Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 6-Oct-2007 23:22 Email | Share | Bookmark
Kuih Lapis, Ketupat Sotong Dan Kerabu Kacang Botor

 
 
 
 


Kuih raya belum ada yang siap lagi,projek kuih raya baru nak mula.... Jadi tempek dulu kuih buat berbuka . Tak tahu napa nama kuih lapis ni Betawi sebab rasanya macam kuih lapis biasa tp bila resepi tulis Lapis Betawi ikut ajalah...

Kuih Lapis Betawi
Sumber ; Majalah Keluarga

Bahan-bahan
120 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
175 gm gula
15 gm garam- saya letak secubit je
1/2 liter santan -
saya guna 1/ 2 paket santan serbuk
1/2 liter air
*pewarna merah dan kuning/hijau-ni saya guna warna kuning,hijau,merah&ungu
*sedikit minyak utk sapu loyang



Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali * dlm bekas dan kacau rata.Kalau perlu tapis.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
3. Panaskan pengukus. Tuangkan bancuhan pertama ke dalam loyang, ratakan supaya tidak terlalu tebal.
4. Apabila bancuhan pertama keras,lapiskan bancuhan kedua dan ulangi hingga semua habis.

Nota;
Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong
*Anggaran masa mengukus
lapisan pertama 5 min
lapisan seterusnya 2 min
lapisan akhir 15-20 min





Ketupat sotong dah buat sebelum ini tp guna beras pulut biasa. Tapi kali ini nak cuba guna beras nasi dagang pula.Hasilnya, kedua-dua kita suka sbb ketupat sotong mmg favorit...

Ketupat Sotong Versi Kelantan
Sumber My Resepi; Mak Yong

Bahan-bahan
* 10 ekor sotong sederhana besar
* 1 cawan beras pulut - saya guna beras nasi dagang
* 2 cawan santan sederhana pekat
* 1 keping gula melaka
* sedikit garam
* gula secukupnya
* sehelai daun pandan
* 10 batang lidi- 3-4cm panjang

Cara-cara

1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
5. Ambil sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.





Kerabu Kacang Botor

Bahan
10 btg kacang botor - potong tipis
1 ekor ikan kembong rebus/bakar-ambil isi dan tumbuk
1/ 2 cawan kelapa digoreng hingga kuning dan tumbuk kasar
4 ulas bawang kecil @ 1/2 labu bawang besar-dimayamg halus
2 biji cili merah dibuang biji dan potong tipis
sedikit bunga kantan - tak letak pun tak apa
1 biji limau nipis - utk perah/sedikit cuka makan
garam,sedikit lada sulah dan gula secukup rasa.

Cara-cara

Campurkan semua bahan dan kacau rata.


Quote:

Sedikit Info ttg kacang Botor
Sumber dari Wikipedia

Pokok Kacang Botor (bahasa Inggeris: winged bean atau Goa bean), juga dipanggil kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang, ialah tumbuhan kekacang tropika yang berasal dari Papua New Guinea.Setiap bahagian Pokok Kacang Botor boleh membekalkan vitamin A dan vitamin-vitamin yang lain.
Pokok Kacang Botor telah diberi nama samaran, "pasar raya satu spesies", kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan.:

* Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman.
* Kacang mempunyai rasa yang sama dengan pucuk asparagus.
* Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.
* Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun yang serupa dengan daun bayam.
* Akar yang mempunyai perisa kacang boleh digunakan sebagai sayur berubi yang serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya dengan protein, berbanding ubi kentang.
* Biji-biji kering amat berguna sebagai tepung, dan boleh dijadikan minuman seakan-akan kopi.


Catatan.....
Quote:

Abah Along -org Kelate mmg terkenal dgn kuih-muih manis...muke org Kelate manis jugak ke,nasib baik tak kena hurung semut....
ida isk -sesekali buat ketupat sotong sbb kat sini mmg tak ada dijual...
melyz -lambat sikit biskut raya siap...tp dah letak.buat sendiri kuih lapis dpt byk sikit sambil bagi kat jiran...
Nur -ketupat sotong tu rasa manis2 sikit, kebetulan ada pelbagai pewarna di rumah, itu yg letak byk warna sikit. seganlah pulak kena puji dgn Nur ... belum sampai tahap pakar,masih byk kena belajar lagi...
inaa -betul tu inaa biasanya org Pantai Timur suka mkn ketupat sotong tak kiralah versi Kelate atau Trg. ..
fazizaid -ni kira macam experiment K.Fazi , buat ketupat sotong dgn beras nasi dagang pulak...
masriyah -saja2 nak cuba ok ke tak guna beras nasi dagang ni. lagipun beras nasi dagang ada juga dijual di sini.rasanya lebih kurang pulut biasa.kerabu kacang botor mmg sedap..
kamalina -kebetulan kat sini ada jual beras nasi dagang, itu yg nak cuba buat. Kacang botor ni selalu makan gitu juga cicah sambal..tempoyak mmg sedapnya...
kak jie jie -ada jugak masanya buat kuih tak menjadi..... bagi hadiah pd cik tonglah jawapnya . ketupat sotong beras nasi dagang kira macam ujikaji.bila dptkan info kacang botol barulah jugak tahu yg kacang botor byk kegunaannya..
cek de sam -husben cek de org Kelantankan. kalau org Kelantan biasanya suka ketupat sotong
jeff -ketupat sotong rasanya hanya ada dijual di Kelantan, susah nak cari kat negeri lain...
Ana -nak cuba masak guna beras nasi dagang..sbb beras pulut dah selalu makan..
Lee Lin -he..he.sotong ni kita bagi sumbat dgn pulut sebelum sumbat ke mulut..
Nur -kuih raya baru tempek gambar sbb baru siap kuihnya...slow sikit enjin nya nak panas ..
Roylazim -Pedas mmg sedap tp kami sekeluarga tak makan pedas tak tahan cepat berasap telinga...
Rohany -bisnes minyak wangi..sampai sini bau wangi nya tu...
Bonda RaqynRafiqin -kuih lapis mmg sedap dimakan apatah lagi kalau yg tak keras sgt dan berlemak rasanya. mmg ambil masa sikit nak masak lapis2 tu....boleh terlelap nunggunya..
MamaFaMi -kuih lapis ni buat 4 warna- merah ,hijau, kuning dan ungu buat 12 lapis semuanya Mama...
Haniss - kerabu kacang botor mudah dah sedapkan..
hajar -kalau buat kerabu suka letak ikan rebus ikut macam mak buat..
nn -Salam Aidilfitri juga buat nn..
tariqzaidanirah -biasanya org Pantai Timur suka ketupat sotong ni, husben org belah pantai Timur ya..
Ibu Irfan - cubalah buat kuih lapis ni,bahan2nya mudah.cuma nak melapis ambil masak sikit...guna 2 warnapun dah cantik...selamat mencuba...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net