Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 16-Aug-2007 22:23 Email | Share | Bookmark
Apam Indon , Ayam Masak Serai dan Spagetti

 
 
 
 
 
 
Beberapa hari lepas semasa melihat resepi kuih-muih di FP Mamafami ternampaklah resepi apam Indon,menarik kuihnya yg warna-warni. Jadi pagi semalam cuba buat apam Indon.Sbb baru nak mencuba saya buat adunannya separuh saja. Tq Mamafami dan Blackmore krn berkongsi resepi....



APAM INDON
(resepi dari FP Mamafami)

Ingredients :
5 eggs
1 teaspoon ovalette
1/2 teaspoon vanilla essence (I put 1 teaspoon)
300 g flour
300 g castor sugar
250 ml coconut milk (I use fresh milk)
1/2 teaspoon baking powder
a pinch of salt
coloring of your choice
pewarna

Method :

1. Prepare the steamer. To avoid water from dripping onto the cake, wrap the cover with a piece of clean towel.
2. Prepare the tin. Just layer it with greaseproof paper. Doesn't need to be greased.
3. Sift flour and baking powder. Set aside.
4. Mix salt and coconut milk. Stir till well dissolved.
5. In a mixer, place the eggs and ovalette. Beat on high speed till light and fluffy.
6. Pour in sugar, little at a time. Then vanilla essence.
7. Lower the mixer speed. Add flour bit by bit alternate with coconut milk. Cut and fold till well mixed.
8. Divide into 3 equal parts. And add a few drops of different coloring into each part and mix well.
9. Pour the first color into the tray and level it. Steam for about 10 minutes or until the top is no longer sticky.
10. Pour the second color and repeat the same procedure as # 9.
11. When the second layer is done, pour the final layer and steam for 25 -30 minutes on medium heat.


Manakala Ayam Masak Serai ni saya dah cuba masak beberapa hari lepas utk lunch. Mmg sedap, Tq Mak Lang & Mak Lang Lina...



Ayam Masak Serai
(Resepi dr FP Mak Lang)

Bahan
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibunag biji dan direbus

Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.



Masak spagetti lagi utk sarapan sbb anak2pun suka. Spagetti ni saya letak sedikit mayonis dan grated cheese.Resepinya ada di sini



Dalam minggu ni saja dah 2 kali ada orang bagi kami kuih traditional ni.Rupa dan rasa sama dgn kuih kat M'sia tp lupa pulak namanya... Kalau ada kawan2 tahu namanya tolong beritahu ya...




Catatan.....
Quote:


fazizaid - warna apam ni nampak cantik tu yg buat tertarik nak mencuba. Tq krn bagi resepi, kalau dah cukup bahan boleh cuba..
MamaFaMi-saya yg patut ucap terimakasih byk2 kpd MamaFaMi krn sudi berkongsi pelbagai resepi yg sedap2... Saya dah tengok kat my resepi...aaa nama kuih ni cucur jawa...
Lee Lin-warna nya coklat tu yg seakan2 sama dgn kuih akok. unik pulak nama kuih kocor/kukutu..
inaa -sesuai jugak Inaa panggil kiuh topi..mmg macam bentuk topi..
ida isk -mmg sedap apam Indon ni,nasib baik MamaFaMi sudi kongsi resepi. sowilah kerna membuat Ida tergoda ....he..he..
Sabrina -warna apam ni ni yg macam kuih lapis buat nampak menarik.ooh Sab pun ada plan nak buat ayam masak serai , nanti boleh tengok kat FP Sab..
Ouled Kenitra -tulahkan ingatkan kat M'sia je ada apam,kat Indon pun ada tp kat M'sia tak cakap apam M'sia pulak...
tariqzaidanirah-mmg warna-warni..meriah.ayam masak serai mudah saja masuk, cubalah...
Mylonak jemput mknpun tak dpt..jemput jamu mata ya...
MaDiHa-apam Indon ni mkn dgn kelapa tp saya mkn gitu je.kami anak2 beranakpun suka ayam serai ni.Kuih traditional gini mmg org lama2 suka buat...
boxhousestudio-presentationnya taklah secantik kawan2 yg lain. Nanti sy email Tun..
Muna- he..he..gelak sorang2 depan PC dibuatnya baca nama kuih ini flying saucer..flying saucer UFO... . kuih cucur mmg ada sesetengah yg jual berminyak2.tp yg org bagi kat saya ni elok tak berminyak ...
kamalina-warna apam tu mmg colourful,kalau buat adunan penuh mungkin boleh tambah warna lagi . Kuih tu namanya kuih cucur Jawa,kalau sebelah pantai Timur jarang ada kuih ni ...
masriyahayam masak serai mudah je..boleh masak nanti. Betul kuih ni apam Jawa ..tupun setelah kawan2 bagitau,resepinya kalau di tengok kat myresepi mmg ada masuk tpg beras.dah tahu bahannya mesti Yah tahu buat kuih ni ..
Hajar-ya..kuih cucur Jawa,kuih org dulu2 ni.tp kat sebelah P.Timur mmg susah nak jumpa...
Nur -Nur kalau dkt sure boleh tukar2 pinggan ni..masakan Nur byk yg belum pernah saya mkn...
lynnhassan-glamur pulak panggil apam Inul, rajin Lynn buat kuih traditional tak ramai org tahu buat kuih traditional...
Jie jie -betul tu K.jie nama kuihnya..sayapun baru tahu. editing tu saya tahu yg mudah2 aja tak secanggih kwn2 yg lain.Nanti saya PM Kak Jie ya...
MamaLeen -Waalaikummusalam Kak Leen, tulah ketuk2 rumah lama tak ada org nak bukak he..he.... sambal telurpun tak pa K.Leen,lauk ayam masak serai saya dah siapkan.....
kamariah kamarudin-saya guna cili kering yg dah rebus dan tak pedas sgt sbb kami sekeluarga mmg tak mkn pedas.anak2 suka sarapan yg jenis mee/laksa/spaghetti kalau yg lain tu slow sikit diorg mkn.Kuih ni kuih traditional org dulu2,jarang ada jual ...
jeff -jamu mata pun boleh...
cek de sam-cek de org Sarawak ya..kalau nama kuih penyaram ni baru pertama kali dengar .dibuat dari gula merah sama kut dgn gula apung.sypun tahu mkn je. Rupa2nya ada pantang larang nak buat kuih ni..macam buat tapai ya yg ada pantangnya..
fad-Sorry lambat jawap sbb tak perasan ada soalan dr fad...apam yg letak ais krim soda belum pernah cuba...tp boleh cuba resepi di sini FP Mak Lang
Apam Ice Cream
Sumber : nina

