Want your
own Fotopage?







 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Jul-2007 01:43 Email | Share | Bookmark
Nasi Dagang Kelantan

tgh mkn nasi dagang
Gulai ikan tongkol
nasi dagang sdg dikukus
telur rebus
Acar mentah
Oleh kerana hari ini hari Jumaat merupakan cuti mingguan di sini selain hari Ahad (hari Sabtu adalah hari sek. dan hari bekerja) so rancang masak special utk sarapan pagi keluarga, terlintas nak cuba masak nasi dagang Kelantan...
Cara2 masak nasi dagang ni pernahlah tengok mak buat bila nak raya atau semua keluarga berkumpul.

Kebetulan masa pergi Miri tempoh hari jumpa beras pulut merah di Tamu Muhibbah,apalagi belilah ikan tongkol dan halba sbg pelengkap nasi dagang.Akhirnya siaplah nasi dagang makan bersama gulai ikan tongkol,acar mentah dan telur rebus.



Sumber : resepi dr my resepi tp diubahsuai ikut resepi mak
Bahan:
* 2 cawan beras pulut merah + 2 cawan beras wangi
* 1 tin(400ml) santan pekat
* 4 ulas bawang putih-dimayang
* 2 ulas bawang merah-dimayang
* 1cm halia - hiris kecil2
* 1 sudu kecil halba
* garam, gula

Cara-cara :

1. Bersih beras dan rendam semalaman
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan . Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/4 cawan air .
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar.



Catatan....
Quote:
Nur- betul tu ikan tongkol keras isinya. kalau makan nasi dagang biasanya mkn dgn ikan gulai tongkol barulah ada ummpp.. Nur ..cubalah makan nasi dagang sedap.. tp kalau makan byk cepat muak krn nasinya bersantan..
Ouled Kenitra -hai ! dahpun bertandang kat FP u ..byk gambar2 menarik..
MamaFaMi- tima kacih..baru cuba buat sendiri biasanya harapkan mak masak atau beli...
umi-kal -nasi dagang auntie kat FP tupun menyelerakan saya tengok..kalau campur beras pulut biasapun sedap jugak..jadilah nasi dagang T'ganu...
Ida Natrah -firstly tq Ida tlg buatkan gambar tu siap selak2.. dah byk kali tangguh2 nak buat krn bayangkan susahnya nak buat nasi dagang tp bila dah buat tu rasa seronok pulak krn dah berjaya masak sendiri...
ida isk - laaa...kat sana hujan ke...pekena nasi dagang masa tgh lapar ni mmg sedap..
umi - dah terliur tu kena cepat2 pergi beli beras ni......
Yah - samalah kita suka nasi dagang...rasa kepingin nak makan tu yg kena masak jugak..
Irene Yaya - nasi dagang Trg dan Kel yg beza adalah cuma jenis beras yg digunakan. Nasi dagang T'ganupun sedap .buat nasi dagang mmg remeh sikit..tp berbaloi sbb sedap dimakan... yaaa mamasya org Kel... Irene teringin nasi tumpang ? pernah mkn tp resepinya tak tahu pulak.nantilah kalau jumpa akan bagi tau Irene ya..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net