Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 11-Aug-2007 10:06 Email | Share | Bookmark
Mee Kari dan Jeruk Kedondong Berlada

Mee kari
Jeruk Kedondong Berlada
Buah Kedondong


Kali ni masak mee kari lagi utk sarapan .Ini antara menu sarapan yg disukai sekeluarga. Mee kari kali ni saya masukkan lauk sotong,ayam,udang dan crab stick.
Resepinya disini.

Masa tengok jeruk buah kundang di FP MaDiHa, kecur air liur dibuatnya.Bila pergi Tamu Kianggeh tempoh hari cari2 juga buah kundang tp tak ada, sebalik jumpa buah kedondong.Sepinggan dijual dgn harga BND1 (RM2.30) ,apalagi beli dan buat jeruk berlada ikut resepi MaDiHa (tq.... ).Resepi di bawah saya ambil dri FP MaDiHa yg sy tukar adalah nama buahnya sahaja.



JERUK KEDONDONG BERLADA

Bahan2
Buah Kedondong yang masih muda
Garam
Air
Gula merah
Gula putih
Cili kisar dari cili kering (takmau cili boh yer.. sebab dlm cili boh ni dicampur bahan lain.. takut jeruk cepat rosak)

Cara2 Membuat
1.Buah dibasuh bersih2 dan toskan.
2.Belah 2 atau 4 buah .
3.Rendam dlm air kapur kejap. Pastu basuh balik buah tu dan rendam dalam air biasa. 4.Campurkan garam dan kacau rata. Pastikan guna garam yang banyak mengikut kuantiti buah. Agak2lah yer.. kalau tak cukup garam nanti buah cepat rosak.
5.Lepas 2 malam jeruk air garam.. basuh buah bersih2 dan toskan.
6.Masak air gula merah pekat2 dan tapiskan.
7.Campur air gula merah tadi dengan cili kisar dan juga garam. Kuantiti gula yang digunakan agak banyak. Bila air gula dah sejuk.. tuangkan ke dalam bekas berisi buah tadi dan kacau rata.
8.Masukkan dalam peti ais dan biar terendam. Keesokannya dah boleh dimakan.. boleh disimpan beberapa hari jika letak dlm peti ais.

*wpun nampak merah jeruk ni tp rasanya tak pedas sbb saya guna cili kering yg telahpun direbus terlebih dahulu sebelum dikisar.

Sedikit selingan....
Ini anak bongsu umur 2 thn 4 bulan.



Catatan...
Quote:

MamaFaMi-mmg sedap jeruk kedondong sama sedap dgn jeruk mangga kan..
masriyah- dah jumpa resepi buat jeruk tu yg rajin buat. laaa..tak sempat pos lah dah habis....
Nur-kalau dok sebelah rumah kita makan semeja mee kari ni...
jeff-tulah bosan dia..lama sgt nunggu mamanya masak mee kari...
Hajar-nasib baik telan air liur..kalau meleleh susah nak mengelapnya...
Lee Lin-susu tu boleh jadi penawar masa boring dia sambil nonton tv..
MaDiHa-tq juga utk MaDiHa krn kongsi resepi.Saya pernah mkn jeruk buah berlada dulu2 tp tak tau resepinya macamana. Tp saya tak mkn pedas sbb tu letak cili kering yg dah rebus...
Sabrina-Cubalah Sab,senang je..boleh letak apa2 lauk yg kita suka,kalau letak kerang lagi sedap.Syazrin kalau dia bosan cari susu..kalau susah dah habis dia akan bising tarik2 tangan minta dilayan..
Muhammad Azuan Yusof-Tq krn sudi jengok FP ni.Sayapun org M'sia.Baru jugak kat sini.Eloklah jln2 negara lain,boleh luaskan pandangan.Kek kepala meja ni baru pertama kali saya tahu.Nantilah saya cuba tanyakan kawan2 org Brunei ttg kek ni.makanan traditional yg paling terkenal kat sini adalah ambuyat (sagu dimkn dgn lauk2 dan pencicah)...
mrs.apple-mmg Syazrin lebih besar..dia lebih berat 4 kg dari abgnya, dia berselera mkn berbanding abgnya.Cup cakes baru belajar nak buat, jberkenan nengok FP kawan2 yg lain yg buat cup cakes..
mummy jam-kalau jeruk yg macam ni rasanya masam manis sikit tak semasam jeruk yg dibeli dari Thai tu mmg masam.
nurul-Hai..
kamalina-tq..dahpun cubit pipi Syazrin utk Kamalina...
fazizaid-buah2 asam mmg mengodakan..
cek de sam -laa..dah meleleh air liur..nanti kita buat lagi bagi semangkuk ya..


