Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Oct-2007 07:11 Email | Share | Bookmark
Juadah Hari Raya 9 Syawal 1428 H

Keluarga tuan rumah
Famili Siti & Suzi
Keluarga K.Esah
Famili K.Siti Abidah
Lain-lain tetamu
Keluarga tuan rumah
Keluarga tuan rumah
Keluarga K.Esah
Keluarga K.Asmah
Syazrin intai apa yg dihidangkan
 
 
 
 
Selepas hari raya ketiga, dari hari raya ke 4 hingga 9 kecuali hari raya ke 6 , setiap hari kami dijemput untuk hadiri rumah terbuka, 1- 2 rumah sehari...beraya betul tahun ini.

Dan pada tengah hari Ahad lepas kami ambil peluang menjemput sahabat-handai untuk datang beraya di rumah. Masih ada kenalan yang belum sempat dijemput, kalau ada buat makan nanti akan dijemput ya.... Ada juga kenalan yg dah dtg bertandang pada raya pertama.

Dalam dok fikir menu apa nak dimasak , dapatlah idea masak Nasi beriani warna-warni. lebih kurang macam Nasi Minyak Warna-warni (ada jugak org panggil nasi hujan panas tp anak yg nombor 3 panggil nasi rainbow... ). Nasi ini dimakan dengan daging kurma, ayam masak merah dan jelatah. Rempah kurma untuk daging guna pes kurma yg diberi oleh K.Siti Abidah...tq ya akak.... .K.Abidah bagi pes kari dan kurma yang dibuat sendiri oleh ibunya.

Lain-lain juadah adalah Laksa lemak, mee goreng basah, salad campur, puding cocktail dan kek butter marble.Sebahagian juadah telah disiapkan malam sebelumnya lagi. Masak tak banyak untuk untuk setiap makanan sebab buat beberapa jenis juadah. Semasa dok hidang makanan baru perasan, nasi dan kek macam sama warna pulak.....

Hanya sebahagian gambar tetamu sempat diambil sebab sibuk melayan mereka yg datang beraya.Pada hari yang sama kami juga menerima 2 jemputan open house.Sempat pergi sebuah rumah lewat petangnya dan sebuah sebelah malam, penat dan kenyang sungguh .....

Nilah juadah yang dihidangkan kepada tetamu selain biskut raya.........
.









Quote:

Resepi Jelatah
Sumber ; Fp Mak Lang (tq Mak Lang.....)

Bahan hiris
Timun
Nenas
Sengkuang
Cili padi – jika nak pedas

Bawang besar – potong bulat
Tauhu – option (tp sedap kalau letak)

Kacang tanah } digoreng dan
Udang kering } diblend

Bahan untuk Sos
Cili kering
Sos cili
Sos tomato
Sedikit sos tiram
Garam
Gula
-saya tambah sos cili manis

Cara
Masak bahan sos didalam periuk…biar agak pekat sekejap… tutup api.
Masukkan kacang tanah dan udang kering, kacau rata.
Curahkan di atas bahan hiris tadi dan gaul hingga semua sebati.
Siap untuk dihidang.
*saya tak campurkan kacang tanah dan udang dlm periuk dgn sos. Tp bubuh kacang dan udang kering ke atas sayur masa nak hidang agar kacang tetap rangup sbb sos dibuat pada malamnya dan kalau lebih boleh simpan sosnya. Jelatah mmg sedap.. makan gitu je macam rojak ......

Resepi untuk nasi beriani warna-warni, puding cocktail dan kek butter marble ( ikut resepi bonda@ raqyn rafiqin) akan update dalam entry akan datang.Tak sempat nak updatelah sbb nak bersiap-siap...ada lagi jemputan open house hari ini...beraya dan makan lagi....

Catatan.....
Quote:

