Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Aug-2007 23:20 Email | Share | Bookmark
Tamu Kianggeh,Bandar Seri Begawan

Tamu Kianggeh
Bot penumpang
bot penumpang
Kws pasar
durian buah kecil tp duri pjg
kura-kura
buah apa ni ?lupa namanya
dlm pasar
sarung ketupatpun ada
dlm pasar
makcik menjahit barut perut
sdg potong rebung
sayur-sayuran
makanan kering
dlm pasar
pemandangan dr seberang jambatan
nasi ketok pun ada!
kuih2 goreng
jualan makanan
jualan ikan bilis dll
gerai mengadap sg
jual gula merah&belacan
ubat traditional
dlm pasar
deretan gerai
bus stop berhampiran pasar


Hari Jumaat lepas ke Tamu Kianggeh iaitu pasar yg popular di Brunei. Org Brunei panggil pasar, tamu. Sebenarnya jarang pergi ke Tamu Kianggeh sebabnya susah nak parking terutama hari cuti mingguan Jumaat dan Ahad (di sini hari sabtu hari kerja dan hari persekolahan). Ini kerana tamu Kianggeh terletak di bandar tempat tumpuan ramai. Pasar ini juga dikenali sbg Pasar Amah oleh penduduk tempatan krn terdapat juga pembantu rumah yg dtg membeli di pasar ini untuk majikan mereka.


Pasar yang merupakan salah satu tempat tarikan pelancong krn keunikannya ini dibuka setiap hari dari jam 6 pg hingga 6 ptg tp biasanya waktu tengah hari pasar dah lengang. Apa yg menariknya pasar yg terletak ditebing Sungai Kianggehi, terdapat deretan perahu yg mengambil dan menghantar pengunjung yg dtg membeli belah di pasar ini.
Wpun seorg penumpang yg ingin menaiki perahu tetap akan dihantar sampai ke destinasi yg biasanya penduduk Kg Air yg berdekatan tanpa menunggu penuh.

Pasar ini lebih kurang macam pasar tani di Malaysia yg menjual pelbagai hasil pertanian dan barangan runcit yg lain kecuali tidak menjual ayam,daging dan hasil laut di pasar ini.Ayam,daging dan hasil laut ada dijual di Pasar Gadong yg terletak 7 min berkereta dari Tamu Kianggeh.



Terdapat pelbagai sayuran,buah-buahan,makanan,barangan kraftangan dan pelbagai produk kg. yg dijual langsung oleh penduduk kg yg sememang masih baru dan segar. Terdapat juga penjual yg datang dari Temburong menaiki bot yg dikenali water taxi dgn masa perjalanan 45 min utk berniaga di pasar ini.

Apa yang menariknya di pasar ini dapat dilihat juga pelbagai sayuran dan buah-buahan yg jarang terdapat di Sem.M'sia.Buah durian yg terdapat di sini durinya panjang tajam dan buah nya bersaiz kecil dan pd. hari saya pergi tu hanya 2-3 org yg menjual durian. Penjual di pasar ini terdiri dari pelbagai golongan usia tua,muda dan anak2 yg turut membantu keluarga di hari cuti sekolah. Selain itu ada juga dijual kura2 utk sesiapa yg berminat nak buat pet, alat kacip pinang,ubat-ubatan traditional dan macam2 lagi. Tapi yg menarik perhatian saya,seorang makcik sambil menjual dia menjahit kain utk barut wanita dan kanak2 yg baru dilahirkan.

Sedar tak sedar dlm leka melihat pelbagai jualan dah penuhpun kiri kanan tangan dgn barangan yg dibeli, semua nak beli kerana segar belaka......


