Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-Sep-2007 23:35 Email | Share | Bookmark
Rinnchan's Style Wok Noodles & Daging Nasi Kandar

 
 


Pagi semalam masak mee lagi utk sarapan. Pertama kali tengok di Fp K.Rinn, dah terliur .. dibuatnya dan bila tengok kat Fp MamaFami lagilah tak boleh tahan..kena masak juga sebelum puasa sbb bila dah puasa mmg jarang masak mee. Cuba cari cendawan shitake yg kering tp harga kat sini 4x lipat dari yg segar.... ,so nak jimat beli cendawan shitake yg segar dlm pack kecil cukup utk sekali masak mee ni. Guna mee kuning biasa sbb nak habiskan mee yg dah beli. Yang seronok anakpun berselera makan.... Tq K.Rinn dan MamaFami..

RINNCHAN`S STYLE WOK NOODLES
sumber FP Rinnchan

Bahan-bahan:
200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga), direndam dgn air panas
12pcs cendawan kering, dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air
300gm ayam, dipotong kecil
4 ulas bawang putih, diketuk
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1/2 camca teh lada putih
1/2 camca teh lada hitam
2 camca teh garam
1 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn 1 mangkuk air
Air secukupnya
2 biji telur

Cara-cara:
1. Panaskan kuali dan tumis bwg putih dgn sedikit minyak.
2. Masukkan lada putih dan lada hitam.
3. Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam agak masak.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan cendawan bersama-sama air
rendamannya sekali. Kuatkan api dan biarkan kuah menggelegak. Tambahkan air
dan biar sehingga ayam dan cendawan lembut.
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat. Masukkan
garam dan gula.
6. Masukkan mee teow dan kacau rata. Boleh tambah air jika perlu.
7. Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan terlalu di kacau. Hidangan siap bila telur
sudah mula mengeras sedikit. Hidangkan.




Resepi Daging Nasi Kandar sebenarnya dah salin dari FP Tun, bukan print tp siap tulis tangan dlm buku masakan sbb printer buat hal... ,then tengok cek de sam masak daging ni,tulis lagi resepi dlm buku..punyalah tak perasan sebenarnya dah ada...ni dah dua kali tulis.. .Kalau dah 2x tulis resepi yg sama mmg lah kena buat nanti tak berbaloi menulis.Jadi cubalah masak daging nasi kandar,mmg sedap rasanya.. tq kpd Tun dan cek de sam...

DAGING NASI KANDAR
sumber Nor Pishah . Copy dari ( FP The BoxHouseStudio )

Bahan:


600 gm daging lembu (dipotong 2 inci)
300 gm bawang besar (potong bulat-bulat)
2 tbsp cili serbuk
5 tbsp serbuk ketumbar
4 batang serai (saya potong pendek)
2/3 keping asam keping
1 cawan minyak
2 mangkuk air
1/2 cawan daun kari

Bahan untuk digiling (kita tumbuk dengan lesung batu)

1 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih

Cara:
Campur semua bahan di atas, masak hingga pekat dan naik minyak...dah siap...mudahkan?...betul...campurkan semua bahan di atas...jangan ragu-ragu...cuba tau...rasa mamak punya lauk

Catatan....
Quote:

tariqzaidanirah-bila tengok kat Fp kawan2 macam2 makanan yg sedap2 terus teruja untuk mencuba...
Lee Lin-ada 2 macam ni..
Nur -Ni lah hasil selalu meronda Fp kawan2 . mulalah terliur nak makan. Nur jengok Fp saya sebelah mlmpun tak pa asalkan sudi bertandang di Fp ni .
Sabrina -geram jgn Sab geram..geram nak suka geram nak marah jgn Sab geram..he..he.. teringat pulak lagu ni.mmg kalau bekerja penat nak masak pelbagai.tp sesekali dpt masak sendiri puas makan.wok noodles mmg sedap,bolehlah Sab cuba..
kamalina -daging nasi kandar ni kalau buat bulan puasa dan ada lebih boleh makan esoknya dan masih elok sbb tak ada letak santan. ..
boxhousestudio -terimakasih K.Tun krn sudi berkongsi resepi,ni yg syoknya ada kenalan Fp yg pandai masak dan suka berkongsi resepi..
MaDiHa -masak mee ni sbb tak sabar nak makan dah terliur benar tengok kat Fp K.Rinn dan MamaFami..
Roylazim -betul tu kalau kering macam ni makan nasi panas mmg membangkitkan selera di bulan puasa...
Ana -kalau dah nak makan mmg tak sabar nak kena masak segera. Daging nasi kandar sesuai utk mmg sesuai utk bulan puasa..
Jie jie -alamak habis tergoda K.jie dibuatnya...saya tak sabar2 nak makan, dok teringat2 mee dan daging ni..jadi kena masak cepat2..
masriyah -resepi ni dari kawan2, nak mencuba bila nengok sedap. Selamat Berpuasa buat Yah..
cek de sam -bila nengok Fp cek de masak daging ni menyatakan mudah,apalagi terus nak mencuba..mmg mudah. ohh cek de pun dah masak mee ni,sedapkan..
jeff -ohh pengemar nasi kandar rupanya..
Muna -samalah kita,sayapun baru belajar,kalau nasi kandar biasanya nasi putih biasa .tp kadang2 ada juga org suka makan lauk nasi kandar dg nasi beriani..
Hajar - dah mengancam ni boleh cuba Hajar,senang je main campur semua terus masak..
zatid'hati -betul tu ada pepedom baru jadi makan nasi kandar betul..
Mis -Selamat Menyambut Ramadahan buat Mis sekeluarga ...
MamaFaMi -mula2 tergoda dgn K.Rinn punya mee.tp bila dah nengok MamaFami punya mee lagilah tak sabar nak masak. kat sini yg kering mahal dari yg segar cendawan ni,saya ingatkan yg segar lagi mahal ni terbalik. tp kalau cendawan masak apa2pun sedapkan Mama.he..he..ada juga geng tercopy lebih dari sekali,ingatkan saya sorang...
fazizaid -resepi ni akan disimpan,nanti kak Fazi cari kat tajuk ayam dan daging.sesuai makan bulan puasa nanti..
Lee Lin -Selamat berpuasa buat Lee Lin sekeluarga...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net