Want your
own Fotopage?






 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Sep-2007 05:38 Email | Share | Bookmark
Kuih Tako, Singgang Tulang Dan Waffles

 
 
 
 
 
 


Pagi semalam ikuti kelas siber Mak Lang cara2 membuat bekas kuih tako...mudah rupanya... Terimakasih banyak2 Mak Lang krn sudi tunjukkan cara-caranya... Dalam perjalanan balik ambil anak dari sekolah terus ke supermarket berdekatan mencari tpg hoen kwe. Walaubagaimanapun kuih tako siap agak lewat dlm jam 5.30 sbb lambat masuk dapur . So cepat2 masukkan dalam peti ais. Tapi masa berbuka dalam jam 6.20 bahagian santannya masih belum beku sepenuhnya tp mmg suka yg lembik gini slurrrp je makannya...



Kuih Tako
Sumber : zie dari Fp Mak Lang

Bahan A
4 cwn air
1 cwn gula
1 bungkus tepung Hoen Kwe (hijau)

Bahan B
4 cwn santan (1 biji kelapa)
4 sb tepung jagung
1st garam
sengkuang/jagung

Cara
Campurkan semua bahan A, dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga adunan mendidih, pekat dan berkilat...tutup api.
Tuang adunan dlm bekas....letak 3/4 saje adunan.
Lakukan perkara yg sama utk Bahan B...tuang atas lapisan hijau.
Masuk dlm fridge.


Syazrim masa tengah letak adunan yg hijau dalam daun pandan dia dah minta nak makan,siap dia ambil sendiri mangkuknya, bila cakap belum siap dia merengek tak puas hati.Pujuklah dgn makanan lain. Masa dah siap dia pulak tidur, so bila bangun tidur hidangkan dia kuih tako...selera makan habis sampai 5 biji kuihnya....



Kali ni tulang dimasak singgang ikut resepi singgang daging K.Jie , terimakasih kongsi resepi K.Jie....Saja tukar kelainan sbb dah selalu buat sup. Singgang daging ni sering makan kalau balik kg,mak selalu juga masak.Memang sedap rasanya....


SINGGANG DAGING
Sumber Fp K.Jie

Bahan
1/2 kilo Daging(dihiris nipis), sedikit tulang, sedikit daging berlemak.
8 ulas bawang merah~dimayang
5 ulas bawang putih~dimayang
2 inci halia~dimayang
1 1/2 inci lengkuas~dimayang
sejemput ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat
6 biji cili kering~dipotong,dibersihkan dan direndam dengan air panas.(kehabisan cili kering belum potong,ganti dgn sesudu cili kering yg dah blender)
sedikit gula manisan/gula melaka( lebih kurang 1/2 keping)
1 keping asam keping gelugur.
garam secukup rasa
air untuk kuah.

Cara membuatnya.

1. Tenggekkan periuk berisi air anggaran cukup untuk daging 1/2 kilo di atas api.
2. Masukkan bahan2 yang dimayang, ketumbar, asam keping, daging, tulang dan daging berlemak.
3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
4. Masukkan cili yang telah direndam, garam dan gula melaka. Biarkan semua bahan mesra.
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.





Anak yang sulong minta dibuatkan waffles nak makan dgn ais krimlah..strawberry lah..coklat lah..maklumlah puasa macam2 yg diinginkan. So cuba buat waffes guna resepi MamaFami, terimakasih MamaFami... Tp separuh adunan saja . Oleh kerana tiada waffles iron di rumah cubalah bakar guna sandwich maker sbb pernah tengok dalam Fp Lynn guna sandwich maker... tp bila dah masak,kuihnya melekat di sandwich maker itu... cuba cungkil dgn sudupun tak boleh... Jam dah pukul 6 ..dlm 20 min lagi nak berbuka. Tukar strategi... dari bakar dalam sandwich maker tu terus angkat non stick pan yg kecil dan goreng macam pan cake...sorry MamaFami tukar kaedah masaknya.. lain kali janji tak ubah resepi MamaFami, ni gara2 kesuntukan masa...
Dah siap goreng dpt 4 keping, masa berbuka abg sulong makan 2 keping satu dgn jem strawberry dan satu dgn coklat (lebihan topping kek coklat), abg yg tgh mkn sekeping dgn strawberry dan yg no 3 makan separuh kongsi dgn mama separuh...

