Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Oct-2007 03:19 Email | Share | Bookmark
Beraya di Brunei Darussalam

Sembahyang raya di Kedutaan
Sembahyang raya di Kedutaan
Sembahyang raya di Kedutaan
Jamuan makan di Kedutaan
Jamuan makan di Kedutaan
Jamuan makan di Kedutaan
Jamuan makan di Kedutaan
Jamuan makan di Kedutaan
juadah 1 Syawal
lagi juadah 1 syawal
juadah syawal ke 3
kad raya dari Istana
 
 
Tahun ini merupakan tahun pertama beraya di Brunei sebab tahun lepas kami sekeluarga pulang beraya di Trg dan Kelantan. Seperti rakan-rakan lain yang beraya di perantauan bersama teman-teman, begitu juga kami di sini. Amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka tetap meriah disambut bersama-sama sahabat handai.Yang seronok anak-anak sebab dapat duit raya (di sini dipanggil green packets) sama seperti beraya di M'sia. ...

Untuk melihat suasana malam raya di sini, sebelum mulakan projek masak, sempat ronda-ronda kawasan kampung tempat kami tinggal ( tp kg ni berbeza sebab tak ada sawah bendang..tak ada kebun tp penuh dengan rumah-rumah) . Hampir semua rumah terang benderang dengan lampu yang pelbagai warna yang dikenali sbg lampung cucul oleh orang-orang Brunei . Menurut cerita kalau waktu malam rumah dipasang lampu sebegini pada musim raya menandakan tuan rumah ada di rumah dan bolehlah dikunjungi....
Juga kedengaran bunyi letupan mercun di sana-sini dengan sinaran percikan mercun yg dilepaskan ke udara. Sebenarnya semenjak awal puasa lagi di sini memang dah agak bising waktu malam bermula selepas Maghrib dengan bunyi mercun dan tambah berdetam-detum pada minggu terakhir puasa hingga raya...

Apa yang menarik di sini pada hari raya pertama, hari raya kedua, ketiga dan hari berikutnya kalau ada jemputan pergi beraya di rumah terbuka biasanya orang dewasa mahupun kanak-kanak lelaki akan memakai baju melayu lengkap bersampin dan bukan hanya pada hari pertama sahaja. Manakala juadah hari raya yang dihidangkan oleh orang Brunei sama seperti di Malaysia antaranya rendang, ketupat , sate,biskut raya dan sebagainya.... citarasa sama.



Dua dari kanan (baju biru) Duta Malaysia ke Brunei; Dato' Ku Jaafar Ku Shaari


Pagi hari raya pertama, masjid-masjid mengadakan sembahyang raya seawal 7.30 pagi tp kami sembahyang raya di Kedutaan M'sia yang terletak hanya 10 minit perjalanan dari rumah. Selepas sembahyang, acara beramah-mesra dengan orang-orang M'sia di sini dan makan-makan. Macam-macam hidangan disediakan ...
Kemudian berhari raya di rumah kawan-kawan hingga tengah hari.Manakala sebelah petang dan malam menerima kunjungan teman-teman pula..


Juadah 1 Syawal; nasi dagang,acar ,gulai ikan tongkol, rendang ayam,lemang perantau, soto bihun dan nasi impit.


Lagi juadah raya; biskut raya, kek coklat dan pudding

Hari raya kedua, dapur di rumah tak berasap... sebab dari pagi hingga tengah hari dan sebelah malam ada jemputan rumah terbuka. 6 buah rumah sempat kami kunjungi, itupun ada rumah yang tak sempat pergi sebab anak-anak dah keletihan dan mengantuk. Kali ini kami konvoi dengan 2 buah keluarga.

Tapi yang tidak dapat dilupakan, pada sebelah petangnya kami berpeluang ikut sama ke Majlis junjung ziarah di Istana Nurul Iman. Kami beratur bersama ribuan orang ramai yang turut sama ke majlis itu. Menurut berita adalah dianggarkan pada petang kami pergi tu seramai 11,000 orang ke majlis berkenaan. Kaum lelaki berpeluang bersalaman dengan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan ahli-ahli kerabat diraja lelaki yang lain. Manakala orang perempuan bersalaman dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta ahli-ahli kerabat diraja wanita yang lain . Majlis junjung ziarah ini diadakan selama tiga hari bermula hari raya ke2 dan dianggarkan seramai lebih 95,000 orang hadir ke Istana pada tahun ini.


kad selamat hari raya yang diberikan kepada pengunjung Istana


Buah tangan majlis Junjung ziarah ; satu pack makanan ringan setiap seorang..kami sekeluarga dpt 6 pack semuanya....

Majlis junjung ziarah orang ramai ke Istana Nurul Iman merupakan acara tahunan pada hari raya Aidilfitri, bukan saja untuk rakyat dan penduduk negara ini tetapi juga pekerja asing yang berkhidmat di negara ini termasuk pelancong warga asing.Semua yang hadir dijamu hidangan hari raya dan diberi satu bekas plastik yg mengandungi pelbagai makanan ringan serta kad selamat hari raya sbg tanda kenangan untuk di bawa balik . Tapi yang seronok kanak-kanak,setelah penat beratur dapat duit raya..BND5 (RM11.50) seorang....

Semasa tiba giliran nak bersalam, Syazrin pulak buat hal merengek nak tidur sebab dah kepenatan. Minta dukung, langsung tak nak jalan...aduii...dahlah kena dukung sebelah dan salam sebelah tangan je, terpaksa nak buat macam mana... Gambar tak diambil semasa berada dalam kawasan istana sbb tak pasti dibenarkan atau tidak ambil gambar. Handphonepun pula kena tutup semasa majlis ini dan kalau pakai handbag kena pakai sebelah kiri untuk memudahkan bersalaman sebelah kanan...itulah antara syarat-syaratnya selain dari perlu berpakaian kemas.

