Want your
own Fotopage?






 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 4-Aug-2007 00:04 Email | Share | Bookmark
Solok Lada & Ikan Cencaru Sumbat

 
 
 
 
 
Selain ikan yg boleh disumbat dgn kelapa,lada juga sedap disumbat dgn kelapa.Lada yg disumbat dgn kelapa dipanggil solok lada, sedap dimakan dgn nasi terutama nasi kerabu...



Resepi Solok Lada

Bahan-bahan

* lada hijau 10 biji ( kalau tak nak pedas belah memanjang dan buang biji)
* kelapa parut 1/2 biji/1 1/2 -2 cwn desiccated coconut (dicampur dgn air panas,kacau dan panaskan sekejab dlm microwave)
* ikan 2 ekor ( yg tlh dikukus-ambil isinya)
* santan cair utk merebus solok lada
* lada hitam 7-9 biji
* halia 1/2 inci
* bawang merah 4 ulas
* 1 biji telur- tak nak letakpun tak apa
* garam , gula secukup rasa

Cara-cara

1. tumbuk lada hitam,halia,bawang merah dan ikan hingga separuh lumat dan masukkan kelapa dan tumbuk lagi sekejab.
2.Gaul bahan2 tersebut dgn telur, gula dan garam
3.Isikan bahan yg digaul ke dlm lada padat2
4.Susun dalam periuk dan masukkan santan.Masak sampai mendidih.


Kalau ikan sumbat biasanya orang guna ikan cencaru yg boleh dimasak goreng atau bakar,barulah sedapkan.... Saya suka ikan cencaru sumbat yg dibakar krn isi ikan lebih lembut .



Resepi Ikan Cencaru Sumbat

* 2 Ikan Cencaru sederhana besar
* 3/4 cawan Kelapa parut @ 1/2 cawan desiccated coconut (dicampur dgn air panas,kacau dan panaskan sekejab dlm microwave)
* Bawang merah 2-3 ulas ditumbuk lumat
* Halia (suku inci) ditumbuk lumat
* Kunyit 1/2 inci
* Sebtg serai yg dipotong nipis
* Cili boh/ Cili Giling
* garam,gula
* cili merah dipotong kecil (pilihan)

Cara-cara

1. Ikan dibersihkan dan dibelah belakang
2. Bawang kecil, halia,kunyit,serai dan cili ditumbuk bersama
3. Campurkan dan gaul rata bahan yg ditumbuk dgn kelapa dan cili merah yg dipotong dan masukkan garam serta gula secukup rasa.
4. Masukkan bahan yg ditumbuk tadi di belahan belakang dan depan serta lumurkan ikan dgn sedikit garam shj.
5. Bakar ikan sehingga masak.


Catatan...

Quote:

Muna-solok lada makanan org Kel..dah lama tak mkn..itu merajinkan diri masak...
MamaFaMi-he..he.hari ni tema sumbat Mamafami termasuk sumbat ke mulut... ,semlmpun dah nak beli petola pjg (saya panggil petola ular) nak masak sumbat jugak tp kena tangguhlah next week.saya buatpun isinya bersepai juga sbb cilinya kecik,tp kalau kat Kel mmg ada cili hijau yg besar khusus utk buat solok ni...
nur -ikan cencaru sumbat kalau nak gorengpun boleh tp lagi sedap kalau di bakar,Nur cubalah... opps ada kesilapan teknikal ya Nur....
kamariah kamarudin-mmg sedap.. nasi kerabu mkn dgn solok lada ....tak sedar dah bertambah sepinggan lagi...
jeff-kat sini mmg langsung tak ada. terpaksa kena masak sendiri...
masriyah-he..he.... hari ni terasa nak letak menu sumbat menyumbat kat FP ni.cubalah solok lada mmg sedap...
globalshopping - jemput makan...
cek de sam-mmg sedap..bahannya pun mudah..cubalah...
mamazieza-mesti sedap tu solok lada bonda mertua mamazieza...tak pa menantunya hantu...hantu yg pandai buat kek sedap...
ida isk -aaa..baru teringat org juga panggil ikan ni ikan jaket.mesti menu selalu disediakan kat asrama ni.saya kalau kat asrama dulu2 paling tak suka mihun goreng yg rasanya betul2 hampehhh....
ezura-sama2.solok lada mmg sedapkan...
Sabrina -nasib baik Sab berani mencuba....baru tahu kesedapannya,apatah lagi mkn dgn nasi kerabu...mmg ummmplah...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net