Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 16-Sep-2007 09:19 Email | Share | Bookmark
Talapia Bakar Tomyam & Asam Rebus Keladi

 
 
Sejak mengenali FP ni, kalau tak ada idea nak masak mulalah meronda2 kat FP kawan2 mencari resepi yang nampak sedap dan belum pernah dicuba. Banyak resepi yang menyelerakan nak dicuba tapi kena cuba satu persatu dulu nanti tak termakan pulak dan kena ikut mood jugak,kalau tak ada mood nak ke dapur masak yg mudah saja...



Masa ke supermarket berdekatan rumah, ternampak ikan talapia yg dijual (bukan frozen)....apalagi beli 2 ekor yg saiz besar. Seekor dah masak goreng biasa manakala seekor lagi disimpan untuk masak talapia bakar tomyam ikut resepi Masriyah, Tq ya Yah... Oleh kerana ada sedikit ikan keli dlm peti ais,maka ditumpang sekali utk dibakar ala tomyam ni. Apalagi waktu berbuka..org Brunei panggil sungkai bukan main selera kami anak beranak makan ikan bakar ni....

IKAN TILAPIA BAKAR ALA TOMYAM

Bahan
1 ekor ikan tilapia dikelar kelar
garam dan kunyit
(sapukan sedikit garam dan kuyit pada ikan, dan biarkan seketika)

Bahan untuk sos
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
10 biji cili kering
2 inci halia
1 batang serai
5 helai daun limau purut
3 sudu kicap manis
sedikit air asam jawa
minyak untuk tumis

Cara
1.Blend bawang putih + b.besar + cili kering + halia blend halus.
2.Panaskan kuali dgn sedikit minyak dan tumis bahan yng di blend tadi, kemudian masukan serai yg diketuk bersama dgn daun limau purut.
3.Tumis sampai naik baunya,kemudian masukan kicap manis ,air asam jawa dan sedikit garam.
4.Bila dah masak lumurkan pada ikan dan biarkan dlm 30 minit.
5.Bakar didalam oven atau atas bara api sampai masak.Nak sedap lagi balut dgn daun pisang barulah dibakar.




Dah lama betul tak makan sayur keladi, bila tengok Fp K.Jie ada masakan keladi apalagi pergi cari keladi , kebetulan di sini senang jugak dapat keladi yang dah dibersihkan. Masak ikut resepi K.Jie, tq....

ASAM REBUS KELADI
Sumber FP K.Jie

Bahan
4 pokok keladi. Disiat kulitnya dan dipotong-potong
Air secukupnya
garam, asam keping
4 biji belimbing buluh(yg ini tambahan)-tak letak sbb tak ada

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili kering
1 1/2 inci lengkuas
kunyit serbuk atau 1 1/2 inci kunyit hidup
segenggam ikan bilis/udang kering/ udang basah(lagi sedap- udang basah tak perlu kisar atau boleh juga digantikan dengan- ikan kering tak perlu dikisar)

Cara

1. Masukkan semua bahan kisar + air +asam keping ke dalam periuk dan masak sehingga kuah mendidih
2. Masukkan batang keladi bersama isinya(kalau ada isi)+belimbing buluh ke dalam periuk. Kacau2. Masukkan garam. Bila keladi dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas, ikan kering dan sambal belacan.

Catatan.....
Quote:


Penyulawa-talapia dah ada tu..cepat2 masak k.Anim..
Hajar -kitapun terliur tengok kuih Hajar masak dlm Ramadhan ni terutama kuih lapis tu cantik nampak lapisannya...
jeff -kalau bulan Ramadhan boleh beli kat bazar Ramadhan asam rebus keladi ni..
MamaFaMi -ni yg seronok dgn kawan2 Fp sbb semuanya suka kongsi resepi termasuk resepi MamaFaMi yg sedap2. betul tu MamaFami dari tahu masak yg lauk sejenis dua dah boleh masak macam2..tu yg seronoknya ..
Muna -kebetulan ni masak masam2 berturut2...sebetulnya bulan puasa ni tak berapa suka makan kuah yg berlemak terutama waktu sahur .Tak pernah mkn jeruk buah peach tp kalau rasa macam kedondong mmg sedap tu ...
masriyah -ni selera bulan puasa suka kuah yg tak bersantan.masak lemak kuning belum pernah makan tp tentu sedap ni. Tq sekali lagi sbb Yah sudi kongsi resepi...
cek de sam-betul tu keladi ni kadang2 ada juga yg gatal,nasib baik yg masak ni tak rasa sgt..kalau dekat mmg dah hulur asam keladi ni sepinggan kat cek de...
Nur -boleh cuba Nur ikan bakar ni...sedap mkn waktu berbuka.oohh..husben Nur suka makan keladi,terbalik pulak kat rumah ni husben saya tak suka ..saya yg suka mkn.. .
Haniss-nasib baik juga dpt beli yg dah siap potong bersih.kalau kena potong mmg malas juga.masa kat M'siapun mmg beli je asam keladi sbb mak kat kgpun tak mkn...
Lee Lin-betul tu Lee Lin..kalau masak apa2 asam rebus mesti membuka selera..
MaDiHa-baik jiran MaDiHa bagi ikan yg dia dipancing....puas mkn tu ,goreng biasa pun sedap ikan talapia ni.keladi ni yg dijual biasanya dah siap siang..senang balik bersih dah boleh masak...
Kak Leena-Waalaikummusalam K.leen, laa K.leen alahan ke..tak pa tak boleh mkn K.leen jamu mata saja ya.he..he..tukang pancing tu mmg byk kali angkat kail tp pancing ikan yg sama ja..
fazizaid -tergaring sikit sbb leka dok masak benda lain tp sedap jugak dimakan...
JieJie -dah lepas kempunan dpt mkn asam rebus, tq K.Jie krn kongsi resepi, kalau sebelah rumah confirm bakar lagi sekor utk K.jie..semoga cepat semboh ...
kamalina -boleh cuba Kamalina ikan bakar ni.. senang je buatnya..
tariqzaidanirah -ikan talapia masak apa2 resepi pun sedapkan.talapia kukus halia dgn cendawan belum pernah cuba,mesti sedap ni.tambahan kalau lauk2 yg mak masak mesti sedapkan....ni buat teringat masakan mak..

