Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Aug-2007 11:43 Email | Share | Bookmark
Pecal dan Mee Kolok

 
 
 
 
 


Pecal ni masak hari yg sama dengan sup tulang di entry kat bawah. Sebab dah lama tak masak ingat2 lupa pulak bahannya,maka rujuk resepi K.Liza...tq K.Liza..



PECAL atau ROJAK SAYUR
Sumber : FP K.LIZA

Bahan Sayuran
1 ikat daun pucuk ubi
1 ikat kangkong
10 urat kacang panjang
100 gm taugeh
1 batang timun [hiris nipis]
2 butir tahu [goreng dan potong nipis]
daun salad
telur rebus [optional]
garam

Cara
1. Pucuk ubi, kangkong dan kacang panjang dipotong dan basuh bersih.
2. Rebuskan berasingan dengn sedikit garam sehingga lembut. Toskan.
3. Taugeh dibersihkan dan basuh. Toskan.
4. Masukkan semua bahan dalam pinggan dan sediakan kuah.

Bahan Kuah
1 cawan kacang tanah
1/2 cawan jus asam jawa
15 tangkai cili kering [potong dan basuh]
3 ulas bawang merah
sedikit belacan
3 s/b minyak
gula (saya guna gula merah)
garam

Cara
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak. Buangkan kulitnya. Mesin kasar.
2. Panaskan minyak dan gorengkan cili kering, bawang merah dan belacan sehingga wangi.
3. Mesinkan cili kering, bawang dan belacan dengan jus asam jawa sehingga halus.
4. Gaulkan dengan kacang tanah yg telah dihancurkan.
5. Masukkan gula dan garam. Rasakan secukupnya. [jika pekat boleh tambah air sikit demi sikit]
6. Hidangkan dengan bahan sayuran.


Pertama kali makan mee kolok masa pergi Miri bulan lepas. Tak sangka anak2 pulak suka makan mee kolok,sampai 2 kali beli.Mee kolok yg dibeli tu macam mee kicap tanpa sayur hanya diletakkan hirisan ayam di atasnya.Kebetulan masa ke supermarket di Miri jumpa mee khusus utk buat mee kolok,so cuba buat mee ini minggu lepas.Resepi asal hanya isi ayam diambil tp sbb tak rajin, masak ayam ketul2 gitu je ...



MEE KOLOK
sumber Alaf 21

Bahan
300 g mee telur
8 ulas bawang merah, dicincang halus
2 keping tauhu
100 ml minyak
sedikit garam
5-6 tangkai daun bawang, dihiris

Bahan Perasa
400 gm hirisan daging ayam (saya guna 3 ketul ayam)
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu kicap soya cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan ( saya guna minyak masak biasa )
1 sudu kecil serbuk lada putih
200 ml air

Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan perasa dan dimasak di atas api sederhana besar sehingga ayam empuk. Masak yee mee dalam air panas, sejatkan. Lumur tauhu dengan garam. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga keemasan kemudian angkat, belah 2 dan hiris nipis. Goreng pula bawang putih hingga kekuningan dan tapiskan minyaknya. Gaulkan mee dengan kuah (air rebusan) dan minyak bawang merah. Letak di dalam mangkuk. Aturkan ayam, tauhu dan dan bawang di atasnya.


Sedikit selingan...

Ini adalah antara gerai yg menjual ikan terubuk pekasam di Miri yg sempat kami singgah.. Harga yg dijual antara 2-4 ekor utk RM10 bergantung kd saiz.



