Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 29-Sep-2007 13:42 Email | Share | Bookmark
Udang Lemak Tempoyak, Ikan Percik dan Peria Goreng

 
 
 
 


Kali ini udang masak lemak dicampur dengan tempoyak, kebetulan masih ada stok tempoyak di rumah. Letakkan juga terung pipit/terung mangor dalam masakan udang ini, lagipun pokok terung pipit tepi rumah sedang berbuah, buahnya tak banyak sbb ada sepokok saja. Kalau nak tahu khasiat terung pipit boleh lihat FP K.Jie. Macam janji-janji pulak dengan Nur masak udang lemak untuk entry kali ini....



Pokok terung pipit sedang berbuah di tepi rumah.



Udang Masak Lemak Tempoyak

Bahan

400 gm udang
*1 inci lengkuas - kalau tak nak letakpun boleh
*1-1 1/2 inci kunyit hidup
*5 biji bawang merah
* 2-3 sudu besar cili kering yg diblended
*1 inci halia
1 btg serai diketok
4 sudu tempoyak
1 biji kelapa/ 1 pkt santan- 6 cawan air
1 keping asam keping
garam (ikut rasa)
5 biji lada hijau - tak payah potong
segenggam terung pipit (pilihan)

Cara-cara

1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk dan masukkan santan.Biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan udang, asam keping,terung pipit , tempoyak dan garam .
4.Kacau hingga mendidih dan masukkan lada hijau .



Ikan Percik Kelantan

Ikan percik adalah antara juadah yang termasuk dalam senarai menu bulan puasa. Rasa lemak santan percik membuka selera.... Resepinya ada di sini.





Buah peria yang dimasak kali ini adalah peria katak...gerunkan nak makan.. tp bila dah masak rasanya lebih kurang peria yang biasa tu...

Peria Goreng

bahan
2 biji peria katak/1 biji peria -potong dan rendam dgn garam dan kapur utk kurangkan pahit
4 ulas bawang putih - tumbuk
1/3 labu bawang besar- potong
1 sudu kunyit serbuk
sebiji telur - dikacau
satu biji cili merah dipotong
sedikit ikan bilis
garam,gula dan sedikit serbuk lada hitam
minyak

Cara
1.Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan ikan bilis.
2. Masukkan peria, garam,gula,lada sulah dan serbuk kunyit.Kacau.
3.Akhir sekali masukkan telur dan cili merah.


Quote:

Sumber rujukan; Wikipedia
Peria Katak
Pokok Peria Katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika.
Peria Katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, Teh Peria Katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.
Rasa pahit Peria Katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.Bunga dan buah peria katak.


Catatan..........
Quote:

kamalina-baru pertama kali cuba letak tempoyak ni.sekadar masak utk keluarga, belum mahir lagi. dulupun tak berapa suka peria sbb bayangkan kepahitannya tp bila dah beberapa kali makan yg org lain masak rasanya sedap juga wpun pahit sikit-sikit, jadi skrg ni dlm sebulan tu adalah sekali masak peria...
Nur-betul tu Nur wpun jauh dimata terpisah dgn laut China Selatan tp dekat dihati ..masakan hampir sama pulak...Family Nurpun bertuah jugak sbb Nur pun rajin masak macam2. kadang2 makanan boleh mengingatkan kita pada org tersayangkan...
macam terung pipit ni pula saya teringat kat kg sbb masa kecil dulu pokok terung pipit ni byk dekat rumah,selalu kutip mak masakan...
fazizaid-ohh K.Fazi pun suka ikan percik,patutlah ada masak jugakan. ikan percik mmg sedap...
kak jie-nipun baru nak cuba masak letak tempoyak...cari kelainan menu sikit. K.jiepun masak lemak udang ke..ni macam janji pulak...Semalam ke pasar nak cari nenas jugak nak masak lemak ikan masin tp nenas tak ada.Peria katak ni tanam kat kedai je K. Jie.... sebenarnya saya ada cari info peria katak dkt Fp K.Jie tp tak ada,sbb kalau ada nak link je. jadi dptkan info dan letak kat sini utk dikongsi bersama....
Ida_Natrah-Selamat hari raya juga utk k.Ida sekeluarga...
Penyulawa-K.Anim punya menu pun sedap2..kalau dkt boleh kita tukar juadah...
Sabrina-kuah percik putih rasanya lemak popular sebelah Pantai Timur..kalau kat pasar Ramadhan mmg byk jual yg percik merahkan.Ayah Sab kiranya boleh tahan pahit ya makan buat ulam lagi. Dulu2 pun tak suka sbb bayangkan rasanya pahit tp bila dah beberapa kali mkn rasanya ok jugaklah tak sepahit yg dibayangkan...
cek de sam-Cek de pun selalu masak yg sedap2, selalu terliur nengoknya...
masriyah -patin masak tempoyak dah cuba...kini nak cuba pulak udang masak tempoyak.Kalau ikan percik mmg sedap dgn ikan kembongkan..kalau frozen dah hilang rasa manis ikannya..
zakiah z-mmg betul kata mak Zakiah buah peria dpt mengubat penyakit kencing manis spt dlm artikel ni. Tq krn sudi lawat Fp saya...lepas ni bolehlah sama2 kita sembang kat Fp lagi...
Mazuki -hai, jemput jamu mata...
mallan -kat sana ada peria tak...wah dpt makan durian Mallan, tak palah dpt beli 5-6 ulas dah dpt hilangkan rindu. kat kat sini buah durian dah hujung2. kat supermarket mmg selalu ada tp hargapun mahallah..
Haniss-biasanya pun rebus buat ulam macam Hanis sbb buahnya sikit.masak dlm sambal belum pernah cuba lagi..
Daalia-semoga Ellie berjaya dlm exam PMR. peria wpun pahit mmg sedap digoreng. anak2 mmg gitukan tak suka sgt sayur apatah lagi kalau pahit...
Roylazim -betul tu K.Roy..makan dgn nasi panas selera dibuatnya...
MaDiHa -udang masak lemak mmg favorit cuma ni kali pertama letak tempoyak, udang masak hijau yg MaDiha masak tu nampak sedap..
kak liza-masakan K.Liza lagi sedap,tu yg buat selalu bertandang Fp K.Liza. kalau dok berjiran saya lagilah tak malu minta sepiring masakan K.Liza tu..kalau tak kasi..hidu baupun dah cukup...
umi-kal -betul tu Auntie terung pipit rebus cicah sambalpun sedap...kebetulan kat sini selain ada pokok kat rumah, kat pasarpun byk dijual,senang kalau terasa nak makan....
tariqzaidanirah-tempoyak kat rumah masih ada baki yg buat masa musim durian hari tu. masak lemak letak cabai burung mesti berasap telinga . tp ni letak cili kering je sbb kami sekeluarga tak mkn pedas. masak sambal belum pernah . Lucukan teringat kenangan masa kecik, samalah suka main terung pipit ni...satu lagi main daun pisang dgn jantung pisang..main masak2 dlm tempurung . mak tak bising sgt tp aruah nenek suka ngomel2 sbb pokok dia tanam jadi mangsa...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net