Want your
own Fotopage?






 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Sep-2007 07:58 Email | Share | Bookmark
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1428 Hijrah

Semperna bulan Ramadhan yg bakal menjelang tiba kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa buat kaum keluarga yang disayangi dan sahabat sekalian tidak kira walau di mana berada. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat dijalani dengan sempurna.


Masjid Jamek Asri , Brunei Darussalam.
Quote:

Lagu; Harapan Ramadhan
(Raihan & Man Bai)

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Menjelangnya Ramadhan seperti kelaziman tahun lepas, thn ini kami serta lain-lain umat Islam di sini menerima sumbangan buah kurma dari Sultan Brunei yg diedarkan melalui penghulu setiap kawasan. Setiap seorang menerima satu bekas penuh yang cukup untuk sebulan berpuasa.


Quote:

Selain disunatkan kita berbuka dengan buah kurma, buah kurma mempunyai banyak kelebihannya . Mari kita sama-sama mengetahui kebaikan memakan buah kurma.

KELEBIHAN KURMA
Oleh: Amru Al-haz Adnan.Di petik di sini
Kurma ialah sejenis buah yang mempunyai banyak kelebihan.Dengan memakan sebiji kurma seseorang akan mendapatkan kecergasan segera, lebih-lebih lagi pada bulan puasa umat Islam disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma atau makanan yang manis. Kurma mempunyai banyak kelebihannya jika dilihat daripada beberapa sudut :

1. KESIHATAN

A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

C. Membunuh Kuman Dalam Badan .
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".

2. KECERDASAN DAN KECERGASAN

A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran .
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:

Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu".

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN
Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.

Maksud Hadith Rasulullah s.a.w. :
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya".

"Melentur buluh biar dari rebungnya". Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadith ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma".

B. Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan".

Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi "Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian".

Catatan....
Quote:

jeff , kamalina, gadis,cek de sam ,masriyah, tariqzaidanirah,ida isk,Siti Ruzaimah, Sabrina , MamaFaMi,nabialishad, fazizaid ,MaDiHa,Nur , Hajar ,sham's cookies dan Naemah-Selamat Menjalani ibadat puasa di bulan penuh berkat bulan Ramadhan,jua mohon maaf dipinta andai ada salah dan silap.Thn ini kami sekeluarga berpuasa dan beraya di sini...


Most recent comments... (In posting order)
>> salam ramadan diucapkan buat anda sekeluarga... Tue 11-Sep-2007 08:35
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat mamasya sekeluarga.. Tue 11-Sep-2007 08:42
Posted by:kamalina  - [Link]
selamat menyambut bulan ramadhan..rasa sayu jer..tak sabar nk tunggu tibanya ramadhan nih Tue 11-Sep-2007 09:07
Posted by:gadis
selamat berpuasa utk mamasya sekeluarga.... Tue 11-Sep-2007 10:03
Posted by:cek de sam  - [Link]
Selamat berpuasa untuk Mamasya dan Family...untung ya, tinggal kat Brunai dapat buah kurma free... Tue 11-Sep-2007 10:32
Posted by:masriyah  - [Link]
salam ramadhan utk mamasya sekeluarga... Tue 11-Sep-2007 10:40
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
salam ramadan ...
wah bestnya dpt kurma dari sultan ya
kat sini kita beli sendiri ajee teringin lak nak makan kurma sultan brunei tu
leh pos kan sikit
Tue 11-Sep-2007 13:21
Posted by:ida isk  - [Link]
Salam Ramadhan..
cantik bunga..
Tue 11-Sep-2007 14:15
Posted by:Siti Ruzaimah  - [Link]
Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat Mamasya sekeluarga . Sab belum beli kurma lagi. Hari ni nak gi cari kat pasar.. Tue 11-Sep-2007 23:29
Posted by:Sabrina  - [Link]
Selamat menjalani ibadah puasa buat Mamasya sekeluarga. Mohon maaf kalau mama ada yang terkasar bahasa selama ni ye... Tue 11-Sep-2007 23:40
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Salam Ramadhan buat mamasya sekeluarga..alhamdulillah untung orang Brunei ya.. Wed 12-Sep-2007 01:38
Posted by:nabialishad  - [Link]
cantiknya masjid Brunei tu
Selamat berpuasa juga
Wed 12-Sep-2007 01:41
Posted by:fazizaid  - [Link]
Selamat menjalani ibadah puasa buat Mamasya sekeluarga dirantauan... Raya nanti balik Malaysia tak? Wed 12-Sep-2007 02:46
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Selamat menyambut kedatangan ramadhan untuk mamasya sekeluarga semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah...amiinn Wed 12-Sep-2007 05:23
Posted by:Nur  - [Link]
selamat berpesta ibadah di bulan ramadhan yg mulia ini Wed 12-Sep-2007 07:05
Posted by:Hajar  - [Link]
tumpang lalu tuan rumah..

jom jenguk-jenguk kat sini
http://favouritecorner.fotopages.com
Wed 12-Sep-2007 09:03
Posted by:sham's cookies  - [Link]
mamasya slmt menyambut bulan ramadhan...pandai nye mamasya masak,nanti nak try lah...emmm mamasya dah kena tagged so check my fp pls Thu 13-Sep-2007 02:33
Posted by:Naemah  - [Link]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com