Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Oct-2007 08:52 Email | Share | Bookmark
Ikan Bawal Taucu, Salad Kentang dan Air Roselle

Bunga roselle sedang direbus
Bunga Roselle
Siap utk diminum
 
 


Kalau tempoh hari ikan bawal masak Portugis, kali ini tukar selera ikan bawal masak taucu pulak....

Ikan Bawal Masak Taucu

Bahan

2 ekor ikan bawal yg.sedang besar-digaul garam dgn kunyit
5 ulas bawang bawang merah-blender
4 ulas bawang putih-diblender
1 inci halia- diblender
2 biji lada merah besar(hiris buang biji)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
4 sudu makan taucu
2 sudu kicap cair
Sedikit minyak makan utk menumis
Sedikit tepung jagung- dicampur dgn sedikit air
1/2 cawan air
garam,gula ,serbuk lada hitam

Cara

1. Ikan digoreng sehingga masak kekuningan.
2. Tumis bahan yg ditumbuk sehingga wangi dan masukkan taucu,kicap cair,garam,gula,serbuk lada hitam dan air.
3.Kacau dan masukkan lada besar dan bawang besar. Kemudian masukkan tpg jagung.
4. Biarkan mendidih masukkan ikan dan masak sehingga kuah pekat dan angkat .




Salad kentang

Mudah dan ringkas saja penyediaannya; rebus 4 biji kentang dan 3 biji telur. Bila dah masak potong 4 setiap satu dan dicampur dengan sedikit karot yg dipotong tipis dan campur mayonis. Kalau suka tambahkan daun salad.Siap dah boleh makan....





Air Roselle

Minggu lepas ada kawan bagi beberapa kuntum bunga roselle. Beliau bagitau serba-sedikit cara2 utk buat air dari bunga roselle. Tapi baru 2 hari lepas sempat masak air roselle. Sebelum ini mmg pernah minum air bunga roselle tapi yg dalam bentuk juice, rasanya macam air ribena. Bunga roselle ni agak keras kelopaknya,kalau nak buang biji memang kena belah dgn pisau. Yang uniknya bunga ni tahan lama dan tidak mudah layu walaupun tidak disimpan dalam peti ais. Tapi bila dah kena air ianya mula mengeluarkan warna merah dan akan layu sedikit. Kalau buat air dari bunga roselle tidak perlu tambah pewarna untuk jadikan warna air merah kerana bunga yang direbus mengeluarkan warna merah pekat.



Cara

3 kuntum bunga roselle dibelah dua dan dibuang biji. Rebuskan air sebanyak 8-9 gelas besar . Masukkan daun pandan/ sedikit esen vanila utk bagi wangi air. Biarkan air mendidih dan dimasukkan bunga roselle. Biarkan terus mendidih sehingga bunga kelihatan sedikit pucat (warna merah sudah hampir hilang warna ) anggaran 15-20 minit.Sekiranya perlu tambah lagi air agar warna merah air tidak terlalu pekat. Masukkan gula mengikut manis yg diperlukan masing2 dan kacau hingga gula hancur. Siap, sejukkan dan sudah boleh diminum dgn ditambah ais atau terus begitu saja.
Sekiranya sudah siap air gula maka rebus bunga roselle tanpa gula.Hanya bancuh dgn air gula bila air roselle sudah sejuk.


Quote:

Sedikit Info tentang pokok Roselle
Sumber ; MARDI & Jab. Pertanian Jatim,Indonesia

Roselle spesies bunga raya yang dipanggil Hibiscus sabdariffa L. Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Orang India memanfaatkan seratnya dipakai sebagai bahan pembuatan tekstil.Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau.
Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Khasiat Roselle :

1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Mengatasi hipertensi
3. Anti infeksi bakteri
4. Membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C
5. Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal
6. Mengandung Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh

Maklumat tambahan tentang Roselle boleh juga didapati di FP k.Jie.


Catatan......
Quote:

kak jie jie -Rajin K.jie tanam pokok roselle, pokoknya belum pernah tengok lagi. Ikan bawal taucu ni ada sikit rasa macam ikan masak kicap tp sedap sikit rasanya sbb ada taucu...
jeff -Jua salam syawal dan Selamat menyambut lebaran buar bro Jeff sekeluarga...
Ida Natrah -Salad kentang bila letak mayonis masam2 sikit sedap rasanya...Bunga roselle nipun pertama kali tengok sebelum nipun macam K.Ida minum air yg juice tu..
fazizaid -Rasanya susah nak jumpa bunga roselle ni dijual wpun kat M'sia, dpt bunga ni pun kebetulan kawan beri. Tak sempat buat rayapun air roselle dah habis diminum...
masriyah -Ooo..boleh makan gitu je bunga nya..ingatkan kena proses baru boleh makan. ikan bawal masak apa2pun mmg sedapkan Yah..
mamatt -
Lee Lin -cakap kat anak air ni rasa macam ribena terus dia nak minum sbb mulanya ingatkan air sirap..
MamaFaMi -Masak sikit2 je MamaFami sbb jarang ke PARAM puasa thn ni..
Roylazim -Mudah je K.Roy buat airnya , rebus gitu tambah gula dah siap utk minum ..
Kak Leen -Waalaikummusalam . Ikan masak taucu boleh ganti ikan lain, ikan kembong pun boleh tp kalau nak cuba dgn ikan cencaru rasanya boleh juga tu..
MaDiHa -laaa...rugilah dah buang bunganya tp bunga pun sikit je.tq Madiha bagi resepi buat jem roselle..kalau ada bunga roselle lagi boleh cuba...
Nur -Air roselle ni macam air ribena rasanya. Kadang2 ada dijual di pasaraya kordialnya. Pelik juga ya sampai skrg Nur dah tak suka makan ikan bawal wpun lepas bersalin...tp ikan lain pun boleh masak taucu ...
kamalina -Kordial roselle ada dijual di pasaraya..macam ribena rasanya. Untung Kamalina dok dkt rumah mak..bestnya boleh selalu mkn masakan mak ..
inaa -salad kentang sedap dan mudah kan Inaa. kena kirimkan taucu pulak ke sana ni ..
Sabrina -Bunga roselle ni kawan bagi, kat sini mmg tak pernah nampak ada dijual.Kalau ada bunga roselle boleh cuba buat airnya Sab..
Abah Along -Rasanya macam ribena,masam2 sikit.Kordialnya ada dijual dlm botol...
Eryne Jasmine -Bunganya ni kali pertama tengok, rasanya di Trg ada ladang Roselle ni. Betul tu kalau kordial kena tambah air dan air gula...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net