Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Oct-2007 14:00 Email | Share | Bookmark
Puding Marble Dan Nasi Ayam Kuning

 
 
 


Sejak puasa ni belum lagi buat puding untuk berbuka..dalam peti ais pula ada sedikit lebihan coklat yg digunakan untuk topping donut hari tu dan susu segar, carilah resepi yagn boleh gunakan kedua2 bahan ni.Jumpalah puding marble resepi K.Liza ini, tq K.Liza.....

PUDING MARBLE
Sumber Fp K.Liza

Bahan:
1 peket agar-agar [37 gm][rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair - guna fresh milk
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam]-saya guna 4 sudu cooking coklat

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik..


Nasi Ayam Kuning



Nasi ayam kuning sebenarnya pernah makan di restoren kat pekan tak jauh dari kg tempat kelahiran. Di pekan tu hanya sebuah restoren yang diuruskan oleh seorang makcik yang berniaga selama lebih 20 tahun menjual nasi ayam kuning, dan semestinya menjadi tumpuan sebab nasi ayamnya lain dari yang lain. Resepinya sama dengan nasi ayam biasa cuma dicampur serbuk kunyit dalam nasi...

Bahan
12 ketul ayam
5 ulas bawang putih-tumbuk
1 sb kunyit serbuk
1 inci halia- tumbuk
5 cawan kecil beras
2 sudu mentega (pilihan)
sehelai daun pandan
1 kiub ayam
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
serbuk lada hitam,garam
2 biji kentang dan sebtg carrot -potong dadu kecil (pilihan)
sos cili manis utk ayam (ni kes malas nak buat sendiri)
ulam dan hiasan;
-daun bawang,daun sup&bawang goreng
-daun salad/timun,buah tomato



Cara-cara
1. Rebus ayam bersama2 bawang putih ,halia dan sedikit garam hingga mendidih dan ayam hampir masak.
2. Ambil air rebusan ayam sebanyak jumlah beras dan masukkan dlm rice cooker .Masukkan beras,daun pandan dan majerin,kunyit serbuk dan kacau. Masak macam biasa dan bila nasi hampir masak kacau sekali lagi rata-rata agar warna kuning nasi sekata.
3. Ayam disejatkan sekejap,kemudian gaul dgn kicap pekat,madu dan sos tiram.Biarkan sekejab utk perap.Bakar sehingga masak .
4. Utk sup tambahkan air,garam , lada hitam,kiub ayam dan kentang&carrot.Masak sehingga mendidih dan kentang empuk.
5.Hidangkan nasi dgn ayam dan salad/timun dan buah tomato.Letakkan sos cili ke atas ayam. Taburkan bawang goreng dan daun sup dlm sup.


Catatan......
Quote:

masriyah -betul tu ni kali ke 2 sbb nasi ayam tak pernah bosan dimkn, boleh hantar kita tukar dgn puding roti Yah yg pink tu...
kak jie -betul K.jie kalau puding cepat je makan....puddingpun mudah dibuat..
cek de sam -sejak puasa ni baru sekali nak buat puding,cari yg letak coklat biar anak2 suka makan..
WanZee -Tq utk WanZee kerana sudi bertandang. sekadar berkongsi resepi yg mudah ....
MaDiHa -Mak MaDiHa berniaga nasi ayam ya...mesti resepi nasi ayam istimewa ni, nanti MaDiHa buatlah ikut resepi mak dan tempek resepinya sekali..
Lee Lin -Lee Linpun baru buat nasi ayam, nampak sedap jugak...
Nur -nasi ayam penyet cam na Nur..alaaa nasinya tak sempat posing ke...tak pa nanti buat lagi tempek gambar dan resepinya ya...
tariqzaidanirah -sedap juga menu kat asrama siap nasi ayam kuning, kalau masa dok asrama dulu menu ayam goreng,dalca dgn acar jelatah paling suka....
Haniss -masa buat pudding tu lupa pulak gambar asal macamana, jadi ikut letak je bancuhan coklat dgn yg asal...
Kak Leen -Waalaikummusalam K.leen. K.Leenpun dah buat pudding ni sedapkan rasanya..
fazizaid-he..he..
Sabrina -nasi ayam hari itu versi goreng,skrg ni versi bakar + nasi ayam kuning pulak.Puding coklat ni mudah saja tp sedap dimakan..
MamaFaMi -kalau MamaFami buat pudding lagi cun dan menawan hati...
nabialishad -lebih kurang sama jugak kita masak kali ni. sbbnya akak guna teropong yg sama versi dlm citer P.Ramlee yg ada tikar terbang zam..zamm ala kazam...he..he.. tu yg dpt intai apa Intan masak wpun dari jauh...
julia -mudah buat pudding ni Julie..mesti Farhah suka nanti..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net