Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 30-Jun-2007 21:27 Email | Share | Bookmark
kuih seri muka

siap dikukus
siap dipotong
terhidang dlm pinggan
pulut yg siap dikukus
Ready utk dikukus


Ptg tadi buat pertama kali cuba masak kuih seri muka.permukaan atas tak rata macam permukaan bulan..... tp rasa ok... .next time kena cuba lagi....

sumber asal FP K.Liza tp dah diubah suai sikit ikut bahan yg ada (anyway tq K.Liza);

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1/2 pkt santan debu dikacau menjadi 2 1/2 cawan) + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik /sapu minyak dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat (1 tin coconut milk)
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad perasa pandan
1 biji telur
1 s/t garam
* (resepi asal guna jus pandan tukar guna kastad yg dah ada perasa pandan dan warna hijau)

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..


Jom borak sikit...

Aefy_Laily-Waalaikummusalam...tq..baru 1st time cuba
unnamed -mmg sedap...oops angkat bakul sendiri ni...
aimicollections -jemput makan....
boxhousestudio-nasib baik jadi wpun bah atas/hijau macam permukaan bulan.. kalau tak mmg dah hadiahkan kat tong sampah....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net