Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Sep-2007 06:35 Email | Share | Bookmark
Acar Buah Dan Kuih Ketayap

 
 
buah kismis,cherry apple,kurma,manisan strawberry
manisan strawberry&dried cherry apple


Kalau bulan Ramadhan antara makanan yg selalu tak miss untuk bersahur adalah telur masin atau serunding dan acar buah.Tapi telur masin ni rebus sekali sekala takut jugak selalu makan yang masin2. Serunding daging dah ada stok,beli siap2 semasa pulang cuti tempoh hari. Tapi acar buah tak ada di sini dan masa balik tempoh hari lupa nak beli.Bila dah jumpa resepi acar buah, cubalah masak acar buah....
ACAR BUAH
Sumber Alaf 21

Bahan

100 gm bagi setiap jenis buah [kismis, kurma,kurma merah. jeruk limau nipis,jeruk belimbing buluh,jeruk mangga,bawang merah dikupas, cili merah(belah &buang biji) ,cili hijau (belah &buang biji)-900 gm semuanya
(saya guna 700 gm campuran -kurma,dried cherry apple,manisan strawberry,raisin hijau,cili jeruk,lobal masin,buah limau kasturi dan bawang merah)-potong kecil kecuali bawang merah.
50 ml minyak- tambah lagi 100ml
3 sb gula pasir-lebihkan biar manis sikit
500ml kecil cuka- guna 350 ml
garam secukup rasa

Bahan A Dikisar
75 gm rempah ikan
5 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan2 yg tambah sendiri
*4 sudu besar lada kering yg telah dikisar
*bijan digoreng tanpa minyak

Cara:
1. Bersih buah2an dan toskan. Kemudian jemur selama 2 jam.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan A dan lada kering sehingga berbau.Masukkan cuka,gula pasir dan kacau rata.
2. Apabila mendidih,tambahkan garam secukup rasa,bawang merah,cili dan buah-buahan.
3. Kacau hingga pekat dan mendidih.
4. Sejukkan sebelum dipotong
taburkan bijan sebelum makan




Hari tu tengok kuih ketayap cek de buat, teringat dalam peti ais ada lagi inti kelapa lebihan buat kuih, apalagi masaklah kuih ketayap untuk berbuka guna resepi K.Liza ni, tq K.Liza...

Kuih Ketayap aka Kuih Gulung
Sumber Fp K.Liza

Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.


Catatan.......
Quote:

mallan-dulu2 mmg mkn buang inti tp bila tengok anak yg sulong suka mkn kuih ketayap ni sekali dgn inti,mulalah berlajar sukakan intinya.Puasa kali ni macam thn lalu cuma kali ni rajin masak sendiri . Mallan dah masak pengat macam arwah mak buat mesti sedap ni. thn ni belum lagi buat pengat pisang tp pengat pisang mmg tak miss kalau bulan puasa ...
MaDiHa -acar buah kalau masa sahur tak selera tu boleh bangkit sikit selera. anak2 suka inti kelapa ni tp kalau letak kacang macam inti pau tu tentunya sedap juga..
Hajar-betul tu Hajar acar buah ni pembuka selera...
masriyah -sedap rasanya masam manis,kalau kat sana mesti byk lagi pilihan dried fruit yg boleh dimasukkan utk lagi sedap acar buah ni Yah..
jeff-he..he.lucu pulak cara mkn nya...
kamalina -sama nama kuih ketayap..mailah rumah kita makan sama-sama..
Nur -Nur masak pun sedap2 jugak...bulan puasa ni kena masak yg enak2 sikit kalau tak anak sibuk nak ke bazar Ramadhan beli makanan lain sbb cakap kat rumah lauk tak best...
Ana- masak acar buah sbb nak selera sikit makan waktu sahur. kuih ketayap senang je boleh cuba Ana...
lynnhassan -Lynn suka acar buah pedas.mmg kena buat sendiri sbb kalau yg jual tak pedas langsungkan. tp yg buat ni tak pedas sbb kami anak beranak tak mkn pedas..
Muna -nak diet ke...rugi tu byk menu sedap2. betul tu meriah sungguh Ramadhan ni dgn pelbagai menu terhidang di Fp kawan2 termasuk Muna juga...
Lee Lin-samakan cuma nama berbeza sikit..
fazizaid -ni baiknya ada Fpkan K.Fazi boleh dpt idea nak masak apa,sayapun kalau tak ada idea mulalah melawat Fp kawan2 tengok menu masakan...
Haniss -aaa.... acar limau pun ada resepinya tp jeruk limau tak jumpa lagi kat sini.mkn dgn nasi panas dan ikan asin semestinya sedap...
Kak Leen -Waalaikummusalam..anak pompuan K.Leen suka kuih ketayap ,sama dgn anak sulong saya suka mkn kuih ni. Ohh..K.Leen ada ulser,mmg tak boleh mkn yg masam2 kan..cam na tu nak mkn jugak...kena buat sendiri resepi yg tak letak cuka..
JieJie -K.jie selalu buat acar ni ya,saya baru kali pertama buat,biasa beli. Mesti kuih ketayap dan apam bakar mak K.Jie sedap sbb boleh buat jualan....
tq bagitau K.jie,dah tengok semalam. Baru jejak sebelah kaki kat carta top 99 tu ,tp hari ni dah melangkah keluar...
Sabrina -laa napa sayang nak makan..rugi tu mak bawak dari jauh khas utk Sab. Boleh buat Sab senang je, inti tu kalau lebih simpan dlm peti ais boleh buat lagi bila2 masa...
cek de sam -cuba buat acar buah sbb nak mkn masa sahur...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net