Bahan A
250g gula castor
1sm ovellette
3 biji telur

Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (maklang guna tepung naik sendiri)
1st baking powder

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda

Cara
Pukul A sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B pukul hingga gebu.
Masukkan C
Bahagikan kepada 2 bhg. Satu bahagian biarkan kosong dan satu lagi di bahagi dua : hijau dan merah
Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna hijau dan merah.
Kukus selama 10 minit (api besar baru apam pecah)

Selamat mencuba mungkin rasanya nanti sama dgn yg arwah kakak fad pernah buat dulu....


nampak menarik betullah apam indon tu
re : dah taruk resepi chicken parmigiana tu... your kids sure suka
Thu 16-Aug-2007 23:51
Posted by:fazizaid  - [Link]
Menyelerakan sungguh masakan mamasya. Cantik-cantik belaka. Terima kasih kerana sudi mencuba resipi Apam Indon tu ye. Kuih tradisional yang last sekali tu, kalau tak salah, orang panggil Cucur Jawa...cuba check kat http://myresipi.com Fri 17-Aug-2007 00:19
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
sekali tgk ingatkan kuih akok (kes tak kenal la ni)
bila tanya kakak kat ofis, katanya kuih org jawa, nama kocor/kukutu - nama yg lagi tradisional utk cucur jawa mamafami tu kot.. nmpk mcm manis
Fri 17-Aug-2007 00:29
Posted by:Lee Lin  - [Link]
kuih tu masa kecik2 sy panggil kuih topi...
pasal mcm topi...slalu bli dkat pasar minggu....
tapi nama sebenar tak tau plak
Fri 17-Aug-2007 00:32
Posted by:inaa  - [Link]
apam indon tu memang sedapppppppp
semua makan nie sungguh mengoda kuuuuuuu
oppppps kueh tu selalu jugak nampak kat pasar mlm
tapi tak pernah nak tanya lak
Fri 17-Aug-2007 00:52
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Menariklah tengok apam Indon warna-warni tu. Rasa lapar plaks perut Sab ni tiba-tiba.. hehehe.. banyak plaks makanan yang sedap-sedap kat FP Mamasya ni. Sab mmg suka sgt ayam masak serai tu. Dah plan nak buat sendiri weekend ni.. Insyallah Fri 17-Aug-2007 02:01
Posted by:Sabrina  - [Link]
baru ku tahu indon pun ado apam juo....