Hari raya ketiga; masak kuah laksa pinang dan laksa lemak,lemangpun masih ada dan buatkan sikit tuna sandwich (sandwich pulak yg laku berbanding kuih raya... ) sebab ada kenalan datang beraya di sebelah pagi. Kemudian kami konvoi beraya lagi sampai petang, 7 rumah semuanya...penat dan kekenyangan, macam2 ngap masuk dalam perut....


Juadah raya ke 3, ringkas saja....


Syazrin beraya dengan temannya....

Catatan.....
Quote:

masriyah -Masa gi raya mmg tak jumpa Mazuin sbb dia dah lama berpisah . masak ni mula dari tgh hari sebelum raya hingga berbuka, selepas ronda2 kws tempat tinggal sambung lagi hingga lewat malam..tak adalah cekap mana, tp siap bersilatlah kat dapur tu.. . Kuih raya mmg dah simpan sebalang utk Yah..jemputlah dtg...
jeff -kami di sini beraya dgn sahabat handai, meriah jugaklah tp kalau dpt beraya dgn sanak saudara lagi meriah ..
tariqzaidanirah -peluang beraya di istana ni mungkin sekali saja kot sepjg dok sini sbb lama kena beratur. Dapur betul2 berasap pada raya ke 6 sbb hari tu sahaja yg tak ada jemputan rumah terbuka...
zakiah z -raya di sini meriah juga sama spt M'sia sbb penduduk sini majoriti Islam dan bangsa Melayu. Pakaianpun sama baju kurong dan baju Melayu. Masa pergi istana tempoh hari tak dpt jumpa Azrinaz, dengar citer dia tak sihat. Selain dari Jeruding Park, antara tempat2 lain yg menjadi tumpuan pelancong adalah kg Air, Tamu Kianggeh, Pantai Muara&Serasa...
Muna -Orang M'sia ramai kat sini sbb itu kalau beraya mmg byk rumah yg boleh dikunjungi...
mummy jam -Majlis Junjung ziarah ke istana adalah acara tahunan yg diadakan selama 3 hari beturut, pelbagai lapisan masyarakat mengambil peluang berkunjung ke Istana...
Ana -dpt tengok dari jauh sbb hanya kaum lelaki saja yg dibenarkan bersalaman dgn Sultan, anak2 dan suami mmg dpt bersalam dgn Sultan.Kalau nak tengok hemsem ke tak, boleh tengok gambar kad raya tu..
MaDiHa-Alaaa melepaslah nak jamu mata juadah raya rumah mertua MaDiHa...
ida isk-boleh , kena nunggu raya tahun depan nak sampaikan salam K.Ida...
kamalina-masa raya mmg terkejar2 sikit nak ambil gambar. saya pulak lupa nak ambil gambar aksi anak2 beraya ..last2 sempat snap satu je gambar Syazrin..
cek de sam -mmg tak byk beza beraya di sini sbb dari segi juadah,pakaian, rumah terbuka dan pemberian duit raya sama spt di M'sia. Cuma tak dpt beraya dgn sanak saudara...
Nur -Sampai semalampun masih berdentam-dentum bunyi mercun berdekatan dgn rumah, siap bukak pintu sbb anak2 nak nengok api mercun. Mercun mmg boleh dibeli di kedai dan supermarket. Anak2 sayapun macam anak2 Nur main bunga api je sbb mmg diorgpun takut nak main yg lain. Syazrin mula2 nak bergambar tu siap jeling kawannya tak tahulah jeling marah ke jeling suka....
lynnhassan-laa..misslah nak nengok gambar raya Lynn. Mmg nampak menarik pulut kuning yg Lynn buat, lain dari yg lain..tahniah kerana berjaya cetuskan idea baru hidangan pulut kuning..
fazizaid-betul tu K.Fazi, mmg tak beza sgt beraya di sini sbb byk yg sama tp tetap miss beraya dgn famili di M'sia..
Haniss -sebelum raya lagi, kawan2 yg dah lama di sini dah bagitau beraya di sini meriah juga,rupa2nya betul.Selain beraya di rumah kawan2 M'sia, kami sempat juga beraya di rumah org2 Brunei..sama2 meriah. Lemang ori ada jugak dijual di sini tp saja nak cuba buat sendiri lemang...
melyz -ptg raya pertama dan hari Ahad lepas dah jemput beberapa keluarga beraya di rumah.tp untuk Melyz bila2 masa open house, jemput dtg...
MamaFaMi -mmg meriah sbb semua sambut Aidilfitri kat sini. Lagipun majoriti penduduk di sini org Islam...
hajar -Kalau tak ada rendang dgn ketupat/lemang tak lengkap rasanya...nasi dagangpun teringin jugak..tu yg masak serba sikit. Sebelum ambil gambar tu dah suruh Syazrin salam2 dulu dgn kawan dia ni...biar mesra...
MaDiHa -Baru tengok gambar buat lemang kat Fp MadiHa..seronoknya sama2 buat lemang...
Ibu Irfan -Laksa lemak bahannya mudah dan senang buatnya. Kalau open house kat sini biasanya ada juadah berat, selalunya menu nasi mesti ada. Tp kalau tak buat open house mmg juadah lemang dan ketupat dihidangkan...
Misliha -Salam Aidilfitri juga buat Mis sekeluarga. Maaf zahir & batin andai ada tersilap coretan....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net