Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Friday, 25-Sep-2009 22:20 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah

 
 
(Untuk entry Kad raya dari teman2 dan biskut raya sila lihat dibawah.... )

Selamat hari raya Aidilfitri buat semua teman dan sanak saudara tak kira di mana berada...jauh dan dekat. Di kesempatan ni kami sekeluarga memohon maaf jika ada salah silap....terkasar bahasa selama ni.Semoga Syawal dpt diraikan dgn ceria bersama dgn orang-orang yg kita sayangi. Raya thn ini kami tak balik kg.... beraya di di sini saja bersama sahabat handai.
Quote:


Kad raya dari Mamasyafotopages buat semua.......sudilah bawak balik gantung di rumah masing-masing......


Gambar terbaru Syakirah Aeda....raya nanti 3 bulan usianya. Aidilfitri 1430 Hijrah ....raya pertama buat Syakirah...



Quote:

Buat pengunjung fp ini yg pulang beraya di kg....selamat bertolak pulang...berhati-hati memandu...jgn bawa laju-laju sgt . Seronoknya dpt bersua keluarga..sanak saudara tersayang yg menanti...terbayang-bayang keindahan suasana kampung..


Wednesday, 16-Sep-2009 20:51 Email | Share | | Bookmark
Koleksi Biskut Raya 2009

 
 
 
View all 9 photos...
Nilah hasil aktiviti menggentel biskut raya sejak minggu lepas....... . Curi2 masa buat masa Syakirah tidur...nasib baik belah pagi dia tidur lama....bolehlah nguli biskut. Buat beberapa jenis tp setiap jenis buat tak byk....ada yg buat 1/2 adunan saja...nak perabih brg baking yg dah beli...sementara mood tgh rajin nguli..... juga nak cuba biskut yg belum pernah buat. Biskut yg dibuat ini kebykkan pilih biskut yg anak2 suka.......


Ada tetamu yg dtg beraya thn lepas puji sedap tat gulung ni...antara tat sedap yg pernah beliau makan, kembang kempis dibuatnya... . Jadi thn ni buat guna resepi yg sama....resepi K.Liza...tk byk2 k.Liza. Mmg sedap tat ni....kami sekeluarga suka.......satu tray pertama licin...... . Untuk resepi klik sini; resepi tat gulung.


Biskut macam biskut dahlia ni kalau tengok gambar dlm majalah lain sikit rupanya... patutnya guna acuan bunga ros pasang dipiping bag tp susah pula nak tekan,jadi guna acuan biskut dahlia buat pusing2 sikit...... Biskut ni lembut sbb guna tpg jagung sepenuhnya.

Quote:
Biskut Nurnilamsari
Sumber; Majalah Rasa Sept 2009

Bahan A
120 gm mentega
120 gm gula aising
360 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
1 biji telur
esen lemon secukupnya- letak 1 sk
1 sm susu tepung

hiasan
biji tembikai-ganti manik
ceri merah

Cara
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.Masukkan kuning telur dan esen. masukkan 1 biji telur
(dlm majalah tak tulis bila letak telur yg sebiji ni)
3.masukkan tpg jagung,susu dan gaul hingga jadi doh
4.masukkan doh ke dlm piping bag,bentukkan bunga ros.
5.susun biji tembikai dikeliling biskut.di tgh letak ceri
6.bakar suhu 180'C selama 15-20 min.




Biskut pertama yg dibuat....anak2 suka biskut ni....mmg rangup.....

Quote:
BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP
Sumber; Fp k.Liza

Bahan A
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara


Biskut nipun senang nak buat sbb terap guna acuan dahlia....juga jadi kegemaran anak2 sbb ada coklat........
Quote:
BISKUT COKLAT RICE
Sumber; Fp K.Liza

Bahan
250 gm butter
150 gm gula halus
1 biji kuning telur
50 gm tepung jagung
230 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko

bahan hiasan
paper cup
coklat rice
badam cincang-tak letak

Cara
1. Pukul buter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata lagi.
3. Ayakkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk koko.
4. Masukkan sedikit demi sedikt dan kacau rata,
5. Gunakan acuan bunga cina/dahlia untuk mencorakkan patern.
6. Pamkan adunan kedalam paper-cup dan hiaskan dengan coklat rice dan badam cincang.
7. Masakkan dalam oven 170'C selama 25 minit.
8. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.



Biskut paling mudah jadi kegemaran ramai kanak2. Thn lepas buat tak berapa laku sbb letak macam2...letak kismis...kacang...anak2 tak begitu mkn. Jadi thn ni buat simple saja....asalkan anak2 suka......

