Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Jul-2007 22:26 Email | Share | Bookmark
Laksam

Hidangan lengkap laksam
laksam siap digulung
laksam tgh gulung
Laksam ni kegemaran anak yg sulong.Kalau pulang kg, laksam adalah antara makanan yg dia cari.Masa kat kg pernah beberapa kali tengok mak mertua masak laksam tp tak mencubanya. Hinggalah bila dtg sini rasa nak makan kena buat sendiri. Saya guna dulang aluminium saiz sederhana dan loyang kek krn tak ada tudung periuk yg leper. Ada juga yg bagi tip masak atas tudung tin biskus atau milo.



Resepi laksam
(sumber ; lupa siapa punya resepi tp tq utk empunya resepi.. )

Bahan-bahan :

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
4 cawan air suam
1 sudu kecil air kapur
secubit garam

Cara menyediakan:

Bancuh semua bahan-bahan hingga rata dan tapis. Panaskan pengukus.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk/dulang dalam pengukus.Sendukkan adunan ke dlm dulang dan ratakan tipis2.Kukus hingga masak iaitu adunan menggelembung bila masak (anggaran 4-5 min). Angkat, biarkan sekejab barulah digulung kemas. Potong bulat2. Adunan di atas dpt 13 btg bagi saiz dulang sederhana. Hidangkan dgn kuah lemak,ulam2 dan sambal belacan.

resepi kuah
; http://shw.fotopages.com/15288046.html

Catatan....

Quote:
Sabrina- [color=blue]dulu pernah juga cuba guna kuew teow mkn dgn kuah lemak tp tak sedap kerna kuew teow berminyak dan tak rasa sebati dgn kuah bila digaul. Kalau dok dkt rumah mmg dah hulur sepinggan utk Sab ni...
Ouled Kenitra- laa..kesian org dok Korea dah tak boleh makan laksam....
mummy jam- kadang2 saya makan laksa dgn kuah lemak,tupun sedap jugak...
umi-kal -samalah kita Aauntie,sayapun suka laksam....
tariqzaidanirah - boleh mkn laksam.. berjangkit selera dgn cik abe tu....
yah-Yahpun pandai masak laksam jugak..laksam versi UK, betul tu laksam mmg sedap..
umi-dah terliur..kena cepat2 cari laksam tu...
boxhousestudio-nanti kalau dah masak, tempeklah kat FP boxhousestudio,kita nak tengok gak...
Nur-cubalah Nur..mmg lemak berkrim punya tp kalau nak bagi sedap lagi , sambal tu letak belacan bakar baru sssedap....
kamalina-kalau dkt mmg dah simpan semangkuk utk Kamalina....
ida isk merpati-tabik spring jugak utk Ida pandai masak macam2, kalau org dah jemput makan, mmg kena ngap teruskan.barulah tuan rumah senang hati....
Muna-tq jugak utk Muna coz jengok FP saya.laaa..pernah dok Miri,Miri bandar pilihan saya kalau nak shopping.... Dah tengok FP Muna, dah jadipun laksam...
madzli and balkhis-sama2lah kita.samalah saya sekeluarga mmg suka mkn laksam.Bandar Miri antara bandar yg kami suka kunjungi...

Dulu, sebelum ayah Sab bersara, jiran kami kat kuarters tuh selalu masak laksam. Kalau masak, mesti antar kat umah Sab. Tuh ler 1st time Sab rasa laksam dan Sab suka sgt. Ehmm laksam tuh bukan dari kuew teow erk? Ingatkan buat pakai kuew teow je... hehehe.. jahilnya Sab.. Thu 26-Jul-2007 23:41
Posted by:Sabrina  - [Link]
saya masa keje kat kl dulu selalu gak pekena laksam ni kat kantin opis. la ni lama dah tak rasa

Entryku kali ini…

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Tinggi-tinggi Gwan Ak didaki
Minda cergas badan pun kuat
Fri 27-Jul-2007 02:56
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
kat spore ni tak ada laksam, tapi laksa ada lah... Fri 27-Jul-2007 04:52
Posted by:mummy jam  - [Link]
sedap nya laksam kegemaran auntie tu Fri 27-Jul-2007 07:34
Posted by:umi-kal  - [Link]
masa dulu2 memang xboleh nak mkn laksam nie sbb kuah dia bersantan tapi... bila dah kahwin dgn org k'tan boleh pulak tu mkn...! Fri 27-Jul-2007 07:50
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
nampaknya mamasya pandai masak laksam ya...sama citarasa, tapi resipinya lain sedikit tapi yang pastinya laksam ni sedap kan.... . Fri 27-Jul-2007 09:46
Posted by:yah  - [Link]
isshhh......sedapnye terliuq gile tengok laksam ni.. Fri 27-Jul-2007 10:17
Posted by:umi  - [Link]
kita suka...nanti kita buat ya... Fri 27-Jul-2007 11:01
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@yahoo.com  - [Link]
tak pernah nur makan laksam..tengok sungguh menyelerakan Fri 27-Jul-2007 11:08
Posted by:Nur  - [Link]
wah.. sedapnya!!! dah lama saya tak mkn laksam.. mulala terliur tgk ni.. Fri 27-Jul-2007 12:03
Posted by:kamalina  - [Link]
tabik spring mcm nie dah leh wat laksam , kita suka tengok ajee kureng minat sikit tapi kalau org letak suruh makan pantanggggggggg terus ngapppppp Fri 27-Jul-2007 14:42
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Hi Mamasya....thanks for dropping by my site....Sebelum ke Holland we all dulu tinggal di Miri. Small world....
Dok tengah fikir apa nak makan...bila tengok laksam ni, terus nak buat...
Fri 27-Jul-2007 15:39
Posted by:Muna  - [Link]
tq fro visit and comments our blog....laskam yesss that is my favourite sgt....
then nice see your blog.....miri is a nice place.....
Fri 27-Jul-2007 19:01
Posted by:madzli and balkhis  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.