Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Sep-2007 23:50 Email | Share | Bookmark
Nasi Tomato,Ayam Padang,Dalca&Cho.Chip Cream Cheese Muffin

 
 
 
 
Semperna hari Kemerdekaan Jumaat lalu masak istimewa sikit Nasi tomato,Ayam Padang dan Dalca.Kebetulan macam janji-janji pulak dengan Masriyah yg turut masak nasi tomato.Nasi tomato ini guna resepi K.Liza..tq K.Liza... Ayam Padang pula ambil dari Fp Nur...tq main cilok je malas nak taip semula harap dimaafkan..


NASI TOMATO
sumber FP K.Liza

Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..




Ayam Padang
Sumber FP Nurfikas
Bahan
1 ekor ayam dibersihkan dan di potong lapan
1 1/2 biji kelapa
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai (Semua bahan-bahan dikisar halus)-sy ketuk serai
4 inci lengkuas
cili kering mengikut pedas
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit di siat siat -

Cara Cara

1. Kelapa diperah dan ambil santan cair sebanyak 3 cawan dan santan pekat 2 cawan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan ayam digaul rata, setelah itu masukkan santan cair.
4. Masak dengan api yg sederhana apabila ayam telah masak dan empuk masukkan
pula santan pekat.
5. Masukkan asam keping,garam dan daun kunyit.



Manakala dalca ikut cara yg biasa buat,cuma kali ini guna rempah dalca...

Bahan-bahan
150gm daging lembu - dihiris kecil dan direbus sehingga empuk
2 biji terung - dipotong pjg kecil2
1 biji karot - dipotong pjg kecil2
2 biji kentang-dipotong 6
8 batang kacang panjang - dipotong
2 biji cili hijau -dipotong pjg
1 sudu serbuk kari daging + 1 sudu serbuk dalca - dikacau dgn sedikit air
1 pkt santan debu/5 cawan santan
5 ulas bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
sedikit kulit kayu manis
Minyak masak dan garam

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
3. Seterusnya masukkan daging dan 1 cawan santan-biarkan mendidih sekejab.Masukkan baki santan dan biarkan mendidih. .
4. Masukkan kacang sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.




Chocolate Chips Cream Cheese Muffins ni masak sebelah ptgnya ambil dari resepi Mak Lang, tq...Sebab malas nak ke kedai, letak chipnya ciput je,nak habiskan yg ada kat rumah...

Chocolate Chips Cream Cheese Muffins
Source : auntyyochana

Ingredients:
80 gm. Sugar
2 large eggs

Sifted Together:
180 gm. cake flour }mklang guna self raising flour
1 tsp. baking powder }
1/4 tsp. salt

60 gm. fresh milk
70 gm. melted butter

Mix all the fillings together:
100 gm. Cream cheese - softened
1 1/2 Tbsp. caster sugar
(mklang tambah jus limau)

Some chocolate chips for sprinkling

Method:
(1) Whisk eggs and caster sugar till light and fluffy.
(2) Add in fresh milk and melted butter into whisked eggs and lightly mix it.
(3) Pour in sifted flour ingredients and mix till well mixed.
(4) Pour batter into paper cups and then scoop a teaspoon of cream cheese mixture on top and then sprinkle top with some chocolate chips.
(5) Bake at 180C for about 20 min.s or till golden brown.
(6) Remove from oven and cool on wire rack


Catatan...
Quote:

MaDiHa -MaDiHa masak pun sedap2 jugak..apa kata kita tukar juadah....
MamaFaMi -nak buat cam na tekak rasa nak mkn je... .
Naemah-tq..rajin masak sbb rajin makan..
ida -K.ida apa kurangnya bab2 memasak ni byk resepi yg sedap2 yg dimasak
Kak Khaty -rajin makan mmg sudah semestinya tak ingat nak diet pun..
Nur -kalau dok dkt confirm sepinggan utk Nur..
Hajar-Hajar pun rajin masak..kena tabik spring jugak kat Hajar..
masriyah-tulah macam janji2 boleh masak nasi tomato.. citarasa sama kita ni..
tariqzaidanirah -ada lagi geng masak nasi tomato minggu ni..dalca tulang lagi sedap ni..mesti kenalan istimewa , siap masak special..
umi-kal nasution -auntie masak nasi beriani ayam hari tu lagi sedap.sampai skrg saya dok teringat...
Sabrina- tak ada sapa2 yg dtg Sab,ni kira sendiri order..sendiri masak..sendiri makan. boleh cuba buat sendiri bila family/kenalan dtg ..
Jie jie-ni lah mood merdeka..org semangat gi tengok perarakan kita pulak semangat turun ke dapur masak..
lynnhassan-mmg ditunggu tu,tp dtg kena bawak buah tangan cup cakes lyn yg cantik tu..he..he .
fazizaid -betul tu macam2 masakan ada dlm Fp kawan2..tak dpt jamu perut..jamu mata pun dah cukup...
Kak Leen -Waalaikummusalam. ayam tu joget rentak cha-cha sbb girang baru terlepas dari reban terus ke padang joget2..
tupperfan -hai! apa yg comel...
mallan -saya guna sukatan cup yg utk rice cooker,saiznya kecil sikit dari cawan biasa dpt mkn 6-7 org.Tp anggaran kalau cup biasa 5 cawan beras rasanya mungkin utk 9-10 org mkn.Cubalah buat nanti Mallan,bahan2nya pun senang. ..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net