Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Sep-2007 23:24 Email | Share | Bookmark
Ayam Bakar Madu,Sup Ikan dan Somtam

 
 
 
 
Quote:

Kelebihan Ramadhan
Petikan Hadis;

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."




Masa keluarkan ayam dari peti ais, rancang nak buat percik ayam tp bila dah tiba masa nak siapkan bumbu ayam..tukar plan pulak jadi bakar letak madu sbb teringat ayam bakar kat bazar Ramadhan yg nampak sedap..... ingatkan nak beli je kat bazar Ramadhan tp hitung2 baik buat sendiri puas hati makan anak beranak, masak pun boleh letak lebih bahan2nya...

Ayam Bakar Madu

bahan
9 ketul ayam / 3 bahagian peha yg tidak dipotong
4 ulas bawang putih-tumbuk
1 inci halia-tumbuk
7 sb bbq sos perasa madu
4 sbmadu
2 sb sos tiram
sedikit garam

Cara
1.Perap ayam dgn halia,bawang putih,sedkit garam,4 sudu bbq sos , 2 sudu madu dan sos tiram sekurang2 selama 30 min.
2.Bakar dalam oven hingga ayam separuh masak dan sapu lebihan bbq sos di kedua2 belah ayam.Ayam dibakar lagi.
3. Bila hampir masak sapu 2 sudu madu di kedua2 belah ayam dan masak gunakan grill hingga ayam betul2 masak.




Biasanya guna ikan merah masak sup ikan tapi kali ni nak cuba ikan kerisi pulak,tp ni ibu ikan kerisi sbb saiznya agak besar...beli di pasar Jerudong.Anak cakap sedap, kalau gitu nanti mama masak lagi ya......

Sup Ikan

Bahan
1 ekor ikan merah/ikan kerisi saiz (sederhana besar)
1/2 sb rempah sup/pati ayam
1/2 labu bawang besar dipotong
4 ulas bawang putih -tumbuk
1 inci halia -tumbuk
3 kuntum bunga lawang,3 kuntum bunga cengkih
1 inci kayu manis, 1 sk ketumbar (tumbuk),1 sk jintan manis
1 sk lada hitam yg ditumbuk halus
daun sup, daun bawang & bawang goreng
2 biji buah tomato, karot-potong
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis,air

Cara:
1. Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang dengan bahan yg ditumbuk dan bawang besar.Setelah kekuningan masukkan rempah sup.
2. Kacau dan masukkan air dan lada sulah .
3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan sedikit garam serta karot. Biarkan sehingga isi ikan itu masak.
4. Masukkan buah tomato dan tutup api.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang tadi serta bawang goreng , sedia untuk hidangan.



Kalau balik kg dan berkesempatan ke Rantau Panjang Kelantan suka beli somtam di salah sebuah gerai di situ yang dijual oleh orang Thai.Somtamnya kira fresh sbb bila nak barulah ditumbuk dan masukkan semua bahan2nya. Antara bahan yg diletak kangkung mentah, mangga, betik, cili hidup, kacang, sos ikan dan kacang tanah.Tp bila makan kangkung mentah mmg dibuang sbb tak reti nak makan kangkung mentah. Sekali tu tengok di Fp Hajar menu somtam guna epal,nampak sedap sekali.Maka cubalah guna epal dan tambah dengan mangga dan letak karot sikit. Tq Hajar kongsi resepi...


Somtam
Sumber FP Hajar

Bahan
Mangga muda/Epal , kupas kulit racik halus
bawang merah-tumbuk kasar
cili merah-tumbuk kasar...if nak berapi leh guna cili padi
udang kering- rendam dan tumbuk kasar
sos ikan- if takde leh ganti ngan garam je
kacang tanah- goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
sedikit gula

Cara
1. Gaulkan semua bahan...mesra2kan
2. Perasakan mana yg kurang dgn sos ikan dan gula


Selingan...

