Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Sep-2007 00:24 Email | Share | Bookmark
Chili Crab,Kari Ikan Tenggiri dan Acar Timun Berkuah

 
 
 
 


Ketam yang dibeli di pasar ikan segar masih hidup semasa beli. Ada 2 jenis ketam yg biasa dijual di sini iaitu jenis kulit hitam yg keras dan ketam jenis kulit agak cerah.Kalau yg kulit hitam ni ketam biasa dijual masih hidup dan saiznya agak besar.Sekilo dlm 6-7 ekor sahaja. Harga sekilo BND4-6(RM9-14).Kali ini nak cuba masak Chili Crap resepi dari FP Mak Lang,tq ...



Chili Crab
Sumber FP Mak Lang

BAHAN

3 ekor Ketam } letak garam + lada hitam

Halia } dicincang halus
Bwg putih }

3 sb Sos tomato
3sb Sos cili
1sb Sos tiram
½ st belacan – dibakar dan dihancur2kan halus
Cili padi
Tepung jagung + air

CARA
Ketam digoreng terlebih dahulu…ketepikan.
Tumiskan bwg putih dan halia hingga wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram dan juga belacan, kacau.
Masukkan air bancuhan tepung jagung, biar mendidih sekejap.
Last sekali masukkan ketam tadi dan gaul sampai semuanya sebati.
Angkat dan taburkan daun sup jika suka.




Ikan tenggiri antara ikan yg selalu juga dibeli tp biasanya beli 1/2 ekor sbb saiz yg djual agak besar. So kali ni masak kari...

Kari Ikan Tenggiri

Bahan-bahan

6 potong ikan tenggiri
3 sudu besar rempah kari ikan-dikacau dgn sedikit air
1 pkt santan debu (jadikan 5-6 cawan santan)
5 ulas bawang merah-tumbuk
3 ulas bawang putih-tumbuk
1 inci halia-tumbuk
sedikit halba
minyak utk menumis
air asam jawa/asam keping
garam secukup rasa
sayur; tomato, cili muda dan terung

Cara-cara
1.Tumis bawang merah,bwg putih,halia dan halba campur hingga naik bau.
2.Masukkan rempah kacau dan masukkan santan, asam keping dan garam.Kacau
3.Bila dah mendidih masukkan ikan,bendi,tomato,cili muda dan terung.
4.Kacau perlahan2 sehingga masak.



Manakala acar timun ni mak selalu masak di kg. Acar ini sesuai dimasak dgn buah timun yg saiz kecil/sederhana. Suka rasanya yg sedikit masam...

Acar Timun Berkuah
4 biji timur yg saiz kecil/sederhana -dipotong pjg dan dibuang sedikit empulurnya
3 ulas bawang merah-dihiris tipis
2 ulas bawang merah-dihiris tipis
1 inci halia-dihiris tipis
4-5 cawan air
2-3 sudu cuka
garam,gula
cili merah dipotong tipis
minyak untuk menumis

Cara

1.Tumis bahan yg dihiris tipis sehingga wangi baunya.
2.Masukkan 1/2 cwn air dan cuka biarkan mendidih sekejap dan masukkan air yg selebihnya dan garam& gula secukup rasa.
3.Bila mendidih masukkan timun biarkan sekejab dan kemudian cili,masak sehingga agak empuk dan tidak perlu terlalu lama.
4.Tutup api dan periuk,biarkan sekejab atas dapur sebelum dihidangkan agar hilang rasa agak masam cuka.
(semasa mencuba rasa kuah yg panas mmg rasa agak masam tp bila kuahnya sudah agak sejuk sudah tidak rasa masam sgt)

Quote:

1 million galore!

Now, what would you do if you had one million in your possession ?
(Tagged by Muna )

Who am I tagging ?
-Nur,Jie Jie,Hajar,Masriyah and tariqzaidanirah
**********************************************************************
Instructions :
**Start Copy**
Proposition: If you Have $1,000,000.00…………………………………
Requirements: continue above sentences
Tag Mode: 5 blogger
1st - You leave their blog and post link and add to the list below.
2nd - Let the blogger you want to tag know they been tagged by comment in their blog or etc.

What They Do With Their $1 Million
1. SYH will spend for Family.
2. Miche will give to the needy.
3. Montessorimum will keepsake.
4. Mumsgather will secure her kids’ financial future.
5. bkworm will be debt free.
6. Dancing Queen will go on a lifelong holiday.
7. Eve will invest in properties.
8. dieselfire will create a foundation for underprivileged students.
9. Underneath The Stars will put aside for kids education.
10. AmiraZefr will invest in her kids trust fund and set aside for some TLC holiday trips.
11. Erna will perform Hajj and round the world with my beloved family
12. MamaFaMi will create a foundation for orphans and old folks in Africa.
13. Muna will set up a trust fund for her daughter.
14. Mamasya will go on holiday with family and save some for the future.


Catatan.....
Quote:

MamaFaMi -ketam mmg sedapkan wpun goreng biasakan ....
tariqzaidanirah-anak saya yg no 1 kalau ikut ke pasar mmg dia yg minta belikan ketam . maknyapun sama suka makan....
Kak Leen -Waalaikummusalam,ketam tu terlepas sekor yg lain dah diikat dlm bakul tu yg mengigil takut kena masak dgn cili..
Roylazim - biasanya ketam ni sy goreng je salut tepung, mkn gitu dgn sos...
Sabrina -mmg makan ketam ni susah tak boleh mkn bersopan santun...habis kedua2 tangan kena guna..kalau tak mmg tak dpt rasa isinya itu...
rinnchan -yg kulit cerah pun selalu jugak beli. siap lagi diasingkan ketam betina dgn jantan,boleh pilih nak yg mana ..
Nur -masak ala kadar je Nur..sesekali kalau nak makan sedap tu yg beriya2 masak pelbagai..
MaDiHa-ketam goreng biasa pun sedap..
yana - ketam ni favorit anak yg sulong,kalau dia makan mesti kena tlg bukakan. chili crab ni tak pedas wpun merah sbb guna sos cili dan tomato..
Jie jie -samalah kita suka mkn ketam cuma masa nak mkn tu yg penat sikit kena bukanya kan.jgn mare org main tag kita sama2 layan...
Hajar -betul tu kalau makan rasanya nasi mkn sikit je meratah lagi sedap ..
maklang - nama ketam ni saya tak pasti tp yg jual kat pasar org Islam. tp ttg ketam batu tu mungkin Mak Lang boleh rujuk laman web ini ; http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/27/hukum-makan-ketam-batu/
Haniss -betul tu mkn ketam mmg lambat nak dpt isinya..last2 nasi tak terusik sibuk nak kopek isi ketam...
masriyah - samalah kita suka ketam. Acar timun mmg sedap mkn dgn nasi minyak..
Irene Yaya -boleh aje..nanti masak lagi utk pos ke sana...
inaa -ohh..elergik ke ..kena pantang, jgn makan bahaya nanti..
jeff-he..he..tak leh diet kalau masak ketam dgn ikan tenggiri..
Muna-tak penuh meja sekadar 2-3 juadah je. Muna pun rajin masak yang sedap2 juga..
diba -masak letak telur mesti sedap ni..
kamalina -he..he.. mmg kalau sebelah rumah ajak Kamalina makan sama2...
mummy jam -samalah family kita...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net