Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 18-Aug-2007 10:35 Email | Share | Bookmark
Laksa Johor, Chocolate Chip Muffin dan Jeruk Lada

 
 
 


Masa membelek2 majalah lama terjumpa resepi laksa Johor yg disediakan oleh bekas dramatis dan juga pemilik restoren iaitu Rubiah Suparman. Resepi ini dicuba krn bahan2nya agak mudah berbanding resepi yg lain.. .
Resepi Laksa Johor

Bahan untuk Kuah Laksa
1/2 kg ikan (ikut suka sebaiknya guna ikan parang) -saya guna ikan kembong
*1 inci lengkuas
*3 ulas bawang putih
*2 biji bawang besar
*sedikit belacan
*1 sudu udang kering
2 batang serai,di ketuk
1 pkt kecil rempah kari
2 sudu makan kerisik
500 gm santan (saya guna 1 pkt santan debu segera)
asam dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis
( * Bahan untuk dikisar )

Cara
1.Rebus ikan- ambil isinya dan kisar bersama bahan-bahan utk dikisar.
2.Tumiskan bahan2 bersama satu pkt kecil rempah kari sehingga naik baunya.
3.Masukkan santan berserta isi ikan tadi. Kacau hingga pkt.
4.Asam dan garam secukup rasa.akhir sekali masukkan kerisik.

(Resepi asal tidak nyatakan bahan2 utk ulaman tp saya letak sambal, timun, tauge, limau, bawang besar dan jeruk lada, mkn dgn spaghetti)




Chocolate chip muffin MamaFami dan Mak Lang (terimakasih... ) ni saya buat beberapa hari lepas. Oleh krn coklat chips yg ada di rumah tak cukup spt resepi yg diperlukan saya kena ngelat sikit resepinya.... cari bahan lain sbg tambahan. Jumpalah coklat rice cereal utk ditambah dlm adunan muffin.
Muffin ni tak lah cun sgt sbb tabur coklat chip kat atasnyapun ciput dan macam segan nak kembang je... Esoknya anak bawak bekal ke sekolah. Balik rumah anak yg nombor 2 ngomel2 kenapa bekalkan sikit muffin tu sbb tak cukup...rupanya kawan2nya minta nak juga. Patutlah tak cukup, cakap pada anak nanti mama buat lagi.

CHOCOLATE CHIPS MUFFINS
Sumber : Nigella Lawson dari FP MamaFaMi

Bahan-bahan :

250 g tepung
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikabonat
2 sudu besar serbuk koko
175 g gula kastor
150 g chocolate chips
250 ml susu segar
90 ml minyak sayuran (75 g mentega) (Mama gunakan minyak jagung)
1 biji telur (L size)
1 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan gula.
2. Di dalam mangkuk yang lain, tuangkan minyak, susu segar, esen vanilla dan telur. Gaulkan hingga sebati mengguna kan whisk.
3. Tuangkan kesemua cecair ke dalam adunan tepung dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Jangan terlebih kacau.
4. Masukkan chocolate chips.
5. Sudukan bater ke dalam mangkuk muffin lebih sedikit dari separuh mangkuk.
6. Taburkan sedikit chocolate chips di atasnya
7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 20 minit atau sehingga masak.


Masa pergi pasar hari tu,byk cili hijau dijual murah, belilah utk dibuat jeruk lada. Jeruk ni letak garam,gula dan cuka dan dicampurkan dgn cili yg dipotong.Selepas beberapa hari sudah boleh dimakan dan rasanya tidak pedas.Sedap dimkn dgn mee goreng dll.



