Want your
own Fotopage?








 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Aug-2007 09:38 Email | Share | Bookmark
Ikan Patin Masak Tempoyak

ikan patin
bahan2 yg digunakan
ulam-ulaman
 
 
Setelah meninjau beberapa kedai dan pasar utk mencari tempoyak akhir jumpa juga. Harga satu bekas saiz sederhana BND2(RM4.60). Yang susahnya sbb di sini belum musim durian .Durian ada dijual di supermarket BND5.90(RM13.90) sekilo termasuk kulit dan di pasar baru ada sorang dua yg menjual. Dalam peti ais pula ada ikan patin,apa lagi masak ikan patin tempoyak.


Biasanya utk hilangkan hanyir dan lendir ikan patin ,saya rendam ikan dgn. air asam jawa,sedikit garam dan perah limau nipis.
Kalau mkn ikan patin yg sedapnya ada ulam-ulaman,cencalok dan tempoyak...punya berselera tak sedar nasi dah habis 2 pinggan.... Cencalok buatan Melaka ada dijual di sini dgn harga BND2 sebotol tp budu tak ada dijual..




Biasanya masak ikan patin ni resepi campak2 sbb selalu masak tp bila nak tulis resepi mulalah dok fikir sukatannya.....
Bahan-bahan

Satu ekor ikan patin sederhana besar dibersihkan dan dipotong
*1 inci lengkuas
*1-1 1/2 inci kunyit hidup
*6 biji bawang merah
* 2-3 sudu besar cili kering yg diblended (kalau nak pedas guna cili hidup/padi)
*1 inci halia
1 btg serai diketok
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan dibelah 4
2-3 asam keping
4-5 cawan cawan air
garam (ikut rasa)

Cara-cara

1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dlm periuk dan masukkan secawan air.Biarkan mendidih sekejab.
3.Tambahkan baki air, asam keping dan garam dan biarkan mendidih.
4.Masukkan ikan,daun kesom,bunga kantan,serai dan tempoyak.Kacau dan biarkan mendidih hingga masak.


Quote:

masriyah -ikan patin ada jual kat kedai Cina ke..tp patin masak asam pedaspun sedap jugak...
inaa-ina peminat ikan patin jugak ya..tak suka durian ke..rugilah..buah durian sedap...mama org M'sia tp dok Brunei skrg.Dtg lah jln2 Brunei...
MamaFaMi-Mamafami tak mkn ikan sg ke...sy ni mmg suka ikan sg. kalau org sebelah Pantai Timur cakap ikan darat..
ezura -pernah sekali masak asam pedas ikan baung tp kalau masak tempoyak mcm ezura masak mesti yummy...
kamalina-ooh..org Pahang tempat Tok Ti ni.masakan mak mmg sedap..masak ikan patin ni mudah bila2 masa boleh cuba...Kamalina mkn budu ke..sedap tu cicah dgn ulam2....
cek de sam-tumpang sedih sama... kalau dkt boleh hulurkan botol cencaluk...Cek De Sam org Melaka ke..
lynnhassan-laa..dah meleleh ke air liur ,cepat2 cari kat kedai cencalok.pernah mkn tempoyak masak lemak daun2 mmg sedap..
Sabrina-tak ramai org suka ikan sg macam ikan patin ni sbb hanyir sikit..kalau tak bersihkan elok2 , lagi bau hanyirnya....
boxhousestudio-boleh kita mkn sama2 sbb sypun suka tempoyak ni.ikan patin kat sini RM8.00 sekilo tp jarang dijual,kalau adapun di supermarket. Kalau kat Miri tu mmg dpt yg masih hidup dlm RM7 sekilo.sesekali dpt masak tu mmg dpt lepaskan rindu.
Nur -tak pa Nur tak pandai mkn...sbb ada org dah cuba tp tak suka rasanya ..
Lee Lin -kalau tak mkn tempoyak mmg ikan masak gini pun tak boleh mkn .sy mmg suka masakan kg cam ni ....
Ouled kenitra-kat Pahang mmg terkenal masak ikan tempoyak ni...
tariqzaidanirah -oohh..kat sana cuti sek ya.kalau anak2 ada kat rumah mmg sibuk melayan mrk.laa rindu masakan kg ke.. masakan kg mmg sedap kan...
zuera-kena masak jugak sbb dah jumpapun tempoyak..takut kempunan pulak...
umi-kal - hari tu terliur tempoyak Auntie sbb tu cari jugak tempoyak..
Hajar -waduh2..tempoyak siap pos ke UK ni...mmg hebat penangan tempoyak.
jeff-ohh..pernah rasa ikan ni....kalau mkn yg besar berlemak sikit...
kamariah kamarudin-tempoyak ni beli yg dah siap,durian mahal lagi kat sini,patin kat Pahang mmg terkenal berbanding negeri lain,dpt mkn nasi dgn ulam..cicah sambalpun dah sedap rasanya...
MaDiHa-iakan sg kalau jenis yg hanyir mmg susah nak telan.ikan patin biasa beli yg saiz sederhana krn kurang lemak...kalau patin yg besar tu masak mmg berminyaklah kuah wpun masak tak pakai minyak, sayapun tak berapa suka..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net