WAFFLES
Sumber Fp MamaFami

Bahan-bahan :
2 cawan tepung
2 sudu teh gula
1 cawan susu
2 biji telur ~ diasingkan kuning dan putih
4 sudu kecil serbuk penaik
50 g majerin ~ dicairkan
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :

1. Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan majerin yang dicairkan. Perlahan-lahan tuangkan susu segar. Kacau hingga sebati.
3. Pukul putih telur hingga kental. Kaup balikkan ke dalam bater.
4. Tuangkan sedikit bater ke atas waffle maker dan biarkan hingga keperangan.
5. Boleh disajikan bersama aiskerim dan sirap.




Ais krim nipun request dari anak yg sulong nak makan waktu berbuka. Macam2lah ditabur atas ais krim..mamanyapun tumpang secawan...

Catatan.....
Quote:

Narr -Hai!
Jie jie -sedap rasa singgang resepi K.jie dah lama tak mkn, biasa makan yg mak masak lebih kurang dgn resepi ini cuma tak letak cili kering. Selalu dengar nama Cbg 4 Tok Mengah ni tp lupa kata mana ya..
maklang-Tu dia Mak Lang dah dtg..nengok projek anak muridnya..jagung ada lebih jadi ditengek kat atas tako tu..rasa sedap pulak letak byk jagung...
MaDiHa -nilah hasil kelas Mak Lang, mmg bagus Mak Lang adakan kelas siber tako tu...senang rupa2nya buat casing tako tu. Singgang mmg sedap dimkn..
masriyah -betul tu Yah..yg buat rasanya lebih sedap sbb letak dlm daun pandan. singgang mmg tak muak dimakan...
jeff -Syazrin habis 5 kuih ni..lembut kuihnya mmg senang dia nak mkn..
cek de sam -senang buat casingnya cek de...mesti boleh buat punya..
Irene Yaya -mmg mudah buat kuih tako ni...kalau tak da daun pandan letak dlm bekas kecilpun boleh, masak utk mkn sekeluarga Irene..sbb puasa kali ni jarang sgt ke bazar Ramadhan..
farah -ikut resepi asal jagung/sengkuang letak kat bawah lapisan hijau, bila ada lebihan jagung letak kat atas sikit biar anak2 tertarik nak mkn..
kamalina- buat banana split lagi sedap tp pisang tak da kat rumah..mmg puasa macam2 yg abg minta nak mkn. layan saja selagi mampu buat,kalau tak dia minta ke PARAM pulak. wahh rajinnya Kamalina baking dah lewat ptg pulak..choc chips muffin Kamalina buat mesti sedap sampaikan Haziq mkn kekenyangan...he..he..nak pecah perut tu yg kelakar bunyinya..
Nur -Acik Nur nak kuih tako...mai Syazrin tulun suapkan... Aiskrim dan pan cake tu request dari anak sbb dia puasa layan permintaannya.Ais krim tu mamanya jugak tumpang makan..
mallan-kalau yg manis2 boleh mkn lepas mkn yg heavy sbg dessert kut Mallan..sbb saya biasa buat gitu. Kuihpun saya tak buat setiap hari, kalau ada lebih macam Mallan jugak simpan utk esok,tak rajin nak masak kuih hari2.Kuih tako kalau tak ada tpg hoen kwe, tuan resepi Mak Lang cakap boleh ganti dgn tpg jagung. Elok tu Mallan isi dlm bekas kecil2 bagi kat kawan2...
Sabrina-Syazrin puasa yang yok Acik Sab.. mmg sedap kuih tako resepi Mak Lang ni, suka yg lembik gini kalau beli kat kedai biasanya keras. Singgang daging mmg mudah dan tak jemu mkn sbb ada rasa asam2 sikit.buat dgn dagingpun boleh...Ais krim mmg sentiasa memikat hati kan..
MamaFaMi -Bila anak nak mkn ais krim..mamanya pun tumpang jugak tak tahan nengok ais krim tu.. MamaFaMi tagged saya ke..apa pulak soalan kali ni..nanti saya gi nengok Fp MamaFaMi ya..
ciku_nunu - ...tak sangka juga Syazrin suka kuih tako sbb tu kali pertama dia makan sampai habis 5 kuihnya....
hajar -kuih tako ni saya cuba letak jagung tiru macam Mak Lang punya...kalau yg beli biasanya diorg letak sengkuang..
fazizaid -kuih tako mmg sedap K.Fazi, biasanya beli je...
rinnchan -terliur Mak Lang punya..tu terus cuba buat lagipun pokok pandan mmg banyak kat rumah. biasanya mkn dgn sudu terus dari bekas, tp kali ni keluarkan dari bekasnya utk ambil gambar dan bagi Syazrin mkn....
Roylazim-...tak sangka Syazrin suka kuih tako..
Lee Lin-.Mmg happy dia..bangun tidur terus suap kuih tako tu....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net