Catatan......
Quote:


Nur- ohh..dah lepas dinner ya..nasib baik dah kenyang.laksa Johor mmg sedap sama spt laksa lain. Resepi ni ringkas dr resepi laksa Johor yg lain tu nak cuba buat...
jeff-laa rugilah tak pandai makan laksa Johor,sedap...
dOd -ada..ada jemput ke rumah ya...
Hajar he..he...setakat sipi2 gaya nigella lawson tu bolehlah...
Ana -cubalah buat sekali, boleh menjadinya..resepi laksa yg dicuba ni ringkas sikit bahannya. oohh..Anapun dah cuba ya muffin ni. Anak2 sayapun suka muffin ni sbb ada coklat chip tu..
ida isk-Ida ni mesti org Johor suka laksa ni..laksa Johor mkn dgn spaghetti mmg bestkan..
Sabrina-nasib baik Sab dah pernah mkn laksa Johor kalau belum mkn lagi mmg kena balik Johor tu cari laksa. belajar mkn laksa ni masa dok Johor dlm 7 thn lepas.sayapun suka coklat ,sama laju dgn anak2 kalau mkn...
tariqzaidanirah- laksa Penangpun sedap, bahannya lebih ringkas berbanding laksa Johor .samalah kita kalau nak mkn skrg ni tak boleh order saja kena masak sendiri laksa ni.kat sinipun tak ada laksa.huiiyoo boleh mkn cabai buring mentah2.... mmg betul2 suka pedas ni.saya tak tahan pedas,kalau mkn kena siap tisu...
masriyah-kacang pjg dah habis...tapi kalau mkn laksa lemakpun sedap juga letak kacang pjg ni..cili jeruk mmg sedap mkn dgn mee goreng macam mee kuali besar di pasar mlm tu..
kamalina betullah macam pakat pulak...kita macam dok sebelah rumah je..buat muffinpun sama2 tak cukup bahan..tp muffin Kamalina cunlah kembang,muffin saya macam segan nak kembang je. cup cake dah,muffin dah..ingatkan nak buat kek lepas ni, jom pakat buat kek pulak..
shahQuantan -jemputlah..jemput jamu mata...
cek de sam -sama2 cek de sam,syukur ahli keluarga dah beransur pulih. Laksa mmg kegemaran tak tolak tepinya mmg terus ngap sbb sedap...
fazizaid -mesti K.Fazi miss makanan M'siakan..laksa ni dah 3-4 thn jugak tak mkn. tu yg masak..
nabialishad Salam perkenalan juga...mmg kalau buat mkn sorang2 tak berbaloi sbb nak membuatnya lama jugak.muffin tu nasib baik anak2 suka wpun macam tak berapa nak kembang...
kamariah kamarudin-laa dah lama akak tak mkn laksa ya..kalau dkt mmg tak payah hantar kita mkn sama2 ..
mamaFaMi-betul tu tak cuba belum tahu, senang saja tu MamaFami,potong cili dan masuk semua bahan..2-3 hari dah boleh makan..gi beli cuka cepat2..


ada laksa,muffin...ini yg buat resah gelisah nie sib baik ler nur dah makan tak der meleleh air liuq memang betul mamasya cakap laksa nie rengkas resepi nyer..orang kata laksa Johor nie sedap kan mama:P Sat 18-Aug-2007 14:59
Posted by:Nur  - [Link]
>> walaupun my wife is orang Johor, sampai sekarang myself masih tak reti reti nak makan laksa johor ni...
>> fail betul...
Sat 18-Aug-2007 16:17
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
wah mama....sedapnya laksa johor nih...
ada lagi tak?
Sat 18-Aug-2007 16:34
Posted by:dOd  - [Link]
menu sedap2 belaka ni masa masak muffin tu ada gaya macam nigella lawson tak Sat 18-Aug-2007 17:51
Posted by:Hajar  - [Link]
Laksa Johor ni is one of my faberet...tapi tak berani nak wat takut tak jadi...dulu ada jiran orang johor...dia selalu tolong masakkan dan ana selalu tolong makankan... . Memang dah jatuh cinta ngan laksa johor ni...jumpa byk resipi tapi versi macam2 tu yang tak berani nat cuba wat...Choc chips muffin ni ana dah try wat mmg anak2 ana suka... Sun 19-Aug-2007 00:34
Posted by:Ana  - [Link]
Laksa Johor ni is one of my faberet...tapi tak berani nak wat takut tak jadi...dulu ada jiran orang johor...dia selalu tolong masakkan dan ana selalu tolong makankan... . Memang dah jatuh cinta ngan laksa johor ni...jumpa byk resipi tapi versi macam2 tu yang tak berani nat cuba wat...Choc chips muffin ni ana dah try wat mmg anak2 ana suka... Sun 19-Aug-2007 00:34
Posted by:Ana  - [Link]
wowwwwwwwww nie mkn kegemaran no .1 laksa johorrrr tapi mesti ngan sphagetti baru yummy2 Sun 19-Aug-2007 01:58
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Walaupun Sab orang Johor, Sab baru belajar makan laksa Johor 3-4 tahun yang lalu. Itu pun sebab kawan satu pejabat Sab rajin masak laksa Johor ni walaupun dia orang Perak. Heheheh malu seh orang Johor tapi tak reti makan laksa Johor apatah lagi memasaknya.. heheheh