Sedapnya jeruk kedondong tu....Comellah Syazrin ni... Sat 11-Aug-2007 11:41
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
rajinnya mamasya wat jeruk kedondong...sedapkan rasanya masam manis gitu..pos kat kita boleh tak?.. Sat 11-Aug-2007 12:46
Posted by:masriyah  - [Link]
mama..lapor ler perut lihat mee kari lihat kedondong laik tak leh tahan...amacam boleh antar sepinggan kat sini Sat 11-Aug-2007 14:06
Posted by:Nur  - [Link]
>> menarik dan menggoda betul makanan tu...
>> kesian adik lama kena tunggu mama habis masak...
Sat 11-Aug-2007 14:47
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
ala comeinya minum cucu... jeruk kedondong berlada tu membuatkan kita berkali2 menelan air liur...sedapnya Sat 11-Aug-2007 17:09
Posted by:Hajar  - [Link]
hahaha dah bosan menunggu dia minum susu Mon 13-Aug-2007 01:10
Posted by:Lee Lin  - [Link]
sedap nampak mee kari..
tq sudi cuba jeruk versi kita.. actually jeruk berlada tu.. org2 belah pantai timur selalu buat macam tuu.. memang tak berapa pedas sangat.. kalau nak lebih pedas boleh tambah cili padi yg dihiris2..
Shazrin cute yer.. kesian dia tunggu mama dia masak lama sgt..
Mon 13-Aug-2007 01:43
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Sab tak pernah lagi masak mee kari walaupun ramai yg kata senang je nak masak mee kari ni. Mungkin Sab patut cuba nanti.. Jeruk kedondong berlada tu dari FP Kak Madiha erk? Rajinnya Mamasya buat..
Syazrin itu sungguh comey Kesian dia.. penat tunggu Mama erk...
Mon 13-Aug-2007 02:32
Posted by:Sabrina  - [Link]
Hai mama,first time baca catatan mama.Actually I orang Malaysia,orang Johor.Sbenarnya dah lama nak pasang niat pergi ke Brunei.Menyelami adat resam di sana.Makanan-makanan yang mama tunjukkan pun nampak menyelerakan.Bagaimana dengan orang-orang di sana?Mungkin mama boleh kongsikan sedikit tentang kek kepala meja?Rasa berminat nak tahu Mon 13-Aug-2007 09:29
Posted by:Muhammad Azuan Yusof
syazrin tu nmpak mcm lebih besar dr abg dia pulak.
re: mamasya mesti pandai buat cup cakes kan. sy ni pandai tengok n makan je
Tue 14-Aug-2007 02:07
Posted by:mrs.apple mrs.apple@gmail.com  - [Link]
melilih air liur tengok buah kedondong tu, tapi tak suka makan benda2 jeruk ni suma.... Tue 14-Aug-2007 06:04
Posted by:mummy jam  - [Link]
masakan tu nampak menyelerakan sungguh!

tuan rumah, tumpang iklan jap..mai le jengok kiter nye FP lak...
Tue 14-Aug-2007 14:06
Posted by:nurul njnurul@yahoo.com  - [Link]
kecur air liur tgk buah kedondong ni.... mama, syazrin tu comelllll laaa... kening dia pun cantik... nanti cubitkan pipi dia utk saya... Tue 14-Aug-2007 15:50
Posted by:kamalina  - [Link]
kecur air liur tengok jeruk tu Tue 14-Aug-2007 16:47
Posted by:fazizaid  - [Link]
meleleh air liur tgk jeruk kedondong.... Tue 14-Aug-2007 20:40
Posted by:cek de sam  - [Link]
mee kari seafood ler nih...! sedap tuh! Wed 15-Aug-2007 10:42
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.