Want your
own Fotopage?






 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Sep-2007 23:14 Email | Share | Bookmark
Jalan-jalan Cari Ikan Di Pantai Jerudung

bot-bot nelayan
menara
pantai
deretan ikan
bot
bot ditarik balik
luar pasar
pantai dpn pasar
bot
pasar
Lobster
 
ikan tenggiri siap ada telur
udang
ikan tenggiri
ikan uji rashid/lolong merah
ikan ni bentuk sebelah
Ikan kerisi
ikan bebatik/gerong belang
kerang
ikan putih/menukuk besar dr penimbang
bot nelayan
ikan bebatik
ikan kerapu masih hidup
pari sebesar satelit dish
sotong
Sayur-sayuran
bot nelayan
jual buah-buahan
ikan tenggiri saiz besar
 
ikan ni macam ikan haruan
ikan pari dgn ikan yu
ikan ayam
Hari pertama puasa kebetulan cuti umum di sini semperna 1 Ramadhan dimulakan dengan entry Jalan-jalan Cari Ikan...bukan jalan2 cari makan maklumlah puasakan,kecuali ptg kalau ke bazar Ramadhan. Waktu imsak di sini 4.45 dan Maghrib nanti 6.22 ptg pada hari ini.

Minggu ini juga cuti pertengahan penggal sekolah selama seminggu. Sepanjang bulan puasa ini waktu persekolahan pendek dari 7.40 hingga 11.40 dan tiada sekolah Agama sebelah ptg. Manakala kakitangan kerajaan,klinik,pejabat pos dan lain2 pejabat kerajaan hanya bekerja/beroperasi sehingga pukul 2 ptg.Manakala bagi kakitangan swasta bergantung kepada majikan masing2.

Ok lah berbalik kisah ikan ni, jarak pantai Jerudong dari rumah dalam 15 minit sahaja. Yang menariknya ikan2 yg dijual di pantai ini adalah ikan yang baru di bawa naik oleh nelayan dan langsung dijual di pasar. Pasar ini terletak di depan pantai tempat nelayan mendarat. Ikan2nya memang segar dan belum kena ais. Malah ada ikan laut yg masih hidup dapat dijumpa di sini. Ketika hendak mengambil gambar ikan kerabu yg besar saiznya tiba2 mulut ikan tersebut ternganga!Hampir menjerit kami terkejut . Bila diamati mmg ikan tu masih hidup tapi dah lemah sebab tidak diletak dalam air.

Pelbagai ikan dari saiz kecil hingga besar dengan macam2 jenis dapat dilihat . Banyak jugak ikan yang dijual yang tak pernah ditengok sebelum ini,nasib baik penjual di sini peramah melayan setiap pertanyaan bila bertanyakan nama ikan. Waktu nelayan menaikkan ikan adalah jam 10 pagi dan 5 ptg setiap hari. Maka waktu itu mmg biasanya ramai pembeli memilih ikan2 dan dapat dilihat nelayan sedang memunggah ikan dari bot ke pasar berdekatan. Bot-bot nelayan yang telah selesai menunggah ikan tidak ditinggalkan di tepi pantai macam di Malaysia tetapi ditarik bawa balik ke rumah dengan kenderaan masing2. Anak-anak kalau bawak ke sini mmg cukup suka sbb mereka dpt lihat macam ikan2 seperti dlm cerita Nemo kata mereka dan dapat melihat pemandangan pantai yang cantik. Selain ikan, di pasar ini turut menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bakar .Tapi tiada ayam dan daging dijual dipasar ini kecuali ikan ayam..


Pemandangan tepi pantai..


Nelayan sedang mengeluarkan ikan dari bot utk dibawa ke pasar di hadapan.


Bot nelayan sedang ditarik untuk dibawa ke pasar bagi menurunkan ikan sebelum di bawa balik.


Deratan ikan siap menunggu pelanggan....


Ikan Pari ini sebesar satelit dish, berbatik2 coraknya.


Ikan kerapu besar ini masih hidup ketika diambil gambar.


Ikan ayam,orang kata macam rasa ayam bila dimasak kari.tp belum pernah cuba.


Ikan bebatik rasanya nama ikan ni.besar juga saiznya.Sporting betul bro ni tlg pegangkan ikan.


Ikan Uji Rashid atau ikan lolong tapi warna merah...


Lobster ni harga RM40 sekilo.


Ikan tenggiri yang masih ada telur dijual dgn harga RM16-18 sekilo.Mmg besar dan banyak di jual di sini.


Ikan putih/menukuk rasanya nama ikan ni. saiznya lebih besar dari alat penimbang.


Sayur-sayuran turut dijual di sini. .