Catatan....
Quote:

jeff -mee ni terkenal kat Sarawak je kut, sbb kat sem M'sia mmg tak pernah jumpa..
Nur-Nur masakpun selalu sedap2 juga..
Muna-kegemaran Muna ya..mula2 tengok tak teringin nak mkn tp bila anak2 berselera menjamah mee ni,sypun mencuba...barulah tahu rasanya sedap jugak..
masriyah-sayapun baru rasa mee kolok masa jln ke Miri..tp budak2 mmg suka sbb rasa ayam dan kicap.ikan terubuk mmg sedap goreng terutama mkn waktu hujan..
Hajar -pecal ni dah lama sungguh tak mkn...asyik tertangguh2 nak buat ...
kamariah kamarudin -kat sini ada jual tp tak pernah beli mee kolok ni sbb nampak macam mee kicap letak kicap je.ikan terubuk masin ni kalau org pergi KK mmg bawak balik sbg buah tangan sbb murah lebih murah dari kat Sarawak.
cek de sam -cek de org Sarawak ya..Mee kolok mmg terkenalkan kat Sarawak,masa pergi kat restoren di Miri kebanyakkan nya ada jual mee kolok. ikan terubuk masin sayapun tak pandai buat..
Haniss siap kawan bawal bekal ke office...mesti berselera lunch dgn ikan terubuk masin..
Lee Lin -dah ambil resepi tu maknanya ada plan nak buat cuma belum tiba masa..he..he..ni nak tulun bagi alasan..sayapun gitu juga suka gumpul resepi tp tak nyempat2 nak mencuba...
MamaFaMi-pecal ni mkn gitu tak payah dgn nasi pun sedapkan MamaFami..
MaDiHa -rajin MamaDiha nak buat lagi pecal..mee kolok ni tak lah susah sgt penyediaan nya bolehlah cuba..
tariqzaidanirah -sypun asyik tertangguh sbb nak siapkan pelbagai sayur2 pecal.ikan pekasam ni kalau sebelah Sabah dan Sarawak mmg terkenalkan selalu org bawak balik bagi kat sedara mara dan kawan2 sbg buah tangan.Kalau kain batik tu saya beli kat Labuan byk dr Indonesia ..
mummy jam -pecal mmg sedapkan ratah macam mkn rojak...
Ana -ikan terubuk mmg sedap cuma masa menggoreng nya harum semerbak satu rumah..lama pulak nak hilang baunya..nanti kalau pergi lagi kita beli byk2 ya..kat rumahpun dah habis stok ikan terubuk..
nabialishad -he..he..ngancam ke..buat mai mangkuk kita hulur sikit...
ciku_nunu -tq lawat FP ni. sayapun baru kat sini mkn mee kolok.Kalau kat Sem. mmg tak pernah jumpa. betul tu kalau bawak balik ikan terubuk ni org dpt teka mesti balik dr Sabah dan Sarawak..
mallan -tq lawat FP ni. kalau jamu mata tak pa Mallan, lawat FP boleh dpt idea utk masak juadah berbuka.. ..
Sabrina-Ni resepi org Sarawak tp kat sini pun ada dijual.pertama kali tengok ingatkan ni mee kicap je.hubby tak suka pecal ke ..rugilah pecal sedap...
Roylazim -kerja kan ikan terubuk masin dlm periuk.. ke kuali ke..mmg sedap dimakan ...
siti -tq Siti kerna sudi lawat Fp ini, kalau tak ada mee khusus utk mee kolok boleh cari mee telor/egg noodles dan mee sanggul di supermarket atau mee kuning yg jenis halus. Selamat mencuba...nanti tak payah ke Miri cari mee kolok dah boleh sediakan di rumah saja.....
siti -Ni Siti yg akak kenalkan....yg dtg beraya di rumah..takut silap org. Macam mana dpt alamat Fp akak?hari tu lupa pulak nak bagi masa dtg rumah.Kalau nak cari mee kolok tu ada cth mee nya spt gambar.tp kalau org sini mereka guna mee kuning yg halus buat mee kolok...akak tak pernah cari mee khusus utk mee kolok kat sini,kadang2 buat guna mee kuning saja...ok jugak rasanya yg penting mee jgn terlalu kembang. anak2 akak lebih tahu bhs Brunei ni tp akak selalu juga tengok kamus bahasa Brunei...elok kalau nak tahu lebih ttg bahasa Brunei. Ni emel akak kalau nak sembang2
mamasya22@yahoo.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net