Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 26-Aug-2007 11:02 Email | Share | Bookmark
Rendang Ayam,Ketupat,Chocolate Chips Cookies Dan Puding Raja

 
 
 
 


Bila tengok biskut raya kat FP kawan2,teringat juadah rendang dan ketupat di pagi raya.Tak sabar tunggu raya... maka masaklah rendang dgn ketupat nasi dan pulut pada pagi Jumaat lepas.Ketupat nasi dan pulut guna yg segera je,mmg tak pandai nak buat sarung ketupat nasi dan bungkus ketupat pulut.Setiap kali balik raya mmg belajar tp tak pernah lulus..

Kalau masak rendang suka letak sedikit serbuk kari daging/ayam sbb tak letak banyak cili kerana tak mkn pedas.Selain makan dengan rendang sedap juga ketupat ni dimakan dgn serunding daging atau sebelah Pantai Timur panggil sambal daging.Tapi ni serunding yg dibeli, belum cukup rajin nak cuba buat sendiri....



Rendang Ayam

Bahan-bahan

1 ekor ayam (12 ketul ayam)
3 sudu ciling kering yg sudah di tumbuk
2 sudu serbuk kari ayam/daging (campur dgn sedikit air/santan)
*6 ulas bawang merah
*1 inci halia
*1/2 inci lengkuas
2 btg serai di ketuk
sebiji kelapa / 1 pkt santan debu
2 sudu kerisik
sedikit gula merah/manisan
garam secukup rasa
3 helai daun limau purut (tp kali ni tak letak tak da daun limau)
Air

Cara-cara

1. Kisar bahan * dan tumis bersama cili dan serbuk kari hingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan serai .Kacau rata hingga ayam empuk sedikit.
3.Masukkan santan,daun limau purut dan garam serta gula.
4.Kacau hingga hampir masak,masukkan kerisik dan kacau lagi.
5.Bila dah masak dan kering bolehlah diangkat.

Cookies ni anak2 suka,so merajinkan diri buat biskut Chocolate Chips Cookies ikut resepi di FP MamaFami.Tq MamaFaMi dan pemilik asal resepi Amy Mustapha. ... Next daynya masa pergi bakery nak beli roti,anak2 tunjuk cookies dlm almari sama dgn mama buat.Bila lihat yg beza bentuknya yg 4 segi..harganya BND1.90(RM4.37)utk hanya 100 gm!... Bila balik timbang biskut yg telah dibuat,100 gm tu dlm 6-7 keping maklumlah agak besar saiznya.Bila dihitung mmg jimat buat sendiri ...



CHOCOLATE CHIPS COOKIES
sumber FP MamaFaMi

Bahan-bahan :

1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 cawan mentega
1 cawan minyak sayuran
1 biji telur
4 cawan tepung gandum ~ diayak
1 sudu teh garam
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh bikarbonate soda
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawab walnuts/almond/hazelnut cincang (optional)
2 cawan semisweet chocolate chips
* mama tambah 1 sudu besar lelemak sayuran

Kaedah penyediaan :

1. Krimkan mentega, gula kastor, minyak, telur, lelemak sayuran dan esen vanilla.
2. Masukkan bahan kering yang telah diayak terlebih dahulu.
3. Sudukan sedikit adunan ke atas loyang yang telah dialaskan dengan kertas.
4. Tekankan dengan garfu.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 350 F atau 175 C selama 8 hingga 12 minit.