p/s: Choc chips muffin tuh nampak sedap lah.. hahahah biasalah Sab, bias kalau pasal cokelat..
Sun 19-Aug-2007 02:01
Posted by:Sabrina  - [Link]
laksa2 nie memang favourite saya lagi2 laksa penang... dulu rajin membeli sekarang nie kena rajin ler pulak memasaknyer! kalu jeruk lada tu saya kurang minat sbb saya lebih suka cabai burung yg mentah2 tuh... terangkat! Sun 19-Aug-2007 06:00
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
Laksa johor tu sedap...kalau tambah.. kacang panjang sebagai ulamnya sedap kan..muffin pun ada, rajinnya masak...cili tu sedap makan dgn mee goreng kan. Sun 19-Aug-2007 10:13
Posted by:masriyah  - [Link]
la mama ni mcm pakat je dgn saya... sama je.. ari tu buat cupcakes... ni buat muffin lak.. hehehe.... next time apa lak ya??? actually kan mama, muffin saya tupun tak cukup bhn gak... saya guna 100gram aje choc chip... tak cukup lagi 50g.. bantai jela.. tapi ok je rasanya.. tu yg dlm masa sehari dah licin... btw, tq 4 d BD wish... Sun 19-Aug-2007 13:32
Posted by:kamalina  - [Link]
sedapnye....
Sun 19-Aug-2007 13:57
Posted by:shahQuantan  - [Link]
Mamasya, terima kasih krn bertanya khabar? Anak dah gi sekolah hari jumaat lepas dan en suami masih lagi dlm proses pemulihan..insyaallah..minggu depan ok... BTW..laksa johor nie sedappp... Sun 19-Aug-2007 17:00
Posted by:cek de sam  - [Link]
hmmm lama betul tak makan laksa johor Mon 20-Aug-2007 00:38
Posted by:fazizaid  - [Link]
tu la kan...nabia pun lamaaaaaaaaa giles x mkn laksa johor..maleh nk buat pung..klu dibuat ku sorg ja ngadap..x kicked laa..ehhehe..cantik pe mufin tuuu..asal sedap dimakan ye dak..
pssttt salam perkenalan ya..
Mon 20-Aug-2007 06:13
Posted by:nabialishad  - [Link]
selalu makan laksa johor kat klcc food court aje dah lama tak makan ni, nak sikit bolih.desert hantar lah muffin
tu ye he hee
Mon 20-Aug-2007 14:59
Posted by:kamariah kamarudin kamariah1955@hotmail.com  - [Link]
Mama tak tahan tengok cili jeruk tu...nak buat tapi cam tak pandai je. Tapi kalau lom cuba, mana boleh cakap tak tahu kan? Mmmm nantilah nak beli cuka dulu.... Thu 23-Aug-2007 03:01
Posted by:MamaFaMi  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.