Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 2-Aug-2007 14:31 Email | Share | Bookmark
Tepung Pelita

 
 
 
 
 
 
 


Dah lama tak makan tepung pelita. Kalau bulan Ramadhan,tepung pelita antara juadah utama yg dicari buat berbuka. Memang sedap rasanya lemak manis. ....



Sumber : Yani myresepi (tq.. )
Bahan-bahan

* 1 cawan tepung beras
* 1 cawan gula
* 5 cawan air
* 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
* 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
* 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
* sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan (( saya dpt 10 cups- bergantung pd saiz bekas )


Catatan...

Quote:

MamaFaMi-bagi lipstick sikit tu bagi nampak cun....
Ana-Salam perkenalan juga utk Ana.. .cubalah buat senang je tu,jgn risau jadi punya...
edza- mmg sayang nak mkn tp sbb mmg suka tepung pelita...ngap terus bila dah beku....
jeff -sama dgn anak bongsu saya,suka betul dia mkn kuih pelita sekejab saya suap..dah habis dia mkn...
yah-bila lihat kuih pelita tu putih plain je...teringat ada lebihan ceri dlm peti ais...terus letak...
kamalina-he..hehe...sayang nak makan nanti tak tahu sedap ke tidak...
Nini hazlini-tpg pelita mmg sedapkan...nak buat acuan asli guna daun pisang tak reti,so kena guna acuan plastik cam ni....
mamaella-cubalah buat..senang saja.saya tak pandai sgt bab2 hias menghias sekadar letak2 ceri gitu bolehlah....
Muna -mmg sedap... gambar2 kat KB tak byk ambil hari tu sbb rushing nak ke Miri..
Nur-mmg yummy...esp. kalau buat pencuci mulut atau minum ptg...
Roylazim-bahagian santan berlemak tu yg buat kuih pelita sedap,next time kalau buat lagi saya akan modify sikit tambahkan sukatan bah santan dan kurangkan lapisan hijau...
cek de sam-letakkan sikit make-up kat kuih ni biar berseri2...he..he..
Lee Lin-nak bagi nampak sedap kuih pelita..tu yg. letak cherry sbg penyeri...
Hajar -pertama kali tahu org panggil kuih ni kuih limas....kuih mak buat mmg sedap,apatah lagi kalau kuih pelita ni...
maklang-samalah kita Mak Lang kalau bulan puasa tu pergi bazaar Ramdhan cari kuih pelita..letakkan sekejab dlm peti ais sebelum berbuka..
Sabrina -kalau dlm lipatan daun pandan mmg sedap rasanya asli..macam kuih tako...
kamariah kamarudin-mmg habis 1 mangkuk nak tambah satu lagi...
auntie fliffy-..he..he..sexy ke kuih ni... laksam segar sedap rasanyakan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net