Ini pulak Puding Raja... Buat lagi sbb familipun suka dan membuatnya senang.Cuma ikut resepi asal letak jala mas dan ceri atas puding tp kat sini tak da jala mas,nak buat sendiri belum pandai, so make-uplah guna hiasan yg ada kat rumah... Resepinya disini

Catatan....
Quote:

Hajar -ketupat pasangan dgn serunding mmg serasi..
masriyah -tak sabar tunggu raya..masak mkn anak beranak..
Sabrina -masak rendang sebelum raya kira macam food testing utk raya nanti. tak susah masak rendang ni Sab dan ada pelbagai pilihan resepi,cubalah utk raya thn ni..
Muna -tak pandai buat sendiri..ketupat ni beli yg ready made punya ketupat pulut daun palas jenama Nona..
kamalina -sbb nak mkn tak sabar2 nunggu raya,masaklah jugak.betul tu,sekejab saja sethn kan Ramadhan dtg lagi.Thn ni kemungkinan besar raya di sini tak balik kg..
jeff -mungkin ramai dah rasa bahang nak raya wpun puasa belum mula..
lynnhassan -betul tu Lynn ketupat nasi mkn dgn kuah kacang sedapnya ..nak lagi kalau ada sate..
fazizaid tak pandailah K.Fazi buat ketupat pulut,resepinya pun tak ada ..ni masak ketupat yg instant punya...
unnamed -sama2.ketupat pulut juga famous sebelah Pantai Timur,cuma kalau di Trg ketupatnya digoreng dan Kel di rebus..
Lee Lin -he.he.. food testing utk raya nanti...
Kak Leen-Waalaikummuasalam..puding raja yg asli letak jala mas dgn buah ceri tp jala mas belum pandai buat letak saja hiasan utk kek...
Ouled Kenitra -betul tu..rasa nak makan , masak sendiri ..
MaDiHa -Pulut kuning MaDIha dgn rendang daging tu mmg sedap.pulut kuning sy belum pernah cuba buat lagi.Puding raja ni senang tu yg buat lagi...
mummy jam -betul tu nasib baik ada yg instant boleh mkn ketupat pulut bila2 masa.sy mmg tak pandai menganyam ketupat wpun selalu belajar,rasanya susah sgt..
MamaFaMi -betul tu..FP asyik buat hal je..bila dah ok letak cepat gambar2 masakan. selamat menjamu mata kalau dkt mmg kita boleh mkn sama2...
melyz -tq sudi lawat FP ni.nak jemput mknpun jauh..jemput jamu mata ya..
ida isk-dah rasa bahang nak raya..biskut rayapun dah byk dijual . kalau kat semenanjung sypun tak pernah jumpa lagi mee kolok ni...
tariqzaidanirah-nilah kepingin punya pasal,tak sabar tunggu raya.Umur Tariq dan Zaidan antara umur anak yg no 2,6 thn. bagus juga diperkenalkan sistem kad tu..boleh cepat pandai Math..
Roylazim -risau ni kalau ada org nak merajuk..takut susah nak pujuk. mailah sini nanti jamu ketupat tu..
kamariah kamarudin -kalau org2 dulu mmg semua masak cara traditionalkan.skrg ni dah ada instant ramai tak pandai anyam ketupat termasuklah saya.ketupat ni guna ketupat pulut segera...

alamak ada ketupat ngan serunding lagi ...puding raja tu nampak menarik laa Sun 26-Aug-2007 12:28
Posted by:Hajar  - [Link]
Macam suasana raya lak..rendang ayam,ketupat,serunding,cookies dan puding .....dah penuh meja tu.. .Nampak meriah sekali.... . Sun 26-Aug-2007 13:45
Posted by:masriyah  - [Link]
Awat banyak FP dok tayang rendang ni? Uiskkk tak tahan lah godaan macam ni. Tapi kan, terus terang punya cakap, Sab tak pernah masak rendang seumur hidup Sab. Sab tak berani nak mencuba yang satu ni. Sab rasa macam susah sangat la.. kenapa erk? Sun 26-Aug-2007 13:59
Posted by:Sabrina  - [Link]
Sedapnya...bentuk ketupat pulut tu cantik....macam mana Mamasya buat?? Sun 26-Aug-2007 14:58
Posted by:Muna  - [Link]
mama... rajinnya buat ketupat & rendang ni.... rasa cam nak raya la pulak... hehehe... cakpa pasal raya, next month dah start puasa yek.. cepat je masa berlalu... tahun ni beraya kat mana?? *awalnya tanya kan* Sun 26-Aug-2007 15:51
Posted by:kamalina  - [Link]
>> semakin dekat dengan raya ni semakin popular nampaknya rendang ni...
>> walaupun boleh makan dengan nasi, pekena dengan ketupat juga yang best...
Sun 26-Aug-2007 16:33
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
macam dah dekat nak raya lak....pekena dgn kuah kacang perut sedap tu... Sun 26-Aug-2007 16:55
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]
memang.. kalau tengok gambar2 ni rasa tak sabar nak Raya pulak, kan
you ada resepi ketupat pulut?
Sun 26-Aug-2007 19:55
Posted by:fazizaid  - [Link]
alamak bestnyerrr tengok ketupat pulut... walaupun I bukan orang utara tapi memang favourite ketupat pulut, tambah dengan serunding daging!! anyway thanks sebab sudi jengok fp I Sun 26-Aug-2007 20:45
Posted by:unnamed
rehearsal jamuan raya la ni? hehe Mon 27-Aug-2007 00:52
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Assalamualaikum Mama

