Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Sep-2007 14:37 Email | Share | Bookmark
Kek Coklat,Nasi Ayam dan Mee Bandung Muar

 
 
 
 


Dalam kereta masa balik ambil anak dari sekolah 2 hari lepas,anak no 2 yg umur 6 thn bercerita;kawannya cakap mama dia pandai buat kek bear ,kek salji dan macam2 kek. Mama pandai buat kek tak?..laaa mamakan pandai buat kek, kek campak2...
Nilah hasilnya..kek deco campak-campak...mmg tak kreatif nak deco... Kek coklat ni dari Fp K.Liza,tq.. nampak sedap kek K.Liza. Cuba buat apatah lagi bahan2 nya dah ada di rumah.



KEK COKLAT
Sumber FP K.Liza

Bahan A
250 gm butter
250 gm gula perang atau kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
290 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe instant
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping coklat.


Coklat Topping
1 cawan susu pekat
60 gm butter
50 gm serbuk koko

1. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.



Bila tak tahu nak masak apa, Nasi Ayamlah jawapannya.. lagipun anak2 suka makan dan tak perlu sediakan lauk tambahan....

Bahan
12 ketul ayam
5 ulas bawang putih-tumbuk
2 cm halia- tumbuk
3 ulas bawang putih + 2 cm - potong tipis2 utk nasi
5 cawan kecil beras
2 sudu marjerin (pilihan)
sehelai daun pandan
1 kiub ayam
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
serbuk lada hitam,garam
2 biji kentang dan sebtg carrot -potong dadu kecil (pilihan)
sos cili manis utk ayam (ni kes malas nak buat sendiri)
ulam dan hiasan;
-daun bawang,daun sup&bawang goreng
-daun salad/timun,buah tomato

Cara-cara
1. Rebus ayam bersama2 bawang putih ,halia dan sedikit garam hingga mendidih dan ayam hampir masak.
2. Ambil air rebusan ayam sebanyak jumlah beras dan masukkan dlm rice cooker .Masukkan beras,daun pandan,bawang dan halia yg dihiris dan majerin,kacau dan masak macam biasa.
3. Ayam disejatkan sekejap,kemudian gaul dgn kicap pekat,madu dan sos tiram.Biarkan sekejab utk perap.Goreng dgn api yg sederhana sehingga agak kuning.
4. Utk sup tambahkan air,garam , lada hitam,kiub ayam dan kentang&carrot.Masak sehingga mendidih dan kentang empuk.
5.Hidangkan nasi dgn ayam dan salad/timun dan buah tomato.Letakkan sos cili ke atas ayam. Taburkan bawang goreng dan daun sup dlm sup.




Mee bandung Muar ini masak utk sarapan pagi copy dari FP Sabrina,tq.. terliur tengok mee dlm Fp Sab tu.Sebelum ni selalu jugak buat tp guna yg instant punya.Kalau buat sendiri mmg lagi ummpplah rasanya...

MEE BANDUNG MUAR
Sumber FP Sabrina

Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 biji bawang merah
3 biji bawang puteh
10 tangkai cili kering

segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus1 paket udang kering ~ dimesin bersama kacang tanah
1/2 gram daging
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk cili jeruk:
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal
air panas
1 sudu cuka
1 ikat sawi ~ dicelur
2 bungkus mee kuning ~ dicelur

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
2. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging
3. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili dan sos tomato.
** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos
5. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
6. Pecahkan telur ke dalam periuk dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
7. Setelah telur masak, keluarkan dari periuk dan masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
8. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk.


Catatan.....
Quote:

Hajar -masak biasa2 saja utk keluarga ... impian tu ada nak jadi supermum tp belum mampu digapai..
madzli family -belum sampai tahap chef..jauh lagi..masih peringkat belajar masak...sekadar tukang masak kat rumah bolehlah...
masriyah -family Yahpun bertuah jugak Yah pun rajin masak macam2.saya ni suka makan pelbagai makanan tu yg masak macam2...
Muna -cubalah Muna,senang dan sedap ni..
Muna kek coklat buat sbb anak2 suka ,mama lagi suka... deco nya yg pakai campak2,belum pandai nak hias bagi cun.Anak2 pulak kalau tengok kek2 cantik selalu tanya mama pandai buat tak kek ni ...aduiii tension mama..tak kreatif. Tq jugak utk Sab kerana kongsi resepi..
ida -boleh sila kan..bila2 masa boleh dtg...nanti masak yg special utk K.ida..
Ana -nasi ayam ni kira senangkan tak payah fikir nak masak lauk tambahan tp famili suka. ..
jeff -aaa..kan tempat lain tak sepopular kut mee bandung ni..
Nur -sayapun cuba buat sbb tengok sedap mee ni di Fp Sab,bila dah cuba mmg sedap betul rasanya.... ps,Nur ni kiranya asal M'sia juga rupanya...mmg suasana kg sentiasa dirindui terutama sanak saudara..
cek de sam-saya pun dulu guna yg instant mmg tak berapa ummpp rasanya compare yg sebenar..
fazizaid -boleh cuba K.Fazi,bahan2nya pun tak susah sgt..
rinnchan - resepi kek ikut sebijik macam K.Liza punya .tp bila deco main2 tabur saja ,saya tak reti betul nak menghias kek..
tariqzaidanirah-hari tu sama2 masak nasi tomato,ni sama2 masak kek coklat..macam kita dok sebelah-menyebelah rumah pulak.. . nasi ayam ni kira antara menu top kan sbb senang dan sedap. mee bandung daging belum pernah cuba lagi.tp kalau mee bandung muar mmg sedap rasanya...
kamalina- kek coklat Kamalina siap ada tulis nama,saya tak berani nak tulis..ketar tangan dibuatnya....
MaDiHa -MaDiHa pun rajin masak..semua sedap dan menyelerakan...sempat lagi tu sebelum bulan puasa buat mee bandung...
ct-nik -jwp dah diberi ttg tpg tu...jarang dpt masuk blog ct-nik sbb bila buka selalunya terus program not respondong..tak tahu napa...
afiq family -kek coklat mmg kegemaran sekeluargakan...sebelum nipun jarang buat kek main beli je.... cuba buat sendiri sbb resepi ni mudah dan menjadi pulak,sekejap je anak2 makan....cubalah, yakin bolehnya....
Mommy Dina&Arissa-Tq lawat Fp ni....boleh print..silakan mencuba...pasti seisi keluarga suka makan nanti....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net