Inilah gelagat Syazrin semasa menunggu mamanya menghidang juadah berbuka,dah siap pakai baju tidur , dok main sorok-sorok bawah saji....




Catatan.....
Quote:

MaDiHa -Juadah MaDiHapun sedap2 juga. bulan puasa ni tengok menu org lain sedap2 , terikut sama tergoda nak membuatnya...
nabialishad -bakar ayam di rumah boleh letak byk sikit perencahnya....ayam bakar di PARAM kalau letak byk bahan2 lagilah mahal diletakkan harga,dahlah ayam mahalkan skrg Intan...
Lee Lin -he..he..yang bawah saji ni mmg sedap.... selalu kena peluk cium oleh mamanya...
Meorjay -nilah menu bulan Ramadhan macam2 nak mkn..
Haniss -senang je Haniss ayam bakar ni, betul tu kalau nak mkn puas hati sekeluarga bakar sendiri ayam,kalau beli mahal lepas tu kekadang tak sedap manapun..
MamaFaMi-somtam epal lebih kurang macam kerabu epal mmg rangup MamaFami. he..he..luculah MamaFami cakap dok langok depan PC , tp dok depan PC cari idea nak masak specialkan..
Nur -somtam boleh buka selera kalau mkn dgn nasi sbb rasanya masam2 gitu.Ayam madu pekena dgn nasi ayam mmg padankan...
mallan-ni buah hati pengarang jantung mama dan abah...
masriyah -tulah tukang pancing ikan kerisi yg masak sup tu, bukan main2 sungguh dok tarik pancingnya he..he..
Hajar -ayam bakar kalau makan sekeluarga sekejap je habis, mlm kedua anak tanya lagi ada tak ayam semalam..
JieJie -nanti kita gi intai ayam bakar K.jie pulak. Yg bawah saji tu anak yg bongsu.lauk sup dan somtam mkn kalau tak sihat mmg sesuai kan..
umi-kal -senang je somtam ni Auntie..boleh mkn ratah gitu atau mkn dgn nasi..
Watie - dah terliur ni kena pi cari cepat2 ayam bakar..
fazizaid -Somtam ni kira kerabu Thai tp kalau somtam asli sayurnya guna betik,mangga muda,kangkung dan cili padi.diorg mkn ratah gitu je K.Fazi tak mkn dgn nasipun.Tp saya mkn dgn nasi...
Kak Leen -Waalaikummusalam, kalau sup kepala ikan,guna ikan merah lagi sedap. Somtam ni kira kerabu Thai tp kalau somtam asli sayurnya guna betik,mangga muda,kangkung dan cili padi.diorg mkn ratah gitu je K.Leen tak mkn dgn nasipun...
kamalina -anak suka mkn peha ayam ,mmg kalau beli jarang beli yg sekor tp beli bahagian peha saja.ayam bakar ni senang dimasak..jemputlah makan..
Sabrina -ayam bakar semestinya antara juadah top masa Ramadhan...berbanding menu ayam yg lain. tengok kat PARAM mmg berderet org jual ayam bakar. kalau berdua beli sekor puas mkn tu Sab...
FamilyPerak -Sebenarnya tunggu jugak keluarga bagi respon Fp ni sbb buka Fp pun nak berkongsi masakan dan cerita dari Brunei dgn family dan sahabat handai serta menambah kenalan siber. K.Long skrg ni tgh mencuba pelbagai resepi masakan, kalau dulu mmg tak sempat. Mesti byk bawak bekal makanan jenama Brahim ke Beijing kan,sekurang2nya dptlah makan makanan M'sia. Kamipun akan miss rendang Perak K.Ngah masak raya nanti.Silalah ke Brunei, nanti bukan setakat somtam boleh dihidangkan tp lain2 makanan istimewa khas buat family Perak.
psst; kat entry cup cakes tu nanti kami bg respon balas ya..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net