Cantik Puding Raja Ni Mama... Rendang Ayam Mama Ni Nampak Menyelerakan...Tentu Sedappp Ni....
Mon 27-Aug-2007 01:20
Posted by:Kak Leen  - [Link]
kool. tak payah tunggu raya kalau pandai masak sendiri...

Entryku kali ini…

Namdaemun tegak berdiri gagah
Gerbang selatan pintu negeri
Rakyat tempatan merasa megah
Terkenal segenap ceruk negeri

Menjadi kegilaan kaum hawa
Buat hiasan ditudung dan baju
Berada di sana rambanglah mata
Kalau boleh nak dapat satu
Mon 27-Aug-2007 01:58
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
kita minggu lepas buat rendang daging mkn dgn pulut kuning.. mamasya wat rendang ayam mkn dgn ketupat pulut & ketupat nasi yer.. mcm raya plak hidangan tu.. puding raja tu nampak sedap..mesti sedap kan.. dah 2 kali buat dah tu.. ada masa nanti kita try yer.. Mon 27-Aug-2007 02:36
Posted by:MaDiHa  - [Link]
nasib baik ada instant ketupat / lontong eh, mummy tahu anyam ketupat tapi bab merebus nya lom pas lagi, pakai instant nya lagi senang. Mon 27-Aug-2007 06:33
Posted by:mummy jam  - [Link]
Wah mamasya lepas gian update page ye? Bukan main banyak juadah menyelerakan yang dipaparkan untuk jamuan mata ku yang lapar ini! Mon 27-Aug-2007 07:20
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
wah..mamasya...ghajin la mama nie....
terliur22222222...nti update lg tau...kita x dpt mkn jamu mata pon jdla
Mon 27-Aug-2007 12:34
Posted by:melyz
wowwwwwwww nie betol2 dah raya nie

psst : mee kolok memang suka sekali makan tapi kat kl nie susah nak dpt
Mon 27-Aug-2007 12:37
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
suasana raya nih... rendang ayam tu memang mengancam.. terliur dibuatnyer
[tariq 7 tahun zaidan 5 tahun... kad tu kad matematik pengiraan + dan - .. hari2 tariq kena baca semua kad2 tu & diambil kepantasan masanyer.. kerja sekolah utk summer holiday nih]
Tue 28-Aug-2007 00:02
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
Ketupat pulut my favourite!!! kalau tak kasi boleh merajuk tau...heheheheh Tue 28-Aug-2007 01:13
Posted by:Roylazim  - [Link]
teringat kat arwah mak menganyam daun kelapa nak buat ketupat pulut atau ketupat nasi...cammana mamasya wat ketupat pult tiga segi tuuuuuuuu Tue 28-Aug-2007 08:53
Posted by:kamariah kamarudin kamariah1955@hotmail.com  - [Link]
tanx mama sya...its been a long tym im searching 4 d resipe of d choc chips cookies Thu 26-Nov-2009 05:06
Posted by:nadia~


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.