Catatan ...
Quote:
Lee Lin-mmg meriah dgn ikan2 yg pelbagai saiz..mata kecil..mata besar...semua ikan ada..
nn -Selamat menjalani ibadat puasa...
kamalina-lainkan warna ikan Uji Rashid tu.ikan pari tu mmg besar gedabak dgn corak nya gitu mmg takut nak makan.Tak tahulah kalau ada org sanggup beli sekor gitu.Org kerja gomen kat sini mmg syok betul balik awal dah boleh siapkan juadah. Syukur dpt kurma percuma.duit raya tu tak pasti tp juadah raya biasanya akan dpt sorang sebungkus utk sapa2 yg berhari raya di Istana..
Haniss-betul2 sihat ikan kat pasar ini.ikan kerapu tu mmg tak muat kuali kat rumah kalau nak masak....Selamat berpuasa juga utk Haniss..
fazizaid -mmg segar ikan sbb baru bawak naik ke daratan. telur ikan tu mmg nampak sedapkan kalau masak...
MaDiHa -tu yg buat seronok kalau ke pasar ini.Anak2pun mesti nak ikut ke sini dpt tengok pantai dan ikan2 yg macam2. Ambil gambar ni adalah caranya,biasanya cakap dulu sepatah dua ttg jenis ikan dan harganya dgn penjual ...kena ramah sikit atau perlu beli ikan dgn penjual berkenaan,barulah minta izin ambil gambar.diorang pun suka ikan2 jualan mereka diambil gambar.dan jgn lupa ucapkan terimakasih...
Muna -kebetulan pantai ni dekat rumah,sambil beli boleh tengok pantai. mmg udang di sini segar-bugar..
Roylazim -betulkan masak kari sedap dgn ikan ni.. sebut masakan mak ni K.Roy,bila puasa gini rindu jugak kat masakan mak kat kg. tak sama rasanya dgn yg kita masak..
Nur -mmg seronok jln2 lihat ikan yg macam2 jenis.byk juga yg tak pernah lihat. ohh..Nur suka lobster.. tp jarang ada jual kat pasar.Masa hari tupun hanya sorang penjual yg jual..
masriyah -ikan2 betul2 segar, rasa semua nak borong...tp takut tak muat peti ais pulak.antara ikan kegemaran kami ikan kerisi,mmg tak miss beli ikan ni kat pasar..
mummy jam -kerja sampai pukul 2 mmg best,dpt balik awal bulan puasa masak2 dan singgah bazar Ramadhan.Anak2 pun bukan main seronok dpt balik awal sekolah.
boxhousestudio -tak dalah main ambil K.Tun,ada caranya,mula2nya cakap dulu sepatah dua ttg jenis ikan dan harganya dgn penjual..kena ramah sikit atau beli ikan dgn penjual berkenaan,barulah minta izin ambil gambar.diorang pun suka ikan2 jualan mereka diambil gambar. dan jgn lupa ucapkan terimakasih...
hairulabubakar -Selamat menjalani ibadat puasa..
mallan -rajinya Mallan nak buat serunding ikan,sayapun belum pernah buat serunding ikan.Ini kali kedua puasa di sini,rasa sama macam kat Malaysia.Selamat berpuasa buat Mallan sekeluarga...
MamaFaMi -mmg sporting brader tu MamaFami FOC je posing dgn ikan tu..rata2 penjual kat situ peramah dan kalau membeli boleh tawar-menawar lagi.ikan tenggiri mmg sedapkan masak asam pedas..
jeff -mmg besar kalau beli sekor tu masak boleh ajak jiran2 makan sekali asam pedas ..
lynnhassan -mmg geram Lynn nengok ikan yg byk ..tak tahu nak pilih sebab semua segar.Lynn pernah duduk Miri ya..seronoknya dpt bercucuk tanam macam2 keliling rumah..mesti byk kenangan manis kat Miri kan. Kami suka ke Miri shopping brg2 dapur sbb murah dari sini..
saudah -salam perkenalan juga utk Saudah. ikan kat pasar ni mmg byk jenis dan besar2.yg besar2 tu kalau beli byk hari baru habis dimasak.samalah kita suka makan ikan..
KRUL -sama2lah kita top-up amal ibadah terutama di bulan mulia ini.
Kak Leen -Waalaikummusalam K.Leen, mmg susah nak ambil gambar nak pegang plastik ikan,nasib baik pergi dgn suami dan parkingpun dekat pasar..
tariqzaidanirah -rasa semua nak beli sbb segar2 dan sedap kalau dimasak terutama bakar ..
Sabrina -ikan tenggiri di sini mmg besar Sab,kalau beli biasanya beli yg dah potong tupun dah sekg lebih.ikan tenggiri ni kira famous kat sini sbb byk dijual..
maklang -mmg segar ikan2nya Mak Lang..naik dari laut terus dijual di pasar belum sempat kena ais lagi...puas hati membeli..
Hajar -ikan ayam ni susah nak jumpa kat Sem.pernah tengok sekali kat pasar di JB. Ikan Uji Rashid sedapkan kalau goreng kicap...
tari evi -Mmg ikan2 di sini besar..Pantai Jerudong terletak hanya 25 min dr Bandar Seri Begawan Brunei.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net