Nur -Nur datang awal, rumah sepah2 tengah berkemas lagi....... betul tu resepi rojak S'pore yg salut tpg tu yg dicari..
cek de sam -setahun sekali masak gini....
zakiah z -Jelatah ni kira macam adik-beradik acar sbb sayur2nya hampir sama tp ramuannya lain..
melyz -laksam mmg sedap tp tak larat nak kukus byk2.Sambal ni cam sambal biasa; lada merah+lada kering +belacan bakar +bawang merah (3 ulas bakar)-semua blender campur garam,gula & perah limau nipis...
lynnhassan -busy Lynn dari sebelum raya hingga lepas raya...kalau Lynn buat open house, sure cupcakes jadi tumpuan , cepat habis licin....
Haniss -masak sikit2 saja utk setiap jenis...
tariqzaidanirah -kalau dtg waktu Subuh, kena hidang roti canai mamak dulu ni,warung kat rumah....juadah belum siap masak ...... kat sini org mula bekerja hari raya ke 4, cuma sek buka hari raya ke 8..
fadz -kadang2 kat kenduri ada dihidang nasi berwarna gini..jemput jamu mata ... .
nabialished- bagitau aja bila boleh dtg, nanti masak lagi utk Intan sekeluarga .....
Lee Lin - lupa pulak amm favorit Lee Lin sekeluargakan...
Ibu Irfan - alamak habis makanan kena balun ni..kalau naik sikit tak melebihi paras berjaga2...masih kira ok lagi tu....
Eryne Jasmine -Raya sethn sekali masak macam2. Laaa tak sempat posing ke...masih sempat lagi posing kat rumah baju raya buat kenangan lebaran 1428...
Meorjay -Selamat Hari Raya juga, juadah raya meriah utk raikan tetamu...
MamaFaMi -Raya di perantauan byk open house sbb beraya bersama-sama sahabat handai saja. penimbang tu dah sorok bawah katil takut rosak he..he..
gee -Tu yg seronok beraya di perantauan bersama rakan2 open house memanjang ...
Masriyah -mmg kami sekeluarga suka mkn laksa esp kalau laksa lemak tak pernah muak...mmg seronok gi open house yg , macam2 makanan ngap masuk mulut ...
auntie fliffy -masa raya mmg seronok dpt makan macam2, maklumlah setahun sekali . ayam masak merah mmg kesukaan ramaikan. kalau dok dkt confirm calling2 Flifffy jemput mai rumah.....
Sabrina - masak sendiri bermula sehari sebelum, cuma yg bah. potong dan cuci2 ada yg tlg.Kalau semua nak buat sendiri mmg tak cukup tangan,kan pengsan kepenatan tak dapat nak layan tetamu... . tuan rumah dok belakang kamera tu yg gambar tak da....
rinnchan -mmg suka laksa esp laksa lemak,tambah sedap letak byk ulam dan sambalnya. Kuahnya sama dgn laksam.Masa waktu masak anak2 ok tak kacau. tp hari open house tu Syazrin yg bongsu asyik nak beriba dan dukong saja..dia bad mood sampai ptg baru ceria sikit. Open house week nipun masih ada..mmg meriah...
Ida Natrah-sesekali masak pelbagai utk kawan-kawan apatah masa musim raya ni. Nantilah bila kami beraya di Trg, boleh ajak K.Ida beraya ke rumah...,no hp K.Ida pun dah disimpan....
jeff -kalau raya org dewasa intai juadah yg dihidangkan..kanak2 intai duit raya ada ke tidak....
Syah -business kopi..sedap minum tu...
kamalina -kalau dpt ajak family masak ramai2 utk open house lagi seronok dan pasti kecoh kat dapur semuanya....kejab je siap masak ramai2. Kalau dok dkt pasti dijemput awal2 lagi Kamalina &Family beraya di rumah mmg tak yah ngendeng2....
effa-ibu balqis -Selamat hari raya juga buat effa, masa raya ni masak pelbagai raikan teman2 .Tq juga kerna sudi berkunjung Fp ni....
hajar -Mmg seronok jln2 open house ni...macam2 makanan boleh makan. kat sanapun byk juga open housekan. bukan baju je colourful masa raya ni, menu rayapun nak colourful jugak bagi meriah sikit... buat open house yg senangnya kawan2 dtg makanan dah siap terhidang...
umi-kal -Kek butter ni main letak dgn sudu je sbb dah malas, kalau ikut cara asal pakai beg piping lagi cun jadinya.Jelatah mmg sedapkan...suka makan gitu macam rojak...
unnamed -tak jumpa Azrinaz tp kerabat Diraja yg lain sempatlah bersalaman...
kak Jie Jie -Beraya di tempat org wpun meriah tp rasanya tak sama dgn tempat sendiri. sbb nya tak dpt mengunjungi sanak mara, hanya dpt beraya dgn sahabat-handai . Mmg sibuk layan tetamu..sibuk nak sembangpun sama maklumlah sesekali jumpa...
WanZee-Bahan2 utk jelatah lebih kurang macam acar tp ramuannya lain sikit tp rasanya ada jugak org panggil jelatah ni acar..
ida isk -Selagi masih bulan Syawal ni, mmg makan memanjang....
tupperfan -hai,ada offer ke....
MaDiHa -masak byk jenis sikit utk raikan sahabat-handai..maklumlah raya sekali sethn. masa memasak dia ok nonton tv dan main dgn abg2. tp hari open house tu dia bad mood sikit asyik nak beriba saja....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net