Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Jun-2007 02:52 Email | Share | Bookmark
Laksa Pinang

 



Selalu juga masak laksa pinang buat sarapan sekeluarga . Laksa pinang ni kegemaran saya.....

Bahan-Bahan:
1 pkt laksa (kalau boleh rendam laksa satu malam dan dicelur esoknya . laksa akan mudah lembut)
1/2 kg ikan kembung/tamban
6 biji bawang merah
1 batang bunga kantan (dibelah empat)
3-4 keping asam gelugur
1 sudu makan belacan yg telah dibakar/goreng tanpa minyak
4-5 sudu makan cili kering (buang biji) yg telah siap dimesin (boleh tambah kalau mahu pedas)
1 tangkai daun kesum
1/2 labu bawang besar (dihiris)
6 gelas air
Garam secukup rasa

Ulam
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)/kubispun boleh
1/2 labu bawang besar (dihiris)
4 biji telur rebus
5 biji limau
cili besar/cili padi

Cara:
Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping hingga masak. Buangkan tulangnya ikan. kisar isi ikan dengan belacan dan bawang merah hingga halus.Masukkan bahan kisar dlm periuk,asam keping dan cili kering tadi, masak hingga mendidih. Tambahkan air dan biarkan mendidih, masukkan bawang besar, bunga kantan, daun kesum dan garam. Biarkan mendidih selama 30 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas2 , letakkan ulam-ulaman.dah siap utk dimakan..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net