aiyooooooooooooo... talapia dalam peti tu ada lagik... cam nak pekena jer... Sun 16-Sep-2007 12:17
Posted by:Penyulawa penyulawa@gmail.com  - [Link]
memang kecur air liur tengok menu ni Sun 16-Sep-2007 12:17
Posted by:Hajar  - [Link]
>> asam rebus keladi ni best...
>> dah lama tak makan...
Sun 16-Sep-2007 13:01
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Mama pun cukup berterima kasih dengan rakan-rakan di fotopage ini yang sudi berkongsi pelbagai resipi untuk dicuba. Daripada tahu memasak hanya 1, 2 lauk, kini bolehlah tak segan nak declare, dah pandai masak 10. 20 lauk, ye tak? Sun 16-Sep-2007 13:13
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Lepas Tomyam, asam rebus pulak....Mamasya suka yang masam-masam ke?? Muna baru beli sebotol jeruk buah peach muda dari kedai turki....sedapnya!!! Rasa macam jeruk buah kedodong tanpa biji... Sun 16-Sep-2007 14:22
Posted by:Muna  - [Link]
Betul kata muna...mamasya suka yang masam-masam lah..kot ada apa-apa kot.... (gurau je..) Keladi tu.. masak lemak kuning pun sedap kan... taruk udang.. .Tq..sudi cuba resipi ikan tu... Sun 16-Sep-2007 16:49
Posted by:masriyah  - [Link]
mamasya...yg paling kita suka ialah asam rebus keladi tu.....tp kat sini tak de jual keladi,lgpun tak yakin,takut gatal pulak...mak kita selalu masak keladi,kita makan je..so padan muka,dah jauh2 kena telan air liur je. Sun 16-Sep-2007 18:17
Posted by:cek de sam  - [Link]
nur suka dengan menu talapia bakar @tomyam..nak cuber ler tapi bila nie kalau nur tak reti makan asam rebus keladi..tapi kalau somi pasti suker mesti dia tambah 2/3 pinggan naa... Sun 16-Sep-2007 23:50
Posted by:Nur  - [Link]
Sedapnya nampak asam rebus keladi tu......untung ada keladi siap diproses. Selalu nak makan keladi waktu balik kampung aja (mak masakkan ).nak masak kat rumah sendiri pulak kita sorang yang makan keladi ni Mon 17-Sep-2007 00:42
Posted by:Haniss
apa pun buat asam rebus mesti jadi sedap, nyam nyam Mon 17-Sep-2007 01:13
Posted by:Lee Lin  - [Link]
tengok ikan talapia mamasya masak ni.. teringat ler petang semalam.. lepas berbuka puasa... jiran depan rumah tu pelawa lagi ikan talapia yg husband dia gi mancing.. tp kita menolak.. pasal tak sanggup nak menyiang dan mlm kan..... nak simpan dulu dlm peti ais takut tak sedap pulak dengan perut2 dia tu... hehehe... skrg ni memang puas mkn talapia.. jiran depan rumah tu rajin betul pegi mancing..
emmm... kita pun terliur tengok sayur keladi kak jie hari tu... last2 beli kat bazar ramadan jer.. pasal malas nak menyiang keladi..
Mon 17-Sep-2007 01:30
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Assalamualaikum

Terliur Betul Kak Leen Tengok Asam Rebus Keladi Dengan Udang Tu....Tapi Kak Leen Alahan Dengan Udang Dan Keladi Tu...Nanti Kalau Makan Seluruh Badan Macam Udang....

Dah Banyak Dapat Hasil Memancing Tu...Tak Nak Courier Pada Kak Leen Sikit Ke!
Mon 17-Sep-2007 01:31
Posted by:Kak Leen  - [Link]
tilapia tu nampak garing sedap jer
nak sikit
Mon 17-Sep-2007 01:35
Posted by:fazizaid  - [Link]

talapia bakar tu sedapnya nampak mamasya, tambah orang demam mcm akak ni. Kalau ade orang hulurkan sekor kat sini, alhamdulillah. Dah buat asam rebus tu. Amacam? dah lepas kempunan kan?He he he he
Mon 17-Sep-2007 07:05
Posted by:JieJie  - [Link]
amboi mamasya.. nampak sodap ni!!! terliur tgk... talapia bakar tomyam tu cam menarik je.. blh la saya try buat nanti.. Mon 17-Sep-2007 07:17
Posted by:kamalina  - [Link]
mak saya suka msk lemak talapia nie.. kekdg msk talapia kukus dgn halia & cendawan.. paling simple pun goreng garing letak kicap... hidangan kami sekeluarga masa saya kecik2 dulu! bab2 msk asam nie memang favourite saya... Tue 18-Sep-2007 02:37
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.