Quote:
Biskut Cornflakes madu warna warni
Sumber; Umie e Myr

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )
* 250gm cornflakes (kotak kecil)
* 125gm butter (1/2 buku)
* 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
* 5 sudu makan madu
* manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara
1.Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
2.boleh masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min
3.Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu
4.Aduk sampai rata
5.Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selama 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan



Sejak thn lepas lagi berkenan nak cuba biskut ni...lagipun cornflakes masih ada. Selain rupa yg come lote...suka rasanya sbb letak gajus dan cornflakes....

Quote:
Biskut Puteri Salju
Sumber; Majalah Saji Sept 2008

bahan
150 gm tepung red ros -guna tpg biasa saja
120 gm mentega
40 gm gula aising
30 gm gajus -kisar
20 gm susu tepung - guna susu tpg anak
20 gm cornflakes-kisar
hiasan
coklat masakan putih
manik berbentuk hati

cara
1.Pukul mentega dan gula hingga sebati.kemudian masukkan gajus,susu tepung,cornflakes dan tepung.uli hingga jadi doh.
2.canai dan terap dgn acuan bentuk hati.bakar pd suhu 180'C selama 15 minit.-mama bakar suhu 170' 15 minit.sejukkan
3.Celupkan biskut dlm coklat masakan putih dan hiaskan dg manik love.



resepi biskut ni nanti ya....



Thn ni tak buat biskut Almond London...sbbnya thn2 lepas , biskut almond London anak2 kalau makan,badamnya bagi mama suruh mama tlg mkn...kalau mama tak ada mrk buang badam tu....rugi tul... Anak2 tak suka sebrg jenis kacang yg nampak berbiji-biji...kalau dah tak nampak bentuk kacang mkn pula.tp yg heran kacang tanah goreng yg berkulit tu mrk suka pulak..... . Jadi tukar buat biskut Almond Sweeties... anak2 suka tambahan pula dicelup coklat....

Quote:
Biskut Almond Sweeties
sumber ; Fp k.Liza

Bahan
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betul baru masukkan dalam bekas kedap udara.


Model biskut raya....Syafiq...

Mama sibuk ambil gambar biskut dia pula minta ambil gambarnya...biasa Syazrin yg suka posing...kali ni Syafiq...
Syafiq yg byk jadi sumber inspirasi mama buat biskut raya kali ni..... . Bila nampak biskut raya di kedai dia yg minta mama belikan....cakap nanti mama buat lagi sedap. Bila mama tengok resepi biskut di majalah...dia yg sibuk cakap mama buat biskut ni...mama buat biskut tu... Tiap kali buat biskut diapun sibuk nak tolong buat jugak...nak gentel sama biskut... Kalau biskut dah siap bakar dia yg dtg nak tengok camna rupa biskut....nak merasa sebenarnya.... Suruh juga dia aturkan casing kertas atas tray.....rajin dia tolong.... Masa tgh gulung biskut tat... dia cakap...biskut ni susahlah...dia tak boleh buat...mmgpun tak nak bagi dia tolong...lagi lambat dibuatnya.... ...sambil tengok mama buat tat....perlahan2 dia makan inti tat...


Friday, 11-Sep-2009 08:41 Email | Share | | Bookmark
Kad Raya dari Teman-teman

Terimakasih buat semua teman-teman yg sudi bagi kad raya.......
Maaf belum dpt balas kad raya...kad raya tuan rumah belum siap......
nanti siap kita poslaju....

Kad raya dari Muna


Kad raya dari Kak Ina KL


Kad raya dari Suzi


Kad raya dari K.Liza


Kad raya dari K.Ummi


Kad raya dari K.Amal


Kad raya dari Nur


Kad raya dari Intan


Kad raya dari K.Rus


Kad Raya dari Meen


Kad raya dari k.Zai @ dapur impian


Kad raya dari Rinzura


Kad raya dari Kurie..


Kad raya dari Ida..



Kad raya dari Jassnani



Kad raya dari MamaSakura@hijanahhafiizhsakura



Kad raya dari Nuanza..



Kad Raya dari MaDihaa



Kad Raya dari Hanaz


Kad Raya dari Hana


Kad Raya dari AlongRoz


Kad Raya dari Mak Lang


Kad raya dari Nurindah


Kad raya dari Shaza


Kad raya dari PI


Kad raya dari K.Azah


Kad raya dari Cik Wan


Kad raya dari Ijan


Kad raya dari Baayah


Kad raya dari Dira


Tuesday, 8-Sep-2009 10:07 Email | Share | | Bookmark
Menu Iftar; Kari Ikan,Sticky Caramel Chicken,Bilis Taucu Dll

 
 
 
View all 6 photos...
Masih kisah menu berbuka....nak tayang biskut rayapun baru siap sejenis...tupun belum make-up..... Wpun belum make-up...dulang pertama dah licin....buat food testing oleh hero-hero di rumah.....

Jom layan menu berbuka yg tak seberapa ni.....



