Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 31-Aug-2007 23:21 Email | Share | Bookmark
Nasi Kerabu Kuning dan Pulut Durian

 
 
 
 


Dah lama rasanya tak makan nasi kerabu semenjak balik cuti tempoh hari,maka masak nasi kerabu ikut resepi mak untuk lunch.Nasi kerabu ni turut dihidangkan dengan solok lada,ayam goreng berempah,keropok goreng dan telur asin. Masak ikut resepi mak tapi tak letak budu sebab di sini tak ada budu. Puas makan sekeluarga....



Nasi Kerabu Kuning

Nasi -masak nasi macam biasa dgn tambah serbuk kunyit dan daun pandan.

Sambal Tumis
Bahan
*2 sudu lada kering yg telah ditumbuk atau 3-4 sudu (8-10 tangkai cili kering) jika ingin sambal lebih merah
*5 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1cm halia
*1cm kunyit-ditumbuk/ 1 sk serbuk kunyit
1 biji kelapa/ 1/2 tin santan dlm tin-jadikan 2 cwn santan
2 btg serai-di ketuk
1 keping asam gelugur
garam/ 3 sm sos ikan/ 3 sm budu - letak budu lagi sedap..
1 sm gula/gula melaka/gula merah
1 sudu tpg beras (pilihan )- tak nak letakpun tak apa
*tumbuk/blender
Cara
1.Panaskan santan sampai mendidih.
1.Masukkan semua bahan dan kacau sampai masak pekat dan pecah minyak

Sambal ikan/Sambal kelapa
Bahan
2 ekor ikan saiz sederhana - direbus dan ambil isi - tumbuk
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut- digoreng tanpa minyak sampai kuning
4 ulas bawang merah-tumbuk
1 batang serai dihiris tipis
garam,gula,serbuk lada hitam
cara;campurkan semua bahan di atas .

Kerabu/ulam
Potong kubis,timun,kacang pjg,kacang botol,taugeh ( guna apa2 yg ada dlm peti ais)

Ayam goreng berempah
Ayam diperap dgn rempah ayam goreng berempah selama 1 jam dan digoreng dgn api sederhana.

Resepi solok lada ada disini

Lain2 -ayam goreng berempah/biasa/ikan celup tpg,telur asin,solok lada,sambal


Durian di sini banyak dijual sejak 2-3 minggu lepas. Sempat pergi cari durian...tak tahan terliur dibuatnya tengok buah durian di FP kawan-kawan. Belilah beberapa tompok utk makan, dibuat pulut durian dan sedikit untuk buat tempoyak.



Pulut Durian

Beras pulut ditanak atau kukus. Santan sederhana pkt dididihkan sekejap dan letakkan sedikit garam. Siap utk dihidangkan,taburkan dgn gula kasar atau dicampur dgn air gula merah atau campur kedua2nya.




Catatan...
Quote:

MamaFaMi -Resepi ini saya ikut stail mak,tak tumispun sambal tumisnya.Kesian MamaFami kena mkn sorang2 nanti nasi kerabu ni,kalau dkt sure sy temankan.mungkin dia hadir tp sy tak kenal yg mana satu.dah ada tanyakan kawan,tp tak kenal sbb org M'sia ramai jugak kat sini..
Muna tq Muna suka masakan sy. kalau tak ada ulam2 , tiimun,kubis dan daun salad pun dah cukup..
tariqzaidanirah Nak buat cam na budu tak ada tp nak mkn juga.masak nya mmg rumit sbb macam2 kena sediakan.yooo siap budu pos ke Jepun tu...mmg kelas lah budu dah sampai Jepun...
Nur -kalau tak ada budu cuba guna saja sos ikan dlm sambal tumisnya.Kalau sebelah Kelantan nasi ni dibuat sarapan..
masriyah-nasib baik kat sini telur masin senang dpt,selalu ada stok kat rumah.musim durian pun agak lewat kat sini berbanding M'sia.durian kat sana mesti mahal .ni kira mkn sekali utk Yah..
yana-betul tu durian ni kalau makan lepas tu kena berkipas..panasss..
Umi-pulut durian ni versi yg paling mudah tak payahpun masak duriannya..
Sabrina -nasi kerabu ni belajar dari mak,mmg mudah sikit. laaa.. tak da org lain mkn ke..tak bestlah masak hanya Sab sorang mkn sbb nak siapkannya byk bahan2..
jeff -kalau bulan puasa mmg macam2 makanan dijualkan..tp nasi kerabu sedap mkn masa berbuka..
cek de sam -nasi kerabu ni bahannya byk sikit nak siapkan sbb tu sypun jarang buat tp mkn mmg sedaplah..
Hajar samalah kita Hajar..kedua2nya sedap..
Ana -sbb ada ulam-ulam tu yg menyedapkan lagi nasi kerabu,boleh cuba buat Ana..
mallan-buah kuning ni mmg famous kat sini.saya belum cuba lagi tp kawan M'sia cakap buahnya sedap sbb manis dr yg biasa.buah terap rasanya pernah tengok tp belum cuba..byk rasanya yg belum cuba buah2 dan makanan kat sini..
Jie jie -bunga telang belum pernah jumpa kat sini tp mungkin ada kut kat kg2.saya dah tengok bungan telang dlm Fp K.jie dan resepi nasi kerabu K.jie..mmg sedap nampaknya tp sbb bunga dan budu tak ada terpaksa ubah sikit. Harga durian tu kira murah sikit.Kalau beli kat supermarket timbang kilo RM13.50 sekilo..
fazizaid -ohh kat sana ada budu jugak,kat sini mmg tak ada. ada sos anak ikan made in Filifina tp tak berani nak beli pulak..
Kak Leen Waalaikummusalam,juga selamart Menyambut Ramadahan yg penuh berkat utk K.leen sekeluarga.Masak utk mkn anak-beranak je K.Leen..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net