Entryku kali ini…

Sungai Han terbentang luas
Direntangi berpuluh buah jambatan
Menyusurinya amatlah puas
Menikmati neon yang gemerlapan
Fri 17-Aug-2007 03:10
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
sedapnyer tengok apam Indon tuh... colourful! ayam masak serai tuh memang nampak menyelerakan! Fri 17-Aug-2007 03:22
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
Lapar!!!!!!!!!!!!! Fri 17-Aug-2007 03:37
Posted by:Mylo
best2 Fri 17-Aug-2007 03:43
Posted by:Mylo  - [Link]
wahh.. macam2 ada nihh. apam indon tu nampak menarik.. mesti sedapkan? mkn mcm tu je atau dgn kelapa?
ayam serai tu pun madiha dah cuba gak 2 3 hari lepas.. memang sedapkan.. hubby pun suka.. nanti kita masuk fp yer..
kuih tu.. kalau tak silap namanya kuih cucur.. tp madiha dok panggil kuih topi.. resepi ada tp belum try lagi.. dulu2 mak pernah gak buat...
Fri 17-Aug-2007 05:07
Posted by:MaDiHa  - [Link]
makin lama makin cantek presentation nya....ajor akak dek..email kat akak ya.. Fri 17-Aug-2007 05:19
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@yahoo.com  - [Link]
Masa kat Miri, that was one of my favourite kueh, tapi they're so berminyak....kena perah dulu sebelum makan I have no idea what they're called but I called it kueh UFO sebab shape macam flying saucer Fri 17-Aug-2007 06:57
Posted by:Muna  - [Link]
wah mama... mcm2 makanan ada kat sini... apam indon tu nampak menarik sebab dia colorful gitu... btw, kuih traditional apa tu kuih apa yek?? sblm ni tak penah tgk pun... Fri 17-Aug-2007 07:49
Posted by:kamalina  - [Link]
Banyaknya, mamasya masak...macam-macam ada..cantik apam indun tu..ayam masak serai pun berselera sekali...dan rasanya, kuih yng kat bawah tu..namanya kuih cucur,dibuat dgn tpg beras kan.. Fri 17-Aug-2007 08:22
Posted by:masriyah  - [Link]
orang panggil cucur jawa...kat utara biasanya kat kedah glamer kuih ni, sedap...kita makan kat umah mak angkat masa study dulu..resepi ada tp tak pernah cuba nak buat....menu2 lain tu mengancamnya Fri 17-Aug-2007 10:51
Posted by:Hajar  - [Link]
amboi mamasya banyak nyer makanan semua nya nampak sodap nie meleleh air liur terpaksa telan2 aje..kalau dekat boleh ngendeng kan cantik tak terkata .... Fri 17-Aug-2007 10:56
Posted by:Nur  - [Link]
lynn panggil apam inul...sebb hari tu tgh buat, inul kat tv..mmg sedap, tak manis sgt... Fri 17-Aug-2007 15:21
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]
Itu kuih cocor namanya. Menarik sungguh apam indon mamasya tambah lagi dengan editing yang cukup tertawan hati akak. Boleh ajar akak tak? Fri 17-Aug-2007 15:31
Posted by:Jie jie  - [Link]
Assalamualaikum

Salam Di Hulur Maaf Di Pohon Kerana Kak Leen Berpindah Rumah..Harap Tidak Menyusahkan Mama... Terima kasih Mama Kerana Sudi Berkunjung Kerumah Kak Leen Yang Baru....

P/s :- Pulut Kuning Belum Sempat Masak Mama Dah Datang.... Jadi Kak Leen Hidangkan Sambal Telor Jerlah
Fri 17-Aug-2007 15:44
Posted by:MamaLeen  - [Link]
sdap kan ayam masak serai ni akak dah masak dah...tapi taruh
sambal oelek tak pdas sangat. rajin mamasya pagi2masak spagheti
nak cikit bolih..jgn tanya lah apa nama kueh tu akak pun tak tahu
pernah tengok.
Fri 17-Aug-2007 16:22
Posted by:kamariah kamarudin kamariah1955@hotmail.com  - [Link]
>> nampak menarik food ni semua...
>> tapi nasib baik baru lepas makan...
>> so masih under control lagi...
Sat 18-Aug-2007 16:19
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Kuih traditional tu,if kat Sarawak, kuih nya nama kuih penyaram...kita suka kuih itu sedappp..dibuat dr gula apong rasanya,,if nak kita buat kuih tu,tak tahulah...makan saja boleh ikut kata org tua2,kuih nie if nak buat byk jugak pantang larang nye... Sat 18-Aug-2007 19:34
Posted by:cek de sam  - [Link]
tumpang tanya boleh? mama sya ni rajin buat apam2...so nak tanya, penah terdengar tak nama Apam Aiskrim Soda? apam ni dicampur dengan air bikarbonat (aiskrim soda) tu. rasa dia best...apam ni arwah akak saya rajin buat masa saya kecik2, tapi takde sape pun yg sempat salin resepi dari dia....so, kalau dapat paste kan resepi ni...suka hati nya saya..tq! Sun 18-Nov-2007 09:18
Posted by:fad fadrizals@yahoo.com
Mamasya,ni kiteorg panggil peniaram, kueh tradisional melayu,mak dyg pakar buat kueh nih.heheehe di perbuat dr tepung beras,gula,gula apong. Wed 13-Feb-2008 19:11
Posted by:dayang dygchanj@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.