Mama dah ada assistant photographer......mama sibuk ambil gambar diapun sibuk klik2 juga.....

Sticky Caramel Chicken



Ini kali kedua masak ayam karamel.....kali pertama Ramadhan thn lepas.Resepi mudah saja..anak-anak suka..mkn ratah....

Kari Ikan Ala Penang



Resepi kari ikan ini lebih kurang resepi yg biasa dibuat....cuma resepi ini ditambah lada hitam dan jintan manis. Kari tak merah sgt sbb kurangkan serbuk kari,takut pedas....anak2 tak boleh mkn.

Quote:
Resepi Kari Ikan Ala Penang
sumber; Mesra.Net

Bahan
1 ekor ikan merah (dipotong mengikut citarasa)-guna ikan tenggiri
5 biji Bawang Merah
2 ulas bawang putih
1 camca makan halba campur
2 bungkus serbuk kari Allagapas - guna serbuk kari jenama lain
Jintan Manis - ditumbuk
Lada Hitam – ditumbuk
5 biji bendi, 2 biji tomato
2 tangkai daun kari,1 pokok daun bawang
1 ketul asam jawa, 50 sen santan pekat

Cara
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah kecil yang dihiris bersama jintan manis dan lada hitam yg ditumbuk bersama bawang putih. Sertakan daun kari, halba campur tumis sampai wangi.
2.Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh masak sehingga pecah minyak dan masukkan cili hijau yang dibelah tengah
3.Asam jawa tadi digaul dengan pati santan dan tapiskan apabila ingin
memasukkanya kedalam rempah yg telah pecah minyak tadi.
4.Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat. Apabila mendidih masukkan bendi, garam, dan serbuk perasa.
5.Akhir sekali masukan tomato yg telah dibelah 4.
6.Taburkan daun bawang diatas gulai apabila selesai semuanya.
7.Gulai ikan ni kalau dipanaskan keesokan harinya dimakan dengan roti banggali lagi terangkat

Ikan Bilis Goreng Bertauchu



Resepi ikan bilis taucu ni wpun simple...sedap sbb ada rasa masin dan masam dan sikit pedas....tak rugi mencuba...kena dgn selera....

Quote:
Ikan Bilis Goreng Bertauchu
Sumber; Mesra.Net
Bahan
ikan bilis [ ikut suka ]
6-8 cili padi [ikut suka] - nak pedas ketuk sikit
1 sudu besar tauchu
1 ulas bawang besar
1 tangkai serai dititik
1 biji limau kasturi
sedikit minyak

Cara
Goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian keluarkan. Gorengkan cili padi, bawang besar. Kemudian masukkan tauchu dan serai. Kemudian masukkan ikan bilis tadi. Akhir sekali perah limau kasturi keatas ikan bilis tadi. Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama nasi putih dan dimakan panas panas.

Jemput Ikan Bilis


Malas nak buat kuih...ada baki ikan bilis...buat jemput-jemput bilis. Kebetulan ada lebihan kuah kacang sate yg dibeli sebelum ini....boleh buat cicah dari terbuang..... membazir pula, selain itu cicah juga dgn sos.
Wpun ramai yg tahu buat jemput2,nak jugak letak resepi sbg sebahagian koleksi masakan dan rujukan anak-anak kelak..
Quote:
Jemput Ikan Bilis
Bahan
1 ½ cwn gandum
1 cwn air
1 sk kunyit serbuk
1 sk soda bikarbonat
Segenggam ikan bilis-belah
1 btg daun bawang-potong pendek2
minyak utk goreng

Cara
Campurkan semua bahan kecuali air....kacau rata.Masukkan air sikit demi sikit dan kacau agar semua bercampur sebati. Biarkan sekejap. Letak sesudu adunan dlm minyak semasa mengoreng.

Strawberry dgn Yogurt.



Melayan selera hero yg sulong.....mkn strawberry dgn yogurt...nak bagi nampak ceria tabur coklat rice dan tambah dgn coklat cair....yummy...


Sunday, 6-Sep-2009 23:30 Email | Share | | Bookmark
Jamu Mata Di Bazar Ramadhan

 
 
 
View all 6 photos...
Selamat bercuti buat teman2 yg bercuti semperna hari Nuzul Quran.....kat sinipun cuti ...cuti umum seluruh negara. Kepada yg nak pergi shopping raya....selamat bershopping.....

