Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 20-Aug-2007 10:13 Email | Share | Bookmark
Sup Tulang Ala Mamak , Ikan Percik dan Kerabu Epal Hijau

 
 
 
Hari Ahad minggu lepas enjin memasak mula panas dari pagi lepas masak laksa Johor,masak sup tulang , ikan percik dan pecal (gambarnya akan dtg).Iniilah kalau dah ada mood memasak macam2 rasanya nak masak padahal nak mkn anak-beranak saja... .Tapi kalau mood tak rajin tu cari nasi bungkus je..



Sup tulang yg biasa dibuat mudah saja rebus tulang,bila mendidih masukkan halia dan bawang putih yg telah ditumbuk,lada hitam,rempah sup/sup bonjut,garam dan kemudian ubi kentang dan biarkan mendidih hingga tulang empuk. Tp kali ni nak masak sup yg lain sikit. Cuba resepi sup tulang ala Mamak dlm FP K.Liza (tq.... )

SUP TULANG ALA MAMAK
Sumber FP K.Liza

Bahan-bahan
1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.


Sambil tunggu tulang masak yg sememangnya lama, masak kuah percik ikan dan bakar ikan. Masak ikut resepi mak.



Ikan Percik

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung-dilumur dgn sedikit garam-biarkan seketika
6 ulas bawang merah ditumbuk
seinci halia-tumbuk
1 biji santan kelapa/1 pkt santan debu (3 gelas santan)
1 asam kpg
2 sudu tepung beras/gandum
1 btg serai di ketuk
garam, gula

Cara-cara
1. Santan dipanaskan dlm kuali sampai mendidih dan kacau agar tidak berketul.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau. Selepas itu masukkan asam keping, serai, garam dan gula secukup
3. Masukkan tpg utk memekatkan kuah percik
4. Bakar ikan kembung tadi sampai separuh masak.Siramkan kuah percik ke atas ikan dan bakar lagi sampai masak.
5. Bila sudah masak, letakkan dlm pinggan dan siram sekali lagi dgn baki kuah percik itu.Siap utk dimkn.


Manakala kerabu epal ni saya buat sehari sebelumnya ikut FP MamaFaMi , tq MamaFaMi dan Anim tuanpunya resepi.... Masa memotong epal ni asyik terhenti2 melayan yg kecik..sampai epal pun lebam . Teringat satu tip yg pernah dibaca tp dah lupa FP siapa, yg lebam epal boleh hilang dgn rendam epal berkenaan dlm air garam. Bila rendam,mmg betul lebam pd epal hilang,tq ya kongsi tip...



KERABU EPAL HIJAU
Sumber FP MamaFaMi

Ingredients :
2 green apples - shredded
1 red chillie - sliced
1 onion - quartered n sliced
carrot - shredded
mint leaves (I omit this as it's not available at home)
1 teaspoon lime juice
salt n sugar to taste
* I added crushed black pepper and olive oil

Method :
1. Mix shredded green apples, red chillie, onion, carrot and mint leaves in a bowl.
2. To prepare the dressing : Mix lime juice, salt, sugar, black pepper and olive oil.
3. Pour the dressing into the vegetables and set aside for 15 minutes.
4. Ready to serve.


Catatan......
Quote:

Jie jie- Amin sama-samalah kita K.Jie,K.Jiepun rajin masak macam2. tak pa K.Jie tak leh kerap mkn daging....kesihatan lebih pentingkan ..
yangmazni-laa..dah habis tak sempatlah nak simpan semangkuk utk Yangmazni..
dR ali mmg sedap sehingga licin kuahnya...
Hajar-nilah bila mood memasak tu dah dtg..tp kalau dah rasa malas, nak ke dapurpun liat..
Shukri Sfawani-hai..
Daalia -dah lapar ke cepat ke dapur cari makanan....
kamalina -Amin-amin, ni masa rajin..rasa nak mkn kena masak..nak beli tak semua yg suka ada kat sini...
masriyah-sup tulang kalau tak panas boleh berlemak mmg tak ummph kan...byk masak kebetulan hari cuti..kalau hari anak2 sekolah mmg tak sempat nak kejar waktu anak2 balik mkn..
Ana-betul tu...kalau sup ni hirup saja2 pun sedap...
Haniss-mkn panas2 mmg sedap sup..
Lee Lin-he..he...sbb lambaian sup tu yg laju mkn..
MaDiHa-ikan percik putih rasa berlemak sikit...yg percik merah tu pun saya suka mkn..
tariqzaidanirah-itu dah kira menu lengkap dari pagi sampai mlm..tp cicah roti mmg sedapkan...
Nur -sup tulang mmg sedapkan. nasib baik telan air liur..kalau tak dah kena lap tu..he..he..
lynnhassan -betul tu Lynn kalau beli mmg tak pekat sgt kuahnya.tp kat sini mmg tak da jual,nak mkn ke masak..
Irene Yaya percik merahpun sedap.nasib baik Irene boleh masak...kalau mengidam boleh masak sendiri.kerabu sayuran lainpun sedap jugak..
jeff -betul tu..kalau tak nak dgn nasi cicah dgn roti pun ummmppp sedap..
nabialishad-laaa..tak sihat ke..kalau mkn sup selera sikitkan,mkn dgn sambal kicap ni macam org Johor je..org Johor ya..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net