Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Sep-2007 23:45 Email | Share | Bookmark
Laksa Pinang Dan Donut

Laksa siap utk mkn
ulam-ulam
Kuah masih dlm periuk
 
 




Sebenarnya bulan puasa ni malas sungguh nak buat kuih yg kena uli-menguli ni... Tp disebabkan hari tu beli donut utk anak-anak, anak-anak merungut tak puas hati dapat dapat makan sikit je donut... .Maka merajinkanlah diri buat donut, tupun separuh adunan saja,dpt 24 biji... Macam biasalah anak-anak ni masa menguli dah datang tanya mama buat apa..bila nak siap..nak tlg sama menguli..mmg tak sabar2. .. Donut kali ni guna resepi K.Liza, tq K.Liza...

DONUT
Sumber Fp K.liza

Bahan A
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener [optional]

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

Coklat cream [masak secara double boil]
250 gm cooking coklat
30 cocoa-butter

Bahan Hiasan
manik warna warni
Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunakan mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan celupkan dalam cooking coklat yg telah cair.
9. Taburkan hiasan. Hidangkan.

Icing Topping
-lupa pulak ambil kat mana resepi ni

Bahan
4 sb sugar powder/gula icing
1/2 sb air
pewarna (pilihan)
kacang, cho rice

Cara
Campurkan air kedlm gula sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sesuai utk salutan dan letakkan pewarna.Celupkan donut ke dalam bancuhan dan taburkan hiasan.




Dah banyak hari nak makan laksa tp tertangguh sbb bahan2 tak cukup. Bila dah ada bahan-bahannya masaklah laksa seperti resepi yang lalu utk makan sewaktu berbuka....
Resepinya ada di sini.


Catatan......
Quote:

Lee Lin -nasib baik ada peminat dunkin donut, kalau semua org buat sendiri nanti tutup pulak dunkin donut....
MaDiHa -ni pertama kali topping dgn icing,biasanya guna coklat saja. sebenarnya belum pernah cuba resepi donut yg lain tp resepi ni oklah juga rasanya. buat adunan separuh dari resepi dpt 24 biji. anak2 mmg puas mkn. betul tu kalau hari kerja tak sempat buatkan,nak menguli dan tunggu adunan naik,lama juga..
L33za - buat donut krn anak2 minta..mamanya tumpang makan jugak...
Haniss -anak2 masa dok menguli lagi dah tanya bila nak siap sbb donut ni favorit mereka. yg bongsu tak sempat topping dah ngap dulu. bila dah topping apa lagi semua tak sabar nak mkn..
kamalina -cubalah buat Kamalina...anak2 mesti suka bila letak topping coklat dgn gula gini,sure berebutnya. cam na nak bisnes donut ni..uli separuhpun adunanpun rasa dah lenguh tangan..he..he..actually malas menguli ni..
Kak Leen -Waalaikummusalam. rasanyakan K.leen kalau masak laksa, sure kita dua je boleh perabis ni sbb saya pun suka sgt laksa pinang. donut ni anak2 cukup suka..cuma mamanya yg kurang rajin buat..
melyz -mai lah rumah nanti akak hulur sepinggan..ada jugak yg akak masak tak jadi biasalah kan dlm proses pembelajaran masak-memasak....
Bonda RaqynRafiqin -laksa Pinang mmg sedap sbb masam2 rasanya. kalau dgn gula anak no3 je yg suka, kalau letak coklat semua suka termasuk mamanya...
nabialishad -tulah akak teropong dapur Intan...nampak Intan buat donut sedapnya ada love lagi...jadi buat juga. topping icing ni pertama kali cuba,anakpun suka. ehh Intan masak roti John jugak ke...sehati sejiwa raga kita ni...boleh tu.calling2 tanya Intan nak masak apa nanti..
Jie jie -Betul tu K.jie ,kalau anak2 nak makan wpun penat sanggup masak..seronok bila anak2 makan. topping yg ringkas K.Jie , main celup je tu. Kalau makan sikit mmg tak berbaloi buat donut sbb menguli lama jugak.re labu; laa...saya ingatkan betul namanya rupa2nya K.jie gurau je... kat sini mmg senang dpt labu kundur ni..
Hajar -Hajar rajin buat kuih-muih sedap2 semuanya , kalau sebelah rumah boleh tukar laksa dgn kuih jongkong tu..
Nur -anak2 selalunya suka donutkan berbanding kuih-muih lainkan. betul tu laksa kegemaran ibu2, jarang org tak suka laksa..
Meorjay -senang nak dpt kat PARAM laksa...mkn panas2 sedap..
masriyah -donut kalau buat comel2 laju sikit habisnya. Biskut raya belum buat lagi,masih tgh fikir nak buat yg mana...semua nampak cantik dan sedap..
fazizaid -kalau waktu panas makan laksa dgn kuah panas kena pulak cili potong mmg berpeluh2 nak habiskan semangkuk...
tariqzaidanirah -kat sana byk ikan yg dah siap dipotong tinggal isi sajakan...tp bila dpt ikan yg diperlukan utk kita masak mesti suka rasanyakan...
Ana - kalau letak gula mmg tak laku donut ni,anak2 tak berapa suka . tp bila coating coklat sekejap je mkn...
Sabrina -laaa...napa jadi cam tu..Senang je buat laksa Sab,lebih sedap dari beli kat kedai sbb kadang2 yg beli kuahnya cair. Boleh masak utk sarapan langsung makan tgh hari...
inaa -aduhhh inaa kena jamu matalah dulu, kalau dekat2 boleh jugak hulurkan semangkuk ....
Muna -Lama juga projek apam Muna..nanti cubalah projek laksa dari pelbagai negeri.Perak,Selangor , Sabah rasanya tak ada laksa. .
intan natrah -hai..
IreneYaya - masakan mak mmg tak ada tandingnya...sedap. Kalau tak ada daun kesum buat laksa rasanya ada kurang sikit. Irene jadi balik beraya di M'sia...seronoknya, nanti bolehlah makan puas2..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net