Bazar Ramadhan Gadong

Dah masuk pertengahan Ramadhan baru 2 kali ke bazaar Ramadhan.Sekali ke bazar Ramadhan Gadong dan sekali ke bazar Ramadhan di stadium. Biasanya kalau setakat nak beli kuih-muih beli dkt rumah saja....byk gerai yg menjual macam2 kuih-muih.
Bazaar Ramadhan Gadong yg terletak sebelah pasar basah dan dpn mall merupakan salah satu bazaar Ramadhan yg ada di sini....selain di stadium dan dlm bandar BSB. Kalau bukan bulan Ramadhan, tempat ni adalah tapak pasar mlm setiap malam. Ramai org ke bazaar ni.....nak cari tempat parkingpun susah kalau pergi lepas pukul 4 ptg. Lagi satu tak tahan asap bakar ikan...bakar ayam..sate.....berkepol2...sbb tak diasingkan dgn tempat jualan makanan yg lain...tak macam bazaar Ramadhan di stadium yg diasingkan...tu gambar ada yg kelabu asap.....



Makanan yg dijual kebykkan sama dgn bazaar Ramadhan di M'sia.....cuma kalau nak mkn nasi kerabu,ayam percik, ikan percik, laksam...laksa mmg tak adalah. Pulut panggang paling terkenal di sini terutama bulan puasa....bakar panas2.... dijual kepada pelanggan dgn pelbagai pilihan inti...daging,ayam,ikan bilis dan udang. Hargapun agak murah 4 btg bnd1 (RM2.30)....pernah beli mmg sedap. Sate pula 4 btg bnd1. Kerang digoreng dlm kuali leper tupun jadi kegemaran di sini...tak tahu kerang masak apa sbb tak ditulis.



Kelupis tu pulut inti tp versi kukus.....sama harga dg pulut panggang.Pais daging dibungkus dlm daun macam daun kelapa tp daunnya lebar. Jenis ikan bakar yg byk dijual pula ikan kembong,terubuk dan ikan tongkol.



Jering rebus yg dipacak dg lidi macam sate juga dijual.....dijual sekali dgn kelapa muda. Sotong tutuk...soto kering bakar dan sotong rebus juga ada dijual dgn harga bnd1 sebungkus. Manakala ayam dibakar dlm oven utk yg dijual seekor2......taklah berasap.



Apam dijual dgn harga 5 biji bnd1...manakala kuih-muih lain kebykkan dijual dgn harga 4-5 biji bnd1. Rojak Singaporepun ada tp tak sempat nak tengok camna rupa rojaknya.



Tapai beraspun ada...dibungkus dlm daun..5 bungkus bnd1...sedap gak tapai yg dijual manis. Nasi yg dah siap packing nasi ayam...nasi katok (ni macam nasi lemak) dgn seketul ayam dan sambal dijual bnd1 sebungkus....murah jugaklah..cuma nasi ayamnya tak da kuah...sos dan sayur ada. Nasi2 yg dijual dibuka bungkusannya tp ditutup dgn plastik tipis(cling wrap) utk memudahkan org memilih. Nasi lemak dibungkus dlm plastikpun ada...50sen...nasi dgn sambal saja. Mee goreng dijual dgn harga 20 sen sebungkus pun ada...
Gambar penjual2 berbaju hitam tu adalah gerai bbq yg menjual pelbagai pilihan lauk dan sos bbq....cakap nak bbq apa....pilihan ayam..daging..diorg akan bakar kat situ...dijual dgn set nasi.

Bazaar Ramadhan Stadium

Bazaar di stadium kami pergi juga minggu lepas...2-3 hari lepas pergi bazaar di gadong. Bazaar ni lebih besar dan lapang....selesa sikit nak pusing tp tak laratpun nak pusing semua.Makanan yg dijual sama yg dijual di bazaar Ramadhan Gadong....cuma di sini lebih ramai penjual.
Tak byk gambar diambil sbb pernah ambil gambar di sini thn lepas.... boleh tengok di sini.



Nasi ayam penyetpun ada dijual di sini...bnd2.50 sebungkus tp ayamnya besar ..kuah sup takda. Ayam penyet kalau nak mkn beli gerai kat rumah saja sbb murah 1 bungkus baru bnd1...seketuii ayam,ulam2 dan sambal. Murtabak pula dijual pd harga 2 kpg bnd5...manakala nasi beriani 1bungkus bnd3. Syafiq tu tengah tunggu penjual bungkus kuih..suruh dia pilih sendiri nak kuih apa....

****Zaiy ada tanya...samada penjual ingatkan mama wartawan atau tidak sbb duk klik2 gambar kat bazaar tu spt thn lepas, mmg ada yg bertanya masa di bazaar Gadong....tanya wartawan suratkabar mana....itulah org sibuk membeli..kita sibuk dok ambil gambar..... Kebetulan pergi seorg diri ambil gambar dan beli makanan...abg Syamil turun sekejap aja.....yg lain tunggu dlm kereta tak da parking. ***
***fotobucket buat hal lagi...gambar tak muncul..kedua2 akaunpun jadi gini.. jadi letak gambar kecik dulu.....


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net