Quote:

Lee Lin-he..he.. tulah kan semua benda nak borong tp baguslah suami Lee Lin suka beli2 kat pasar..
Haniss- kuih-muih kat sini ada yg sama mcm kat M'sia.tak payah ke zoo nak tengok kura2..gi pasar pun ada....siapakah gerangan tuan hamba ya....
kamalina-budak2 mmg suka naik bot..anak2 sayapun kalau nampak bot mesti minta nak naik.bot kat pasar tu bawaknya laju,saya kalau bot naik mmg pegang kuat2..takut..
masriyah-dtg..jgn tak dtg Brunei..boleh tengok kura2 tu.anak saya siap suruh belikan..tak retilah nak jaga. nasi ketok tu..nama sebenarnya nasi katok,iaitu nasi yg dimasak dgn beras wangi panas2 makan dgn sambal bilis atau ikan asin dan lauk ayam/daging.
cek de sam- best dpt pergi pasar macam ni..dpt beli dan tengok macam2.nak order...boleh..he.he.. tp durian sini kecik tak sebesar durian kat M'sia..
MamaFaMi-betul Mamafami macam2 ada ..opps teringat iklan Astro pulak..
lynnhassan-samalah kita Lynn sypun suka cari ulam-ulaman segar..sayur2an kg..
Hajar- tulah sarung ketupat dah ada...boleh raya buat ketupat...tak payah pos ketupat tu kita ajak Hajar jln2 sini mkn ketupat sama2....
maklang - wpun rasa takut sikit tp mmg seronok Mak Lang naik sampan tu,dtglah sini nanti bawak Mak Lang naik perahu..tu...
RosLeenda-Waalaikummusalam Kak Leen,sbb macam2 benda termasuk yg pelik ada kat pasar ni...ramai org termasuk pelancong suka ke situ...mmg boleh borong sakan..
Jie jie -pasar ni mmg ramai org pompuan berniaga macam pasar Siti Khadijah jugak. Rindu mmg rindu kat kg K.Jie..rindu nak mkn kerabu saghe mcm K.jie buat tu. budupun kalau boleh, borong bawak ke mari...
boxhousestudio-Tamu Kianggeh ni menjual produk org2 kg sbb itu tak ada hasil laut dan ayam&daging dijual.Rata2 brgn yg dijual adalah diusahakan sendiri. Lain2 gambar InsyaAllah akan menyusul dari masa ke semasa utk tatapan,tungguuuuu...
kak kham-betul mmg seronok sakan membeli terutama sayur2 kg sbb murah dan segar...
Sabrina-tulah yg buat leka melihat pelbagai jualan dr satu gerai ke satu gerai...penat2 mmg penat, sambil cuci mata tengok pelbagai makanan yg dijual..rasa nak beli semuanya ....
umi-kal nasution-sila-silalah dtg ke Brunei.Yg menarik kat Brunei ialah menaiki perahu keliling kg Air,Tamu Kianggeh,melawat Masjid Omar Ali & Jamek Asri,Komplek Yayasan dan sekitar kws bandar,kws Jerudong,Pantai Serasa,Persiaran Damuan,boleh naik water taxi ke Temburong dll. Kalau nak lawat P.Labuan sambil2 cari gelang tangan kristal yg cantik dan agak murah serta kain batik boleh ambil kapal express dr Brunei. perjalanan dlm masa 1 jam shj.Then boleh ambil flight dr Labuan balik KL.Kalau jadi dtg jgn lupa bagitau saya ya auntie.nanti boleh kita jumpa....
ummi zufayri-Salam perkenalan buat Ummi, pasti byk kenangan manis Ummi di Bruneikan,kami sekeluarga baru sethn lebih di sini. suka juga kuih salurut tu tp beli kat kedai dkt rumah saja. Tamu Kianggeh mmg best sbb macam2 boleh dpt sayuran segar jualan org kg. ttg kebayau tu tak pasti berapa harga sbb tak pernah beli . bila musimpun tak tahu..tp kalau kebayau yg byk tempoh hari masa bulan Ogos. Dah senang nak dtg Brunei skrg ada Air Asia...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net