Want your
own Fotopage?








 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 5-Aug-2007 13:24 Email | Share | Bookmark
Agar-agar Tembikai

sudah siap
sudah siap
sudah siap
Agar2 sudah beku
Agar2 sudah beku
proses mengecat kulit
 
 
sebelum disapu warna hijau


Kebiasaan kalau berpeluang balik kg masa bulan Ramadhan,antara kuih-muih yg dicari adalah agar2 tembikai ada orang panggil semangka. Selain rupa agar2 ini yg menarik macam buah tembikai rasanyapun sedap. Kebetulan minggu lepas lihat dlm FP Masriyah agar2 tembikai yg dia buat,terliur pulak jadinya. Maka semangatlah nak mencubanya...

Tapi bila masa membelah tembikai agak kecewa,bahagian atas ok tp lapisan bawah ko.... Setelah meneliti sebab dan musabab napa agar2 ini tak menjadi,dpt dirumuskan.
1. Tidak pukul campuran agar2 dgn putih telur sehingga betul2 sejuk.
2. Putih telur sedikit berbanding dgn bahagian agar2 (telur yg digunakan agak kecil)
3. Masa memukul tidak sampai ke bahagian bawah agar2 krn guna bekas yg agak tinggi
4.Rasa agar2 terlalu manis,mungkin terlebih gula


Wpun cubaan pertama gagal,tidak mematahkan semangat utk buat lagi...mmg rasa tak puas hati selagi tak berjaya... .So semalam masak lagi dgn sedikit pengubahsuaian dr resepi asal (wbp ucapkan tq utk tuan resepi dr my resepi... ).Bila dah potong hasilnya menjadi kali ini,puashati rasanya......



Bahan-bahan ( 2 bekas besar yg bulat )

* 20 gm agar² panjang (direndam )
* 1-1½ cawan gula pasir (ikut citarasa)
* 4 1/2-5 cawan kecil air
* 4 biji putih telur
* sedikit pewarna hijau utk kulit
* sedikit perwarna merah/kuning utk isi
* sedikit kismis utk biji
* sedikit essence rose (jika suka)/saya guna daun pandan saja

Cara-cara
1. pukul putih telur hingga kembang.
2. sementara itu, masak agar² bersama gula dan air sehingga agar² larut. Masukkan esen rose
3. tapis agar² yg larut tu kedalam putih telur yg telah dipukul dan pukul lagi hingga betul2 sejuk dan kedua2nya betul2 bercampur(pastikan dipukul hingga bahagian dasar bekas,seelok2 bekas yg agar lebar)
4. tuangkan kedalam bekas bulat besar.
5. tarukkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar² dan kacau dgn chopstick (atau lidi satay) dgn segera sebelum membeku. jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
6. letakkan kismis di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.
7. bila agar² sudah sejuk dan beku, keluarkan dari bekas dan terbalikkan lalu disapu dgn pewarna hijau sbg kulit.Gunakan berus utk menyapu bahagian kulit(kalau guna pewarna yg cair tak perlu dicampur lagi dgn air)
Siap dan boleh dipotong, jemput makan.....


Catatan......

Quote:

MamaFaMi-mamafami pernah ambil subjek SRT patutlah pandai masak- memasak.dulu2 kelas saya sebelah bilik masakan SRT,hari2 bau masakan sedap..hanya hidu bau dr kelas sbb ambil subjek lain. Kalau mami buat mesti jadi punya...
boxhousestudio-pasti mampu punya...tak lah susah sgt...
Muna -rasanya lain dr rasa agar2 yg biasa .cubalah buat..kalau jadi buah lain tu andaikan telah berjaya mencipta agar2 buah yg terbaru pulak....
masriyah-kena buat gara2 tergoda dgn agar2 Yah hari tu....
rinnchan-kalau kali ke 2 tak jadi mmg bye2 agar2 tembikai ni....
Sabrina -terima kasih Sab..
Ana-sedap agar2 buat berbuka..cubalah nanti....
Lee Lin-kena byk kali buat experiment ni baru boleh jadi fresh tembikai...
Misliha-aaa..bulan Ramadhanpun tak lama lagi,kalau masa berbuka ada buah tembikai mmg sedapnya...
Roylazim-simpan dlm peti ais biarkan sejuk mmg sedap dimakan ....
RosLeenda-Waalaikummusalam..sebelum ni kat sebelah Pantai Timur mmg ada org buat hantaran agar tembikai ni..
umi-kal-cubalah auntie..nanti boleh buat berbuka.kalau buat separuh bahan dah dpt 1 bekas agar2...
Irene Yaya-jgn2 nangis2 ya.. dah boleh buat pulut kuning tu kiranya hebat jugak..sypun belum pernah cuba....
jeff -betul tu..buat dessert..pencuci mulut mmg sesuai...
kamariah kamarudin -sayapun pernah buat agar keras..sbb terkurang air.cubalah agar ni pulak, yakin boleh punya...
cek de sam-kalau agar ni terjatuh sebelum sempat mkn .. terus pergi beli .tembikai asli...
BondaRaqynR-bonda dlm dok vit. m boleh lagi buat kek yg cantik,kalau saya confirm dapur tak berasap....
kak kham-sama2 kita. rasanya berbeza dr agar biasa sbb dicampur putih telur yg di pukul kembang..
kamalina-laa..ni godaan org berpuasa..kalau dkt mmg dah hulur sepinggan ni ..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net