Since dapur baru dah ada , bolehlah guna oven. So hari ini cuba masak ayam panggang percik Kelantan ni ....
sumber: mesra.net (tp dah ubah suai ikut selera sendiri)
1 ekor ayam
1 mangkuk kecil santan (sebiji kelapa/satu pkt santan segera)
1 batang serai di ketuk
Bahan A)
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit garam
bahan B)
1 cm halia
3 biji cili kering (kalau tak nak pedas guna 2 sudu cili boh)
2 biji bawang merah
2 biji kuah keras
garam dan gula
Cara;
Tumbukkan bahan A dan gaulkan ayam bersama bahan tadi. Perap ia, sementara itu tumbukkan bahan B. Selepas itu panaskan santan dan masukkan bahan B ke dalam santan dan serai. Masak sehingga sedikit pecah minyak dan tambahkan garam dan gula mengikut selera sendiri. Sambil itu bakar ayam yang telah di perap tadi ke dalam ketuhar. Jika ayam tadi kelihatan hampir separuh masak (anggaran 1/2 jam) keluarkan ayam dr oven dan dilumurkan dgn kuah percik dlm periuk masak percik tadi.Bakar lagi selama 1/2 jam. Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik tadi di lumurkan sekali lagi pada ayam yang telah masak.sedia utk dimakan....
Catatan....
Quote:
MamaFaMi - [color=violet]tq..baru nak belajar masak macam2 ni..taklah pandai spt sifu Mamafami... hanieliza- utk K.liza kalau habis ayam tu nanti saya panggang sekor lagi... balkis dan madzli-oohh dah biasa masak nasi dan ayam percik ni ya... jom jln2 ke sini..
oooo...sedap nye lama dah tak makan dan masak nasi hujan emas(nasi minyak warna warni) serta ayam percik....insyallah masak lee nanti....
bile laa agaknye kami nak ke Brunei.....menarik....
Sat 7-Jul-2007 15:13 Posted by:balkis dan madzli - [Link]