 bulan...cukup2 muat aja....rasanya bila umur 4 bulan dah sendat.....lain kali kena beli baju saiz 6-12 bulan...
Skrg ni Syakirah dah mula pandai buat buih....org tua2 kata bila baby mula buat buih rambut kita byk yg akan gugur.....mmg ada benarnya sejak anak pertama lagi gitu.Tp tak tahu apa kaitan buih mulut baby dgn rambut kita..... Ada sapa2 tahu........

Sup Tulang Siam



Habis citer ttg Syakirah....citer ttg makanan pula. Raya ke 3...belah siang tak ada jemputan jadi masak utk lunch. Tukar selera rasa nak makan sup...dah tak nak lauk bersantan. Kali ni cuba resepi Sup Tulang Siam...kelainan sup ni sbb letak cili padi dan bila nak mkn perah limau biar masam2...sedap....tambahan pula goreng ikan masin dan mkn dgn ulam2...bertambah2 nasi......
Quote:

Sup Tulang Siam
Sumber; Periuktanah.blogspot...tk tuanpunya resepi ....

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil- guna 1 kg tulang biasa yg byk isi
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.



Monday, 28-Sep-2009 01:43 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 1430 & Juadah Raya (Pt 1)

 
 
 
View all 6 photos...
Kami di Brunei beraya lewat sehari.....raya hari Isnin. Anak2 cakap tak bestnya raya lambat dari Msia. Hari Ahad di hari terakhir kami berpuasa..... tengok tv M'sia ada takbir raya... siar lagu2 dan program raya aduhai tak sabarnya nak beraya jugak.....

Thn ini tak ada warna tema...baju raya campur2 warna...hero2 berempat aja pakai sedondon.... baju biru posing utk kad raya tu baju raya thn ni. Syakirah pula tunggu raya thn depan baru nak tempah baju kurung..thn ni kecik sgt kalau tempah bajunya...
Kelazimannya di sini sepjg beraya sebulan Syawal bila pergi beraya ...kecik besar...tua muda akan pakai baju Melayu lengkap bukan sekadar hari raya pertama.



**Anak-anak bergambar dpn kereta Ferari......tak dpt naik tumpang posingpun jadilah..... Ni masa balik beraya dari rumah kawan di sebuah apt...di tempat parking utama tengok ada kereta Ferari berderet dgn lain2 kereta mewah...semua kereta guna plet no hujung yg sama....mungkin pemiliknya org yg sama.

Juadah Hari Raya Pertama



Beberapa hari sebelum raya dok fikir2 menu apa nak masak utk hari raya pertama ....rendang dgn ketupat sudah pasti... menu utama raya. Utk ketupat rebus ketupat segera saja. Lain2 menu tambahan yg difikirkan.... Akhirnya dpt idea masak nasi Arab resepi K.Liza...sbb dah lama nak cuba, mkn dgn lauk dalca daging, sepatutnya mkn dgn ayam tandori tp buat ayam goreng berempah serai.... teringin nak masak bila tengok ramai kawan2 dah cuba. Selain itu buat laksa penang...nasib baik masa beli bunga kantan ada seikat aja yg tinggal. Utk kek tak buat kek yg cangih-cangih...buat fudge brownies aje..... Selain itu hidang juga acar buah yg dibuat masa bulan puasa lagi dan serunding ikan yg dibeli.

Quote:

NASI ARAB
Sumber; Fp K.Liza ...tk K.Liza
Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas-tak letak
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng,gula,garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

Quote:

Ayam Goreng Berempah Serai.
Sumber; love2cook My Resepi

Bahan-bahan ( Sekeluarga )
* 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
* Bahan2 dikisar bersama:-
* 6 ulas bawang putih
* 7 ulas bawang merah
* 2 inci halia
* 2 batang serai
* ---------------------------------------
* 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
* 2 sb serbuk kari daging
* 1/2 sk serbuk jintan putih
* 1/2 sk serbuk jintan manis
* 1/2 sk serbuk ketumbar
* 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
* garam dan aji secukupnye
* 3 tangkai daun kari
* Minyak yang menggoreng

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!


Kawan Dtg Beraya



Setiap hidangan yg disediakan masak tak byk.....bila ada baby ni terkejar2 sikit masa di dapur. Masak serba sikit sekadar utk kami sekeluarga dan 2-3 keluarga.... kawan berdekatan dgn rumah...tinggal sekampung dgn kami di sini...yg biasa kami saling ziarahi pada raya pertama. Tak buat open housepun. Sebelah pagi rumah kami turut dikunjungi tetamu cilik...budak2 kg sini...dtg beraya beramai2 dari rumah kerumah....mengutip duit raya.....

Beraya di rumah kawan-kawan

Sebhg gambar yg diambil semasa beraya di rumah teman-teman.....tak bykpun gambar yg sempat diambil....sibuk sembang2 dan mkn-makan...



**Syakirah sedang dipangku oleh kawan mama....good girl Syakirah sapa2 ambil dia tak kisah.... Masa keluar beraya Syakirah tak meragam sgt....lega mama risau gak dia meragam bila byk jln2 takut dia penat. Abg Syafiq yg tadika pula bila org tanya apa nama adik, dia cakap adik nama Syakirah Aeda tp panggil ayu....ada-ada aja Syafiq ni...

Hari raya pertama kami sempat beraya di 5 buah rumah yg buat open house ....semua hidang makanan yg berat-berat ...kebykkan hidang nasi......nasi beriani..nasi dagang..ada juga lontong dgn soto...kenyang betul.....
Raya kedua sempat beraya 4 buah rumah saja..nasi juga menu utama. Teman kami ajak konvoi beraya ke beberapa buah rumah lagi.....dah tak larat..perut dah kenyang...balik rehat.......
Raya ke 3 ...anak2 tanya tak ada open house ke...mana ada, org dah mula kerja...rehat di rumah saja sbb Mr Husbenpun dah kerja. Tapi belah ptg dpt call, kwn husben jemput open house di rumahnya...kali ni hidangan roti jala cicah kuah durian dan kari serta lontong....makan lagi....


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net