Want your
own Fotopage?






 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Jul-2007 07:16 Email | Share | Bookmark
Pulut Ikan Kering dan Serimuka Jagung

 
 



Antara sarapan kegemaran kami sekeluarga ada pulut ikan kering.Penyediaannya mudah saja;
Pulut ditanak spt masak nasi.Kemudian digaul dgn kelapa parut (seeloknya kelapa yg tidak terlalu tua).Biasanya saya guna desiccated coconut je...gaulkan desiccated coconut dgn air panas dan panaskan sekejab dlm microwave,kacau kelapa berkenaan..jadilah kelapa muda. Lauk yg dimakan dgn pulut adalah ikan kering goreng ataupun ikan rebus digoreng garing dan telur dadar goreng...



Ptgnya buat serimuka jagung dari lebihan pulut ikan kering tadi. Oleh krn pulut ditanak tanpa santan,kena ubahsuai sikit macam buat nasi dagang...

Lapisan pulut
Sediakan santan cair yg dicampur dgn sedikit garam dan gaul dgn lebihan pulut.Kukus selama 5-7 minit.Angkat dan tekan dlm loyang yg telah disapu sedikit minyak.Tekan dan buat garisan atas pulut

Lapisan Jagung
sumber; FP K.liza (tq K.Liza.... )

2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cwn gula
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan jagung kream
garam

Cara
1. Gaul rata semua bahan dan masak sedikit selama 5 min atas api sederhana,biar sampai naik wap
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut yg telah dicakar2kan sikit..
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong.


Catatan.....

Quote:

effa - jemput makan...
Jie jie- sy org Pantai timur sbb tu suka pulut ikan kering dan laksam . pulut tu berhias nak bagi come lote sikit...
yah-cubalah buat serimuka jagung manis berkrim rasanya ...
Hajar-kalau hari hujan mmg best makan pulut ni....
cek de sam-sama2.... pulut ikan kering bila mkn sekali nak cuba lagi...
jeff-bagi make-up sikit biar lebih selera makan pulut ni....
lynnhassan-kena cuba ni pulut dgn serunding ikan bilis @ ikan bilis tumbuk .ikan kering dgn ubi rebus mmg yummmy Lynnn....
Roylazim-air liur dah meleleh...kena cuba pulut ikan kering ni...
RosLeenda-Waalaikummusalam,sama2 Kak Leen.. serimuka jagung ni anak2 saya yg kecik suka makan bahagian atas jagungnya....
zati d'hati -salam perkenalan jugak.... mmg mkn pulut boleh bawak ngantuk...
Sabrina-org utara sama dgn Pantai Timur sempadan dgn Thai suka mkn pulut sbb rasanya ada sedikit pengaruh dr Thai..org cakap org Thai suka mkn pulut sbb tu kulit mereka cantik..tak tahulah betul ke tak ni.... ada jiran pandai buat serimuka sedap ni best jugak. nak mkn kira order aje kan,sypun kekadang beli jugak serimuka kalau malas nak buat.....
MamaFaMi -pulut ni kena bagi make -up sikit biar nampak comel menawan,sedap ditengok biarpun belum makan...
Ida Natrah- biasa mkn sebelah pagi tp kalau mkn ptg tu mesti kenyang sampai mlmkan...
Nur -mmg lemak rasanya sbb guna jagung kream..(gambar masa Nur tengok tu ada masalah )...
mamaella-jagung kream kalau letak dlm air..mcm ABC mmg enak...
mamazieza-la... family tak berapa suka ke..kalau mkn ramai2 lagi sedap. anak sy yg sulong pun suka pulut tp dia mkn dgn telur dadar....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net