Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Oct-2007 01:11 Email | Share | Bookmark
Biskut Raya

 
 
 
 
 
 
 
 
Lambat betul nak dapat mood buat biskut raya wpun resepi biskut raya dah lama print... Bila nengok kawan2 mula buat biskut raya barulah ada semangat sikit nak mulakan projek biskut raya ni. Sebab itu wpun dah beberapa hari siap biskut almond london dan fancy ice cream baru pagi ni siap make-up kan... Manakala lain-lain biskut buat hari Ahad dan Isnin.

Biskut Almond London, biskut dahlia dan biskut makmur guna resepi K.Liza, manakala biskut fancy ice cream dua2 resepi MamaFami dan Mak Lang saya tengok.Biskut cornflakes madu copy dari my resepi. Terimakasih semua kerana kongsi resepi...

Lupa nak citer pulak...biskut dahlia dan biskut tembikai tu satu tray tiap satu biskut anak2 dah biscuit testing sebaik saja masak... .Biskut2 yang lain tu...dah bagi cuba sikit sbb buat tak byk, dtg lagi tanya biskut ada lagi nak bagi sapa mama, jawap utk raya...tak puas hati dok tunggu tepi tray bilang ada berapa keping biskut tinggal...jadi sambil simpan biskut dlm balang sambil itu satu-satu dingap oleh anak2.... .Tak palah mereka suka makan, terasa hilang penat mama membuatnya....














Quote:

Sebenarnya dah lama cari resepi bsikut tembikai sebab resepi yg ada dulu dah hilang, bila search dalam internet jumpa kat Bidayuh.Info .

Resepi Biskut Tembikai

Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam-saya guna biji selasih
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi tak pakaipun putih telur)

Cara membuatnya

Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam sedikit demi sedikit. Uli perlahan menjadi doh.

Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.(Campurkan hanya 1 bah dgn warna merah dulu, kemudian barulah dicampurkan warna merah atau hijau kpd bah satu lagi mengikut keperluan adunan utk mengelakkan bah. yg diwarnakan tidak cukup. Biji selasih saya tak campur terus dgn bah merah tp diletakkan pada bah merah hanya selepas biskut dipotong. )

Canai doh hijau setebal 3 mm. Kalau susah nak canai, bulatkan dan leperkan dgn hujung jari setiap satu. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).

Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar.





Siap utk dibakar . Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net